Pages

..::sahabat pena::..

28 April 2011

Dan semesta pun bertasbih...


Dan semesta pun bertasbih..

alunannya menggamit hatiku,

dalam.

pandangan ku menghiba,

manik-manik itu gugur lagi,

Dia memujukku,

dan semesta pun bertasbih..

aku terdiam kaku,

membisu.

dan semesta pun bertasbih lagi..

bersama itu nafasku tidak tertahan,

gelisah.

hanya Dia yang mengerti rasa itu,

gempita pun membingit,

mencengkam,

dan semesta pun bertasbih..

mengesat manik-manik itu,

perlahan.

dan malam ini..

segala rasa itu telah pergi,

jauh,

dan semesta pun bertasbih dengan ku....!




Princess Mos, 27791
Dlm Bilik.
10.36WIB.
Surabaya.

24 April 2011

Kisah tentang luka...

amma ba'du..


Alhamdulillah.. segala rasa kecintaan ku untuk yang Maha Pencinta.. dan titipan rindu buat Sang Kekasih Allah tiada pernah ada hujungnya.. insyaAllah..


dalam setiap derapan langkah, dan bebutiran titis keringat yg telah berjuta-juta gugur menghumban ke bumi..segalanya tidak akan pernah mematikan langkahku, azamku juga impian ku.. mungkin juga impian kita semua..

16 April 2011

Di dalam musibah ada hikmah..

Syukur tiada tara aku panjatkan kepada Allah.. Tuhan yg telah menciptakan segala sesuatu yg berada di langit dan di bumi ini..

Tidak aku sangka2 akan ujian mu yg sedikit.. yg mungkin ada ketika aku rindu akan ujian itu.. dan kini, ia telah menjengahku.. dan menghiburkanku juga.. :)

Di dalam musibah ada hikmah..
Aku percaya akan satu hal itu…

Mungkin hanya kehilangan satu benda yg sgt kecil tp berguna.. xmngapa.. Allah mengatur kehilangan itu sebagai ketetapan terindah buatku.. :)

10 April 2011

..Buah-buah iman itu..?

utk Allah.. dan kerana Allah.. aku mulai hariku, langkahku, hidupku, lisanku dan mungkin juga tulisanku..


rindu yang tidak pernah kering buat junjungan besar kita Rasulullah saw...


dan kerena dakwah baginda.. hari ini aku mengenali Allah, mengetahui tujuan hidup, dan memahami akan tuntutan amanah dari Allah sebagai seorang hamba-Nya yg bernafas di jagat raya ini..



benarlah.. tarbiyah itu telah mengajarkanku.. erti menyemai buah keimanan dari pepohon yang menjulang tinggi ke langit..

09 April 2011

Sebuah pesan buat kalian..

ku tuju khas bait2 kata ini buat jiwa2 mereka yg aku rindu kerana Allah.. yg aku cinta kerana Allah.. dan yg aku sayangi kerana Allah...


mgkin minggu ini.. lutut2 kita tidak bisa bertemu.. namun, aku sangat yakin dgn satu hal.. bahwa, insyaAllah.. hati-hati kita telah bertemu terlebih dahulu sebelum lutut2 kita bertemu... :)


sebuah pesan buat kalian..

jaga iman dan amal selalu.. perbaharuilah niat dalam setiap amal dan langkahmu menuju sesuatu.. moga2 redha dan rahmat Allah terletak di situ... (:

08 April 2011

Zikir-zikir mereka..


Monolog aku sendiri,

di saat segalanya menyepi,

ku lihat,

negeri langit juga hitam memekat,

bintang-bintang tiada,

dan cengkerik pun berdialog dgn ku,

seolah-olah aku mengerti benar akan bahasa mereka,

ku cuba memahami,

dari butir-butir rasa itu,

satu persatu,

dan akhirnya ku tahu,

aku malu padanya,

kerna..

aku tidak sehebat mereka,

zikir-zikir mereka,

tidak pernah berhenti,

untuk-Nya,

Allahu Rabbi...



Princess Mos, 27791
1.03am, Surabaya.

06 April 2011

..Memilih Ayah untuk si Putera dan Puteri hati...


Suatu petang nan indah.. ketika hujan merintih2 perlahan dr luar jendela, dan kedinginan pun terasa hingga ke tulang sumsum peritnya.. sy terbaca satu artikel yg di post oleh seorang teman di fb.. tajuknya.. memilih ibu utk si anak.. lebih kurg mcm tu la..

Sy tersenyum sndiri.. tingginya hasrat manusia itu.. dan hasrat itu telah pun kembali kepada fitrah bagaimana Allah menciptakan kita sbgai mnusia.. manusia itu.. ruhnya adlh suci bersih.. pasti di dalam kehidupan mereka.. atau dalam soal jodoh mereka.. inginkan yg terbaik buat diri dan anak2 mereka.. itu wajar, lumrah dan fitrah bagi setiap manusia...