Pages

..::sahabat pena::..

28 February 2010

Aku insan buta!



hati diruntun susah,
seakan bertebaran sakti menghitam,
merindu,
lambaian punah tanpa erti,
berbisik,
seakan di penjuru ini...

siapakah yang mengerti,
di balik setiap titisan dakwat tinta,
ada goresan tersimpan kukuh,
jauh mendalam,
sehingga suaraku bicara luluh..

tangisan seakan mengheret cerita,
di atas batu-batu tajam,
menusuk,
sehingga rongga hati berdarah,
mengalir,
lautan biru menjadi merah..

sudah diatur Sang Pencipta,
saat kalam tidak mampu menyusun kata,
terdiam leka,
alpa,
pasrah menjadi carekarama...

Ya Rabbi,
Aku bersujud pada-Mu..
sungguh,
Aku insan buta!



penuh dgn Cinta
Princess Mos, 27791



27 February 2010

ikhlaskan hati utk menjadi seorang MURABBI..

Entah bagaimana aku ingin sekali mmulakan pena ini dengan rasa sgt bersyukur tidak terhingga di atas nikmat2-Nya yg tidak terhitung banyaknya.. terasa diri ini tidaklah selayak itu utk merasai kenikmatan sebuah hati seperti ini.. kadang-kadang apa yg tidak kita sukai itu, adalah yg terbaik buat kita.. dan begitulah sebaliknya...

27 febuari 2010..

pagi yg indah dn bhagia ini, dan detik waktu yg aku lalui sepanjang hari ini, sgt bermkna buatku..bermula dari rumah bertolak pukul 7.30WIB, dgn hati yg berat penuh kemalasan, aku gagahkan jua kaki nih utk keluar dari rumah.. :( ..dgn hati yg penuh ketidak ikhlasan pada mulanya... di ikhlaskan jgk utk keluar... ke mana?? program bedah buku utk semua kader dakwah di surabaya nih..[jahilnya aku..progrm utk tarbiyah diri pon mls nk pegi..terok!]

aku keluarlah dari rumah utk ambik "angkot" ke destinasi yg ingin di tuju tu.. pernantian ukhti siti yg entah berapa lama di terminal Joyoboyo sgt memulihkan kembali smngatku utk pergi jgk progrm bedah buku tu... ikhlas dan lega di hati melihat wajah tenang ukhti siti.. "thanks ya ukh krn tunggunya kami lama di terminal..:)"

perjalanan ke tmpat bedah buku tu mengambil masa setengah jam mgkin.. agak penat jgk menahan sesak di dalam angkot yg sempit tu.. tp demi ilmu yg ingin dituntut oleh org yg ketandusan mcm aku nih, aku buat tak tau jer.. walaupun dalam hati... ya Allah.. ikhlas sntiasa menjadi persoalan dan ukuran..

sampai2 di Asrama Haji.. tempat bedah buku tu di adakan.. hati pun lega.. Alhamdulillah baru nak mula dan taklah terlambat.. sampai2 tgk la ikhwah dan akhwat dah memenuhi dewan utk berlumba2 memperbanyakkan bekalan ilmu masing2.. semangatku semakin bertambah sedikit.. walaupun time tu kepala rasa pening je sebab ngantuk sangat...

program bermula dengan jayanya.. sangat menarik.. dibedah oleh penulis buku tu sendiri, bku bertajuk "MENGGAIRAHKAN PERJALANAN HALAQOH"..oleh ustz Satria Hadi Lubis..
beserta isterinya..ibu Kiki Anida.

sewaktu aku mendengar dan memerhati setiap butir kata dari mulut penulis buku itu, ..di benakku terfikir2... sejauh mana tarbiyah dan halaqoh aku selama ini.. penulis bertanya kepada kami, sudah pegang halaqoh belum?? huh,..terkesima aku sebentar.. aku sudah hampir 4thn berkecimpung dlm tarbiyah dan halaqoh, tp knp aku belum boleh menjadi seorang murabbi?? knp aku msih belum boleh membina?? knp??.. aku berfikir2 lagi.. sudah sekian lama.. sepatutnya aku sudah ada adik2 halaqoh, sudah patut mnjadi seorang murabbi.. ttapi knp aku msih je mengharap di bina tetapi tak membina.?? sedangkan aku seharusnya sudah patut memikirkan msalah negara dan umat ini walaupun umurku seperti ini.. aku perlu!!

