Pages

..::sahabat pena::..

29 January 2010

Buat hawa yang mencari sebuah cinta..

Duhai Hawa yang hidup merata di bumi sebagai perhiasan,..Tahukah apa itu cinta yang sebenarnya sekalian Hawa ku? Mungkin saja kamu pernah menjadi orang yang menyesal kerana pernah mengenali cinta, mungkin saja kamu sering merasakan bahawa cinta itu selalu menyakiti hatimu.. kerana ketika itu kamu buta dan tidak mempelajari apa makna cinta itu yang sebenarnya..

Duhai Hawa yang wangi mekar bak bunga, cantik bak kelopak nan indah,. Sungguh, cinta itu menyenangkan bagi pemiliknya.. Cinta itu bisa menjadikan dari yang tidak memahami menjadi sangat memahami, itulah cinta jika difahami ertinya…
Cinta tidak seharusnya memiliki, tidak seharusnya menguasai, tidak seharusnya berkorban bermati-matian…tetapi cinta itu adalah sebuah anugerah bagi mereka yang mencari sebuah cinta yang diiringi keredhoan Allah yang telah menciptakan cinta itu…

Duhai Hawa yang hatinya rapuh bak kaca… cinta itu sebuah perasaan, yang di dalam perasaan itu ada rasa syukur dan mengerti.. itulah cinta duhai hawa.. Namun apakah di antara kita menghargai semua itu? Tidak.., tidak semua hawa menghargai itu..ada diantara kita yang terus membazirkan air mata kerana terlalu kecewa… Bangkitlah dan lihatlah langit, lihatlah mendungnya…tidak selamanya terus seperti itu..
Air mata bukanlah bayaran bagi sebuah harga diri, tetapi air mata itu adalah salju yang membasahi pipimu sewaktu hatimu bertemu Tuhanmu di malam sepi penuh kegelapan tanpa cahaya…

Duhai Hawa yang terlindung dengan kelembutan… hatimu milik Allah satu-satunya.. mengapa harus mengorbankan hatimu untuk sebuah cinta yang tidak pasti milikmu?? Itu hanya sebuah pembaziran yang tidak terlihat oleh matamu yang indah itu…

Buat Hawa yang mencari sebuah cinta…
Dekatkanlah dirimu dengan sering membaca ayat-ayat Allah.. pasti di dalamnya kamu akan menemui dan mengerti cinta yang sesungguhnya… yang sama sekali tidak akan menyakiti hatimu, malah akan lebih menyenangkan hatimu,..dan itulah cinta yang dimiliki oleh hamba-Nya yang ikhlas lagi bersyukur…..insyaAllah..



Penaku,
MZ_27791

Lantaran manusia itu alpa..


Cuma seorang manusia, apakah yang lebih terbiasa dalam hidup ini melainkan selalu terlupa...

Tahukah mengapa kita sering terlupa? Kerana kita tidak pernah belajar dari kehidupan.. Sering lupa akan kesilapan, selalu lari dari perubahan..itulah kita hanya seorang manusia.. Ada juga orang yang mengatakan, “ aku telah belajar banyak dari kehidupan..Jadi ape hak korang untuk ingatkan aku atau nasihat2 aku??!”... Orang yang seperti ini sebenarnya sedang sakit.. tidak boleh difahami, dan tidak boleh memahami orang lain... namun itulah hakikat seorang manusia.. Allah menciptakan kita dengan berbagai ragam, sehingga tidak ada satu pun yang sama..sering juga kita tertanya-tanya, hidup ini seperti apa ya?? Sebenarnya hidup ini seperti roda yang sedang berputar.. kadang2 kita berada di atas, dan kadang2 kita berada di bawah.. tetapi ia pasti berhenti bila tiba waktunya.. itulah hidup..

