Pages

..::sahabat pena::..

22 February 2011

Antara aurat, niqob dan dakwah...


bismillahirrahmannirrahim...


menghitung hari juga tidak menulis smething di sini.. :) stlh sy fikir2kn.. sy pun decide.. ok fine.. sy perlu utk menulis smething di sini.. may be bersifat pribadi.. tp insyaAllah, bermanfaat utk semua.. :)

persoalan.. sesetengah org pd sy ketika pertama kali jmpe sy.. or ketika telah lame tidak berjmpa dgn sy..

tiah, knp awk berniqob?

sejak bile tiah pkai niqob?

best x pakai niqob?

mcm mane perasaan tiah bila pakai niqob?

susah x pakai niqob?

n.. bla.. bla.. bla..

i think.. ssape je yg "berniqob" .. msti dh biase dgn soalan2 seperti ini.. dan insyaAllah.. sy hanya tersenyum jika terkenang soalan2 itu di ajukan kepada sy .. :)

ape saje soalan dn jwpn yg berada di benak fikiran anda.. itu adalah hak anda.. sy tidak menyalahkn anda krn bnyk bertanya.. malah mmpersoalkan knp sy berniqob pn itu adlh hak anda.. dan insyaAllah.. persoalan2 itu tidak pernah mngganggu sy atau mmbuat sy rimas sedikit pun.. :)

knp sy berniqob?



jwpn yg paling tepat dn paling pantas adelh.. krn Allah ta'ala..

krn Dia sy menyayangi dn mghargai diri sy.. bkn bermakna sy mengatakan perempuan2 yg tidak berniqob itu tidak menyayangi diri mreka sndiri.. tidak. setiap org ada cara mereka utk menghargai dan menyayangi diri sndiri. tetapi, bg sy.. sy berniqob ini adelah sebuah bentuk kesyukuran sy kepada Allah atas anugerah yg telah Dia berikan pd seorang insan dan permpuan seperti sy...

alhamdulillah.. ibu sy mmg seorg permpuan yg berniqob sejak sy kecik lg.. mgkin jgk sblm sy lahir ibu sy sudah berniqob.. sy hidup dlm keluarga yg mmg ade yg berniqob.. makcik2 sy mmg ade yg berniqob.. dan alhamdulillah.. sy dpt tau yg sepupu sy juga baru mggunakn niqob dan dia baru berusia 11 thn..

jadi, mgkin bagi sesetengah org yg sgt mngenali latar blkg fmily sy.. tidak berapa hairan sgt bila sy mmbuat keputusan utk berniqob.. dulu, ketika sy berusia 12tahun sy pernah mggunakn niqob ini.. dan sy ingt lg.. ketika itu, ibulah yg mmbuat niqob utk sy.. tp, sy berniqob saat itu di sbbkan tuntutan sekolah yg mewajibkan semua pelajar permpuan di atas 12thn utk mggunakn niqob.. so, ketika itu sy merasakn niqob itu adlh satu kewajiban di sekolah, tanpa memaknai hakikat yg sebenar knp sy perlu berniqob.

ketika sy pindah dr sekolah tu.. sy tidak berniqob semula.. sbb sy rasa benda tu bknlah kewajiban lg.. [krn mmg klu menurut hukum sendiri, berniqob tu tidak wajib pun.. huhu..] jadi sy melepaskn niqob sy...

ibu pun xberkata ape2.. sbb ibu juga tau yg sy meniqob krn tuntutan sekolah.. bkn krn kerelaan sy.

n selepas tu sy mnjalani hidup sperti seorg muslimah biase.. mnjaga dn menutup aurat adlh perkara terpenting bg seorg yg bergelar permpuan dan muslimah sperti sy.. sy menggunakan baju yg longgar, tidak jarang sehingga menampakkan bentuk tubuh, tudung yg labuh sehingga menutupi bhagian dada..

firman Allah mengatakan:

"Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. " [an-nuur, 24:31]


Allah juga telah menjelaskn di dalam al-quran tentang adab berpakaian bg seorang manusia yg bergelar permpuan.. dan hanya kepada siapa saja seorg prmpuan itu boleh mendedahkan bahagian auratnya.. sgt2 jelas Allah telah mendetailkn tntang perkara ini.. tetapi, masih ada insan2 yg bergelar permpuan yg tidak sensitif akn hal ini..

"Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat." [al-A'raaf, 7:26]

firman Allah yg lain juga mengatakan bahwa 'pakaian takwa itulah yang paling baik'.. sesungguhnya, ketakwaanmu lah yg Allah pandang.. ketakwaanmu lah yg menjadikan kamu indah dan cantik di sisi Allah dan di mata manusia.. apakah kamu tidak menginginkannya??


berbalik kpd cerita sy td.. tentang niqob.. sy berniqob bkn krn ada yg menyuruh sy utk berniqob, tetapi bg sy sendiri.. itu adlh sebuah titik tolak perubahan sy ke atas diri sy sendiri.. setiap org ada cara mereka utk menghargai diri.. dan inilah cara sy..

bg sy, berniqob tidak pernah menyusahkn sy.. ada org ckp sush nk mkn la.. sush nk wat benda lasak la, sush nk berinteraksi dgn org la.. sush tu .. n sush ni..

hmm... selagi mana anda merasakn perkara itu susah.. maka.. susah la ia..

sy tak pernah merasakn kesusahan slame sy mggunakan niqob.. sy bahagia dgn sehelai kain ciffon yg menutupi sebahagian wajah sy.. ia tidak menyulitkan sy.. apatah lagi membuatkn sy sush utk berinteraksi dgn org.. tidak.

jika anda memahami mkna sebenar knp anda berniqob atau ingin berniqob.. anda tidak akan merasa terbeban sedikit pun olehnya..

ada jugak yg bertanya, knp awk kejap berniqob, kejap tidak..?

huh, sy telan air liur kejap..

meh, sy nk bgtau.. hmm.. niqob itu hukumnya tidak wajib sayang..

jika ada yg melihat sy di sini berniqob dan di sana tidak.. itu bkn krn sy nk main2 pakai niqob.. tp, krn tuntutan wktu, keadaan dan org2 yg berada di sekeliling sy..

ada yg bertanya lg dan berkata.. bkn ke berniqob nih xnk bg org nmpk muka kite.. n klu boleh istiqamahlah..

:) senyum dan telan air liur lg.. huhu..

hmm.. adik2 n kakak2 yg sy kasihi dan sy sayangi.. kenapa harus mmperberatkan dirimu??
atas tujuan apa kita berniqob? adakah sekadar utk menutupi wajah dan ingin mmbuatkan org tertanya2 bagaimanakah rupa wajah kita? atau krn setelah berniqob kita wajib utk istiqamah sehingga lansung xboleh buka.. n klu buka dpt dosa.? mcm tu ke?

jika itulah yg anda fikirkan.. maka cepat2lah anda mmperbetulkan persepsi itu..

niqob itu bkn kewajiban..

sy ada alasan knp di sini or di sana sy berniqob atau tidak.. tetapi insyaAllah sy istiqamah dgn niqob sy..
begini.. ada sstgh tempat berniqob itu merupakan suatu yg biase.. dan ade sstgh tempat berniqob itu menjadi suatu yg boleh memudaratkan.. ada org yg boleh kita dekati dia saat kita berniqob, dan ade org yg sgt janggal dan tidak boleh menerima kita di saat kita berniqob..

berniqob itu memudahkan anda, bukan menyulitkan..
ketika anda.. sebagai seorg da'i yg ingin mndekati adik2(mad'u) yg jelas2 anda tahu dia sgt2 tertutup dgn org2 yg nmpk "alim" nih.. anda rasa, sesuai ke utk anda berniqob? tak payah kata berniqoblah.. yg pakai tudung bidang tetapi labuh pun sudah dipandang "aneh".. anda rasa dia ingin terbukakah utk menerima anda? anda ingin mendekati mad'u anda dgn cara yg paling dia suka.. tetapi anda mndekatinya dgn cara yg paling dia tidak suka.. iaitu cara anda berpakaian.. apa kira2 anda rasa itu lebih memudahkan anda ke utk mendekati dia?? ..[..jawablah di dalam hati anda sendiri pertanyaan ini..]..

