Pages

..::sahabat pena::..

19 October 2010

Jangan dibiarkan hati dan jiwamu mati kerananya..


Suasana di rumah sewa sangat ceria malam nih.. aku cuba utk menghepikan diri.. dan sememangnye aku hepi .. sgt hepi.. hnya Allah yg tahu.. sesungguhnya di dalam “kehepian” ini ada luka yg tak tertanggung oleh sebuah hati.. Ya Allah..

Sungguh, Allah itu Maha Penyayang.. Dia Maha Tahu.. aku belajar sesuatu lg hari ini.. bertapa kerdilnya aku di mata Dia.. bertapa tersilapnya aku di mata Dia..

Ujian demi ujian.. setiap insan harus menjalaninya dengan selebarnya kelapangan hati.. dan tentu aku juga.. tidak sanggup untuk aku Tanya “kenapa” pada-Mu ya Allah.. kerana setiap apa yang telah Kau tetapkan dalam hidup insan itu pasti ada hikmah disebalinya utk di ambil sebagai pengajaran dalam melalui hari2 yang mendatang.. Aku juga.. walaupun hati telah hancur berkecai2.. tp Allah Maha Tahu hikmahnya.. Wlu bukan aku yg merasainya.. tp, ckup utk aku merasakn tempiasnya yg sangat danyat.

Kenapa kau sentuh dia? Sedangkn aku tidak pernah mengizinknnya utkmu.. Malah Dia jgk tidak pernah mngizinkannya utk mu.. TIDAK PERNAH!!! …~~kau manusia berhati BINATANG! (sungguh tanganku sgt tergetar2 menahan marah)~~khilaf..

Ya Allah.. aku telah terlalai menjaga dia kah?? Sehingga dia terlepas dr pandanganku? Maafkan aku.. krn membiarkan dirimu sendiri adikku.. aku sangat menyayangimu krn Allah.. dan pertemuan kita krn Allah jgk.. bersabarlah sayang.. sesungguhnya Allah bersamamu.. dan dia pasti mengampuni segala dosa yg telah hamba-Nya lakukan.. jika kita memohon ampun darinya dengan bersungguh2.. Dia pasti mendengarkan mu adikku..

Hari ini, kita belajar dari kesilapan masa lalu utk terus hidup,.. bukan menghukum diri utk mati.. sesungguhnya Allah sangat murka akan hamba-Nya yg mengabil jln pintas kematian sebagai penyelesaian masalah. Sebenarnya ia tidak akan pernah selesai jika jalan itu yg kamu pilih.. hnya akan menambahkan angka2 dosa adikku..

Pintu taubat sentiasa terbuka luas untukmu sayang… masih ada waktu lagi utk kamu kembali mengadu, berkeluh-kesah pada-Nya setiap inci rasa sakit yg terbuku dihatimu.. kembalilah.. jangan disesali terlalu lama kesakitan itu.. jangan dibiarkan hati dan jiwamu mati kerananya.. krn Allah lebih tahu yg terbaik buat kamu..

Adikku..

Di luar sana, terlalu banyak mangsa keadaan seperti mu.. mgkin krn mereka tersilap dalam menilai erti kebahagiaan..akhirnya tersasar dari matlamat dan tujuan hidup yg sebenarnya.. Dan akhirnya mereka merasakan bahawa tidak ada peluang lg utk berpatah balik.. sedangkan masih ada berjuta jalan utk berpatah balik.. Cuma mgkin mata mereka tidak mampu lg utk melihat, krn terkabur dek air mata yg selalu membanjir.. jangan kamu seperti itu adikku.. carilah satu jalan kembali diantara berjuta jalan yg ada.. pasti kamu akan kembali kepangkalnya.. dn di dalam perjalanan itu.. yakinkanlah hatimu.. bahwa Allah sentiasa bersamamu sehingga kamu kembali bertemu dengan-Nya..

Dr kejauhan ini.. akak sentiasa mendoakan kamu.. semoga Allah sentiasa menjaga dirimu selalu.. melimpahkan hidayah utk-mu.. menjadikan kamu anak yg solehah.. dan yg paling penting.. menjadikan kamu sosok wanita yg paling tabah dalam menempuhi liku2 hidup yg sentiasa menuntut segenap kesabaran ini..

Maafkan akak.. ku lukiskan doa utk mu.. semoga kamu sentiasa dekat selalu…




05 October 2010

Cinta yang selalu mekar..


apabila cahaya menerangi hati manusia.. maka tenanglah hatinya.. apabila Allah saja menjadi tempat bergantung, maka tenang dan rasa cukuplah hidupnya..

setiap kekosongan yang dirasakan tidak selamanya.. apabila cinta Allah berbunga mekar di dalam taman hatinya.. kekosongan akan pergi meninggalkan perlahan-lahan..