Di dunia ini ada orang yang berjuang untuk hidup lantaran kepayahan, ada juga orang yang bergembira lantaran kebahagiaan... hidup ini juga seperti sebuah pentas, yang di atasnya kita sebagai pemain watak,.beraneka ragam dan tingkahnya.. namun itu fitrah kejadiaan, manusia itu pasti tertawa, pasti juga menangis.. dan kita adalah seorang manusia.. tentunya kita seperti itu,. Ada manusia yang baik, namun ada juga manusia yang buruk tingkahnya.. Allah itu Maha Adil, segala apa yang di ciptakannya di dunia ini adalah seimbang, yang mungkin tidak terlihat oleh pandangan mata kita.. itulah manusia yang selalu terleka..

Pernahkah di antara kita yang terleka itu mengerti apa itu keterlekaan?? Tahukah keterlekaan adalah jahiliyah kedua terbesar dalam hidup kita selepas kekafiran?... keterlekaan boleh menyebabkan sebuah pasukan perang ditawan, sebuah negara dijajah.. lihatlah,bertapa besar kesannya.. boleh mematikan dan menghancurkan sebuah impian.. mengapa harus terleka? Adakah kerana perang fikiran yang telah dilakukan oleh orang2 yahudi terhadap orang2 islam?.. “Dan sungguh, akan Kami isi neraka Jahanam banyak dari golongan jin dan manusia, mereka memiliki hati, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami ayat-ayat Allah, dan mereka memiliki mata tetapi tidak dipergunakan untuk melihat tanda2 kekuasaan Allah, dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak dipergunakan untuk mendengar ayat2 Allah. Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang2 yang lengah (terleka).” Surah al-A’raf:179
..lalu bukalah mata dan hati kita.. lihatlah disekitarnya, bumi ini sudah semakin tua.. namun masih saja kita terus-menerus melakukan kerosakan di atasnya lantaran manusia itu selalu terleka... sebenarnya itulah hakikatnya...


Allah telah menciptakan kita akal dan hati supaya kita berfikir! “Dan Dia menundukkan malam dan siang, matahari dan bulan untukmu, dan bintang2 dikendalikan dengan perintahNya . sungguh, pada yang demikian itu benar2 terdapat tanda2 kebesaran Allah bagi orang yang mengerti (berfikir)” surah an-Nahl:12 ..jelas nyata terang lagi bersuluh, di manakah terletaknya hati kita? Adakah hanya terletak pada sekujur tubuh yang kaku tanpa fungsinya?....aduh, di mana? Tahukah kalian,hati itu merupakan organ terpenting dalam tubuh kita, jika rosaknya sebuah hati, maka rosaklah seluruh anggota tubuh... itulah hati,..namun dewasa ini, ramai diantara kita yang tidak memelihara hati kerana sering terleka.. mengapa? ..Kerana hatinya jauh dari menghayati ayat2 Allah..lantaran manusia itu selalu terleka...

Duhai pembaca yang budiman, adakah anda termasuk di dalam golongan seperti ini, yang sering mementingkan dunia, khayal dengan sentiasa berangan kosong.. sedangkan Allah telah berfirman, “Tidak Aku ciptakan manusia dan jin melainkan agar mereka beribadah kepadaKu.” Surah at-Thur:56 Nah, jelas bukan apa sebenarnya tugas kita di muka bumi ini.. ibadah bukan saja solat, puasa di bulan ramadhan, membayar zakat dan menunaikan haji.. konsep ibadah itu sebenarnya luas, malah tidur juga boleh di jadikan sebagai ibadah jika betul caranya.. Namun realiti umat masa kini sangat memandang kesulitan dalam ibadah,.. ayuh, kita buka selapangnya hati dan fikiran kita,.. jadikan kehidupan seharian itu sebagai ibadah.. lalu kita lihat, masa yang selama ini dibazirkan oleh kita lantaran keterlekaan mungkin tidak ada lagi mengisi kehidupan..

