Pages

..::sahabat pena::..

28 November 2010

Menghitung pasir-pasir sakti..




Kedua telapak ini menutup rapat wajah,
Tasbih masih keras seiring denyut nadi,
Ketika darah mengalir tanpa henti,
Setitik demi setitik air jernih menyembah bumi...

Gempita seakan memberi isyarat paling ngeri dalam coretan sejarah ini,
Semuanya bertebaran lari sendiri-sendiri,
Ketika tulang belulang tidak teguh lagi menggendong kalimah Ilahi,
Segalanya hancur rata tanpa erti..

aduh,
Aku yang tersangsi menjadi saksi,
Kau seenaknya menuduh diri ini,
Bertubi-tubi,
Akan sebuah kealpaan menyebarkan risalah nabi..

Ini amanahku?
Apa ini amanah mu?
Perjalanan terus berduri,
Terus sepi,
Kau pergi membawa sebuah hati,
Tanpa aku sedari...

Cahaya hening membangkit langit pagi,
Mentari seakan mahu berpesan lagi,
Pada diri,
Tentang bumi yang akan mati,
Sesaat nanti..

ayuh!
Siapa rela sendiri?
Menghitung pasir-pasir sakti,
Di sebuah tanah sahara nan sunyi..

Kerana aku insan yang belum mengerti!



Buatmu INSAN.
dari,
Princess Mos, 27791,
Dlm bilik.




27 November 2010

Bahan bakar buat bahtera saya..



bismillahirrahmannirahim..


subhanallah walhamdulillah wala'ilaha'illallah wallahuakbar...
...sebuah pertanyaan yg belum terungkai di hati.. sebuah resah yang masih berombak di benak fikiran sy.. kenapa? atau perlukah sy bertanya kenapa?

ya Allah.. hamba-Mu masih banyak kekurangan.. semoga kekurangan2 itu tidak membuatkan hamba-Mu ini futur.. nauzubillahiminzalik..

tertampar sy dengan kata2 seorg murabbi..

"Jangan salahkn mereka jika dakwah kita tak tersampai kepada mereka, sebenarnya itu berpunca dari diri kita sendiri.. sudah cukup sempurna atau baikkah amalan yaumiyah kita? tahajud kita? dhuha kita? dan.. amalan2 yg membina rohani kita???.. sebagai seorg aktivis dakwah.. itulah bahan bakar untuk kita ukhti.."

Subhannallah.. sy malu akan diri sendiri.. sy malu, sy malu apabila kata2 itu terlempar kepada sy.. sungguh, sy rasa sangat2 tertampar!

sy tlh belayar di lautan dakwah dan tarbiyah bertahun2.. lalu menjadikan perlabuhan hati sebagai destinasi utama.. menyampaikan risalah nabi.. berusaha utk menyentuh hati2 mereka.. tp sy lupa, akan sebuah hakikat, bahwa bahan bakar utk bahtera sy semakin hari semakin kurg tanpa sy sedari... sehingga, kualiti dakwah dn tarbiyah sy juga semakin berkurang.. sy sedar akan hakikat itu! tetapi knp sy masih terus berdiam diri tanpa melakukan perubahan???


ikhlaskn hatiku ya Allah.. sesungguhnya pelayaran ini masih panjang.. dan bahteraku ini tidak akan pernah berhenti hingga sy mati!

