Pages

..::sahabat pena::..

14 December 2011

Dalam ikatan perasaan..


[kredit]


perasaan itu adalah rasa..

ia dari dalam.. sangat dalam.

dan kehidupan ini..

menuntut kita utk sangat merasai..

biarpun ia hambar, mungkin juga sangat tawar..

namun itulah...

tarbiyah.


kata murabbiku.. "tarbiyah ini bukanlah rasa yang selalu indah.."

dan aku mengiakannya..

krn memang benar... 

mungkin kata mereka yg hanya terbuai dgn keasyikan angan2 di dalam tarbiyah ini..

akan merasakan segalanya indah-indah saja...

tetapi...

sememangnya tarbiyah itu adalah bentuk-bentuk ujian..

dan ia tidaklah selalunya indah....

karena,

aku tidak akan mampu memahami ini semua jika aku tidak menghadirkan hatiku dgn ikhlas dalam memahaminya,

aku tidak akan dapat merasai nikmatnya tidak ada harta sedikit pun jika bukan kerana tarbiyah ini yang mengajarkan aku erti berbagi,

malah.. aku mungkin tidak akan dapat merasai hangatnya berada dalam ikatan perasaan ini jika bukan kerana tarbiyah ini yang mengajarkan aku erti mencintai mereka sepenuh hati,

iya.. segalanya kerana perasaan ini..

kerana rasa yang selalu menguatkan keyakinanku,

kerana rasa yang selalu membuatkan aku berani berbuat,

dan ia adalah tarbiyah buat diriku!


ramai orang bertanya...

"apa yang kamu dapatkn dari tarbiyah ini?"

"apa yang kamu fahami dari tarbiyah ini?"

....aku tersenyum.

kerana aku mendapatkan segalanya di dalam tarbiyah ini..

aku mendapatkan diriku sebagai seorang muslim yang sebenar.


muslimnya aku bukanlah sebuah keturunan,

muslimnya aku bukanlah kerana catatan kad pengenalan,

muslimnya aku bukanlah kerana aku tertutup dengan hijabku,

tetapi muslimnya aku adalah kerana aku faham bahwa islam itu bukanlah keturunan, ia bukan dari kad pengenalan dan bukan juga krn hijab yang menutupi seluruh tubuhku...


sekali lagi ingin aku tekankan..

perasaan inilah yang telah membangun iman ku...

krn itulah asas utk aku dan kamu memahami tarbiyah ini..

lebih halus dan mendalam.


mohon doanya. :)



Princess Mos,

Surabaya.


......






04 December 2011

Sudah berlalu waktu tidur..

[Kredit]



bismillah..

post ini tak mampu utk aku rangkumkan mnjadi pendek.. krn memang ia agak sikit panjang.

dan aku mnggunakan bahasa diri "aku" utk lebih mesra kunonnye..


....

alhamdulillah.. segala puji bagi Allah.. yang masih mengizinkan aku utk merasai dengan perasaan ini .. bernafas dgn ruh ini..

sungguh, aku tidak pernah menyesal sedikit pun.. malah amat2 sangat bahagia dengan "kehidupan" yg Allah berikan pada aku kini..

Allah telah mengajarkan aku.. malah kita semua dengan firman2-Nya..

dan butalah mata hati bg mereka yg sengaja buat tidak peduli..


suka aku ingatkan pada diri.. memujuk2 hati..

bahwa jalan ini sgt panjang..

dan sememangnya aku tidak ada waktu utk rehat..

krn syurgalah tempat rehat yg paling hakiki...

allahumma'amin...


.... telah lama aku berada di jalan ini.. hampir saja 6 tahun..

sungguh tak terasa.. ia satu tempoh masa yg agak lama bg org2 yg dhaif seperti aku..

dan ia adlh masa yg sgt sekejap bg org2 yg menjiwai dgn seikhlas2nya jalan ini..

namun, lama atau sekejap kita di jalan ini..

seriusly, tak menjanjikan pun kita hebat di mata Allah..


alhamdulillah, aku panjatkan lg rasa syukur dan puji-pujian yg sebesar2nya pd Dia..

krn Dia tlh menghadirkan jasad dan perasaanku di jalan yg lurus tiada bengkok ini di usiaku yg masih terlalu muda..

walaupun aku sgt stress bile org ckp aku matured.. huhu..[hakikatnya masih hingusan lg]

tp tak mengapalah..

kerana memang tarbiyah ini telah membuatkan aku berfikir lebih tua melebihi usiaku..

krn memang seharusnya begitu..

krn dakwah ini memerlukan "ghulam" yg logam.

bkn nenek-nenek yg dah minum susu anlene..[sekiranya ade nenek2 yg mmbaca, maaf, ssungguhnya anda juga diperlukan di dlm sistem 'hidup' ini. huhu]

begitulah tarbiyah mengajarkan kita,

dari tak mampu berbuat sehingga mampu berbuat, malah lebih luar biasa lg..

sumpah! aku tak pernah t'fikir pun yg aku akan berada selama ini di jalan ini..

aku tak pernah t'fikir pun utk aku kenal mereka2 itu kalau bkn krn tarbiyah ini..

aku tak pernah terfikir pun akan punya adik2 yg melebihi usiaku..

dulu, aku hanya fikir.. aku nak tarik adik2 yg baru tumbuh gigi susu..

yg baru nak celik mata melihat dunia ini dgn kaca mata islam,

namun.. perancangan Allah lebih hebat..

Allah kurniakan aku adik2 yg dah tumbuh gigi kekal pun.. siap ada taring lg.. huhu..

siap boleh bg nama gigi aku ape.. [sebab mereka adlh bakal dentist dn doktor sakit umum]..

tp itulah..tarbiyah yg menguatkan aku utk berhadapan dgn mereka..

amat2 la sgt mustahil utk aku.. kalau bukan krn tarbiyah Allah ini..

utk aku membawa mereka.. dan mereka mendgrkan taujihat2 ku yg "ntah ape2 itu"...

tp Allah-lah tempat aku bergantung..

itulah ujian buat diri aku..

dulu.. aku sgt tidak yakin.. krn aku tidak sekufu dgn mereka..

krn di dalam memilih mad'u pun... perlu jgk utk kita mencari org2 yg sekufu (sama) dgn kita..[kata seorg ustaz tu]..

mksud aku tidak sekufu itu..

aku hanyalah seorang bakal kaunselor/ustazah jiwa..hehe.. dan mereka adlh bakal2 doktor..

sudah tentu ia sgt berbeza.. dari cara hidup, belajar, fikiran, pengalaman.. dan masa...

dan aku.. pernah sedikit berputus asa utk memahami cara mereka..

wlupun ramai je akhwat2 yg ambik medic.. dan aku boleh je tanye itu ini tentang life mereka utk lebih memahami mad'u-mad'u ku..

tp ternyata ia tidak semudah yg aku fikirkan..

aku tidak mampu memahami nya juga.. malah aku pernah rasa terpaksa utk memahami mereka..