Duhai pembaca yang budiman, suatu hari ana melihat langit, seperti yang dilihat oleh mata kita, warnanya biru dan dihiasi awan putih.. awan itu seperti air yang terapung dan sangat berfungsi untuk seisi buminya. Apakah kita sebagai manusia ini berfikir bahawa itulah sisa-sisa waktu yang kita ada untuk mentadabur alam ini... melihat kekuasaan Sang Pencipta.. yang hebat tidak terkira banyaknya..?? fikir2kanlah...

Penaku,
MZ_27791

28 January 2010

arggg!!!!

dari lentera sepi..
gelap dan suram..
di antara dua nama yang melantunkan kepayahan,
yang membuatkan hatiku susah,
hatiku payah,
tanpa dapat dibendung lagi oleh setiap air mata yg merembes keluar dr empangan..

ya Rabbana..
kepingan hati ini hancur luluh lalu retak bertaburan,
mataku seakan buta mematikan,
langkahku seakan2 hilang jejaknya dari medan,
mengapakah??

Penaku,

MZ_27791

25 January 2010

Senandung Doaku..

Bismillahirrahmanirrahim..

ya Allah,
Pada Mu aku berserah atas segala sesuatu.. hamba-Mu yang kerdil ini memohon keampunan dari-Mu ya Allah.. atas dosa2 yg dalam sedar atau tidak telah aku lakukan terhadap-Mu ya Allah..

ya Allah,
Sesungguhnya hati kecil ku memohon agar Kau keluarkan aku dari jerit payah ini, keluarkan aku dari belenggu dosa2 yg menyelubungi tebing hati.. sungguh ya Allah, aku tidak kuat.. tidak kuat untuk berasa susah dan sakitnya derita dalam menempuhi ranjau2 penuh berliku ini...
Namun, aku memohon pada-Mu ya Allah... agar Kau memelihara hatiku, jiwaku.. agar aku tidak tesungkur di jalan dakwah ini oleh kerana dosa2ku yg sentiasa mghantui...

ya Allah,
Kau berikanlah aku kekuatan dalam setiap langkahku demi melaksanakan amanah-Mu di dunia yang penuh berkah ini.. Kau berikanlah aku kekuatan dalam melawan rasa hampa dan kecewa melihat kesakitan umat yang sedang sarat ini ya Allah...
Sungguh, hatiku sangat tidak mampu ya Allah, sangat tidak mampu untuk memikul amanah ini..
Namun ya Allah, siapakah lagi kalau bukan aku?? Aku, ya Allah, aku yg harus sedar dan bangun demi agama ini..

ya Allah..
Aku memohon pada-Mu.. agar Kau dampingkan aku bersama mereka yg sama2 melaksanakan amanah ini.. yang sama2 memperjuangkan agama-Mu demi kebahagiaan akhirat yang kekal abadi...

ya Allah..
Umat hari ini sedang menderita penyakit hati yang tiada tara ya Allah.. mereka lalai dengan hidangan dunia yg sementara ini, mereka lupa akan tanggungjawab mereka sebagai khalifah di muka bumi.. Bukakanlah pintu hati mereka dengan cahaya kasih sayang-Mu.. sesungguhnya hidayah itu adalah milik-Mu, dan aku sangat mendambakan kehadirannya di setiap lubuk hati umat ini...

amin ya Rabb' alamin...

Penaku,
MZ_27791

23 January 2010

bila kegagalan yang dipersalahkan..

Ketika hati bertemu kegagalan..
ketika itu semuanya rasa susah.. semuanye rasa sakit... semuanye asyik rasa salah.. semuanye jadi negatif.. senang cite, semuanye xkena la.. tp sebenarnya dari sebalik yg tidak kena itu, banyak hikmah dan pengajaran yg kita xtahu...
Banyak org putus asa,. sekali gagal, selama2nye rasa gagal.. uhh..duhai hati yg terasa hampir mati..bangkitlah.. sesungguhnya hati kita itu perlukan makanan seperti tubuh kita yg lainnya..