seluas lautan terima kasih utk murabbiku atas teguran membangun.. akan sy persiapkan bahan bakar buat bahtera sy, supaya ia dapat berlayar sejauh mana yang ia mahu.. demi risalah nabi utk umat sekian alam ini..

~~~~

sy terasa agak sedih apabila sy sgt kurg melakukan solat dhuha, sedangkan solat dhuha itulah yg sebenarnya mnjadi salah satu cara utk sy mghasilkan bahan bakar buat bahtera sy dalam pelayaran yang panjang ini..


F
adhilat dan Kelebihan Solat Dhuha


Solat sunat dhuha ialah solat di waktu pagi. Ia merupakan salah satu dari tiga solat sunat yang tidak pernah ditinggalkan oleh Nabi Muhammad SAW.

Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:

“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.” (Riwayat Ahmad)

Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.


Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :


“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu
bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud :


” Barangsiapa yangmenunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang
menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).


Fadilat Dhuha


Banyak hadis-hadis yang mengalakkan solat Dhuha dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat katanya:


1. “Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan” (Abu Hurairah :Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


2. Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”


3. Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi).

4. Daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas” (Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Kaifiyat Dhuha

Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik. Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam.Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud:

”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.”(Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Dari segi pembacaan di dalam solat sunat dhuha tiada wajib membaca surah-surah tertentu di dalam rakaat tersebut. Cuma kebiasaan yang dilakukan oleh para ulama iaitu pada rakaat pertama dibaca surah Fatihah dan surah Wasy-Syamsi atau surah Al-Kafirun. Manakala rakaat kedua dibaca Al-Fatihah dan surah Ad-Dhuha atau surah Al-Ikhlas.

Niat Solat Dhuha:-




Baca ketika sujud yang terakhir - 3 kali :

Di antara doa yang baik dibaca selepas solat Dhuha ialah :



“Ya Allah, sesungguhny
a waktu dhuha adalah waktu dhuha-Mu, keagungan adalah keagungan-Mu, kebaikan adalah kebaikan-Mu, kekuatan adalah kekuatan-Mu, kekuasaan adalah kekuasaan-Mu, penjagaan adalah penjagaan-Mu. Ya Allah, sekiranya rezki kami di atas langit, turunkanlah, sekiranya dalam bumi, keluarkanlah, bila sukar, mudahkanlah, bila haram, sucikanlah, bila jauh, dekatkanlah, dengan hak waktu dhuha, keagungan, kebaikan, kekuatan dan kekuasaan-Mu. Berilah kepada kami apa-apa yang telah Engkau beri
kan kepada hamba-hamba-Mu yang shalih-shalih.” Sekian , Muttaqim........


Selamat beramal wahai diri, bersedialah wahai hati.. :)

Princess Mos, 27791






25 November 2010

Ukhwah itu kehidupan..

Bismillahirrahmanirrahim... [Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..]

Kau-lah yang telah menciptakan kami dari setitis air mani yang hina, lalu menjadi segumpal darah, dan dari segumpal darah itu menjadi organ-organ yang berfungsi, lalu diciptakan-Nya tulang-belulang yang membaluti agar setiap organ itu terlindungi, dan tulang belulang itu di saluti lagi dengan daging, dan akhirnya jadilah ia mahluk yg terbentuk, iaitu seorang manusia yang cukup sempurna sifatnya..

apakah kita SUDAH memikirkan tentang penciptaan diri yang cukup sempurna ini??