Allah tidak pernah membiarkan dirimu sendiri.. tetapi Dia-lah yg sentiasa menemanimu saat kamu gembira dan berduka cita.. saat kamu terlupa dan juga saat kamu ingat pada-Nya..

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang Yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul." [Surah al-baqarah:186]


bertapa kasihnya Allah pada hamba-Nya.. apabila hamba-Nya melakukan dosa, Dia dtgkn musibah sebagai sebuah bentuk teguran.. supaya hamba-Nya tidak terus lalai dalam melakukn dosa keatas dirinya sendiri..

lalu, tidak perlulah kita merasakan bahawa kita sendiri di atas muka bumi ini, bumi ini milik-Nya.. segala yang terhampar di daratan dan di langit semuanya bertasbih kepada Dia.. mereka juga mahluk Allah seperti kita.. apakah wajar untuk kita mngatakan kita sendiri lagi?? fikirkanlah sebelum kita mengatakan sesuatu yang tidak sepatutnya kita katakan..

kita semuanya saling melengkapi, matahari dan bulan, bulan dan bintang, bintang dan orbitnya, orbitnya dan angkasa.. seperti itu juga kita.. panas dan hujan, hujan dan udara, udara dan oksigen, oksigen dan air, air dan manusia.. semuanya saling melengkapi.. begitu juga Allah menciptakan segala yg ada di muka bumi ini dengan berpasang-pasangan.. agar bisa melengkapi antara satu sama yg lain..

bertapa cantik dan indahnya perancangan Allah buat kita, malah perancangan utk seisi bumi ini.. subhanallah.. ~~sambil mendongak ke langit mata ini terpejam, lalu hembusan kesyukuran aku lepaskan..~~

Tidaklah selain Dia yg akan menyaksikan segala sesuatu.. dn Dia jugalah yang akan melakukan segala perhitungan..

ya Allah,
Kau bantulah aku menjaga diri dan maruah ku,
Kau bantulah aku dalam menjaga agama ku,
Jauhkanlah aku dari kelalaian yang merosak hati,
Jauhkanlah aku dari kefuturan yg hina,
Sesungguhnya aku terasa malu akan dosa-dosaku..

ya Allah,
Peliharalah wajahku dari fitnah,
Peliharalah lisanku dari umpatan yg keji,
Dan peliharalah hidayah yang telah Kau berikan untuk ku..
Sesungguhnya tiada Rabb selain Engkau yg aku sembah dan aku cintai..

Ameen..


mz_27791





28 September 2010

menjadi seteguh karang di lautan dalam...


menjadi seteguh karang..

aku terlalu suka untuk menceritakn tntg hakikat hidup ini, saat lemah.. dan saat aku teguh seperti karang di lautan dalam..

setiap insan yang Allah ciptakan di muka bumi ini, pasti akan melalui saat2 sama seperti aku.. mgkin saja jalan cerita kita berbeza.. tp pd hakikatnya kita pernah tertawa dan menangis krn itu semua.. benarkah? :) itulah corak2 dlm lukisan hidup...

aku sudah dewasa, mgkin saja aku yg merasakn sudah dewasa.. tp pd org lain.. mgkin tidak. pd mereka, aku mgkin tidak mampu utk memahami segala2nya.. sudah tentu.. tidak ada manusia yg mampu memahami yg lain sepenuhnya.. termasuklah aku..

kehidupan ini sebuah corak, yg terlukis halus di atas helaian lembaran putih.. penuh maksud yg tersirat bg Pelukisnya.. penuh rahsia, yg tidak diketahui oleh insan.. namun, setiap kita itu dianugerahkan akal dan hati.. untuk memikirkan dan merasai.. bahawa hidup ini indah penuh dengan corak yang berwarna-warni.. sehingga kita tidak mampu menghitung akan warna2 yg banyak itu..

tapi sayangnya, cuma segelintir manusia yg memikirkan itu..

duhai insan yg bertapak di muka bumi Allah ini,
adakah kalian merasai bahawa Dia membentangkan segala kemewahan buat kita?
adakah kalian merasai bahawa Dia membentangkan segala keindahan buat kita?

lalu.. dimanakah engkau?
dimanakah dirimu?
saat kamu lemah..?
saat kamu teguh seperti karang di lautan dalam?
... dimanakah?