namun, aku sangat yakin dgn kewajiban syahadah ini..

biar apa pun, dan siapa pun mereka.. [wlupun aku sgt rasa rendah diri..] dgn usia ku..

mereka tetap mad'u ku..

krn aku tidak ada pilihan...

hanya mereka yg ada.. kekurangan mad'u di setiap kawasan kadang2 boleh menyebabkan seseorg yg bersemangat mcm aku ni berpotensi utk mngalami stress berat.. hehehe

tp itulah hakikatnya..

aku percaya.. ketika sharing dgn mereka2 yg punya hamasah dan hadaf (tujuan) yg sama..

mereka juga ada masalah2 yg lebih kurg sama..

kawasan kekurangan mad'u tp byk penggerak,

kawasan ada mad'u banyak tp tak cukup penggerak,

kawasan tak ada ikhwah dan akhwat ,tp yg ada kita seorang je.. lame2 leh futur jgk ni,

kawasan terpaksa berebut adik2 dgn jemaah yg lain,

masalah ukhwah dgn ikhwah dan akhwat sendiri sehingga melambatkan gerak kerja kita,

dan bermacam2 mehnah yg lain...


memang benarlah,

tarbiyah ini betul2 mengajarkan kita erti sabar yg besar..

ketika mehnah2 di dalam dkwah kita sering kali mmbuatkan kita down yg teramatnya..

01 December 2011

Masalah dalaman!

[Kredit]



bismillah..

sering kali dgn nama Allah sy mnulis ini.. atau apa pun kerja2 yg sy lakukan..

"bacalah dengan (menyebut) nama Tuhan mu yang Menciptakan..." [surah al-'Alaq: 1]

moga setiap apa yg kita lakukan, Allah redha.. dan ia menjadi pahala buat amal2 itu..


terasa lama tak mnulis post yg membangun ruhi..

mungkin ruhi sy yg agak mngendur sejak akhir2 ini.. istighfar..

...............

alhamdulillah..

jumaat yg cerah..yg membawa berjuta makna buat diri...

kehidupan yg baru utk hari ini..

dan hari ini.. selalunya adalah hari yg di nanti2 utk mengakhiri kehidupan ini.. :)


Maha Besar Allah..

yang selalu menenangkan hati ini.. ketika gelisah menggulungi hati..

ketika air mata bercucuran menyembah bumi.. Allah lah tempat bergantung paling hakiki..

sememangnya inilah kehidupan.. inilah jalan panjang yang Allah nak kita faham..

dan org2 yang tidak berada di jalan yang panjang ini.. tidak akan pernah memahami hakikat yg sebenarnya..

krn di jalan ini..

Allah ajarkan kita pengorbanan,

Allah ajarkan kita kasih sayang dan cinta,

Allah ajarkan kita rasa rindu,

Allah ajarkan kita kesabaran,

dan segala macam bentuk akhlak untuk menjadikan diri ini sebagai seorang individu muslim yang sejati..


namun, sejauh mana kita menerima tarbiyah ini dengan hati?

mmg.. kita tak boleh utk mnjadi manusia "selfish" di jalan ini.. krn itu bkn akhlak kita..

dan krn itu, segalanya utk kebaikan hubungan sesama kita...

pasti akan ada yg mengalah..

pasti akan ada yg cuba mngerti... memahami...

29 November 2011

rupa-rupanya aku sangat kikir..

[kredit]


ini tentang cinta..

seriously, this is about love and trust..

setelah 20 tahun aku hidup..

dari meniarap, merangkak, berdiri dan akhirnya berjalan.. berlari?

memang cinta yg aku cari..

mungkin saja ia berbeza...

krn dulu mgkin hanya cinta yg bersifat perhatian..

semakin meningkat dewasa,

cinta yg lain lg aku inginkan..

dan ia terus berbeza...

sehingga akhirnya aku sedar Allah menyapa..

memang terpana..

tak tahu nak kata apa..

sebab rupa-rupanya aku sangat kikir dalam memaknai erti cinta yang sesungguhnya..

*malu*

terima kasih Allah atas cinta ini..

cinta yang menjadikan aku seorang manusia yang mengenal Pencipta,

cinta yang menjadikan aku seorang manusia yang memahami hakikat penciptaan ini,

dalam-dalam.


inilah jalan cintaku..

ia panjang.. 

penuh rintangan..

orang kata.. cinta itu selalunya menyakitkan..

selalu membuatkan kita penat..

tp nikmat.

dan aku telah menemuinya...

dalam hati-hati mereka..

indah rupanya... 

akhirnya, aku sangat-sangat percaya..

aku perlukan cinta itu ..

utk lebih dekat sedekatnya dengan Pencipta..

terima kasih ukhtiku..


doakan :)


Princess Mos,

Surabaya.


........




24 November 2011

berbuatlah dan berkatalah!

[kredit]


Allah tegur..

Direct mungkin..

sebab itu yg sy rasa..

ketika ayat2 cinta dari-Nya dibacakan kepada sy..

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Itu sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan." [QS. Ash-Shaff, 61: 2-3]

selalunya.. atau mgkin sy tersilap dalam memaknai ayat ini..

sy rasa.. adalah sangat2 munafik bila..

sy berkata sesuatu.. tetapi sy tidak melakukannya..

sy mgkin tnye adik2 bulatan gembira sy tntg mutabaah amal mereka..

atau gerak kerja mereka .. ketika kami sedang qadaya bersama..

macam2 sy nk mereka buat.. tp sy? ape yg sy buat? *glupp*~telan air liur.


namun...

sebenarnya ape yg harus kita fahami di dalam dakwah dn tarbiyah ini berbeza..

kita tak hanya memandang ayat2 Allah itu sebagai satu terjemahan yg bersifat direct semata2...

sehingga kita merasakan..

oh.. mmg itu kot yg Allah nk bgtau kat kita..

"jgn ckp ape yg kau tak buat. "

tp sbnrnya Allah nk bgtau kita..

suruh kita "berbuat dan bercakap jgk"..

dua2nya berjalan seiringan...

kerana dunia ini tidak akan berubah jika kita hanya nak buat je dulu bru nk cakap..

tp biarlah kita buat kerja/amal dan bercakap jgk.. faham ke?

memang terkenalah pada sy kn...

ketika sy takut utk berkata2 krn sy tak berbuat..

so, klu tak nak rasa diri tu munafik.. berbuatlah dan berkatalah..

cukup di sini.

jazakillah buat insan yg tlh mengingatkan sy. :')



Princess Mos.

Surabaya.

.......


20 November 2011

Kasih untuk ukhtiku...