jika BELUM, marilah kita memikirkannya.. sesungguhnya, dengan kita memikirkan itu, bertambahlah keimanan kepada Sang Pencipta diri...

Alhamdulillah, kerana hingga saat ini, Dia masih memberikan segala nikmat yang tidak terhitung oleh jari-jari kita, juga tidak mampu terhitung oleh angka-angka yang ada...

Syukur.

Alhamdulillah, dengan kelapangan waktu yg ada, sy berkesempatan utk sedikit meng"update" blog ini.. stlh dua tiga hari juga menjalani rutin harian yang tidak seberapa stabil oleh krn terlalu bnyk memikirkan beberapa perkara yang mengganjal di hati sy..

Mungkin dlm post kali ni, sy ingin skali merungkai segala kegelisahan, atau segala gundah gulana yang sangat2 menghantui diri... semoga apa yang ingin sy tulis dan sy sampaikan ini, mmberi sedikit teguran pada hati-hati kita yang sering leka dan alpa..

Sy dan kalian, hanya seorang manusia biasa. Kita sama, kita serupa.. namun apakah yg membezakan kita? Kualitas iman lah yang sebenarnya membezakan kita.. tetapi, ia tidak bermakna, kamu dengan urusan hidup mu, dan sy dengan urusan hidup sy..



Sbnrnya ingin sy menyentuh beberapa perkara tentang sebuah UKHWAH.. Ukhwah itu sebenarnya apa ye? Adakah ukhwah itu hanya ada pada saat-saat berlansungnya program-program tarbiyah? atau ukhwah itu ada pada saatnya sahabat-sahabat kita mengalami musibah? atau ukhwah itu hanya ada pada saat kita dapat berkongsi perkara yang sama dalam memenuhi kehendak diri?? itu ukhwah ke? semoga tidak ada di antara kalian yang menilai UKHWAH itu seperti apa yang sy nyatakan tadi...

Sy teruja pd kata2 Imam Al-Ghazali bahwa "UKHWAH itu bukanlah pada indahnya pertemuan, tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya."

Apa yg kalian faham dengan kata2 ini? Ukhwah bukanlah pd indahnya pertemuan, krn sebuah pertemuan pasti akan menghadiahkan sebuah perpisahan yang menggigit hati.. itu pasti bukan? lalu perpisahan itu akan hanya menitiskan air mata, cuma pada saat itu.. bukan selamanya..

Lalu UKHWAH itu seperti apa?

"Ukhwah adalah ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya." itulah yang di namakan ukhwah yang sesungguhnya..

Namun masih ada di antara kita yang tertanya2, adakah doa itu hanya setelah kita melakukan solat ? em, sy rasa sudah tentu tidak..
Doa itu, bukan hanya selepas kita solat, tetapi perkataan yang baik itu juga merupakan sebuah doa.. sudah tentu kalian pernah mendengar, bahwa senjata seorang mukmin itu, adalah terletak pada DOAnya..

kadang2 ada di antara yang merasakan bahwa dia telah membina ukhwah yang baik dengan sahabat2nya.. bila di lihat2 kembali, ternyata hanya di dalam sebuah progrm2 tarbiyah.. sebenarnya, sudah pasti apabila kalian berada dalam progrm2 tarbiyah, secara automatik kalian akan membina hubungan dengan sahabat2 yg baru demi manfaat kebersamaan di dlm progrm tersebut, klu kalian tidak melakukan itu, pasti ada yang akn mengatakan yang kalian adlh seorg ikhwah atau akhwat yg sombong.. betul tak?? :)

atau saja, apabila sahabat kalian atau kalian yang ditimpa musibah, mungkin di situ terlihat peranan kalian sebagai seorg sahabat, dan kalian rasa bahwa kalian harus mmbantunya demi membuktikan bahwa inilah ukhwah yang sesungguhnya.. ya, itu adalah ukhwah, tp adakah itu semaksimal ukhwah kalian terhadap sahabat kalian? ukhwah itu, tidak perlu tunggu sahabat kalian di timpa musibah..

atau saja, kalian merasa senang untuk berkongsi apa saja yg dpt memenuhi keperluan atau kehendak diri kalian.. sesungguhnya ukhwah itu tidak hanya berasa senang untuk berkongsi.. tetapi ukhwah itu lebih ternilai apabila kita mampu medahulukan sahabat kita berbanding diri kita sendiri.. itulah nilai ukhwah yang tertinggi..