ya Allah, aku berharap padaMu ya Allah, agar aku di berikan syahid dalam mempertegakkan agamaMu di muka bumi ini ya Allah.. permudahkanlah aku ilmu utk aku menegakkan kalimah Ilah ini.. kerana aku merasakan aku masih belum mampu kerana ketandusan ilmu itu..
jadikanlah aku seorang individu yg mampu melaksanakan 10Muashaffat sebagai pembentukkan diri demi mempersiapkan hati dan jiwa ini utk menjadi seorang Murabbi yang senantiasa dinanti oleh setiap mahluk di muka bumi ini...bantulah aku ya Allah.. aku ingin menjadi MURABBI!! Allahuakbar!


penaku,
MZ_27791

23 February 2010

sedaya penghambaanku ya Rabb...

Bebas,

Lepas,

Luas,

Tak seperti penghambaanku yg masih terbatas,

Seribu luka dosa yang makin menganga,

Takkan terubati dengan ramuan pahala yang cuma sebelanga,

kecuali Kau sudi ya Rabb,

Ampunilah diri ini,

Sampai sembuh kembali....


Aku adalah seperti ombak di lautan dunia,

Pimpinlah aku ya Rabb,

Biar sampai ke pantai Mu,

Untuk menghanturkan sedaya penghambaanku,

Ku persembahkan hanya pada Mu..


Penaku,
MZ_27791

19 February 2010

wanita mawar berduri



MAWAR BERDURI,
Indah sungguh kelopak bungamu,
Secantik bahasa dan gerak gerimu,

Sopan ditiup sang bayu,
Batang dan dahanmu tetap tunduk malu.

MAWAR BERDURI,
Kelopakmu tetap dipelihara,
Daripada Kumbang yang membinasa,
Duri didahanmu tetap tersedia,
Mempertahankan kecantikkan dan kesucian jiwa.

MAWAR BERDURI,
Kau tetap sentiasa berdiri,
Menahan cabaran yang diberi,
Tetap tidak pernah hilang harga diri,

Dirimu indah sukar untuk didekati,
Walaupun dipujuk,dirayu oleh nafsu sendiri,
Melainkan syariat memberi.

MAWAR,
Si kumbang perkasa tidak akan tertawan,
Dengan mawar yang kehilangan perawan dan keagungan,
kerna dirimu telah rosak dibinasakan.

MAWAR,
Hilang hargamu wahai sekuntum mawar murahan,
Menayangkan kecantikkan yang tiada kesempurnaan,
Hanya terus bertuhankan nafsu dan keseronokan,
Dirimu ditinggalkan patah kelayuan.




dipetik dari, mya_0810

15 February 2010

Setia menanti..


hati yang tidak akan pernah sepi,

ibarat reranting pohon,

halus dan rapuh,

adakalanya ia berbunga,

melantunkan segala keindahan yang mekar,

menebarkan segala keharuman mewangi,

sehingga,

ia kembali ke akarnya yang setia menanti..


Penaku,
MZ_27791

..maafkan saya..ampuniku ya Allah..


seakan2 sy nk menjerit sedih, kecewa, terluka... dn sgala2nya yg bercampur baur dihati ni... rse telah bebas dr kemunafikkan yg panjang.. yg telah banyak menghimpun dosa2 sy selame ni... syukur alhamdulillah kerana Allah msih memberikan sy merasai nikmat iman yg terabai selama nih.. rasa berdosa sgt menghantui diri..[sgt2~~].. khilafku..:(

bagi yg tersakiti, ampun maaf sy pohon seikhlasnya... sy masih mnusia lemah tiada daya,. maafkan sy~~

aku masih ingin hidup,

namun bukan mudah ya Allah,
pesona dunia menggangguku,
mencarik-carik imanku,..

aku runsing ya Allah,
aku tidak mahu hanya berkata kosong di atas awan,
memandang kebawah tanpa berfikir apapun!