Duhai akhi..duhai ukhti..semua yg Allah ciptakan kat dunia ni xkan sia2..semuanya ada fungsi dalam kita sedar atau tidak..

maka, sedar2lah diri..jangan jadi futur krn rasa kecewa dan gagal.. sesungguhnya kegagalan yg bnyk kali itu sebenarnya bnyk mengajar kita erti hidup..betul x??

selalu kita dengar..words nih.."Allah xkan menguji hambanya diluar kemampuan hambanya itu sendiri.." nah, knp perlu rasa xmampu?? bila ada ujian terus down tahap hati sampai hampir futur??..nauzubillah..knp sampai mcm tu sekali??

Lihatlah kepayahan org lain, dan bandingkanlah dengan diri kita yg xseberapa tu... mungkin kita hanya tersungkur oleh satu dua perkara.. yg mungkin kita boleh bangkit dari terus tergolek jatuh.. knp mesti mnyerah, sedangkan hidup kita ini terlalu bnyk Allah bg pilihan??.. tinggal nk pilih jer.. sma ada nk jadi baik or sbaliknya...

Duhai akhi..duhai ukhti..dan duhai semuanya.. selagi mana kita hidup di dunia ini.. selagi itu kita perlu utk mencari makna bg mewarnai khidupan kita.. bila ditanya, knp ek pelangi tu cantik??... ade org jawab, sebab pelangi tu warna-warni.. knp die warna-warni?? sebab Allah ciptakan die mcm tu.. nah, cuba klu kita tgk pelangi tu hnya ade dua warna je..hitam dan putih.. rase2nye kita akn ckp cantik x pelangi tu?.. mgkin jgk ade org yg ckp cantik.. mgkin jgk ade yg akn ckp..ala..dua warna jer..cantik ape..suram jer.. dn mgkin jgk org xkn ckp itu adlh pelangi, mgkin cuma dua garisan tnpa makna apa2..

Mcm tu lah hidup kita.. bila hidup kita penuh dengan pelbagai suka dan duka yg mewarnai.. pasti diakhirnya ia akan kelihatan sangat cantik.. berbanding dengan org yg hidupnya cuma ada suka jer.. atau duka je.. mesti xde rase mkna ape2.. itulah hidup.. kita yg mewarnainya.. nk warna merah ke, putih ke, biru ke, hitam ke...n pink ke.. semuanya terserah kepada kita.. ttapi haruslah masih berlandaskan tatasusila kemanusiaan dn xmelanggar syariat yg tlh ditetap..

Duhai akhi..duhai ukhti..dan duhai semuanya,.. la tahzan utk semua kepayahan dan kegagalan..

"Dan Kami pecahkan mereka di dunia ini menjadi beberapa golongan, diantaranya ada org2 yg saleh dan ada yg tidak demikian. Dan Kami uji mereka dengan (nikmat) yg baik-baik dan (bencana) yg buruk-buruk, agar mereka kembali (kpd kebenaran)" (7:168)

Penaku,
MZ_27791


19 January 2010

harga sekuntum cinta

Bismillahirrahmannirrahim....

Ketika aku menulis ini, aku telah meletakkan hatiku di suatu tempat yang damai lagi indah, krn bg ku, harga sekuntum cinta itu sangat mahal nilainya tidak terkira..
...suatu ketika dulu, pernah ada seseorg yg bertnya kpdku, "cinta itu apa ek??"

..huh,sungguh..pertanyaan itu mmg sush utk aku jwb.. krn cinta itu sbuah perasaan, yg hnye dirasakan oleh org yg sedang merasainya... ketika aku ditanyakan soalan seperti itu, jwpnku mudah sje..cinta adalah sebuah perasaan yang di dalamnya mempunyai rasa kasih dan sayang.. tp adakah jwpn itu bnr?? adakah blh diterima bg org2 yg sedang mencari sebuah cinta.??


Aku melihat fenomena hari ini, hidup beratasnamakan cinta.. segalanye krn cinta..krn cinta semuanye boleh percuma, krn cinta seorg hamba tidak mngenal tuhannya.. apakah itu cinta?? knp rendah nilainya??..