hakikatnya, terlalu banyak manusia yg lupa, seolah2 mereka sendirilah yang telah bersusah payah.. sedangkan mereka sendiri yg mencari kesusahan..

ketika aku memikirkan ini, aku menyedari, bahawa ketika aku merasa susah,. ataupun ketika aku merasakan aku teguh seperti karang di lautan dalam.. aku tidak akan sekali-kali jauh dari-Nya.. krn Dia-lah Tuhan yg telah mengaturkan segalanya buatku..


mz_27791

daku tidaklah sesempurna itu...

daku tidaklah sesempurna itu...

dan tidaklah aku utk mgharapkan kesempurnaan serupa..hanya manusia biasa. tidak berupa, tidak juga berharta.. malah itu yg sangat aku takuti jika mndekatinya..

mengertikah dirimu.. seandainya hidup ini aku diberi pilihan.. antara yg sempurna dan yg seadanya.. akn aku pilih yg seadanya.. krn itu lebih menyenangkn hatiku berbanding kesempurnaan yg pada akhirnya mengharapkan kesempurnaan yg sama.. yg mgkin aku tidak akn pernah mampu utk memenuhinya..

mengertikah dirimu.. bahawa segala sesuatu itu bkn milik kita sepenuhnya?.. sememangnya bkn milik kita.. dan hati ini bukanlah milik ku.. dan hati mu.. juga bkn milik mu..

krn itulah.. hati sntiasa berubah2.. memenuhi kehendak saat itu.. apabila telah puas, ia akan memudar.. perlahan-lahan melupakan.. krn telah jemu..

dan..ketika itu, bnyk hati yg luka tertoreh.. aku, kamu.. dan mereka..

maafkn aku~~

21 September 2010

Di bawah selimut usang itu...


Di teratak daif itu,

Aku memandang ke dada langit,

Yg warnanya terlihat seakan hampir merah..


Lalu…

Di dalam kebekuan hati,

Bersabda barisan kata-kata,

Seakan mahu menafsirkan sesuatu,

Aku kira dia tahu,

Aku kira dia mengerti,

Tentang air mata yg selalu berbicara,

Tentang rindu yg selalu basah,

Tentang doa yg tidak pernah sudah…


Namun,

Ternyata ia cuma bisikan sendu,

Di bawah selimut usang itu…


mz_27791

01 September 2010

tiada dapat ku ungkapkan..

sedihnyer.. sudah fasa ketiga ramadhan.. cepatnye masa berlalu meninggalkan kita.. ramadhan dah nk habis.. syawal pula akan tiba.. ya Allah.. ape sgt la yg aku mampu buat dlm ramadhan nih..

masa terus berlalu dgn pantasnya.. hari2 terasa sibuk dn berlalu jgk tanpa dirasai... sungguh rasa xcukup.. nk ramadhan sepanjang tahun rasanye.. biar syaitan terus dipenjara.. biar senang utk terus buat amal ibadah tanpa gangguan.. tp, itulah ketetapan Ilahi.. ramadhan cuma sebulan dan sekali dalam setahun.. mungkinkah utk aku bertemu pada ramadhan yg akan dtg?? wuallahu'alam...

terasa malam2 akhir adlh mlm penuh kesayuan pada hatiku.. entah kenapa.. ramadhan kali ini, hati ini terasa diuji dgn dasyat.. ya Allah.. hanya satu yg aku pinta dari Mu yaAllah.. agar Kau sentiasa mmberikn aku kekuatan utk melalui hidup hari ini dn yg akan mendtg..

Sesungguhnya, ramadhan adalah bln rahmat dan keampunan buat setiap hamba2-Nya..
termasuklah aku yg sering alpa dn terleka ini..

ya Allah, sesungguhnya setelah Kau uji aku.. Kau pasti memberikan ganjaran kebahagiaan buat diriku...

terima kasih Ya Allah..

sungguh, hati ini sedang bercelaru..

Kau berilah petunjuk buatku ya Allah...

tiada dapat ku ungkapkan bertapa aku sedih akan perginya ramadhan tidak lama lagi..


25 August 2010

Siapalah aku..

~~aku terjaga dari lenaku..
debaran di hatiku kian melaju dua tiga hari nih.. enth apa sgtlh yg aku fkirkn.. dgn memegang hp, aku mmbca satu msj yg dikirimkn kpd ku.. tibe2, kta2 dr msj itu mencarik2 hati.. tnpa sedar, air mata ini mengalir perlahan2..

aku lemah, aku masih terlalu banyak dosa ..
siapalah aku yg layak utk mu.. siapalah aku.. aku tidak punya apa2 melainkan kecintaan ku kepada Dia, Tuhan yg telah meminjamkan hati yg satu ini..

terima kasih atas nasihat itu..
aku sgt menghargainya.. moga ia mnjadi kekuatan buatku.. sungguh, siapalah aku.. seorg hamba yg selalu mgharap redha-Nya utk terus mnjalani hidup ini...
ujian demi ujian.. semoga aku tidak akan pernah kalah..

dari mu utk ku..