sedangkan, yg perlu di jaga oleh kita seorg muslimah adalah.. menutup aurat seperti mana yg telah Allah gariskan kepada kita.. tidak perlu memperberatkan diri dgn hal2 yg anda sendiri boleh utk memikirkn jalan yg terbaik utk diri anda..

medan dakwah kita berbeza2.. tidak sama sepanjang masa.. ada ketika, anda dicampakkan ke daerah yg semua org mmg dah baik2.. ada ketika.. anda dicampakkan ke daerah yg org2nya menuntut anda utk menjadi sperti org biase tetapi ia tidak sama skali meragut prinsip hidup anda.. kerana medan dakwah itu pelbagai.. dan kitalah yg harus kreatif utk mencorak seperti apa medan dakwah itu supaya ia tidak membawa fitnah kepada dakwah dan kepada islam itu sendiri..

sy tidak menyalahkan anda krn memikirkan sy seperti itu.. bg anda, mgkin sy bknlah org yg istiqamah dgn niqob sy.. dan bg anda mgkin sy berniqob krn suka2.. tp, inilah yg sy ingin jelaskan.. kita akan merasakn sesuatu itu berat jika kita sentiasa mencari bermcm alasan atau persoalan utk mmperberatkan sesuatu itu..

hayatilah erti dari hijab dan niqob anda.. bkn sekadar memperindahkan supaya nmpak cantik.. bkn sekadar menjaga supaya hilang segala fitnah.. tetapi hayatilah dan fahamilah.. supaya anda tahu hakikat kenapa anda menutup aurat anda, mggunakan hijab yg baik, ataupn knp anda berniqob itu sndiri..

bagi mereka yg istiqamah dgn niqob.. alhamdulillah.. semoga ia menjadi sebuah kekuatan buat anda dalam menjaga diri anda.. mendekatkan diri anda dgn Pencipta anda.. dan insyaAllah sebagai sebuah akhlak berpakaian yg baik utk anda mmberi contoh kepada muslimah/permpuan yg lain..

bagi yg tidak berniqob.. ini tidak bermakna anda tidak baik.. atau bkn b'mkna anda tidak cukup menutup aurat.. batas aurat kita seluruh tubuh dari kepala hingga ke hujung kaki kecuali kedua tapak tangan dan wajah.. dan apa2 yg sudah biasa dinampakkan.

tugas anda, peliharalah dirimu.. jagalah aurat dan akhlakmu.. dan serulah yg lain utk sama2 menghargai diri mereka..

Perempuan yg baik, adalah mereka yg menundukkan pandangan, menjaga aurat, menjaga kemaluan, menjaga keturunan, menjaga akhlak dan yg sentiasa bertakwa kepada Allah..

Ape2 pun back to our niat.. sesungguhnya Allah melihat niatmu di awal, pertengahan dan di akhir.. Selamat beramal.. :)

Wuallahu'alam..


Princess Mos, 27791

4 comments:

  1. semoga dapat terus beristiqomah..bila kte berbuat baek..maka banyak lah mulut2 yg ingin mengkritik..jika benda itu betul maka terimalah dengan hati yg lapang lah ia..jika tidak.abaikannya..kta lg tahu ape yg terbaek untuk diri kte..sesungguhnya..kritikan..itu hanyalah ujian Allah..untuk menguatkan lagi hati kta..untuk berijtihad dalam membuat sesuatu kebaikan..semoga dapat terus berniqob dan ikhlas untuk-Nya..insya-Allah..=)

    ReplyDelete
  2. insyaAllah.. terima kasih ats masukkan.. :)
    moga hati2 kita ikhlas krn Allah..

    ReplyDelete