Teguran untuk kebaikan itu adakah sebuah ukhwah??..[inilah persoalan yang sentiasa berlegar-legar di benak fikiran sy..]

Seandainya jika ada yang bertanya kepada sy soalan seperti yg di atas, pasti sy akan menjawab dengan yakin bahwa jawapannya adalah "YA".

Kenapa?

Krn ukhwah itu adalah sesuatu yang mendatangkan kebaikan kepada sahabatnya..

Teguran itukan tanda sayang, teguran itu juga tanda keperhatian kita pada sahabat kita.. walau apa pun bentuk teguran,..

Kadang2 ada di antara kita yang merasakan, teguran itu adalah sebuah tanda ketidak puasan hati sahabat kita kpd kita. Dan kadang2 ada yang merasakan bahwa teguran itu adalah tanda "busybody" sahabat kita terhadap diri kita.

Sy tertanya2 lagi pada diri.. perlukah untuk kita merasakan seperti itu sedangkan teguran itu mendatangkan kebaikan untuk diri kita?

Mungkin cara menegur itu agak kurang bersopan, ataupun terasa diri diperlekehkan. Tetapi hakikatnya, kadang2 teguran hanya simple2 saja, cuma diri sendiri yang terlalu sensitif sehingga menimbulkan buruk sangka kpd sahabat yg menegur. Tidak perlulah sampai merasakan seperti itu..

Seharusnya lihatlah kembali pd diri, benarkah apa yg telah kita lakukan? Janganlah terus bermasam muka sehingga tidak bertegur sapa. Itu bukan ukhwah namanya.. sedangkan sebelum kalian ditegur, kalian selalu menyebutkan tentang ukhwah.. ukhwah.. dan ukhwah..

Setiap ukhwah itu pasti di uji, tidak kiralah dalam bentuk apa pun.. ukhwah itu kehidupan, dan kehidupan ini pasti melalui pahit dan getirnya.. tawa dan riangnya,.. begitu juga ukhwah yang kita jalani..

Kenapa sy mengatakan ukhwah itu kehidupan?

Krn, ukhwah itu bersama-sama berjalan seiring dalam kehidupan kita sehari-hari... tidak hanya di dalam usrah, tidak hanya di dalam progrm tarbiyah,.. tetapi ukhwah itu, saat kita makan bersama, saat kita tidur bersama, saat kita solat berjemaah bersama, saat kita riadah bersama, saat kita belajar bersama, saat kita melakukan aktiviti kehidupan bersama. Itulah UKHWAH..

~~Muhasabah kembali diri kita, sejauh mana kita berlapang dada dengan teguran sahabat2 kita.. Kita bangga dengan ukhwah yg kita bina, tetapi apabila sebuah teguran mnjadi alasan untuk berasa kecil hati, ternyata uhkwah yang kita bangga itu cumalah sebuah kata yg hanya terbasah di bibir,.. sedangkan ukhwah adalah sebuah kehidupan dan perasaan yang terbina di hati, yang akhirnya membuahkan cinta dan rasa kasih sayang yang tidak terbelah bahagi...

~~medikasi untuk hati sy sendiri yang sering leka dan alpa.. semoga Allah meredhai ukhwah kita..

Penuh dengan cinta,
Princess Mos, 27791




21 November 2010

Saat Lafaz Sakinah..

bismillahirahmannirahim.........

sebenarnya sy dah jatuh cinta!!
Jatuh cinta dengan bait2 kalimat dalam lagu ni sejak pertama kali sy terdengar.. dan ia lansung menusuk ke dalam hati saya... jom lah kita sama-sama dengar dan hayati.. (^___^)







klu nk dgr, sila tutup music dibawah ye..



.:: SAAT LAFAZ SAKINAH ::.

Heningnya…
Sunyi suasana…
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah, tangis ibunda

prechorus:
Adalah aku, wali puteriku
Serah kini amanahku ini pada mu
Nafkahilah dia, curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya


chorus:
Dulu esakkannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna, dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu

Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu




20 November 2010

~~Most beautiful HEART..


One day...

A young man was standing in the middle of the town
proclaiming that he had the most beautiful heart it was PERFECT

There was not a MARK or a FLAW in it