Gelas hitam itu tangkainya ku genggam erat,
Perlahan ku rapatkannya pada bibirku dan..
Aaahh.. Aromanya sungguh mempersonakan,
Mencetus bernas idea tatkala lewat malam..

Mutiah..

Ingatlah ini aku berpesan,
Dan janganlah kau selalu asyiq..
Terimalah mutiara ini supaya kelak
kaulah insan adib...

Tamak,
Tergilakan besar laba,
Bakhil dan angkuh..
Ingat, itulah sekawan yg pada semua hasanah merupakan musuh..

Takut,
Pada miskin,
Pada bayang,
Kata orang dan mati yg pasti,..
Karut!
Jangan kau dilemakan dirimu kecuali takutkan hukum Ilahi..

Cinta pada dunia,
Pada hawa,
Pada harta dan keindahan yg hanyalah sementaranya..
Buta,
Butalah mata!
Butalah mata hati mereka yg dengannya terpedaya..

Wahai, ingatlah bahawa..

Jiwa yg muthma'innah,
Jiwa yg qaani'ah,
Jiwa yg 'afifah,
Jiwa yg 'azimah,

Itulah jiwa yg mampu menghalang segala jahat anasir..
Itulah jiwa yg akan memimpinmu ke puncak kejayaan..
Itulah jiwa yg ada pada seorang insan yg "Syaamil"..

~habis segelas air~
AQ_220991


terima kasih.. :)

mz_27791

18 August 2010

..ya Allah...


~~"ya Allah, Tuhan yg membolak balikkan hati kami..

Ssungguhnya,terkadang kami terasa lelah dan lemah dalam melalui hidup ini...

Namun ya Allah, kami memgetahui, bahawa tidak ada satu pun yg Kau takdirkan
dalam hidup ini menyusahkan kami utk lebih dekat dengan-Mu..

Suburkanlah di dalam hati kami rasa syukur penuh kehambaan buat-Mu ya Allah..

Lapangkanlah hati kami dengan cinta dan kasih sayang-Mu yg tidak pernah
kering.. Ambillah kami, dengan sebaik2 rasa sakit yg menggembirakan..

Sungguh, hanya pada-Mu kami berserah diri... "~~

mz_27791


10 August 2010

Ramadhan yang dirindui..


~~Alhamdulillah.. ramadhan yg dirindui dtg lagi.. dn thn nih mnyambut kedatangn ramadhan bersama keluarga tercinta..

ramadhan ni lah nk topup amal dn pahala.. ganjaran berlipat ganda dari Allah.. sbnrnye rasa sngt hepi jgk la sbb berkesempatan lg nk bersahur dn berbuka dgn ibu dan ayah jgk adik2.. thn lepas berpuase di perantauan.. jadi, cuma merasakan saat penuh bahagia dn berkah bersama sahabat2 je.. thn ni dgn family pulak..

hmm.. ape khabar ek junior2 yg baru smpai kat indon?? moga Allah kuatkan hati dan semangat kalian utk melalui ramadhan di sana..
~~sperti kebiasaan di indonesia.. pagi2 mesti ade org yg berjalan keliling kampung bergendang utk kejut sahur.. dn kebiasaan tu xde kat mlysia tau.. :) hargailah ia.. hehe

ramadhan adalah bln rahmat, keampunan dan terselamat dari api neraka..

10 malam pertama.. begitu rahmatnya bln ramadhan ni.. kite dpt tgk kat masjid2 n surau.. penuh dgn jemaah... mereka sggup mninggalkan perkara2 dunia hnya utk mngisi malam2 mereka dgn beribadah kepada Allah..

10 malam kedua.. Allah janjikan keampunan.. maka, siapa yg kuat hatinya, bersemangat dan istiqamah dlm beribadah,..pasti dia akan smpai jgk kepada 10 mlm kedua ini... iaitu Allah menjanjikan keampunan buatnya..

dan 10 malam terakhir.. iaitu terselamat dari api neraka.. hanya org2 yg dipilih oleh Allah yg akan sampai pada 10 mlm terakhir ini.. di mana di dalamnya ada satu malam yg di namakan malam lailatul qadar.. malam lailatul qadar itu lebih baik dr 1000 bln..

"sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkahi dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan."
[44:3]

~~semoga kite menjadi org2 yg dipilih oleh Allah..
siapa yg xnk kan balasan keampunan dan terselamat dari api neraka??

sambutlah ramadhan dengan penuh keikhlasan, keimanan, dan kebahagiaan,.
moga ramadhan kali ini membawa keinsafan, kebaikan dan keberkatan dalam hidup kita..

wuallahualam..

by:mz_27791

09 August 2010

Lelah yang tak sudah..


Lelah yang tak sudah..
Membasah dek deras air mata,
Menyayat sakit rongga jiwa,
Seakan penuh dosa..

Lelah yang tak sudah,
Merah dek limpahan darah,
Mengalir di setiap penjuru daerah,
Seakan perjuangan kalah..

Lelah yang tak sudah,
Jingga dek sinarnya cerah,
Menerobos bisa cornea indah,
Seakan hilang arah..


by: mz_27791

03 August 2010

Sayangilah diri dan hatimu..


Bismillahhirahmannirahim..

Allahuakbar! sesungguhnya Dia-lah yg Maha Besar yg tlh menciptakan daratan dan lautan yg terbentang luas ini.. namun, apakah kita telah bersyukur dengan itu semua?? hanya Allah yg mengetahui segala sesuatu yg terkandung di dalam hati kita...

sudah lama jgk tak mnulis kat sini.. mgkin sy telah menzalimi blog sy.. dan jgk tlh menzalimi follower yg rajin berkunjung ke blog sy.. maaf di pinta.. mgkin smggu dua nih terlalu sibuk dgn urusan dunia dan urusan akhirat yg perlu sy fikirkan.. smoga Allah merahmati kita semua.. Aminn ya Rabb... :)

Alhamdulillah.. umur sy dh berganjak satu angka.. dn setiap hari terus bertambah lagi.. rasa bersyukur jgk, krn masih ade ksempatan utk itu.. hrpnye sampailah umur ni shingga ramadhan yg xlama lg akan menjengah kita..

genap seminggu satu hari, sy dah berumur 19tahun.. bg sy, 19tahun bknlah terlalu muda, dan jgk xlah terlalu tua.. ckup utk mengajar sy, bahawa 19thn tu adalah sebuah masa yg panjang utk mempelajari tatatertib hidup. seorg pemuda yg masih berumur 19thn ketika itu.. tlh mampu menawan kota constatinople, beliaulah yg telah di sebut sebagai "seorg raja yg baik, mempunyai tentera2 yg baik, dan mempunyai rakyat2 yg baik..".. beliaulah Sultan Muhammad Al-Fateh.. seorg tokoh yg sgt sy segani.. krn beliau adlh seorg remaja seperti sy!..

namun skrg.. bagaimanakah remaja2 kita... adakah mreka sibuk mnguruskan negara, tentera2 dan rakyat2nya? ohh... sudah tentu tidak.. remaja kita lebih bnyak mnguruskan "pakwe dan makwe" mereka dr sibuk mnguruskan ibu dan ayah... mgkin xsemua.. tp, itulah hakikatnya.. mengapa? tidakkah kalian fikir, bahawa hidup ini bknlah utk disia2kan percuma.. bertapa mahalnya harga setiap detik yg Allah pinjamkan buat kita sahabatku..

sy kadang2 tertawa sendiri, kadang2 sedih sendiri.. melihat fenomena yg berlaku di kalangan remaja kita saat ini.. sy jgk seorg remaja.. sy melalui detik2 sukar ddlm proses mencari identiti diri seperti apa yg korg lalui.. sama... kita adalah sama.. tp, berpada2lah.. berhati2lah.. krn, syaitan itu ada di mana2 dn sentiasa membisikkan segala kejahatan utk kita lakukan dgn senang hati tanpa sedar..

sayangilah diri dan hati mu.. krn itu adalah milik Allah sepenuhnya... Dia berhak mengambil itu dari kamu saat ini.