..di sana-sini org mmbicarakn tentang cinta, berdebat2..mempertahankan apa yg tidak sepatutnya dipertahankan...

Duhai mata yang memandang,
hati yang yang sentiasa berbicara sendiri,
sungguh, suatu masa dulu,
aku pernah merasakan sangat sakit merasai perasaan aneh itu..
mencengkam hingga ke hulu hati..
krnnye aku terlupa akn matlamat sbnrku,
...lalai dgn kata2 indah bak bunga,tp sbnrnye racun berbisa yg memakan hati tnpa sedar..

Namun, hari ini juga hari2 yg sebelumnya..aku telah mmpelajari sesuatu yg mgkin ramai juga org yg sedang mempelajarinya.. iaitu bngun dari ketepurukkan masa lalu..
Cinta itu anugerah Allah, maka beruntunglah bg mereka yang menikmati anugerah maha hebat itu sebaiknya di atas landasan yang benar lg sempurna...

Cinta itu tidak seharusnya kebersamaan dua hati.. tidak seharusnya memiliki.. tetapi cinta itu adalah apabila kita boleh bangkit dari ketepurukkan masa lalu dan berjalan sendiri dengan sentiase mengharapkan redho Allah..

Cinta juga sebuah pinjaman.. bukan hak kita yang sesungguhnya... krn cinta itu adlh milik Allah, iaitu Tuhan yg telah menciptakan kerajaan langit dan bumi ini..

Cukuplah kita sebagai hamba, menghargai apa yg telah dipinjamkan kpd kita.. krn rsa cinta itu adalah pinjaman, maka hargailah ia sebaiknya...

Itulah harga sekuntum cinta,..=)

Penaku,

MZ_27791


17 January 2010

Sometimes..

Sometimes...
a lot of opportunity came in our life.
We need to choose either grab it or drop it.

Sometimes...
the opportunity just came once.
Sometimes...
it may change our life.
Sometimes...
it doesn't change anything.
Sometimes...
we can't decide what the right decision to be made.

Sometimes...
we need help to make decision.

Sometimes...
nobody can help us.
Sometimes...when we lose it, we'll regret.
Sometimes...when we grab it, we had a joy.
Sometimes...we just waiting it to be true.
Sometimes...it came when we need it.
Sometimes...it never come although we wish for it.

So, when it come, choose the right decision and grab it as you wish for...

15 January 2010

Izinkan Aku Melupakanmu...

Duhai engkau yang pernah singgah di lubuk hatiku,
Izinkan aku untuk melupakan bayanganmu di hatiku,
Akan ku hapus segala memori indah yang pernah terjadi dulu,
Biarkan aku melangkah dengan pijakan pada kaki ku,
Jangan kau sandungi dengan beban kenangan,
Yang akan membelenggu langkah ku,
Jangan kau siksa dengan cinta semu,
Yang akan menghancurkan harapanku...

Ya, izinkan aku melepaskan mu,
Sepenuh hatiku,
Segenap jiwaku,
Seluruh perasaanku..

Duhai engkau yang pernah menempatkan dirimu di hatiku,
Aku ingin menjadi kupu-kupu yang terbang bebas di taman bunga,
Menikmati dedaunan segar,
Merasai nyamannya bayu,
Aku ingin seperti itu...

Duhai engkau yang pernah menempatkan dirimu di hatiku,
Aku tahu bahawa cinta itu anugerah Tuhan yang tinggi nilainya,
Aku tahu bahawa seluruh mahluk-Nya mempunyai rasa cinta,
Namun,..cinta itu ibarat racun yang membunuh,
Ibarat lilin yang membakar tubuh,
Ibarat ombak yang selalu bergelora tanpa hentinya..

Aku sangat menyayangi diriku,
Juga sangat ingin menghargai dan menjaga maruahku,
Segalanya tentang diriku,
Lebih bermakna dan bererti dari segunung emas juga lautan permata..

Duhai engkau yang mengerti,
Maafkan aku,
Sesungguhnya, hatiku milik Dia..
Rabb-ku yang sangat aku dambakan cinta-Nya...

