Pages

..::sahabat pena::..

29 November 2011

rupa-rupanya aku sangat kikir..

[kredit]


ini tentang cinta..

seriously, this is about love and trust..

setelah 20 tahun aku hidup..

dari meniarap, merangkak, berdiri dan akhirnya berjalan.. berlari?

memang cinta yg aku cari..

mungkin saja ia berbeza...

krn dulu mgkin hanya cinta yg bersifat perhatian..

semakin meningkat dewasa,

cinta yg lain lg aku inginkan..

dan ia terus berbeza...

sehingga akhirnya aku sedar Allah menyapa..

memang terpana..

tak tahu nak kata apa..

sebab rupa-rupanya aku sangat kikir dalam memaknai erti cinta yang sesungguhnya..

*malu*

terima kasih Allah atas cinta ini..

cinta yang menjadikan aku seorang manusia yang mengenal Pencipta,

cinta yang menjadikan aku seorang manusia yang memahami hakikat penciptaan ini,

dalam-dalam.


inilah jalan cintaku..

ia panjang.. 

penuh rintangan..

orang kata.. cinta itu selalunya menyakitkan..

selalu membuatkan kita penat..

tp nikmat.

dan aku telah menemuinya...

dalam hati-hati mereka..

indah rupanya... 

akhirnya, aku sangat-sangat percaya..

aku perlukan cinta itu ..

utk lebih dekat sedekatnya dengan Pencipta..

terima kasih ukhtiku..


doakan :)


Princess Mos,

Surabaya.


........




24 November 2011

berbuatlah dan berkatalah!

[kredit]


Allah tegur..

Direct mungkin..

sebab itu yg sy rasa..

ketika ayat2 cinta dari-Nya dibacakan kepada sy..

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Itu sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan." [QS. Ash-Shaff, 61: 2-3]

selalunya.. atau mgkin sy tersilap dalam memaknai ayat ini..

sy rasa.. adalah sangat2 munafik bila..

sy berkata sesuatu.. tetapi sy tidak melakukannya..

sy mgkin tnye adik2 bulatan gembira sy tntg mutabaah amal mereka..

atau gerak kerja mereka .. ketika kami sedang qadaya bersama..

macam2 sy nk mereka buat.. tp sy? ape yg sy buat? *glupp*~telan air liur.


namun...

sebenarnya ape yg harus kita fahami di dalam dakwah dn tarbiyah ini berbeza..

kita tak hanya memandang ayat2 Allah itu sebagai satu terjemahan yg bersifat direct semata2...

sehingga kita merasakan..

oh.. mmg itu kot yg Allah nk bgtau kat kita..

"jgn ckp ape yg kau tak buat. "

tp sbnrnya Allah nk bgtau kita..

suruh kita "berbuat dan bercakap jgk"..

dua2nya berjalan seiringan...

kerana dunia ini tidak akan berubah jika kita hanya nak buat je dulu bru nk cakap..

tp biarlah kita buat kerja/amal dan bercakap jgk.. faham ke?

memang terkenalah pada sy kn...

ketika sy takut utk berkata2 krn sy tak berbuat..

so, klu tak nak rasa diri tu munafik.. berbuatlah dan berkatalah..

cukup di sini.

jazakillah buat insan yg tlh mengingatkan sy. :')



Princess Mos.

Surabaya.

.......


20 November 2011

Kasih untuk ukhtiku...

[kredit]


ku tuliskan bait-bait ini bukan utk sekadar bermadah..

atau mengolah segala isi di jiwa..

tetapi ku tuliskan ini.. sebagai ubat buat Sang hati yang masih meronta-ronta..

terutamanya buat kamu ukhtiku.. yang ku cinta kerana ad-deen ini..

sungguh, mungkin masih ada yang peka akan kamu ukhtiku..

yg tahu akan gelora yang membuak-buak itu..

seolah-olah kita ketandusan.. haus akan harga diri ini.. 

memang.. aku juga bukan manusia sempurna..

aku hamba yang masih terlalu naif dalam memaknai fitrah ini..

biarpun aku bisa untuk mempelajarinya..

namun ukhtiku,

ku lihat bumi ini sudah tenat.. sarat..

kita di jadikn bahan tontonan, bualan, mainan...

harga diri jauh .. jauh.. dan ia semakin jauh melayang meninggalkan akhlak kita..

kita rebah.. dengan mudah.. dekat.. dekat.. dan semakin dekat dengan rakusnya mereka itu..

