Pages

..::sahabat pena::..

02 February 2014

berputih mata.

in the name of Allah..the most gracious, the most merciful..




kadang-kadang kita rasa sunyi.
rasa sunyi sangat.
rasa dunia tak ada penghuni.
cuma rasa kita sorang-sorang.
pernah tak rasa macam tu?

tipu la kan,
kalau rasa tak pernah lansung.

tapi... kesunyian tu tak kekal lama pun.
kadang-kadang ia mungkin akan di "bising"kan dengan gelak tawa,
atau mungkin dengan kejayaan pada sesuatu,
atau mungkin dengan kemahsyuran,
atau.. atau.. dengan perkara-perkara yang sia-sia belaka.

semuanya menjadikan kebahagian itu tak kekal lama,
hari ni rasa, esok hilang,
hari ni hilang, esok rasa.. eh.
lepas tu kita salahkan orang atas kesemua rasa kita tu,

"bila senang baru kau ingat aku, bila susah kau tinggalkan aku"

"harapkan pagar, pagar makan padi."

"sekilas ikan di laut, boleh tahu jantan betinanya.. dasar.." eh.


dan... harapan-harapan kita kepada manusia terus menggunung-gunung tingginya..

begitulah. itulah kita. dalam sedar mahupun tidak.

tapi...

Allah tak sekejam itu,
malah sudah berjanji pun kepada manusia,
yang lebih indah-indah dari janji-janji manusia,
di dalam al-quran itu.

sebenarnyaa...
manusia ni malas berfikir je,
malas nak fikir kenapa Allah janjikan semua tu,
kenapa Allah jadikan syurga dan neraka,
kenapa Allah matikan kita dan hidupkan kembali di padang masyar,

dan KENAPA Allah ceritakan semuanya di dalam al-quran?

tentang syurga,
tentang neraka,
tentang kaum-kaum terdahulu...

semuanya ada sebab buat yang berfikir dan curious sangat kenapa?

agama itu perlu dicari.
dipelajari, difikirkan dan diamalkan dengan perbuatan.
lalu tawadhu' lah setelah memilikinya.
kerana, ramai manusia yang takatsur,
akan ilmu, harta, keluarga, anak, isteri, suami, dan segala macam yang dia merasa itu miliknya.

sehingga nanti Allah tanya, semuanya.
barulah nak berputih mata.

sebenarnyaa...
tak mengapa kamu hilang semuanya,
kalau itu yang melalaikan kamu dari ingat Allah,
tak mengapa kamu terasa sunyi tak ada sesiapa,
kalau itu yang boleh mengingatkan kamu tentang Allah,
tak mengapa..

sebab matlamat kita bukanlah kebahagiaan dunia semata-mata,
bukanlah bermegah-megah dengan apa yang kita miliki.

matlamat kita lebih besar dari itu.
meng"ISLAH"kan bumi.

aku yakin tugas peng"islah-an" itu tak mudah,
tapi ia cukup membuatkan hidup tak sunyi. hidup tak sendiri.

"..dan barangsiapa yang menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan sungguh-sungguh sedang ia adalah mukmin, maka mereka itu adalah orang-orang yang usahanya di balas dengan baik. " 
                                                                                                 [al-Israa':19]


Jom bersungguh-sungguh! sebab kita tak tahu bila kita mati kan? (kenyit mata sebelah.)


Cemburu akan ukhtiku yang telah kembali kepada Dia dengan tenang. dan semua orang telah bersaksi akan amal dakwahnya.
tugas dia sudah selesai.

Tugas kita? Tugas aku? AKU?



Princess Mos,
030214