Sahabatku, knp tidak kamu labuhkan cintamu kpd Dia yg lebih berhak? sy tahu, dan sy tahu semua org jgk tahu.. perasaan cinta adalah fitrah bg semua manusia.. tp pada hakikatnya, ramai org yg tidak tahu erti cinta itu yg sebenarnya.. mereka mngorbankan jiwa dan raga mereka utk cinta yg tidak sepatutnya,.. sedangkan mereka tahu, tidak akan puas dgn itu semua.. nk tahu knp? krn di dalam cinta yg korg bina itu.. tidak ada redha dr Allah s.w.t..

belum terlambat utk kembali kpd-Nya.. Dia-lah yg Maha Pengampun.. Maha Mengasihani.. tidak ada istilah malu dlm memohon keampunan.. dn tidak ada istilah malu utk menjadi lebih baik dari sebelumnya.. dan celakalah bagi org2 yg hari ini lebih buruk dari semalam.. dan beruntunglah org2 yg hari ini lebih baik dari semalam..

sahabatku yg dicintai Allah dan dikasihi Nabi..
berpeganglah dengan janji Allah.. dan yakinlah dengan-Nya.. Dia-lah yg telah menciptakan hatimu utk kamu merasai hakikat sebuah cinta.. sedangkan kamu melupakan-Nya..

Apabila kamu mngulangi dosa2 kamu yg semalam.. jgnlah kamu segan utk memohon ampun kembali.. Allah mengetahui apa yg tidak kamu ketahui.. apa yg terbaik buatmu.. dan ingatlah, setelah kamu berjanji.. maka tepatilah.. Allah tidak menyukai org2 yg mengingkari janji..

Wuallahu'alam..

MZ_27791

26 July 2010

Maaf..



sy melihat keadaan ini,sy sedih.. sy tak fhm knp mnusia smpai hati mcm ni.. knp? dn perlukah sy mnyalahinya?

Erti sebuah persahabatan.. bila sunyi mencari, bila terisi dilepasi.. itukah hakikatnya yg perlu kita terima? dtg dn pergi sesuka hati?? sehingga terasa kelu.. teramat kelu membayangkan sahabat kita itu kembali mmbawa deretan luka2nya .. lalu apakah fungsi kita? mengubati luka2 itu.. kemudian dia pergi lagi.. dn ia terus berulang.. dan berulang lagi..

"maafkan sy.. sy sudah jemu dgn ini semua.. sy sudah letih utk mnjadi sahabat yg baik utk awk.. sy tak fhm knp bila awk sush je, awk rse awk sorg2 je, awk msti akan cari sy..? sy hnya sebuah hiburan je ke buat awk ?.. baru hari ni sy fhm.. sy mmg shbt awk, tp, dikala awk susah je.. "

kdg2, kata2 ini slalu bermain2 dibenak kita,.. kita rsa seolah2 kita teraniaya.. kita rsa kita xda harga diri diguna2.. kita hnya diperlukan saat2 dia sush, saat dia sunyi.. entah apa salah kita.. kadang2 kita pun kurg memahaminya..

tp, sy tetap jgk nk menjadi shbt yg baik utknya.. sy perlu memaafkan dia.. walaupun sy sedih melihat sikapnya terhadap sy..


semoga awk sedar.. itu saja hrpn sy..

utk yg mngerti~~


20 July 2010

Wahai Remaja..





Berfikir dan duduk beriman sejenak.. muhasabah diri, diri ini yg selalu terleka.. dibiar terus hanyut bersama arus jahiliyah yg tidak pernah berhenti menggoda jiwa2 yg sering kering dan tandus dari basah ayat2-Nya..

Sedarkah wahai remaja, wahai insan, wahai manusia.. yg telah Allah ciptakan sbgai mahluk yg terbaik dr mahluk2 Allah lainnya.. namun kita masih kurang bersyukur.. kurg menghargai setiap apa yg telah Allah berikan kepada kita sbgai pinjaman.. sering terleka dan lalai.. sering mempersalahkan takdirnya.. apakah kita buta? Buta dalam menilai segala apa yg telah dikurniakan ini.. tahukah kalian, seorg yg buta lebih celik dr kita yg mmpu melihat ini dlm menilai warna2 di sebalik potret kaku dunia?..

Wahai remaja, dari kalanganmu itulah skrg ini gugur satu persatu.. sedangkan kamulah harapan ibubapa kamu, masyarakat kamu, Negara kamu.. tp.. skrg.. kamulah manusia paling tidak membawa keuntungan skalipun pada mereka semua.. kerana apa? Krn kamu lalai dengan hiburan, lalai dengan cinta yg mematikan jiwa jihad kamu, lalai.. dan terus lalai.. sehingga kamu lalai juga utk melaksanakan perintah2-Nya yg telah menjadi amanah pada kamu selama ini..

Wahai remaja, kamu ingat lagikah janji kamu sewaktu kamu berada dalam kandungan ibumu?? Kamu telah bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah.. tp sygnya.. setelah kamu di lahirkan di dunia dengan perjuangan perit dan kepayahan,.. kamu lupa akan janji kamu itu.. kamu menduakan Dia tanpa kamu sedari kamu menduakannya.. kamu membiarkan dirimu dikawal oleh musuh nyata kita.. dan kamu tetap membiarkannya..