~~aku khilaf ya Allah,

membiarkan diriku diratah dosa,
sedangkan aku tahu,
aku tahu Kau melihatku!!

aku~~aku~~sedih ya Allah..
sedih melihat diriku,

aku malu ya Allah,
malu melihat diriku,..

sedangkan aku sangat mengharap redho-Mu..~~

Penaku,
MZ_27791

13 February 2010

Apa yang kau panggil cinta??


Apa yang kau panggil cinta
Bukanlah seindah mimpi yang indah
Kerana ia cumalah bayangan ilusi
Cumalah mainan tidur yang berpanjangan

Apa yang kau panggil cinta
Bukanlah satu kebahagiaan yang kau harapkan
Kerana ia cumalah patung permainan
Yang berselerakan di hati dia


Apa yang kau panggil cinta
Bukanlah permata yang seutuh berlian
Ia cumalah kaca nan terang
Cuba menyilaukan pandangan mu di tengah sahara

Apa yang kau panggil cinta
Barangkali cuma bunga di mata
Dihati seperti duri yang bisa

Apa yang kau panggil cinta
Cuma logamaya di tengah gurun
Nampaknya indah umpama penyelamat
Sedang ia cuma di kejauhan pandangan


Apa yang kau panggil cinta
Adalah keindahan yang berseni
Namun lekok-lekok garisannya
Membuatkan ia menjadi jalan panjang yang menakutkan
Apa yang kau panggil cinta
Cuma indah apabila kau membawa Tuhanmu menyertainya!


antara Engkau dan aku..



Ya Tuhan…
Di saat ini,
Engkau mengetahui

Bahawa sesungguhnya
Aku semakin menjauh dari MU…

Tuhan…
Di ketika ini,
Aku mengerti
Bahawa sesungguhnya
Engkau semakin murka kepada ku…

Tuhan…
Di waktu ini,
Tiada aku fahami,
Mengapa hati yang suatu masa dulu
Sering memanggil-manggil asma Mu,
Kini… Sepi…

Ya Allah…
Di kala ini,
Aku tertanya-tanya,
Mengapa perasaan yang suatu masa dulu,
Begitu rindu kepada Mu,
Kini… Pudar…

Ya Rabbi…
Di saat ini,
Tidak mampu ku fikirkan,
Mengapa mata yang suatu masa dulu
Dibanjiri dengan air nan jernih kerana terkenangkan Mu,
Kini… Kering…

Ya Tuhan…
Sesungguhnya… Aku takut…
Aku takut kepada Mu…
Namun entah mengapa
Takutku belum mampu memulihkan diri ku…

Ya Rabbi…
Sesungguhnya… Aku rindu…
Aku rindu tatkala aku merindui Mu,
Aku rindu saat aku menangis kerana Mu,
Aku rindu tatkala aku gembira mendengar nama suci Mu,
Aku rindu saat aku sanggup melakukan segalanya untuk Mu…

Ya zaljalali wal ikram
Izinkanlah aku merayu kepada Mu,
Agar Engkau sambutlah tangan ku yang jijik ini,
Dan rangkullah aku kembali ke pangkuan Mu,
Agar dapat ku nikmati semula, Saat indah kita bersama…

Ya Rahman ...
Izinkanlah aku memohon kepada Mu,
Agar Engkau penuhkanlah ruang hati ku yang kotor ini,
Dan isikanlah setiap ruang fikiran ku,
Dengan asma Mu yang suci,
Agar terjalin semula ikatan cinta yang murni,
Antara Engkau dan aku…

11 February 2010

Hampirilah Dia dengan sepenuh cinta..