[kredit]


ku tuliskan bait-bait ini bukan utk sekadar bermadah..

atau mengolah segala isi di jiwa..

tetapi ku tuliskan ini.. sebagai ubat buat Sang hati yang masih meronta-ronta..

terutamanya buat kamu ukhtiku.. yang ku cinta kerana ad-deen ini..

sungguh, mungkin masih ada yang peka akan kamu ukhtiku..

yg tahu akan gelora yang membuak-buak itu..

seolah-olah kita ketandusan.. haus akan harga diri ini.. 

memang.. aku juga bukan manusia sempurna..

aku hamba yang masih terlalu naif dalam memaknai fitrah ini..

biarpun aku bisa untuk mempelajarinya..

namun ukhtiku,

ku lihat bumi ini sudah tenat.. sarat..

kita di jadikn bahan tontonan, bualan, mainan...

harga diri jauh .. jauh.. dan ia semakin jauh melayang meninggalkan akhlak kita..

kita rebah.. dengan mudah.. dekat.. dekat.. dan semakin dekat dengan rakusnya mereka itu..

kita biarkan sepasang mata itu merenung seolah-olah kita peragawati hebat,

biar pun tutup erat hijabnya,

biar pun sopan menawan bicaranya,

aduh... 

ukhtiku,

izinkan aku bicara sejujurnya kerana aku juga seorang perempuan..

aku malu tubuh yg indah itu jadi tontonan,

aku malu suara yang merdu itu jadi belaian buat jiwa sang insan itu,

aku malu kerana diriku gagal memegang kalian erat-erat...

membiarkan bahuku menjadi tempat kalian berlabuh melepas resah..

melepas gundah..

bukan pada mereka.. mereka yang tidak layak untuk meratah.. 

silap diriku kah ukhtiku?

kerana aku telah mengabaikan hak-hak cinta dan sayangku padamu ukhtiku?

dan kau menjauh krn gagalnya diriku membimbingmu?

maafkan aku..

seandainya aku telah membiarkan kamu jatuh ke dalam lembah itu... 

bersama mereka yang tidak selayaknya utk mu..

walaupun..

setinggi gunung mereka lafazkan gelora jiwa padamu..

sehingga kamu percaya akan dia berbanding ukhtimu sendiri..

aku mengerti..

kerana memang silap diri ini membiarkan mu di satu saat itu...


ukhtiku,

dengarkan ini,

jangan kerana kamu terlalu asyik dengan dia yang tak kamu kenal budinya,

ukhwah kita lebur,

ukhwah kita hancur,

dan segalanya menjadi kekeliruan yang amat merumitkan hubungan ini..

mungkin dirimu belum mengerti akan semua yang terjadi..

namun..

aku mohon...

kembalilah.. jangan pergi dari sinar yg terang..

kerana sebaik-baik perhiasan itu adalah wanita solehah...


Princess Mos,

Surabaya.


....

16 November 2011

ketahuilah, ZERO di mata Allah itu merugikan!

[kredit]


sy menulis post ini dengan penuh perasaan. mungkin.

perasaan yg sangat bahagia.

atau amat sedih sekali. mungkin jgk.

Allah lebih tahu.

terima kasih Allah atas tarbiyah dari-Mu..

tak berhenti.. syukur.


terkadang sy tersilap dalam memaknai hidup ini..

sy tersilap dalam memandang manusia2 yg berada di sekeliling sy..

betul kah? hmm... *monolog dalaman*


selalu yakin..

bahwa jalan ini Allah akan uji banyak3...

Allah akan bg tarbiyah direct tnpa tapisan..

berulang-ulang..

untuk apa?

untuk apa?

......................?

terkadang kita rasa kita ada jwpn utk persoalan2 tu..

kita yakin kita memang kuat utk berdiri dgn kaki sendiri.. (xkan nak pakai kaki org len plak kn??)

tp.. hakikatnya.. kita gagal utk mengimbang segalanya!

dan langkah kita melayang,

tubuh kita terjelupuk rebah!

krn apa?

krn kita PERASAN kita boleh hidup tanpa org lain bersama kita.

ok, anda SILAP TOTAL!!

namun.. itulah yg sering berlaku..

kita rasa kita hebat..

kita rasa kita yg betul.. maka semua org seperti paku-paku yg tunduk dan patuh apabila di ketuk penukul...(faham ke?)

ingatlah... ingatlah wahai ukhti ku..

kita cuma kuli..

kuli dakwah ini...

bukan maharaja.. bukan princess... huhu..

dan utk dakwah ini... segalanya tentang urusan kita dengan Allah.

setelah itu baru dengan manusia.. mahluk terbaik yg diciptakan Allah..

lalu?

pandangan manusia pada kita lebih best ke? berbanding pandangan Allah??

ok..

mgkin setiap org memerlukan perhatian.

memerlukan pujian yg bertubi-tubi datang memenuhkan bakul buah rambutan. eh.

tp.. ketahuilah, ZERO di mata Allah itu merugikan!

09 November 2011

No one is perfect!

bismillah..


dengan izin Dia pena ini lincah menari merungkai pekatnya tinta,

dari kebekuan hati yang ingin sekali aku cairkan bersama hangatnya dawai-dawai rasa,

memang, terkadang ukhwah itu perlu menuntut hak-hak wajar,

dalam luka,

dalam tawa yang mengguriskan isi jiwa..

moga Allah pimpin kita,

di saat badai menghempas keyakinan kita...

29 October 2011

Hujan Rindu.


[kredit]


patutkah utk aku rasa tergigit?

sedang nikmat Tuhanku telah melimpah meratai tanah..

sehingga aromanya tertusuk dalam hingga ke jantung..

dan hati melonjak-lonjak..

bicara rindu berbunga-bunga..

lalu terbelah menjadi juzu'-juzu' kecil..

pecah!


dan kerana terlalu rindu..

lalu dibiar sendiri memeluk hati..

dan tulang belulang dingin berlari..

mengejar makna sebuah janji..

ini.... 

di manakah kamu? -

aku ingin mengira setiap titisan itu...



1.43 am.

Wonocolo, Surabaya.

Princess Mos to insan tangguh.

.................

Little Caliph..

[kredit]


alhamdulillah segala puji bg Allah..

29 oktober 2011...

menjadi saksi.. hidup ini.. tarbiyah ini.. risalah ini.. dan segalanya yg telah bernaung di bawah lembayung cinta dan rahmat-Nya..

ada beberapa hal yg menyentak rongga2 jiwa..

berita suka.. atau mungkin berita duka..

namun, Allah telah susun.. cantik sekali.. alhamdulillah.. sekali lg segala puji bagi Allah..

semoga Allah meredhai hari ini.. dan hari2 yg sebelum juga sesudahnya..

sehingga nyawa tercabut dengan keras dari jasad ini..


pagi2 ba'da (selepas) subuh dpt msj dari seorg akhwat (kwn sy)..

"ukhti, skrg ukhti A sedang berjuang mengantarkan mujahid baru lahir ke dunia ini, mohon doanya semoga diberikan kemudahan dan kelancaran dalam proses kelahiran sang buah hatinya, skrg msih di rumah sakit islam, sudah bukaan 1".. (text from ukhti S)

sumpah! senyum sy smpai ke telinga..

sy nak anak buah baru!! huhu..

alhamdulillah.. beberapa minit td sblm sy mnulis post ini... sy dpt msj dr murabbi, ukhti A sudah selamat melahirkan baby boy dgn sihat :)

subhannallah.. Maha Suci Allah..

yg menghidup dan mematikan mahluknya.. sesungguhnya Allah telah berfirman..