kita biarkan sepasang mata itu merenung seolah-olah kita peragawati hebat,

biar pun tutup erat hijabnya,

biar pun sopan menawan bicaranya,

aduh... 

ukhtiku,

izinkan aku bicara sejujurnya kerana aku juga seorang perempuan..

aku malu tubuh yg indah itu jadi tontonan,

aku malu suara yang merdu itu jadi belaian buat jiwa sang insan itu,

aku malu kerana diriku gagal memegang kalian erat-erat...

membiarkan bahuku menjadi tempat kalian berlabuh melepas resah..

melepas gundah..

bukan pada mereka.. mereka yang tidak layak untuk meratah.. 

silap diriku kah ukhtiku?

kerana aku telah mengabaikan hak-hak cinta dan sayangku padamu ukhtiku?

dan kau menjauh krn gagalnya diriku membimbingmu?

maafkan aku..

seandainya aku telah membiarkan kamu jatuh ke dalam lembah itu... 

bersama mereka yang tidak selayaknya utk mu..

walaupun..

setinggi gunung mereka lafazkan gelora jiwa padamu..

sehingga kamu percaya akan dia berbanding ukhtimu sendiri..

aku mengerti..

kerana memang silap diri ini membiarkan mu di satu saat itu...


ukhtiku,

dengarkan ini,

jangan kerana kamu terlalu asyik dengan dia yang tak kamu kenal budinya,

ukhwah kita lebur,

ukhwah kita hancur,

dan segalanya menjadi kekeliruan yang amat merumitkan hubungan ini..

mungkin dirimu belum mengerti akan semua yang terjadi..

namun..

aku mohon...

kembalilah.. jangan pergi dari sinar yg terang..

kerana sebaik-baik perhiasan itu adalah wanita solehah...


Princess Mos,

Surabaya.


....

16 November 2011

ketahuilah, ZERO di mata Allah itu merugikan!

[kredit]


sy menulis post ini dengan penuh perasaan. mungkin.

perasaan yg sangat bahagia.

atau amat sedih sekali. mungkin jgk.

Allah lebih tahu.

terima kasih Allah atas tarbiyah dari-Mu..

tak berhenti.. syukur.


terkadang sy tersilap dalam memaknai hidup ini..

sy tersilap dalam memandang manusia2 yg berada di sekeliling sy..

betul kah? hmm... *monolog dalaman*


selalu yakin..

bahwa jalan ini Allah akan uji banyak3...

Allah akan bg tarbiyah direct tnpa tapisan..

berulang-ulang..

untuk apa?

untuk apa?

......................?

terkadang kita rasa kita ada jwpn utk persoalan2 tu..

kita yakin kita memang kuat utk berdiri dgn kaki sendiri.. (xkan nak pakai kaki org len plak kn??)

tp.. hakikatnya.. kita gagal utk mengimbang segalanya!

dan langkah kita melayang,

tubuh kita terjelupuk rebah!

krn apa?

krn kita PERASAN kita boleh hidup tanpa org lain bersama kita.

ok, anda SILAP TOTAL!!

namun.. itulah yg sering berlaku..

kita rasa kita hebat..

kita rasa kita yg betul.. maka semua org seperti paku-paku yg tunduk dan patuh apabila di ketuk penukul...(faham ke?)

ingatlah... ingatlah wahai ukhti ku..

kita cuma kuli..

kuli dakwah ini...

bukan maharaja.. bukan princess... huhu..

dan utk dakwah ini... segalanya tentang urusan kita dengan Allah.

setelah itu baru dengan manusia.. mahluk terbaik yg diciptakan Allah..

lalu?

pandangan manusia pada kita lebih best ke? berbanding pandangan Allah??

ok..

mgkin setiap org memerlukan perhatian.

memerlukan pujian yg bertubi-tubi datang memenuhkan bakul buah rambutan. eh.

tp.. ketahuilah, ZERO di mata Allah itu merugikan!

09 November 2011

No one is perfect!

bismillah..


dengan izin Dia pena ini lincah menari merungkai pekatnya tinta,

dari kebekuan hati yang ingin sekali aku cairkan bersama hangatnya dawai-dawai rasa,

memang, terkadang ukhwah itu perlu menuntut hak-hak wajar,

dalam luka,

dalam tawa yang mengguriskan isi jiwa..

moga Allah pimpin kita,

di saat badai menghempas keyakinan kita...