Pages

..::sahabat pena::..

19 February 2011

Dan roh mu akan diangkat..

bismillahirrahmannirrahim...

alhamdulillah krn hari ini sy masih boleh utk mnyampaikn sesuatu yg kemgkinan inilah yg terakhir buat hidup sy.. krn sy tidak pasti, adakah esok sy masih boleh utk melihat mentari terbit dr ufuk timur atau pun sesaat lg, adakah sy boleh utk merasai perasaan seperti ini.. iaitu kebahagiaan yg sy rasakn sekarang..

sejak dua tiga hari ni.. sy slalu teringat2 tntg mati.. sebenarnya mmg selalu memikirkn tntg itu pn.. mgkin tidak pernah berhenti utk memikirkan itu..

betullah bahawa al-quran itu.. yg kita baca dan kita cuba utk memahami ertinya adlh merupakan sebuah peringatan yg sgt2 penting.. dgn membaca al-quran serta maknanya, sbnrnye sudah ckup utk mengingatkn hati2 kita yg sering terleka dn lalai ini.. bg mereka2 yg mahu berfikir..



dengan membaca al-quran hati akan menjadi tenang...



sy mulakan dgn sedikit mentadabur beberapa potongn ayat.. yg sy kira sgt menyentuh hati sy saat sy mmbacanya sbentar tadi... beberapa potongan ayat dari surah an-naziat iaitu surah ke-79 ayat 1-9.

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

"Demi (malaikat) yang mencabut (nyawa) dengan keras, demi (malaikat) yang mencabut (nyawa) dengan lemah-lembut, demi (malaikat) yang turun dari langit dengan cepat, dan (malaikat) yang mendahuluinya dengan kencang, dan (malaikat) yang mengatur urusan (dunia), (sungguh, kamu akan dibangkitkan) pada hari ketika tiupan pertama mengguncangkan alam, (tiupan pertama) itu diiringi oleh tiupan kedua, hati manusia pada waktu itu berasa sangat takut, pandangannya tunduk."

ketika saya membaca ayat ini.. hati sy seolah2 di rentap dgn sgt keras.. sungguh, memang telah banyak ayat2 Allah yg telah menjelaskn tentang kematian dan hari akhirat..
sy sgt2 tersentuh dengan sumpah yg Allah katakn.. iaitu.. ayat2 Allah yg bermula dengan perkataan "demi".. Allah telah bersumpah dengan malaikat.. iaitu demi malaikat yg mencabut nyawa dgn keras dn lemah lembut.. bertapa, Allah telah bersumpah kepada malaikat2 itu utk mencabut nyawa manusia..
apa yg sy fikirkan di sini ialah, bahwa manusia itu pasti akan dicabut nyawanya.. iaitu dgn kata lain manusia itu pasti akan mati.. sama ada dalam keadaan baik atau pun sebaliknya..
ada manusia yg tidak memandang berat akan hal ini.. mereka merasakn mati itu bila usia sudah tua.. ataupun bila sudah sakit.. ataupun berbagai2 persepsi masing2 tntang hal kematian menurut hawa nafsu mereka.. sedangkan mati itu adalah rahsia Allah yg sememangnya tidak ada pun yg mengetahuinya.

di dalam ayat2 Allah ini juga.. Allah telah mencerita sebenarnya secara detail bahawa kiamat dan hari akhirat itu pasti akan berlaku.. Allah menggambarkan apa yg akan terjadi pada hari itu.. dan segala mahluk2nya akan merasakan ketakutan yg sangat dasyat..

knp Allah menceritakan semua ini kepada kita?? adakah sekadar utk menginginkn kita tahu.. atau pun sekadar sebuah peringatan kosong yg tidak membawa kesan apa2 pada hati2 yg membaca dan mengetahuinya?

tidak.