"Maka adakah patut kamu menyangka bahwa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kpd ada) sahaja dgn tiada sebarang hikmat pada penciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan kembali kepada Kami? Maka (dengan yang demikian Maha Tinggi Allah Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Tetap Benar, tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai  Arasy yang mulia. [al-mu'minun 23: 115-116]


Allah telah menghadirkan lg seorang khalifah di atas muka bumi ini...

dan penciptaan itu bukanlah sesuatu yg dari pd tiada kepada ada sahaja..

tetapi setiap mereka yg munggil itu.. yg comel lote (bca dlm bahasa melayu..huhu) itu...punya beban tanggungjwb yg amat3 lah besar...

subhannallah.. puji syukur kembali kepada Allah..

selepas pernikahan ukhti A januari yg lalu..

alhamdulillah.. Allah masih mentsabatkan dirinya utk tetap teguh di jalan ini..

walaupun.. amat3 lah tidak tega kami melihat dia sejak 2 3 bln terakhir ini yg sedang sarat membawah little caliph di dlm perut..

pergi daurah.. usrah.. mengajar..

subhannallah.. kekagumanku pada ummahat ini..  sgt menusuk relung jiwa..

sungguh.. kami menanti2 kedatangan mujahid muda ini.. alhamdulillah..

skrg tunggu giliran anak buah dari ukhti YK dan ukhti YN je lg..

masing2 sedang berjuang membawa little caliph masing2...

huhu... sume sedang memboyot ok. ~

krn msih terlalu muda, dan single mingle lg... maka, sy menjadi "tante-tante" (makcik) yg sgt hepi menunggu mereka.. hihi

alhamdulillah.. puji syukur kembali kepada Allah lg..

itu cite gembira pertama buat sy hari ni..


26 October 2011

Selagi nadi melagukan denyutannya..

[kredit]


Apakah aku terlalu kaku di jalan ini?

Berhadapan dengan mehnah yg sama.. ujian yg sama..

Sehinggakan terkadang merasakan diri ini tepu di jalan ini..

Terasa ruhi hilang melayang-layang..

Dan aku sangat pasti akan satu hal.. bahwa bukan saja aku yg merasai pudarnya hamasah ini..

Ada.. ada diantara mereka yg mungkin juga sudah futur tanpa di sedari..

Istighfar!!


Telah bertahun2 kita di jalan ini.. merasai turun dan naiknya tarbiyah Allah..

Sebagai sebuah sunnatullah.. di dalam perjuangan menegakkan kebenaran..

Terkadang kita tdk mengerti.. kenapa itu tarbiyah Allah buat diri? kenapa ini tarbiyah Allah buat diri..?
Knp bukan ini.. knp bukan itu..??

Malah kita takkan pernah puas utk terus mempersoalkan ketetapan Allah..

Yang sesungguhnya tarbiyah Allah itu datang sesuai dengan ‘level’ iman kita di saat itu…

Sedarlah..!

Kehebatan kita di jalan ini bukan apa2nya jika niat kita bagaikan niat sang  pungguk rindukan bulan..
Dibuai angan2 dunia.. namun bermimpi nak jadi murabbi tegar!


Sungguh, tarbiyah ini dari Allah.. ia turun ke hati dan di rasai dengan penuh cinta oleh orang2 yang menyerahkan seluruh jiwa dan hidupnya pd Ilahi..

Ya, memang terkadang ia bukan mudah…

Rasulullah juga pernah menyelimuti diri.. ‘saking’ (baca:terlalu) takutnya..

Bahwa kewajiban ini tidak pernah lepas..

Selagi nadi melagukan denyutannya..

Selagi nafas menghirup aroma busuknya dunia..!


18 October 2011

Hampir ke situ..

[kredit]


apa yg aku rasa?

Allah tahu.. sungguh, jalan ini sumpah panjang ! (kata inche gabbana)

dan memang itulah kata2 org yg hebat di jalan ini..

jalan ini memang panjang.. 

ia memerlukan hati yang kuat, tegar, tangguh.. 

menuntut segala rasa.. pengorbanan berganda2..

jadi tidak heran lah.. jika aku yang masih merangkak2 seperti si baby comel di jalan ini..

merasakan beban yang amat berat sama seperti mereka..

cuma,

amalku tidaklah semantap mereka mgkin..

jadi aku sungguh malu utk mengatakan aku sudah terlalu banyak di uji..

krn sememangnya.. 

ujian2 Allah utkku cuma seciput je..! adeh.


sungguh, hamba terlalu lemah..

selalu menyalahkan tarbiyah ini tidak memenuhi keperluan..

sedangkan, aku yg tidak membuka hati ini utk di tarbiyah dengan lembutnya..


terima kasih akan sentuhan-sentuhan cinta-Mu ya Rabb..

moga hati ini tidak sunyi..

krn Kau sentiasa ada.. memandu diri ini.. hampir ke situ..

Syurga-Mu...


Princess Mos,

Surabaya.



.........


10 October 2011

kerana dirimu hawa, adalah diriku juga..

[kredit]


ya Allah.. sesungguhnya Kau yg memandu hatiku..

Alhamdulillah.. alhamdulillah... Kau masih mngizinkan lagi hamba merasai ruh tarbiyah dari-Mu..

Kau tahu.. bahwa terkadang hati ini selalu bermonolog sendiri..

sekalipun tidak ada futur yg menjengah mengganggu..

namun, fitrah ini telah mmukul diriku utk terus muhasabah diri dan muhasabah lagi..

tidak berhenti.. moga imanku tidak layu dan busuk!


inilah aku.. seorang hamba yang ingin berserah diri..

seorang hamba yg telah berjanji

"sesungguhnya Kau adalah Tuhanku, dan tidak ada yg lain selain Engkau"

dan aku pasti.. itulah setulusnya janjiku pada-Mu.. Allah Maha Besar.