Sahabat, suatu ketika engkau dapati dirimu sedang kehausan, kerongkong yg kering amat menyiksa diri seolah berada di tengah lautan pasir yg tandus.. hampir saja tubuh mu lemah tak tahan menahannya. Tanpa disedari, engkau bangkit untk mencari minum. ketika air itu menyentuh kerongkongmu, apa yg dirasakan?? Nikmat, bukan? knp? kerana engkau sgt memerlukannya! krn saat itu, engkau sgt memerlukan air utk melepaskan dahaga..

seperti itulh bile kita beribadah kpd Allah.. kita akan rasa nikmat apabila memerlukan Dia.. krnNya, lahirlah rasa CINTA. CINTA terasa nikmat apabila kesetiaannya teruji, Itulah rahsia disebalik ujian yg diberikan-Nya.. agar kita berlari mendekati-Nya.. lebih dekat dan semakin dekat sehingga kita dan Dia tak berjarak...

Untuk mencapai darjat kedekatan hamba pada tuhannya perlulah proses duhai sahabatku.. Ibarat mendaki gunung yang tinggi, juram yg curam ataupun tgga yg tinggi di mana puncaknya adalah tujuan. Untuk menaiki dari satu anak tgga ke satu ank tgga yg lainnya, kita memerlukan energi yg luar biasa. Menuntut seluruh fikiran, segenap jiwa dan setulus hati. Itulah keikhlasan , sifat tertinngi seorg hamba utk memperoleh darjat tertinngi yg bernama taqwa..

" Sesungguhnya org yg paling mulia diantara kamu di sisi Allah ialah org yg paling bertaqwa di antara kamu" [49:13]

Sahabatku, sesungguhnya kecintaan seorang mukmin pada tuhannya tergambar jelas ketika ia menghadapi ujian Allah. Seseorg yg mencintai Allah akan sentiasa percaya bahawa di sebalik cubaan itu ada rahsia hikmah yg hendak di berikan-Nya. Itulah keindah seorg mukmin sejati yang hanya di berikan pada mseorg mukmin yg sejati..

"Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi org2 yg kusyu'. Iaitu org2 yg meyakini bahawa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahawa mereka akan kembali kepada-Nya" [2:45-46]

Sesungguhnya sahabatku, Allah beserta org2 yg sabar, maka bersabarlah dengan kesabaran yg baik. Bagaimana sabar yg baik itu?? dan apa makna dari sabar yg sesungguhnya??

Sabar adalah sikap tenang seseorg dalam mghadapi sesuatu permasalahan di mana ia dpt menahan dirinya, tabah menghadapinya, tetap istiqamah dalam beribadah kpd Rabb-Nya, membetulkan dgn teliti apa yg menjadi penyebab terjadinya masalah dengan usaha semaksimal mgkin... kemudian hasil dari upaya dn ikhtiar itu di serahkan kpd Allah...

Sahabatku, mari bersabar dalam menghadapi taqwa. Sungguh, dia amat syg pada kita..

Hampirilah Dia dengan sepenuh CINTA...

Penaku,
MZ_27791

10 February 2010

Di sisi mujahid, ada mujahidah..

Terkadang hati ini tertanya-tanya….kenapa masih perlu menunggu? Sedangkan aku tahu, aku telahpun menemui mujahidku… diri ini terlalu yakin, dialah jawapan doa hari2 ku… “Ya Allah, kurniakanlah kepada ku hamba Mu yg soleh sebagai suami, agar dia dapat membimbingku menuju syurgaMu…”

Resah gelisah hati menunggu…mengira setiap detik dan waktu, impian itu menjadi kenyataan… bersama-sama si mujahid… menemaninya dalam perjuangannya… eh?? perjuangan?? Ya Allah…aku lupa lg… seorang mujahid, tujuannya satu… berjuang malah berkorban utk menegakkan Deen-ul-haqq… walau telah bergelar suami, perjuangan tetap berjalan.. pengorbanan tetap diteruskan!! Malah itu juga seharusnya menjadi perjuangan aku juga bukan?..

“Allah tidak menjadikan bagi seseorang dua hati dalam rongganya….” [33:4]

Hati si mujahid telahpun sarat dgn cinta kepada Rabbnya.. yg menjadi pendorong kepada perjuangannya.. (begitulah haprapnya) .. mana mungkin pada masa yg sama, si mujahid menyintai ku (setelah bergelar isteri) dengan sepenuh hatinya? Walaupun setelah ku curahkan selautan sayang.. ku legakn penat lelah perjuangannya dengan gurauan manja.. ku cukupkan makan pakainya….si mujahid masih tidak boleh leka dr perjuangannya!! Ya Allah, aku kah yang akan menjadi fitnah yang melekakannya dari perjuangannya yg dulu cukup ikhlas hanya untuk Rabbnya???…..