Wahai remaja, pernahkah kamu tahu.. bahawa musuh kita itu telah berjanji utk merosakkan umat manusia hingga akhir zaman?? Dan org2 yg paling mereka sukai adalah remaja2 yg jiwanya lemah.. lemah dan jauh dari ayat2 Allah, jauh dari mengingati Allah, jauh dari bergantung harap hanya pada Allah.. itulah kamu hari ini.. sedarkah? Atau kamu masih merasakan terjaga dari semua itu??

Wahai remaja, kembalilah.. jgn sekali2 kamu melawan fitrah.. roh kamu sukakan perkara yg baik-baik.. krn ia telah Allah jadikan dengan keadaan suci bersih lagi baik, tetapi jiwa kamu itulah yg akan mengawal segalanya.. krn jiwa itu mudah terkalah oleh nafsu, dan ia mudah terlentur oleh godaan dan bisikan syaitan..

Wahai remaja, ayuh.. sedarlah dari lenamu yg panjang.. sedarlah dari mimpi2 mu yg hanya membuatkan kamu berasa sgt selesa.. sedarlah! Jgn ditunggu esok dan esoknya lagi.. krn.., blm tentu esok jasad kamu mampu tegak berdiri memapah senjata jihad melawan diri mu yg selama ini hanyut bersama derasnya taufan jahiliyah melanda..


by: MZ_27791

19 July 2010

Duhai Adik..

Duhai adik,
Kau mekar bak berbunga mawar,
Menguntum rekah memerah,
Seindah puspawarna cerah..

Duhai adik,
Mahkotamu termahal kira,
Terjaga kukuh di atas bara-bara durja,
Yang gemar meratah,
Jika dirimu mudah menyerah..

Duhai adik,
Jiwamu rapuh terduga,
Dibalik rona-rona wajah,
Di setiap untaian kata terluah,
Dirimu sebenarnya indah,
Seindah kuntuman mawar merah..

Duhai adik,
Tanah ini pernah kering tak basah,
Tandus merekah,
Segala isinya berdarah,
Sehingga terkubur segala resah,
Di balik air mata lelah..

Duhai adik,
Ayuh!
Bangun!
Bangun dari duduk menyerah,
Terkalah oleh kekecewaan yang tak pernah sudah,
Ayuh...
Berpapah tanganlah walau lelah,
Kerana perjuangan ini takkan pernah kalah..


penaku,
mz

14 July 2010

cukuplah Dia buatku..



jika, hari ini sy merasakan teriakan membana di telinga... akan dosa dan kisah lalu yg sentiasa merobek2.. pasti terasa sgt luka.. krn sy cuma mnusia biasa.. selalu kenangan itu menari2 di ambang mata.. tersenyum tanpa sedar.. menangis juga tanpa sedar........

jika, satu hari nanti sy merasakan ia kembali.. perlukah sy berlari meninggalknnya? sedang sy tak mahu hilang dr jejaknya.. walau hanya sesaat cuma..

jika, satu ketika nanti sy berlari meninggalknnya? adakah dia redho akan kehilangan sy selamanya? adakah air mata dia akn mengiringi pemergian itu? tnpa jwpn.. sehingga sy berubah utk kembali?

tp,.. semua itu tidak akan terjadi.. sy tak kan kembali.. tak kn kembali utk mengubati luka2 yg dalam dan perih itu.... sy tak akan kembali..

biarkan mereka bertanya.. knp menjauh? knp smpai hati sy berbuat sperti ini?? krn sy tak mahu lagi melukakan hati2 bersih itu.. seperti mana yg sy rasakan saat ini..

cukuplah Allah bersama sy.. sy tahu Dia tidak pernah meninggalkan sy.. walau sesaat.. tahukah kalian bertapa sygnya Dia pd kita..? walaupun kita sering melupaknnya.. sy merasakan sgt berdosa.. ketika sy sibuk mnguruskan hal2 dunia.. sy tidak memikirkanNya.. sedangkan Dia-lah yg memudahkan urusan2 sy.. sy menyesal krn selalu rasa kecewa kpd selain dari-Nya.. sedangkan Dia selalu sudi memberikan selaut cintaNya buat sy.. malah lebih dari itu jika sy menginginkannya...

cuma terkadang sy terasa malu akan dosa2 yg mengotori diri ini... sy malu akn Dia. sampai2 sy merasakan layakkah sy menyambut cintaNya yg tulus dan murni itu..