08 October 2011

Allah jadi saksinya..



seorang kawan, dalam doa dan salamnya
di berlalunya seperempat abad usiaku
kembali mengenangkanku sebuah kaidah
"bencilah kesalahannya, tapi jangan kau benci orangnya"

betulkah aku sudah mampu begitu
pada saudaraku, pada keluargaku
pada para kekasih yang kucinta?
saat mereka terkhilaf dan disergap malu
betulkah kemaafanku telah tertakdir
mengiringi takdir kesalahan mereka?

tapi itulah yang sedang ku perjuangkan
dalam tiap ukhwah dan cinta
dalam tiap ikatan yang Allah jadi saksinya

karena aku tahu, bahwa terhadap satu orang
aku selalu mampu membenci luputnya
tapi tetap cinta dan sayang pada pelakunya
itulah sikapku selalu, pada diriku sendiri

ku coba cerap lagi kekata asy-syafi'i
"aku mencintai orang-orang shalih"

begitu katanya, diiringi titik air mata
"meski aku bukanlah bagian dari mereka
dan aku membenci para pemaksiatNya
meski aku tak berbeda dengan mereka"

ya.. mungkin dia benar

tapi dalam ukhwah dan cinta
dalam tiap ikatan yang Allah jadi saksinya
aku ingin meloncat ke hakikat yang lebih tinggi

karena tiap orang beriman tetaplah rembulan
memiliki sisi kelam, 
yang tak pernah ingin ditampakkannya pada siapapun
maka cukuplah bagiku
memandang sang bulan
pada sisi cantik yang menghadap ke bumi

tentu, tanpa kehilangan semangat
untuk selalu berbagi dan sesekali merasai
gelapnya sesal dan hangatnya nasehat
sebagaimana sang rembulan
yang kadang harus menggerhanai matahari


-Salim A.Fillah-


07 October 2011

Menggapai awan-awan.

 Bromo - 2009


Post berbentuk curhat! [jika malas utk membaca, dipersilakan utk mengalihkan tetikus cute anda dan klik tanda "X merah" di ats sblh kiri PC or laptop anda.] terima kasih.


erm.. post ini tidak menyatakan sy down, or berangan or.. ape2 sahaja yg sama erti dgn nya.. tetapi sebuah cita2 besar seorang hamba Allah yg lemah.. :(


tadi wktu time nk gi kampus.. tgk la budak2 kecik sedang bermain2 di halaman luar rumah sewa sy..

siyes.. jeles tgk mereka.. mcm org tak ada mslh je.. huhu..

tp.. bukan itu yg sy nk cite sbnarnya..

em, wktu diorg tgh bermain2.. tiba2 di langit lepas.. ada sebuah pesawat Garuda boeing 737.. haha. mcm nmpk je.. telah terbang di atas.. (ayat sy dh mcm budak darjah 3).. huhuhu..

dan anak2 kecil yg sgt comel itu... melambai2 ke arah pesawat yg saiznya sebesar semut je..

mcm sy kecik2 dulu la.. confident je org dlm kapal terbang tu nampak sy.. lalu memberhentikan kapal terbang dan melambai sy balik.. mustahil!

akhirnye ngomel2 sendiri.. huhu

dan apabila sy sendiri berada di atas.. sedang terbang di atas.. sy tak nmpak ape pun kat bawah.. dan mgkin buat tak tau je.. dek krn terlalu asyik melihat ciptaan indah Allah yg lain..


knp sy tibe2 cite psl bdk2 kecik dan kapal terbang?..

dari mereka sy dpt sesuatu..

krn dgn melihat manusia2 itu.. sy belajar..

sesungguhnya..

kita perlu utk menjadi yg menyerlah di mata Allah...

kita tak nak menjadi budak2 kecik yg melambai2 pd kapal terbang dan mgharap pilot yg hensem itu senyum dan lambai balik.. oppss! (perumpamaan saja)

05 October 2011

Mengalirlah !




'Mengalirlah bersama amal-amal ini, nescaya ia akan mengalirkan dirimu'


sebuah pesan dari seorg ulama dakwah kpd murid2nya.. termasuklah diriku yg sememangnya masih belajar memahami amal2 itu..

terkadang kita cukup selesa dgn amal2 kita..

terkadang kita cukup yakin bahwa amal2 kita mampu utk menghantarkan kita ke jannah-Nya..

kita yakin dgn qiamulail kita, dhuha kita, puasa sunat kita.. sudah cukup mnyatakan kita sebagai seorg hamba Allah yg telah beramal..


walhal, amal itu bkn-lah sekadar ubudiyah yg bersifat penghambaan sahaja..

tetapi ia juga adalah ubudiyah yg bersifat berpanjangan dan bergerak..

itulah.. dakwah. menyeru. mengajak.

manusia lain menambah kecintaan dan iman mereka kpd Allah..

terkadang amal ini tidak difahami oleh kita..

bagi kita.. dakwah , mnyeru, mengajak bangsa manusia kpd Allah itu adlh satu KERJA.. bkn amal.

sehinggalah kita penat. krn kita merasa itu hanyalah kerja semata2..

sebenarnya.. amal2 yg kita rasa kerja itu adlh "amal dakwah" kita.

cuma mgkin.. di awal kita ingin melakukan amal itu..

niat kita belum tulus dan telus hnya krn Allah...


04 October 2011

Kerana kita memang perlu survive!




alhamdulillah.. alhamdulillah..

Moga Allah sentiasa memberkati hidup dan amal soleh kita semua.. amin.

insyaAllah.. Allah masih memberi nikmat iman dan islam pd diri yg terkadang alpa ini..

Allah memberi kekuatan di setiap rasa lemah yg terkadang dtg memujuk2 diri..

sesungguhnya, mmg Allah-lah tempat sebaik2nya kita bergantung.. (:


beginilah sebuah perjalanan hidup.. segalanya adalah tarbiyah direct dr Allah utk diri ini..

alhamdulillah kita masih di uji.. krn ujian itu tanda Dia masih ingt akan kita..

namun kita?

sering terlupa utk basahkan hati merindui-Nya..

hati kita basah dgn lendir-lendir dosa.. malulah pada Allah..
(istighfar panjang terlantun dari bibir..)

erm..

agaknye sy dh lama tak mnulis tntg tarbawi dan haraki..

mgkin kurgnya tsaqafah (baca:pengetahuan) sy sejak akhir2 ini..

shinggakan terasa kering.. adeh.

seharusnya seorang da'i itu tidak boleh kering dgn tsaqafah dan mutabaah amal diri..

apatah lg dia adlh seorang murabbi.. dan mempunyai mutarabbi yg perlu ia bentuk dgn acuan iman dan hamasah..

seharusnya seorang da'i dan murabbi itu lebih berganda2 amal fardinya..

seharusnya.. seharusnya..

itulah yg seharusnya... moga Allah menguatkan diri yg terasa akan kekurangan ini...

29 September 2011

Dakwah ila Allah..

Oh Allah..

sesungguhnya Kau Maha Dekat..

yang Maha Tahu akan sisipan kata hati.. persis! (baca: detail!)

cuma terkadang hamba-Mu ini yang jauh.. menjauhkan diri. krn dunia menyelimuti hati.

terasa jijik sekali..