Suddenly,
an old man appeared and said,

"You heart is not nearly as beautiful as mine."

The young man looked at the old man's HEART
It was beating strongly,
but it was full of scars,
jagged edges and holes.

He laughed.

"You must be JOKING" he said.

"Compare your heart with mine. Mine is PERFECT and yours is a mess of scars and tears."

"Yes." said the old man

"Every scar represents a person to whom I have given my LOVE, I tear out a piece of my HEART and give it to them and often they give me a piece of their HEART which fits into the empty place in my HEART, but because the pieces aren't exact, I have some rough edges, which I CHERISH because they remind me of the love we SHARED..

SOMETIMES, I have given pieces of my heart away and the other person hasn't returned a piece of his heart to me..

These are the empty gouges, -giving love, is taking a chance.

Although these gouges are painful, they stay open, reminding me of the LOVE, I have for these people too.. and I hope someday they may return and fill the space I have waiting.."

"So now do you see what true BEAUTY is?"

"What your HEART like?"

"Did you protect it so well that it is perfect without scars?"

"Have you touched someone's LIFE today?"

Sometimes it hurts, but that is when LIFE counts!!!


(^___^) smile yah!!


16 November 2010

Tafakkur...


Sejauh-jauh mata memandang,
Sedalam-dalam hati merasakan,
Hanya setitik debu yang tertuang,
Dalam syair pujian..

Lepas hati memandang laut-Mu,
Terheran diri pada langit-Mu,
Berjuta kata tak cukup untuk,
Melukis indah-Mu..

Melihat bintang alangkah jauhnya,
Melihat biru alangkah dekatmu,
Melihat hutan,
Melihat gunung,
Siapa menjaga mu?

Mendengar tangis dalam deritamu,
Resahkan dusta dihari-harimu,
Pada siapa air mata ini kan mengadu..

Bumi akan sepi,
Bangga sementara,
Adakah tempat kembali?
Adakah selain Allah?


Opick,
Penuh dgn Cinta,
Princess Mos, 27791



09 November 2010

Taubat menghadap Ilahi..



Pada sebuah cahaya,
Dari kegelapan yang gelap gulita,
Tiada terang,
Tiada warna,
Segalanya hitam saja!

Kau sendiri lagi,
Beronar bersama tanah,
Disaksikan teguhnya lahad,
Hingga...
Tak terucap segala sepi,
Tatkala segala rasa itu kembali menyendiri...

Sakitmu,
Mungkin cuma bahasamu dengan Tuhan,
Jeritmu,
Nyanyian sendu bersama tanah,
Resahmu,
Cuma doa di hujung sisa!

Apa lagi?
Segalanya sia-sia saja!
Kerna,
Dulunya kau lupa,
Ketika masih bisa menyentuh cahaya..

Duhai diri,
Tak akan kembali memijak bumi,
Hatta setapak kaki,
Jika segalanya telah pergi..

Taubat menghadap Ilahi..


Princess Mos, 27791


07 November 2010

Nikah, sebuah perjanjian dengan Allah..

~~bismillahirahmannirrahim..

terasa seruntun malu menyerbu.. tetapi ingin juga sy kongsikan tentang beberapa perkara.. ini mungkin cerita tentang hati, mungkin juga tentang hidup, atau mungkin juga tentang masa depan..

ada yg bertanya kepada diri ini, "kamu tidak punya teman lelaki, special boyfriend or sgala mcm yg itu..??".. ~~sy tersenyum.. biasalah tu kalau org bertnya..[ kata hati sy..]

tp sejak akhir2 ini, setiap kali sy menemui seseorg, yg mgkin baru mngenali sy.. tak kira di mana.. lecture sy, or ketika sy di bank krn beberapa urusn td pun.. ada yg bertnya.. "awk sudah bernikah? or awk sudh berkeluarga?" .. sy tersenyum lg dgn pertanyaan itu.. dn dihati hati sy mnjawab.. ~~sampai jodoh pasti sy menikah, walaupun pada saat ini sy blm bertemu lg dgn jodoh yg sesuai buat sy..:)

~~perlukah utk ada special boyfriend? or istilah org tgh bercinta.. iaitu kekasih hati??
hmm.. sy rasa tidak perlu,. itulah yg sering sy jawab setelah sy mengetahui hakikat cinta di sisi kaca mata islam, bukan di sisi kaca mata sy sbgai seorang manusia yg punya kehendak..