Allah menceritakan semua ini adalah utk hambanya iaitu mahluknya berfikir serta membuat persiap utk menghadapi hari akhirat tersebut..

persiapan seperti apa? adakah menyediakan rumah yg tahan gegaran yg dasyat, atau pun persediaan tempat yg tinggi utk mengelakkn dari ombak besar menghanyutkan kita?

tentu saja bukan.

persediaan berbentuk keduniaan itu tidak sama sekali dapat mmbantu kita utk mghadapi hari akhirat tersebut.. maksud persediaan di sini ialah.. amal2 kita.

seharusnya kita bukanlh sekadar mempersiapkn diri iaitu dgn amal2 ini utk mghadapi hari kiamat yg kita yakini pasti terjadi itu.. tetapi, persiapkn lah diri bahwa kita akan mati beberapa saat lagi.. dan nanti.. kita akn mghadapi hari akhirat.. yg di sana, kita tidak terlepas dari di persoalkn tntg kehidupan kita selama ini di hadapan Allah.


sy terbaca dalam sebuah buku tarbawi karya Muhammad Lili Nur Aulia bertajuk "CINTA di Rumah Hassan Al-Banna."

di dlm buku tu di cerita tntg seorg pemuda yg bertanya kpd Khalifah Umar Abdul Aziz. Umar Abdul Aziz ini digelar khulafa' ar-rasyiddin yg kelima. ketika itu, Khalifah ini tgh merebahkan bdn di tmpat istirehatnya setelah usai mgkuburkan khalifah yg sebelumnya iaitu Sulaiman bin Malik.

Khalifah ini tersentak dgn pertanyaan pemuda yg baru berusia belasan tahun yg bertanya kepadanya..

"Apa yg ingin engkau lakukan wahai Amirul Mukminin?" Khalifah Umar Abdul Aziz pun menjawab, " Biarkan aku tidur walaupun sejenak. Aku sangat lelah sehingga nyaris tidak ada kekuatan yang tersisa." Namun pemuda itu kelihatan tidak puas hati dengan jawapan khalifah. pemuda itu bertanya lagi "Apakah engkau akan tidur sebelum mengembalikan barang yang di ambil secara paksa kepada pemiliknya?" Khalifah Umar mengatakan, "Jika tiba waktu zuhur, sy bersama org2 akan mengembalikan barang2 itu kepada pemiliknya." Jwapn itu kemudian ditanggapi oleh pemuda tersebut. "Siapa yang menjaminmu hidup sampai setelah zuhur, wahai Amirul Mukminin?".

Pemuda itu bernama Abdul Malik, putera Amirul Mukminin sendiri, Umar Abdul Aziz. Semoga Allah merahmati keduanya.


dari kisah Khalifah Umar Abdul Aziz dan anaknya ini cukup jelas mengatakan bahwa hakikat yg sbnrnya kematian itu adlh rahsia Allah.. dan tidak ada siapa pun yg mampu utk mmberi jaminan tntg kematian.. Allah boleh utk mengambil nyawa kita bila2 masa saja..

sudah tercatat di lauh mahfuz lagi tarikh, detik dan saatnya.. pasti akan berlaku hari itu bagi semua mahluknya yg bernyawa.. tidak akan di tunda2, malah di awalkn juga tidak.
bertapa dekatnya kematian itu dgn kita.. tetapi masih ada di antara kita yg merasakn kematian itu masih jauh berbatu2 dari kita..
Allah itu tidak akan pernah mengingkari janjinya..

tidak ada yg terkecuali utk menhadapi hari itu.. hari di mana malaikat akan mencabut nyawa dengan keras atau lemah lembut..

sesungguhnya.. segala yg ada pada diri ini sememangnya bukan milikku.. dan Dia-lah Pemilik mutlak segala sesuatu.. dan diri ini tidaklah berkuasa ke atas diri sendiri, tetapi Dia-lah yg berkuasa ke atas diri ini..

ya Allah,
Sungguh, aku merasakan kematian itu sudah terlalu dekat denganku,

Namun,
aku masih buta dan tuli akan satu perkara ini,

ya Allah,

ku mohon,

Ampunilah aku ya Rabb..

Wuallahu'alam.

hamba yang merindui-Mu..

Princess Mos, 27791

No comments:

Post a Comment