Oh Allah..

terima kasih utk hidayah ini..

ia telah memimpin tanganku menuju-Mu.. membuatkan aku rindu untuk bertemu dgn-Mu..

terkadang sy rasa ingin menangis sehabis2nya.. krn khilaf diri dlm menilai manusia2 itu..

krn dulu.. mungkin sy sama je seperti mereka..

namun Kau telah menyapaku.. mendekatiku.. mungkin juga akan menyapa manusia2 itu utk bersama2ku mencari redha-Mu.. amin.. amin.. Allahumma amin..


sejak akhir2 ini sy kurang "bermood" utk mnulis.. nth knp.. sy lebih suka melihat org2 di sekeliling sy.. sehingga sy rasa terhukum dgn olah2 mereka..

namun jauh di sudut hati.. sy cukup rindu utk menulis.. insyaAllah, moga Allah memberi kelapangan masa utk sy terus mnulis di sini lg.. :)


skrg.. sy dh start sem baru.. dlm dua mggu pertama ni sy agak tidak stabil ckit.. krn jadual yg sgt pack dan sy tgh mnjalani praktikum kaunseling.. itu sgt mmbuatkan 5hari kuliah adlh masa penuh di kampus je.. sungguh, sy tidak suka.. huhu.. (tp tetap tersenyum cool je)..

alhamdulillah.. Maha Suci Allah yg telah menguatkan kesabaran.. ketekunan.. dalam mnjalani kehidupan ini..

sedar atau tidak.. setiap saat Allah menunjukkan sesuatu kpd kita hamba-Nya ini.. akan sebuah hakikat kehidupan.. bahwa kehidupan ini memerlukan Tuhan..

ada manusia yg hidup.. tetapi dia mengingkari akan Tuhannya.. mgkin tidak pada perbuatan.. tetapi dr hati yg tidak terlihat oleh orang2 yg meskipun dekat dgnnya.. nauzubillahiminzalik..

17 September 2011

Kanvas Rasa..

Bismillahirrahmnirrahim..


Ini mungkin tulisan hati.. lukisan jiwa.. kanvas rasa..

Yang terolah dalam puing-puing perasaan yg belum keluar, lagi menyesak rusuk.. menghimpit dada.

Hamba di daerah ini.. merenung dalam-dalam wajah insan..

Dari kedut-kedut wajah itu aku kira.. satu-satu..

Sambil bibirku melantun zikir lembut..

Dan mata ini sudah kabur dek penuhnya embun bertakung..

Kegetiran.. membuatkan hati ini basah.. malu tak sudah..


Jauh.. terlalu jauh aku meraba keimanan..

Apabila bisa aku sentuh, aku lepaskan.. dan ia pecah berkecai di lantai dosa..

Dan kefuturan membelai jiwa,

Terasa indah ketika itu..

Namun, Dia masih sayang padaku..

Tanganku ditarik rakus.. 

Membawa aku keluar dari lembah hina itu..

Mensucikan diriku dari lumpur dosa nan pekat..

Alhamdulillah..


Moga cahaya yang Kau pinjamkan ini menerangi jalanku menuju keredhaan-Mu..



Hamba-Mu,
Princess Mos.



03 August 2011

Ramadhan.. Madrasah buat jiwa !





As salam.

Alhamdulillah.. syukur.

Masih berpeluang merasai ramadhan yang indah ini..

Satu bulan yang di nanti2 oleh jiwa2 yg merindukan tarbiyah direct dr Allah..

Bulan mempertingkatkan mahabbah..

Bulan mempertingkatkan juga ubudiyah kpd Allah…

Bulan menjauhkan a.k.a mninggalkan terus daki-daki jahiliyyah di dlm diri..

Terasa bln ini sungguh terisi.. sehingga nak duduk menulis blog seketika seperti tak ada msa..

Ini pun sy sedang mencuri2 smbil tunggu nk packing laksa penang.. tolong ibu berniaga sikit utk ramadhan kali ni..hihi


28 July 2011

hari itu semakin mendekat..





Bismillahirrahmannirrahim…

Alhamdulillah, syukur di atas segala nikmat2 yg telah Allah titipkan pd sy.. 

Nikmat iman dan islam yg insyaAllah menjadi pegangan buat diri ini..

Sudah bertambah angka usia sy dua hari lalu..

Tak terasa.. dah 20thn sy hidup di dunia ini.. dunia yg mgkin menjadi titian amal buat sy bertemu dgn Allah di akhirat kelak..

Terkadang kita gembira ketika hari bersejarah ini bertemu lagi di dlm hari2 kita..

Kita meraikannya.. melakukan pembaziran ke atasnya..

Tahukah kita.. bahwa semakin bertambah angka2 usia itu. Semakin dekat kita dgn kematian yg pasti..?

Muhasabah diri.. 


Tidak ada apa2 mkna penghambaan kepada Allah jika selama angka usia yg bertambah itu..

Diri ini belum melaksanakan syahadah yg menjadi perhitungan di akhirat kelak..

Apa yg kita akan jwb di hadapan Allah nanti?

Semakin bertambah angka usia kita, semakin kurang amal kita, ubudiyah kita kepada Allah.. seharusnya ia semakin bertambah.. berlipat2 kali ganda..

Perlukah.. di hari ulang tahun kelahiran itu kita meraikan, berpesta, dan lain sejenisnya utk sekadar suka2?

Ingtlah, pada diri ini dan diri mu.. bahwa Allah akan mempersoalkan segalanya di akhirat nanti..
Sungguh, diri ini tidak mengharapkan hadiah dari manusia..

Krn ia tidak seindah, semewah, dan sebaik hadiah dari Allah.. iaitu Jannah-Nya..

Menunggu hari-hari utk bertemu dengan-Mu :)

Ramadhan tidak lama lg.. mgkin saja ini ramadhan terakhir buat diri hamba yg kerdil ini..

semoga terus dikuatkan hati..

Salam Ramadhan.. Sama2 kita menyemai ladang amal..

Jumpa lagi di syurga. InsyaAllah.


Wuallahu’alam..

Princess Mos, 27791


14 July 2011

Apa yang akan Allah sediakan?



As salam..

alhamdulillah..
dah sampai malaysia dah pun.. masih tak percaya.. setahun tak balik.. hati cam berdebar2 je..

bnyk perkara yg terjadi sblm balik..

alhamdulillah.. segalanya telah Allah atur sebaik2 nya utk kita...

mana2 sy pergi.. syukur sgt2.. ada akhwat yg baik2 yg menyambut.. walau se"busy" ape pun mereka..

sepenat mane pun mereka.. mereka ada masa je nk layan sy.. bawak sy jln2..

best.. indah sungguh tarbiyah ni bila kita nak merasakannya indah..

terasa ada org yg care dgn kita.. ada org yg mmg fikirkan bagaimana tarbiyah kita..

bgaimana amaliyah dakwah kita.. dan bermacam2 lg tentang kita..

terkadang terasa kerdil diri ini.. mgkin diri sendiri blm mampu utk buat mcm mna yg mereka telah buat ke atas diri ini..

setiap masa, akan ada yg tnye mcm mna tarbiyah, mcm mna kawasan, mcm mna.. dan mcm2 lg pertnyaan yg mmbuatkan diri terasa.. uhh.. ada jgk org yg sedang menantikan cerita sy yg tak best ni.. huhu..

malu jgk.. yela.. apelah sgt. sy blm sesolid mereka kot.. :(


alhamdulillah.. sampai2 malaysia.. ayah smbut.. dlm perjalanan nk gi klcentral..

just ckp tntg progrm tarbiyah dan dakwah.. blh percaya tak??

ayah dgn anak berjumpa.. ckp psl tarbiyah dan dakwah masing2?

alhamdulillah.. Allah meletakkan sy di dalm keluarga yg sudah mengenal tarbiyah.. wlupun pd hakikatnya sy menjiwai dkwah dan tarbiyah ini mgkin baru2 saja..

best dgr cerita ayah. tentang perancangan tarbiyah dia.. mcm mna tarbiyah dia..

adalah dpt imput sikit2 tntg tarbiyah org dewasa.. mksud sy.. org2 yg dah 40 above..

mgkin tak ramai org di luar sana yg dpt duduk dan sharing2 tntg tarbiyah dan dakwah bersama ayah tercinta sperti apa yg sy rasakan..

mmg best.. sbb ayah memahami hakikat jln dakwah ini..