“Katakanlah, “ Jika bapak-bapakmu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, ISTERI-ISTERImu, keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khuwatirkan kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya serta berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusanNya” dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik”…..[9:24]

Oh tidak!! Aku tidak mahu menjadi penyebab si mujahid leka akan tanggungjawabnya yang lebih besar…tanggungjawabnya utk Ad-Deen ini…. Tapi sanggupkah??…sanggupkah diri ini hanya memperoleh secebis hati si mujahid yg telah sarat dgn cintanya kepada yg lebih berhak?? Sanggupkah diri ini sering ditinggalkn tatkala si mujahid perlu ke medan juang?? Malah sanggupkah diri ini melepaskn si mujahid pergi sedangkn hati ini tahu si mujahid yg teramat di cintai mungkin akan keguguran di medan juang??..sanggupkah???

Ya Allah… Layakkah diri ini menginginkan suami semulia Rasulullah..sedangkn diri ini tidak sehebat Khadijah mahupun Aisyah… Lihat sahaja isteri-isteri Nabi… Ummul-muslimin…Ummi-ummi kita…lihat saja perjuangan dan pengorbanan mereka… lihat sahaja ketabahan hati mereka… sehinggakn setelah diberi pilihan antara cinta duniawi dan cinta mereka terhadap Allah dan Rasul…Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu “Jika kamu menginginkan kehidupan di dunia dan perhiasannya, maka kemarilah agar kuberikan kepadamu mut’ah dan ku ceraikan kamu dengan cara yang baik“ [33:28]

Allah dan Rasul tetap menjadi pilihan! Mampukah aku menjadi seperti mereka?? Mampukah aku membuat pilihan yang sama kelak, setelah mabuk di lautan cinta kehidupan berumah tangga?? Mampukah aku mengingatkn si mujahid tatkala dia terlupa dan terleka dari cintanya dan tugasnya demi Rabbnya?? Atau aku juga akan turut hanyut malah lebih melemaskn lagi si mujahid dengan cinta duniawi??


Ah sudah wahai hati, hentikan saja angan-anganmu, hentikan saja kiraan waktumu…. Masanya belum tiba utuk kau memiliki si mujahid, kerana kau sendiri belum lagi menjadi seorang mujahidah yang sebenar!! Hati, janganlah kau sibuk mengejar cinta mujahid, tetapi kejarlah cinta Penciptanya…Hati, janganlah kau lekakan aku dengan angan-anganmu…sedangkan masih terlalu banyak ilmu yg perlu ku raih…. Hati, sedarkah engkau ujian itu sunnah perjuangan??…tapi kau masih terlau rapuh utk menghadapinya…kau perlu tabah!! dan aku tahu, kau tak mampu utk menjadi sebegitu tabah hanya dalam sehari dua… Duhai hati… bersabarlah… perjalanan kita masih jauh…. bersabarlah… teruskan doamu… hari itu akan tiba jua…. pabila engkau telah bersedia menghadapinya kelak…. bersabarlah…..


artikel dipetik khas dari,

dakwah.info

09 February 2010

jika Dia menjemputku...

terima kasih ya Allah... kerana Kau telah mengizinkan aku utk merasakn kehidupn lagi hari ini... sungguh, tidak dapat aku ucapkan dengan kata-kata indah sekali pun atas nikmat Mu yg tidak terhitung banyaknya itu..

ya Allah.. mengapakah diri ini lemah, sedangkan aku merasa bahawa Kau sentiasa dekat denganku,.. aku merasakan kedatangan Mu dalam setiap inci denyutan nadiku Ya Allah... namun mengapakah aku masih lemah seperti ini??