"kamu tak terasa sunyi tak ada boyfriend?".. kdg2 pertanyaan itu melampau sy rasakn. ttapi, bg org yg sudah biasa, pertanyaan itu normal.. dan jawapan sy utk soalan itu, sy tidak pernah terasa sunyi, krn telah ada beberapa perkara yg mengisi segala kesunyian sy.

"kamu tidak pernah ingin rasa dicintai dan mencintai seseorg??".. sy tersenyum lagi.. sungguh tidak pernah hati ini ingin menipu, krn cinta adalah sebuah anugerah, dan ia sebuah perasaan yg fitrah bg setiap manusia. cuma, bukan utk sy labuhkan cinta ini kepada org yg salah, atau orang yg tidak berhak utk memiliki cinta sy.. cinta itu harus dilabuhkan kena pada tempatnya..

"kalau macam tu, sampai bila hendak menunggu sehingga kamu mampu utk menyintai seseorang?".. ~~bila sampai waktunya, stelah sy bersedia dan ada komitmen utk menikah, dan ada seseorg yg juga berkomitmen yg besar utk menikahi sy.. pasti akan sy buka hati sy utk menerima dan menyintainya.. dan itupun setelah dia menjadi suami yg sah di sisi Allah buat sy..



~~jadilah kamu diantara orang2 yg bebas dr virus merah jambu, krn ia mengotorkan hati, ia akan merosakan hati seperti kanser. jika tidak dicegah, maka ia akan merebak dan terus merebak. krn itulah mencegah lebih baik dari mengubati~~~

Nikah itu ibadah.. bukan sekadar memenuhi tuntutan.. nikah adalah janjimu dengan Allah, dengan keluarga pasangan, dengan pasangan yg kamu nikahi dan dengan kehidupan kamu sepanjang hayat. Ia memerlukan kesediaan luar biasa. Bukan sekadar kesediaan utk membuka hati memberi cinta dan kasih sayang, tetapi kesediaan utk bertanggungjawab ke atas sebuah pernikahan dan sebuah kehidupan.. dan di dalam kesediaan menerima pasangan itu tidak kalah penting juga adalah kesediaan menerima agamanya.

sy pernah mendengar, ketika sy mghadiri satu majlis ilmu, bahawa seorang muslim yg belum bernikah mempunyai satu amanah yg sgt berat ketika dia bersaksi bahwa tiada Tuhan selain Allah, dan Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Dan ia merupakan kesaksian pertama yg pasti ada bg setiap muslim yg blm menikah. Namun bg setiap muslim yg telah menikah, maka bertambahlah satu lagi kesaksian yg berat, iaitu setelah seorang muslim itu melafazkan akad nikah. Krn kesaksian akad nikah merupakan perjanjian dengan Allah, samalah seperti mana kamu mengucapkan dua kalimah syahadah.

Setiap muslim menganuti agama islam adalah untuk seumur hidup, begitulah juga bagi setiap pasangan yang menikah, pasti pernikahan itu juga,adalah untuk seumur hidup..

Di sini sy ingin menekankan bahawa, cinta yg satu adalah cinta yg bersih lagi terjaga sepanjang hidupnya.. yang tidak dikotori oleh hawa nafsu semata-mata.

Bagaimanakah cinta yg dikotori hawa nafsu itu??

Dan itulah cinta yang tidak berlandaskan syariat dan keredhaan Allah.

Bagaimana utk memiliki cinta yg berlandaskan syariat dan keredhaan Allah?

~Menikahlah kamu.~


Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. [ Ar-Ruum:21]


~Ketika kamu memilih pasangan, pilih dan nilailah pasangan kamu menurut penilai Allah, bukan penilaian manusia..~

..Barakallahulakuma..



Penuh Dgn Cinta,

Princess Mos, 27791







06 November 2010

Ubat-ubat hati dan ubat-ubat jiwa..

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Ku titipkan salam buat Rasul junjungan besar kita Nabi Muhammad saw.

semoga jiwa ini sentiasa rindu..~~

setiap kali meng"update" blog, sy akan mnu
liskan bnyk perkara tntang sebuah hati.. sesuailah dengan tema blog sy.. TintA haTi.. smoga tidak ada yg bosan utk terus mmbaca setiap entry sy.. :)

setiap manusia mempunyai cuma satu hati, namun un