04 July 2011

tarbiyah di bumi ini..





beberapa hari lagi..

telah aku hitung-hitung..

hati bercampur baur..

sedih.. gembira.. entah tidak tahu..

bumi ini..

bumi tarbiyah buat diriku..

bumi di mana aku belajar erti hidup..

erti penghambaan kepada Pencipta..

erti syukur.. dan segala inti rasa yg tidak mampu aku tuliskan di sini...


segalanya aku kutip dari tarbiyah diri yg aku lalui di sini.. di bumi ini.. dan di mana pun yg bakal aku jejaki nanti..

atau mungkin akan selamanya aku meninggalkan bumi ini.. dan tidak kembali.. krn Allah telah menjemputku dulu sebelum sempat aku melihat khilafah tertegak di bumi ini.. di sini !!

impian.. impian.. dan aku selalu bermimpi dan membina impian..

agar.. di bumi ini.. mampu aku tinggalkan rijal-rijal yg akan meneruskan dakwah nabi..

melaksanakan tugas2 tarbiyah..

dan memahami dengan sebenar2nya hakikat ubudiyah ini..


namun, itu tidak segampang (semudah) apa yg kita harapkan..

membina manusia, bukanlah seperti membina sebuah rumah..

yg boleh di susun batu bata nya rapat2.. kaku dan patuh pada simen yg mengeraskan...

tidak semudah itu !


kerana proses pembinaannya..

ada hati yg kita kena jaga..

ada jasad yg harus kita lindungi..

ada akal yg harus kita berdiplomasi..


dan merekalah mutarabbi kita..

yg telah Allah hadirkan utk kita. sebagai amanah paling besar..

iaitu dengan membentuk mereka menjadi rijal-rijal penerus dakwah ini..


ku titipkan kalian pada Allah,

jagalah Allah.. maka Allah akan menjaga mu.. (hadist 19)



wuallahu'alam.

Princess Mos, 27791

Surabaya.

02 July 2011

Kita adalah seperti apa yang kita baca.




as salam..

hari ni saya ade sedikit mood utk menulis..

sbnrnye belum berapa sihat sgt. tp gagahkan diri.. buat2 sihat.. supaya sy sihat..^^

sakit tidak boleh dilayan sgt.. kan3?? nanti bertambah mengada2 plak.. huhu..

baiklah..

anda pernah mendengar.. sebuah kata2..

berbunyi seperti ini..


"kita adalah seperti apa yang kita baca."..

lebih kurang mcam tu la.. sy dgr kata2 ni dari murabbi sy.. baru2 ni.. sbnrnye dh lama dh pernah dgr kata2 tu.. tp, tak ingat plak dari mana asal usul kata2 itu..

tp.. ia cukup menarik perhatian sy.. di sebabkan sy sebenarnya.. hakikatnya.. sangat3.. malas membaca buku.. huhu..

itu dulu.. sekarang tidak lagi.. malah kecintaan sy pada membaca buku dan lain sebagainya semakin bertambah2.. di sebabkan oleh rasa ingin tau sy.. :)


01 July 2011

tak ada mood.



bismillahirrahmannirrahim...


alhamdulillah.. hari ni aku masih bernafas lagi.. tak tau smpai bila lg Allah bg peluang utk merasa nikmat2 ini..
bulan 7 yg aku nanti2 kn telah datang kembali..

hari semalam sudah tidak akan aku temui lg.. ia telah berlalu pergi.. jauh.. dan jauh..

akhiratlah yg semakin mendekat.. dekat.. dan dekat menghampiri..

ya Allah.. ape je aku dah buat kat dunia ni utk menggapai syurga-Mu??

sungguh malu pada diri sendiri.. :'(


19 June 2011

Kasih mu...



Dan dirimu adalah jejaka paling tampan yang pernah ada di dalam lubuk hatiku,

yang sering memujukku,

di saat aku resah dalam mempelajari hidup ini..


Dirimu adalah pewira gagah berani,

perlidungku di saat aku goyah dengan mehnah duniawi..


Dirimu adalah cintaku, kasih ku, sayangku..

Kaulah inspirasi, pembangun semangat jiwa,

pengubat luka lara,

dan dirimu.. punjangga dunia pinjaman Allah buatku sementara...


dialah.. seorang insan yang aku bangga.. 

dia.. insan yang bernama AYAH...



Princess Mos, 27791



15 June 2011

Ku titipkan terima kasih ini untukmu..



ya Allah..

sesungguhnya.. Kau-lah yang telah menghidupkan.. dan Kau jugalah yg telah mematikan.. dan membawa kami kembali kepada-Mu...


tidakku dapat menahan sebak di dada ini.. biar selapang rasa dan kelegaan.. tetapi Kau pasti tahu.. akan sempitnya dunia mendengar khabar itu...

telah Allah pilih dirimu dulu..

di saat kami tidak pernah menyangka sedikit pun akan kehilangan mu.. sebagai seorang teman dan sahabat yg sangat bermakna buat kami semua...


pg tadi.. aku melihat senyum yg terukir di bibirmu.. di saat itu, kami sedang sibuk menghafal pidato kami sblm mmpersembahkan pidato itu di dalam bus awam di Stesen Bungur Surabaya..

wajah mu tenang terlihat dari senyum yg tidak pernah berhenti melihat gelagat kami yg cemas itu..

kau menemani kami utk berpidato di dalam bus.. ke hulu ke hilir mencari bus utk kami berpidato di dlmnya demi menyelesaikan tugas kami..

kau temani aku dan dia sahabat baik mu..

kita bertiga... mencari2 bus.. sehingga aku sempat bergurau dgnmu krn sudah terlalu penat dan tension sbb tak ada pemandu di dlm bus..

ku katakan pada mu..

"kamu aja yg jadi supirnya ya.." smbil kau memandangku dgn senyuman sbgai jwpn atas gurauanku...

14 June 2011

Janji itu telah dekat !