ya Allah, aku merindukan kedamaian, jauh dari kesibukan dunia yang tidak terungkap lagi skrg ini.. aku rindukan kasih sayang, yg mungkin tidak ada sesiapa pun yg mampu memberikannya kpd ku melainkan Mu ya Allah..

ya Allah, setiap kali aku bangun dari tidurku yg lena.. aku terfikir2.. suatu masa nanti aku tidak akan bangun lagi seperti hari ini.. mungkin, aku hanya mendengar suara2 insan yg aku sayang mmbangunkn aku..dn berkata.."muti'ah, bangun lah..dh subuh nih..".. ya Allah itu pasti terjadi.. suatu waktu nanti yg tidak ada siapa pun yg mengetahuinya.. aku sendiri tidak mengetahuinya ya Allah.. walaupun itu aku...yg akan pergi selamanya meninggalkan mereka...
mungkin saja, sesaat selepas ini, aku akan pergi buat selamanya.. tanpa ada apa2 yg aku bawa mengadap Mu Sang Kekasih ku yang amat aku cintai tiada hujungnya...

ya Allah, hinanya diri ini.. bukankah aku perlu utk mempersembahkan segalanya yg terindah utk-Mu demi membuktikan segenap cintaku yg tiada penghujung ini?? walaupun aku tahu tidaklah Engkau mengharapkannya... kerana siapalah aku di pandangan mata Mu..

jika suatu saat nanti Kau mengambil kembali segala apa yg telah Kau pinjamkan utkku buat sementara ini.. aku memohon dan meminta sangat ya Allah.. agar tika itu, syahidlah yg menjadi penghujung hela nafas terakhirku.. aku tidak mahu pergi percuma, tidak mahu pergi meninggalkan mereka dalam keadaan hutangku terhadap-Mu yg tidak lunas tertunai, aku tidak mahu pergi meninggalkan mereka, selagi hati-hati mereka tidak bersamaku utk syahid di jalan menuju -Mu.. ya Allah, aku tidak mahu pergi meninggalkan mereka selagi amanahku belum terlaksana di muka bumi ini.. dengarkan aku ya Allah.. hamba-Mu yg merindukan kedamaian..

penaku,
MZ_27791

08 February 2010

Di ufuk senja..

Dari kejauhan pinggiran..
di laut lepas yang terbentang luas membiru,

Aku,

bagaikan butiran pasir yang kering ketandusan,
menanti hempasnya ombak di dataran..