tuk mengawal aktiviti hati yg satu itu memerlukan tenaga beberapa org.. knp? kerana, hati itu mudah terlupa, hati itu mudah merasakan tidak cukup, hati itu mudah memulakan kebencian kepada yg lain.. dn segalanya bermula dari hati yg satu itu.. adakah kalian percaya?? ini buktinya,

"Ketahuilah bahwa di dalam tubuh ada sekerat daging. Apabila da
ging itu baik, maka seluruh tubuh itu baik,dan apabila sekerat daging itu rosak, maka seluruh tubuh itu pun rosak. Ketahuilah, dia itu adalah hati." (HR. Bukhari)

knp sy mengatakan hati itu memerlukan tenaga beberapa org utk mengawalnya.. jom, kita sma2 berfikir..




apabila kalian terlupa akan sesuatu perkara, dan ia sangat terkait dgn hati, contohnya bila terasa "down".. saat itu, pasti kamu memerlukan seseorg ut
k mngingatkan kamu kembali dlm erti kata memberi semangat.. bertapa kadang2 hati itu tidak boleh bekerja sendiri.. hati itu tidak berdenyut, krn yg berdenyut itu adlh jantung, bkn hati... namun hati itu tetap sebuah organ yg adakalanya mampu rosak jika tidak dijaga.. di dalam hati yg selalu kita sebut2 itu terwujud adanya jiwa, hati boleh kita sentuh dan kita rasa keberadaannya di dalam fungsi organ dalam tubuh badan kita, sedangkan jiwa itu kita merasakannya ada, tetapi tidak mampu disentuh oleh tangan, tidak boleh dilihat dengan mata keberadaannya di dalam tubuh badan kita.. jika kamu mengatakan sakit hati, bukan hatimu lah yang sedang sakit, tetapi jiwamulah yang sedang sakit...

ubat-ubat hati dan ubat-ubat jiwa???

apabila kamu terkena barah hati, doktor akan memberikan bermacam2 ubat untuk mengubati atau mencegah barah hati itu dari terus merebak atau merosak organ2 tubuh badan kita yang lainnya..

tetapi apabila kamu terkena barah jiwa, mampukah seorg doktor memberikan ubat utk barah jiwa yg kamu sedang merasakan sakitnya?? ~~belum tentu se
orang doktor itu mampu, tp tidak mustahil utk seorg doktor itu mampu mengubatinya... alias seorang yg bkn doktor juga mampu utk mengubatinya..

adakah kamu tahu apakah ubat2 jiwa itu? kamu tidak perlu utk menghabiskan wang ringgit utk membeli ubat itu, mungkin satu sen pun tidak perlu kamu gunakan utk membelinya.. tetapi, kamu hanya memerlukan kesabaran utk memiliki ubat jiwa itu..

apakah ubatnya?

~~Dekatkanlah dirimu dengan Allah, berdoalah kepada-Nya supaya diberi ketenangan jiwa dengan pernuh sabar dan berserah diri.." Sesungguhnya, itulah ubat jiwa yg paling mujarab dan paling berkesan utk kesembuhan jiwamu..

adakalanya kita terlupa utk menjaga kesihatan jiwa yg terdpt
di dalam hati kita.. sedangkan jiwa itu juga memerlukn perhatian seperti mana kita prihatin terhadap organ hati di dalam tubuh badan kita. jiwa juga memerlukan makanan yg sihat, sama seperti hati..

apakah makanan yg sihat untuk jiwa?





~Isikanlah jiwamu dengan ayat-ayat al-qur
an, zikir dan muhasabah diri selalu.. insyaAllah, jiwamu pasti sihat.. dan hatimu juga pasti akan sihat..


wuallahu'alam.. selamat beramal..


penuh dgn cinta,

Princess Mos, 27791


04 November 2010

Rasa Bersyukur Kita..??

Tak perlu untuk mempersulitkan hidup..

..dan bertenanglah.. krn jiwa yang tenang adalah hidup yang bahagia..

cuma sesaat, pandanglah ke langit luas, pejamkan matamu.. lalu senyumlah seikhlasnya. Pasti kamu akan mampu mengawal diri..



Lihatlah ciptaan Allah yg hebat itu..

dialah atap tanpa tiang..

peneduh berjuta mahluk..

tanpa merungut..

tanpa meminta di beri upah sedikit pun..

apakah kita masih mengira kita mampu untuk setanding dengannya?

Muhasabah diri kembali..

di manakah letaknya rasa bersyukur kita?


penuh dgn cinta,

Princess Mos, 27791




03 November 2010