" janji itu telah dekat, sedang hati kebanyakkan manusia tertuju kepada hiburan dan cinta kepada dunia telah mengendalikannya.."


bait kata ini telah sy kutip dr sebuah buku karangan Muhammad Ahmad ar-Rasyid..

terkedu seketika..

di saat inilah yg sy rasakan..

di sana sini sy melihat bahwa islam telah naik sedikit demi sedikit.. mungkin bkn saja sy yg melihat kenyataan itu..

mesir, yaman, syria,.. dan bnyk lg negara2 di seluruh dunia sedang bangkit utk menegakkan semula khilafah islam ini..

mungkin saja.. berapa detik lagi janji itu akan menebar bumi..

sungguh, kemenangan yg di janjikan Allah utk islam itu pasti..

sama ada.. di tangan kita ataupun generasi penerus dkwah ini..


12 June 2011

Khayalan ini telah berakhir !

bismillahirahmannirahim..


aku tuliskan entry kali ini khas buat seseorang  yang telah aku mengenalinya dan telah aku menyayanginya krn Allah.. moga hati kita akan terus bertemu.. untuk sama2 menjaga dan memelihara sinar hidayah yang telah memancar di seluruh penjuru hati...


selamat datang.. selamat kembali.. ke jalan yang diredhai Allah dan di cintai oleh orang2 yang saling berkasih sayang di medan perjuangan Rasulullah kekasih Allah...

sesungguhnya, hidayah yang menyentuh hati manusia ibarat air hujan yang membasahi bumi..

ia menjernihkan hati.. dari karat2 kekotoran jahiliyah menjadi embun dingin di subuh hari...

bertapa terasa indahnya.. jika cahaya itu menerobos menyapa hati.. semoga Allah membimbing kita di sepanjang pencarian ini...


05 June 2011

R.I.N.D.U





bismillahirahmannirahim...


ya Allah.. Kau pimpinlah aku..

kemurkaan-Mu adalah ketakutanku..

cinta-Mu dambaanku..

rindu-Mu tasbihku..


aku yakin, bahwa Kau telah menjaga hatiku.. hingga ke hari ini..

walaupun Kau tahu belesungkawa yang terbuku di hati saban waktu,

dan jagad raya-Mu memahami akan rinduku,

pada insan itu..


aku tahu,

biarpun bibirku menafikan segala gundah itu,

tidakkah Kau ingin aku keluar dari belenggu dosa ini?

ya Tuhanku...


ya Allah,

aku bukan pecundang..

ketika jiwaku goyah,

hatiku parah!




Princess Mos, 27791

9.09 PM




off.

03 June 2011

K.H.A.B.A.R_G.E.M.B.I.R.A !

subhannalllah..

terasa ingin menangis.. sangat2.. ya Rabb.. terima kasih atas segala nikmatmu..

ketika hatiku diam mengkaku.. rindu akan blog ini..

tup.. tup.. Kau mengizinkan aku lagi utk terus menulis di sini.. Alhamdulillah..

bahagianya rasa.. terasa ruh utk mnulis di sini hidup kembali..

mungkin sy agak kurg bersabar utk menunggu blog ni ok..

ya Allah.. terima kasih akan nikmatmu yg tidak terhingga ini... amin.. amin.. ya Rabb...


mcm mana nk keluar dari semak samun ni???!


malam td..

tadabbur sikit dgn ahli rumah surah Asy-Syarh.. surah feveret sy..

mmg sgt mengenalah dgn situasi sy..

jom, kita sama2 tadabur sikit ayat nih..



bismillahirahmannirahim.. [Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.]


Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (Muhammad) ?,


dan Kami pun telah menurunkan bebanmu darimu,


yang memberatkan belakangmu,


dan Kami tinggikan sebutan (nama)mu bagimu,


Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan,


sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.


Maka apabila engkau telah selesai (dari suatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yg lain),


dan hanya kpd Tuhamnmulah engkau berharap. [Asy-Syarh, 91:1-8]



23 May 2011

Dinding langit menuntun cintamu..

telahku susun cinta ini.. buat Dia yang Maha Satu !

telahku akui rasa ini.. dari balik jiwa yang pasrah hanya pada-Mu ya Rabb..


terima kasih akan cinta hakiki-Mu yang mengalir bersama darah ini.. dan berdenyut bersama nadi ini..


kadang-kadang, ada di antara hati-hati kami yang mengeluh kerana kurangnya rasa cinta krn-Mu,

mungkin hati kami masih bergelumang dengan noda jahiliyah yang kaku..

lalu kami di uji, sehingga kadang-kadang ada di antara kami yang putus harapnya pada-Mu..


lalu tubuh kami melesu, dan hati kami pun layu..


bukan saja bunga di taman yang mengharapkan siraman air agar ia tumbuh mekar mewangi,

namun hati dan jiwa kami juga perlukan siraman itu..




siraman cinta dari ruh-ruh hamba-Mu yang selalu rindu akan sapaan-Mu tika malam menyepi dan sendiri...

20 May 2011

Untuk dakwah ini menderu laju...

alhamdulillah...


walaupun blog nih ade masalah ckit setting die.. sy pun xtau knp.. tp xpe la... janji boleh tulis smething jgk kat sini.. alhamdulillah.. :)


dari semalam nk update.. xdpt2.. agak sedih jgk.. smpai terngadu kat seseorg.. "aku xleh update blog.. wuaaa!!'

hari nih bkn nk balas dendam ke ape.. tp nk tulis puas2.. :) segala rasa, gumbira, happy, dan bahagia.. huhu.. same la tu kan??

ok, sy dh merapu..

skrg.. 8.55 WIB (wktu indonesia barat) housemate sume termasuklh sy.. duk sibuk3 menggeledah umah.. sbb?

esok kami dah nk pindah ke istana baru.. eh, istana ke? xde la.. teratak baru je.. :)

Alhamdulillah.. Allah telah mempermudahkan segala urusan kami..

Alhamdulillah..

rumah baru, bi'ah yg baru, semngat baru, cita2 baru dan impian baru.. :)


dan tarbiyah yg baru lg utk Rumah Islam yg bakal kami bina ini.. (baca: maksud bina di sini adalah membentuk)


semoga Allah kuatkan hati kami..

untuk sentiasa..

"berpesan-pesan kepada kebenaran, dan berpesan-pesan kepada kesabaran." [Surah Al-'Asr, 103:3]


insyaAllah..

18 May 2011

Kita ingin melahirkan Du'at..

Melahirkan??


sebuah kata yg biasa di sebut2 ketika seorang ibu mengandung ingin melahirkan seorang atau dua atau tiga lagi "khalifah" di muka bumi ini...


kita biasa mendengar kata itu..


biasa mendengar impian seorang ibu.. atau impian seorang gadis seperti aku.. untuk melahirkan seorang anak yg soleh dan comel.. betul x? hehe


namun, pernahkah kita bertanya atau tertanya pd diri kita...


"mampukah aku melahirkan seorang du'at dari rahimku ini..??"

:)


aku termengu seketika.. di saat aku menginginkn dan bercita2 utk membawa mereka.. adik2 itu kepada Allah..


di mana satu saat nanti mereka mampu menjadi seorang du'at demi memikul beban dakwah ini...