Penaku,

MZ_27791

14 January 2010

Puisi Alam

Bila angin
kehilangan desirnya
daun-daun kering
takkan mahu
meluruhkan tubuhnya

Bila langit
kehilangan kebiruannya
burung-burung
takkan mahu
mengepakkan sayapnya

Bila sungai
kehilangan kejernihannya
ikan-ikan
takkan mahu
mengibaskan ekornya

Bila bulan
kehilangan sinarnya
malam-malam
akan gelap tanpa cahaya

Bila hutan
kehilangan pohon-pohon
hewan-hewan
kehilangan tempat tinggalnya

Bila bukit
kehilangan kehijauannya
sungai-sungai
akan kering selamanya

Bila petani
kehilangan sawah ladangnya
kanak-kanak
akan menitikkan air mata

Bila manusia
kehilang kemanusiaannya
alam semesta
akan tertimpa bencana
dan bertanya angin kering
"Perlukah memanusiakan manusia?".

04 January 2010

Debaran yg mencengkam...


ya Allah..
Esok saya nak final exam utk pertama kalinya setelah berada di ipt..huh, stress gak rsenyer..persediaan pun setakat itu jer..aritu wktu mid sem, exm xserius pun..tp alhamdulillah pointer ok je setakat nih,.. cuma yang final ni nanti yang sangat mendebarkan.. rasanya kalah nk spm dulu.. mungkin ini perasaan akan bersaing lebih tinggi kot..haha...
ape2 pun akan try do d best 4 final exm nih..nk fight dgn sume org!!..huhu.. secara sihat..insyaAllah..

ya Allah, Tuhan yang menciptakan sekalian alam..
pada-Mu aku berharap segala sesuatu..

Buat bonda dan ayahda tercinta..doa kalian sering aku harap2kan juga =)

ok r..doakan hamba ek..
nk gi study dlu..
nnti smbung lg untuk tinta hatiku yg seterusnya..

Penaku,
MZ_27791

02 January 2010

sayonara 2009!!!

bismillahirahmanirrahim..
alhamdulillah..masih ada kesempatan untuk menguntai penaku di sini..selamat tahun baru untuk semua...semoga tahun 2009 menjadi kenangan abadi yang tidak akan pernah dilupakan hingga akhir hayat..

Sungguh, hidup itu harus memilih.. kadang-kadang apa yang ingin kita capai pada tahun lepas tidak mampu tercapai hingga sekarang.. Tapi insyaAllah kita masih diberi peluang tahun ini untuk mencapai matlamat tersebut...hmm.. sekarang sy dah berada di Indonesia..sambung belajar untuk terus memenuhi ruang-ruang waktu yang masih ada buat sy..memenuhi segala tanggungjawab seorang hamba kepada Penciptanya, seorang anak kepada kedua orang tua...dan seorang insan biasa kepada seluruh mahluk Allah di muka bumi ini...

2009 yg membawa jutaan kenangan pahit dan manis dlm hidupku..Moga menjadi kenangan yang tetap hidup walaupun ia sakit dan sangat menyakitkan..hehe..biasalah..lumrah hidup..dari situ kita belajar sesuatu yang mungkin tidak ada yg mempelajari itu..
ohh..sekarang dah 2010..sekejap je umur pun dh semakin meningkat...dah sepatutnya belajar banyak tentang hidup...menghargai setiap apa yang terjadi disetiap detik2 yang sangat mencemburui hidup ini. uhh! tidaklah boleh berasa penat.. kerana dunia ini bukanlah tempat untuk melepaskan lelah..

sebenarnya terasa juga nk bercerita-cerita "apa sih yg best sepanjang 2009 tu".. tp,..yg best tu bnyk mengoyak kenangan2 dihati..hik3..mksdnya?..mcm tu lah.. apa2 pun ambillah iktibar dari jatuhnya sesuatu, bukan terus membiarkan ia terus jatuh...=)

Penaku,
MZ_27791