ampunilah diri ini.. ~~~


ketika akhwat jatuh cinta


~~hmm..hari nih baru ada masa terluang utk bc sgala msj yg dh beratus lam inbox fb... bertapa malasnye sy smpai beratus msj lam inbox xterbaca.. tgh memilih2 msj yg nk di baca. terhenti kejap kat msj yg bertajuk "ketika akhwat jatuh cinta".. huh.. bunyi die.. n sy pun bka la msj tu.. [krn tergerak sgt hati ni nk bc].. so, sy nk share hasil karya seorg akhwat..

xtau la ape yg sedang melanda hati akhwat nih.. tp kata2 yg die smpaikan.. sgt sy setuju skali.. :)

kadang2 mcm tu la hidup nih.. kite diuji.. dan terus di uji.. dgn sebuah perasaan fitrah yg pasti ade pd setiap manusia.. tp, bagaimanakah kite menangani perasaan itu agar perasaan itu tidak menguasai dan mndtgkn kesan yg tidak baik pada diri dan hati kite..

~~jom kite baca sama2 hasil tulisan nih..


Akhwat Jatuh Cinta??

Tak ada yang aneh, mereka juga adalah manusia...

Bukankah cinta adalah fitrah manusia???

Tak pantaskah akhwat jatuh cinta???

Mereka juga punya hati dan rasa...


Tapi tahukah kalian betapa berbedanya mereka saat cinta seorang lelaki menyapa hatinya???

Tak ada senyum bahagia, tak ada rona malu di wajah, tak ada buncah suka di dada...

Namun sebaliknya...

Ketika Akhwat Jatuh Cinta...

Yang mereka rasakan adalah penyesalan yang amat sangat, atas sebuah hijab yang tersingkap...

Ketika lelaki yang tak halal baginya, bergelayut dalam alam fikirannya, yang mereka rasakan adalah ketakutan yang begitu besar akan cinta yang tak suci lagi...

Ketika rasa rindu mulai merekah di hatinya, yang mereka rasakan adalah kesedihan yang tak terperih akan sbuah rasa yang tak semestinya…

Tak ada senyum bahagia, tak ada rona malu…

Yang ada adalah malam-malam yang dipenuhi air mata penyesalan atas cinta-Nya yang ternodai…

Yang ada adalah kegelisahan, karena rasa yang salah arah…

Yang ada adalah penderitaan akan hati yang mulai sakit…

Ketika Akhwat Jatuh Cinta…

Bukan harapan untuk bertemu yang mereka nantikan, tapi yang ada adalah rasa ingin menghindar dan menjauh dari orang tersebut…

Tak ada kata-kata cinta dan rayuan…

Yang ada adalah kekhawatiran yang amat sangat, akan hati yang mulai merindukan lelaki yang belum halal atau bahkan tak akan pernah halal baginya…

Ketika mereka jatuh cinta, maka perhatikanlah, kegelisahan di hatinya yang tak mampu lagi memberikan ketenangan di wajahnya yang dulu teduh…

Mereka akan terus berusaha mematikan rasa itu bagaimanapun caranya…

Bahkan kendati dia harus menghilang, maka itu pun akan mereka lakukan...

Alangkah kasihannya jika akhwat jatuh cinta…
Karena yang ada adalah penderitaan…

Tapi ukhti…
Bersabarlah…
Jadikan ini ujian dari Rabbmu…

Matikan rasa itu secepatnya…
Pasang tembok pembatas antara kau dan dia…
Pasang duri dalam hatimu, agar rasa itu tak tumbuh bersemai…
Cuci dengan air mata penyesalan akan hijab yang sempat tersingkap...

Putar balik kemudi hatimu, agar rasa itu tetap terarah hanya padaNya…
Pupuskan rasa rindu padanya dan kembalikan dalam hatimu rasa rindu akan cinta Rabbmu…

Ukhti… Jangan khawatir kau akan kehilangan cintanya…

Karena bila memang kalian ditakdirkan bersama, maka tak akan ada yang dapat mencegah kalian bersatu…

Tapi ketahuilah, bagaimana pun usaha kalian untuk bersatu, jika Allah tak menghendakinya, maka tak akan pernah kalian bersatu…

Ukhti… Bersabarlah… Biarkan Allah yang mengaturnya...
Maka yakinlah... Semuanya akan baik-baik saja…

Semua Akan Indah Pada Waktunya…

By: Ummu Sa'ad 'Aztriana'


~~moga ia memberi sentuhan utk hati2 kite yg sering goyah.. terutamanya buat diriku dan dirimu yg bergelar akhwat..~~moga hijab kite selalu terjaga.. insyaAllah.. :)