Aku,

berdiri teguh memaling wajah ke ufuk senja,
menghitung garis luka tak terkira,
setiap inci...tetap sama..

~~~

bayu~~~

desirannya menjadikan malam sepi berirama,

oh Tuhan~~

terima kasih untuk segala denyutannya..


penaku,
MZ_27791

al-haya'...

Dr video yg sgt indah, kata2 yg sgt menyentuh lubuk hati..trime ksih krn mnyedarkan diri yg sering lalai dn terleka ini...


Wahai kakakku,
Kenapakah lemah sungguh kaum hawa itu?
Asyik bertemankan tangis dan sendu sahaja.....

Wahai adikku,
Bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan sendunya,
Tetapi disitulah wahai adikku,
KEKUATAN bisa meleburkan ego seorang lelaki..
Menjadi izzah yang paling gah..
Bahkan lebih gah dari egonya seorang lelaki..
Kerana sendu rayunya,
Musa A.S terselamat dari kekejaman Firaun..

Duhai adikku,
Lembut wanita itu bukan lemah..
Tetapi senjata..
Namun wahai kakakku,
Wanita itu fitnah dunia..
Pernahkah adikku dengar..
Pesanan Ilahi pada hambaNya?
''Wahai lelaki-lelaki yang beriman,tundukkanlah pandanganmu,
dan tutupkanlah auratmu..''
Cuba adik nilai,
Pada siapa terlebih dahulu Allah dahulukan pesanannya?
PADA HAMBA YANG BERGELAR AR-RIJAL..
Kerana andai si lelaki menjaga pandangannya,
Maka tidak mungkin terlihat akan wanita yang menjadi
fitnah pada dirinya...
Dan,tidaklah Allah lupakan pesanan buat wanita..
Agar memelihara auratnya..
Kerana disitulah kehormatannya..
Bukan fitnah semata-mata,
jikalau arrijal dan annisa' sama-sama mematuhi pesanan Ilahi itu..
Sesungguhnya wanita yang beriman yang solehah itu lebih baik
dari ribuan lelaki yang soleh...

Tetapi kakakku,
Kenapa wanita itu menjadi peragaaan?
Tidakkah mereka merasa malu?

Wahai adikku sayang...
AL-HAYA'(sifat malu)
Ada dalam diri setiap insan..
Wujudnya seiring dengan nafas insani..
Dan AL-HAYA' itulah pakaian iman..
Pada diri wanita itu indah al-haya' sebagai pembenteng diri..

Namun...
bila al-haya' itu lebur,
imannya runtuh..
Kenapakah mereka merelakan diri menjadi peragaan?
Kerana mereka sebenarnya PARANOID..
Merasakan diri belum cukup menarik..
Mereka sebenarnya yang kalah dari segi psikologi..
Namun adikku,
Wanita soleh itu pasti melindungi diri mereka
dari perbuatan murahan itu..

Wahai adikku,
1001 keindahan penciptaan wanita..
Pandai-pandailah dikau menilai..
Antara permata dan debu-debu kilauan pasir..

Wahai adikku,
Janganlah adik gusar..
Tatkala tiada lelaki yang hadir memetikmu..
Dan janganlah engkau sekali-kali merendahkan dirimu..
menggugurkan diri..menyembah tanah..
Sedangkan engkau sebenarnya ,
Telah Allah jadikan begitu tinggi martabatmu...

bebas...

Aku ingin bebas seperti burung berkicau di langit lepas,

terbang tinggi dan asyik menari bersama tebaran sayapnya nan indah,..

Aku ingin bebas seperti ikan di lautan biru,

berenang jauh merentasi gelombang nan dalam berbatu...

Aku ingin bebas seperti singa di hutan tebal,

berlari-lari merentasi gunung curam nan ngeri...

Aku ingin bebas~~

~~bebas~~

seperti yang biasanya terlihat oleh pandangan kamu.....


penaku,
MZ_27791

sebuah bingkisan hati seorang ikhwan..

suatu hari..sewaktu sy sedang mncari bhn2 tarbiyah di web..lbih kurg bnyk jgk la bhn tarbiyah yg sy jmpe dn download.. nth tetibe sy terjmpe satu artikel berbentuk warkah or mgkin jgk puisi seorg ikhwan,, lme sy mmbacanye berulang2.. ulang dn ulang lg.. utk memahami ape sbnrnye isi yg terkandung dsebalik bait2 puisi tersebut... nth knp, hati rse terpukul dgn kata2 tu.. rse xlayak diri ni utk mmbacanye.. msih adekh lelaki yg memandang seorg perempuan sebegitu rupe.. sebegitu hormatnye die terhadap kaum hawa itu.. andai saje diri ini seperti itu, mnjadi seorg perempuan yg sentiase mnjaga maruahnye.. spaya tidak jatuh tersungkur dan kalah oleh pujuk rayu, dan juga supaya tidak ade lelaki pun yg memandang diri ini sama seperti yg lainnye..

