Pages

..::sahabat pena::..

20 July 2010

Wahai Remaja..





Berfikir dan duduk beriman sejenak.. muhasabah diri, diri ini yg selalu terleka.. dibiar terus hanyut bersama arus jahiliyah yg tidak pernah berhenti menggoda jiwa2 yg sering kering dan tandus dari basah ayat2-Nya..

Sedarkah wahai remaja, wahai insan, wahai manusia.. yg telah Allah ciptakan sbgai mahluk yg terbaik dr mahluk2 Allah lainnya.. namun kita masih kurang bersyukur.. kurg menghargai setiap apa yg telah Allah berikan kepada kita sbgai pinjaman.. sering terleka dan lalai.. sering mempersalahkan takdirnya.. apakah kita buta? Buta dalam menilai segala apa yg telah dikurniakan ini.. tahukah kalian, seorg yg buta lebih celik dr kita yg mmpu melihat ini dlm menilai warna2 di sebalik potret kaku dunia?..

Wahai remaja, dari kalanganmu itulah skrg ini gugur satu persatu.. sedangkan kamulah harapan ibubapa kamu, masyarakat kamu, Negara kamu.. tp.. skrg.. kamulah manusia paling tidak membawa keuntungan skalipun pada mereka semua.. kerana apa? Krn kamu lalai dengan hiburan, lalai dengan cinta yg mematikan jiwa jihad kamu, lalai.. dan terus lalai.. sehingga kamu lalai juga utk melaksanakan perintah2-Nya yg telah menjadi amanah pada kamu selama ini..

Wahai remaja, kamu ingat lagikah janji kamu sewaktu kamu berada dalam kandungan ibumu?? Kamu telah bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah.. tp sygnya.. setelah kamu di lahirkan di dunia dengan perjuangan perit dan kepayahan,.. kamu lupa akan janji kamu itu.. kamu menduakan Dia tanpa kamu sedari kamu menduakannya.. kamu membiarkan dirimu dikawal oleh musuh nyata kita.. dan kamu tetap membiarkannya..

Wahai remaja, pernahkah kamu tahu.. bahawa musuh kita itu telah berjanji utk merosakkan umat manusia hingga akhir zaman?? Dan org2 yg paling mereka sukai adalah remaja2 yg jiwanya lemah.. lemah dan jauh dari ayat2 Allah, jauh dari mengingati Allah, jauh dari bergantung harap hanya pada Allah.. itulah kamu hari ini.. sedarkah? Atau kamu masih merasakan terjaga dari semua itu??

Wahai remaja, kembalilah.. jgn sekali2 kamu melawan fitrah.. roh kamu sukakan perkara yg baik-baik.. krn ia telah Allah jadikan dengan keadaan suci bersih lagi baik, tetapi jiwa kamu itulah yg akan mengawal segalanya.. krn jiwa itu mudah terkalah oleh nafsu, dan ia mudah terlentur oleh godaan dan bisikan syaitan..

Wahai remaja, ayuh.. sedarlah dari lenamu yg panjang.. sedarlah dari mimpi2 mu yg hanya membuatkan kamu berasa sgt selesa.. sedarlah! Jgn ditunggu esok dan esoknya lagi.. krn.., blm tentu esok jasad kamu mampu tegak berdiri memapah senjata jihad melawan diri mu yg selama ini hanyut bersama derasnya taufan jahiliyah melanda..


by: MZ_27791

No comments:

Post a Comment