Buat hawa semuanya, sy kongsikn puisi ini utk kite sme2 hayati dn renungi di manakah kita meletakkn harapan2 dan maruah kite sebagai seorang hawa yg menjadi perhiasan terindah di muka bumi Allah ini..

suara hati seorang ikhwan utk semua wanita di dunia...

Wanita,
Mungkin aku memang tak romantis tapi siapa
peduli?
Karena toh kau tak mengenalku dan memang
tak perlu mengenalku.
Bagiku kau bunga, tak mampu aku samakanmu
dengan bunga terindah sekalipun.
Bagiku manusia adalah makhluk yang terindah,
tersempurna dan tertinggi.
Bagiku dirimu salah satu dari semua itu,
karenanya kau tak membutuhkan persamaan.



Wanita,
Jangan pernah biarkan aku menatapmu penuh,
karena akan membuatku mengingatmu.
Berarti memenuhi kepalaku dengan
inginkanmu.
Berimbas pada tersusunnya gambarmu dalam
tiap dinding khayalku.
Membuatku inginkanmu sepenuh hati, seluruh
jiwa, sesemangat mentari.
Kasihanilah dirimu jika harus hadir dalam
khayalku yang masih penuh Lumpur.
Karena sesungguhnya dirimu terlalu suci.

Wanita
Berdua menghabiskan waktu denganmu
bagaikan mimpi tak berujung.
Ada ingin tapi tak ada henti.
Menyentuhmu merupakan ingin diri, berkelebat
selalu, meski ujung penutupmu pun tak berani
kusentuh.
Jangan pernah kalah dengan mimpi dan inginku
karena sucimu kaupertaruhkan.
Mungkin kau tak peduli
Tapi kau hanya menjadi wanita biasa di
hadapanku bila kau kalah.
Dan tak lebih dari wanita biasa.

Wanita
Jangan pernah kautatapku penuh
Bahkan tak perlu kaulirikkan matamu untuk
melihatku.
Bukan karena aku terlalu indah, tapi karena
aku seorang yang masih kotor.
Aku biasa memakai topeng keindahan pada
wajah burukku, mengenakan pakaian sutra
emas.
Meniru laku para ustadz, meski hatiku lebih
kotor dari Lumpur.
Kau memang suci, tapi masih sangat mungkin
kau termanipulasi.
Karena kau toh hanya manusia-hanya wanita.

Wanita
Beri sepenuh diri pada dia sang lelaki suci yang
dengan sepenuh hati membawamu kehadapan
Tuhanmu.
Untuknya dirimu ada, itu kata otakku, terukir
dalam kitab suci, tak perlu dipikir lagi.
Tunggu sang lelaki itu menjemputmu, dalam
rangkaian khitbah dan akad yang indah.
Atau kejar sang lelaki suci itu, karena itu
adalah hakmu, seperti dicontohkan ibunda
Khadijah.
Jangan ada ragu, jangan ada malu, semua
terukir dalam kitab suci.

Wanita,
Bariskan harapanmu pada istikharah sepenuh
hati ikhlas.
Relakan Allah pilihkan lelaki suci untukmu,
mungkin sekarang atau nanti, bahkan mungkin
tak ada sampai kau mati.
Mungkin itu berarti dirimu terlalu suci untuk
semua lelaki di fana saat ini.
Mungkin lelaki suci itu menanti di istana
kekalmu, yang kaubangun dengan segala
kekhusyu'an tangis do'amu.

Wanita
Pilihan Allah tak selalu seindah inginmu, tapi itu
pilihan-Nya.
Tak ada yang lebih baik dari pilihan Allah.
Mungkin kebaikan itu bukan pada lelaki yang
terpilih itu, melainkan pada jalan yang kaupilih,
seperti kisah seorang wanita suci di masa lalu
yang meminta ke-Islam-an sebagai mahar
pernikahannya.
Atau mungkin kebaikan itu terletak pada
keikhlasanmu menerima keputusan Sang
Kekasih Tertinggi.
Kekasih tempat kita memberi semua cinta dan
menerima cinta dan menerima cinta dalam
setiap denyut nadi kita.

"Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik
perhiasan adalah wanita shalihah."
(HR Muslim)



stlh sy mmbaca puisi ni, sy renungi sedalamnye diri sy.. mgkin saje sapelh sy utk mnjadi seorg perempuan seperti ape yg dikatakn.. malunye terhadap diri sndiri.. malunye jika ade yg memandang diri ini semulia itu.. namun, jauh di sudut hati, perempuan mne yg nk di pandang rendah martabatnye.. semuanye sedang berlumba2 mnunjukkn kemampuan dn perhiasan.. namun, duhai ukhti.. tidak perlulh kamu berlumba2 mghentakkn kakimu supaya diketahui kedatangnmu dan sgala perhiasanmu.. cukuplah kamu mnjadi yg biasa, tp sbnrnye luar biase oleh krn rse malu mu itu...wuallahualam..:)

penaku,
MZ_27791