Pages

..::sahabat pena::..

11 July 2013

membumikan diri.

in the name of Allah..the most gracious, the most merciful..


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. 


setetes air mata bangga mengalir membasah pipi,
sebuah kedamaian sementara sedang mengisi,
Allah telah memberi,
aku syukuri...

tidaklah susah payah itu menjadi milik kekal kita,
begitu jugalah dengan kesenangan,
ujian itu pasti,
nikmat itu juga pasti,
ia bergilir-gilir,
silih berganti,
sehingga terkadang kamu terasa lelah,
namun waktu telah menyembuhkan,
ia berlalu,
sama ada kamu ingat,
ataukah ia hanya menjadi sebuah kenangan yang dilupakan..

tubuh terasa menggigil,
jantung terasa berdegup laju,
darah terasa mengalir memenuhi pembuluhnya dengan pantas,
mimpi apakah ini,
atau inilah realiti,
bahwa aku tidak selamanya di sini..

kata-kata seorang penulis dalam tulisannya,
"kamu harus membumikan diri dalam dakwah dan tarbiyah ini.."

aku terpana, terpinga..
sudah mahu menjadi sarjana,
tetapi siapkah aku?
membumikan diri dengan realiti ummat,
realiti dakwah,
realiti tarbiyah,
realiti kerjaya,
realiti keluarga,
realiti pribadi,
sudahkah aku?

ketakutan menyapa dada,
membisik sehalus suara,
"...kefuturan tidak mengenal siapa..."
kamu? aku? dia akhi atau ukhti yg hebat?
siapa saja, bisa menjadi mangsa!

sungguh,
aku butuh doa-doa kalian yang ikhlas,
tidak perlu aku tahu isinya,
tetapi syurga matlamatnya,
Allah sebagai sandarannya..


Aku, Princess Mos.
110713
Surabaya.

mode: Back For Good For Allah. :)


29 June 2013

Isitghfarlah!

in the name of Allah..the most gracious, the most merciful..





istighfarlah ketika kamu merasa jiwa mu sempit,
krn Allah sedang menguji,
supaya kamu kembali,
meminta ampun atas dosa-dosamu,
yg lalu,
yg kamu buat tanpa malu,
pada Allah dan seluruh jagat ini..

istighfarlah ketika kamu merasa jiwa mu kering,
krn Allah sedang menegurmu,
supaya kamu beringat,
ketika kamu kata sudah menginfaqkan segala keringat,
di jalan ini,
tetapi ia tidak menambahkan sedikit pun keimanan dalam jiwamu..

istighfarlah ketika kamu merasa jiwa mu taksub akan dunia,
krn Allah sedang menyapamu,
supaya kamu mencelikkan mata,
bahwa dunia tidak lama,
mati tidak kita bawa isinya..

istighfarlah ketika kamu merasa jiwa mu sakit,
krn Allah sedang mendugamu,
supaya kamu tidak sombong,
krn kamu bukan siapa-siapa,
ketika kamu bermegah-megah,
sok gagah,
seolah-olah tiada kuasa Allah,
tetapi dengan kuasa Allah-lah diri kamu terserlah,
dan kamu juga boleh goyah..

istighfarlah..
jiwa dan jasadmu perlu ampunan Allah,
jiwa dan jasadmu perlu tarbiyah Allah,
ia perlu disucikan,
ia perlu diluruskan,
hingga redha Allah tercium wanginya,
dan raut wajah menambah iman orang-orang yang memandangnya...


"Ya Rabbana, Ya Allah... lapangkanlah dadaku, luruskanlah niatku pada akhiratmu, sucikanlah jiwa dan jasadku. Amiin.."


Princess Mos,
Surabaya.


19 June 2013

dakwah yang bergerak.

in the name of Allah..the most gracious, the most merciful..





ku petik dari kata-kata seorang ukhti..


"saat kita berlengah mmbuat dakwah,
ketahuilah itu bukan urusan kita dengan naqibah,
bukan minta maaf pada amirah atau mas'ulah,
tapi ia adalah urusan KITA dan Allah,
maka berbuatlah,
sebelum kita di gantikan dgn kaum lebih berhimmah.." 



iya...
dakwah,
urusan dengan Allah,
kekuatan dari Allah,
sentuhan dari Allah,
nikmat dari Allah,
ujian dari Allah,

itu dakwah.. segalanya adalah urusan dengan Allah.

naqibah tak mampu utk menggerakkan, jika kita tak nak. tapi Allah?

fikrah tak mampu kita alirkan, jika bukan krn Allah.

hati manusia tak mampu kita sentuh, jika bukan krn Allah.

kekuatan tidak mungkin kita dapatkan, jika bukan dari Allah.

tp,...

hubungan kita dengan Allah?

tak sebasah kata-kata kita di depan adik-adik usrah.

mutabaah kita hanya lengkap ketika daurah, katibah, mukhayyam..

itukah ukuran sudah menjaga hubungan dengan Allah?

kita keliru.

dengan amal yg tak seberapa.

dakwah itu perkataan yg berat dari Allah (al muzammil : 5)

mana mungkin gunung2 dan lautan mampu membebannya,

cuma akal dan jiwa manusia yg gelojoh saja yg menawarkan diri,

itulah...

manusia masih berlengah,

sedangkan Allah melihat apa yg kamu perbuat,

dan Allah mendengar apa yg kamu katakan.


"...kemana saja ia pergi, ia adalah 'dakwah yang bergerak'.." -IHAB

JADILAH KAMU ITU!!



*nasihat utk diri sendiri.

Princess Mos
Surabaya.





04 April 2013

C.O.M.F.O.R.T Z.O.N.E seorang da'i !!

in the name of Allah..the most gracious, the most merciful..






bersyukurlah kerana masih ada Allah dalam hidupmu,

yg sudi menegurmu melalui kalamNya,

walaupun kamu membaca tanpa rasa,

walaupun kamu memaknainya tanpa ruh,

sehingga jahiliyah kamu ulangi,

walau berjuta Allah menegur,

jangan kamu ikuti langkah2 syaitan,

tetapi tetap kamu ikuti...

kamu memekakkan telinga,

kamu mengunci hati kamu sendiri,

dengan hal-hal yang menurut nafsumu adalah benar,

tetapi menurut Allah itu adalah senda gurau dunia belaka...


wajarkah?

dunia membutuhkan orang-orang yang mengimani al-baqarah ayat 208,

dunia membutuhkan orang-orang yang mengimani hadis halawatul iman..

tetapi di manakah mahluk-mahluk itu?

yang meletakkan Allah sebagai sandaran,

dan syaitan sebagai musuh yang paling nyata..

wake up!!! 

mereka yang tenat di luar sana tak membutuhkan kita yang masih sibuk dengan urusan sendiri,

yang sibuk tengok movie berjam-jam,

yang sibuk bergosip dan mensalahkan yang lain,

yang masih sibuk pikir "hari ni nak pakai baju ape eh??" (aku la tuuu..)

yang masih sibuk nak cari makanan yang best2,

yang rasa sok baik, tapi....


bila lagi kita nak mewakafkan diri?

kalau dunia masih melekat di hati,

atau kaki seolah2 melekat di bumi,

tak mahu berganjak,

nak kat situ jugak,

sedarlah... bahwa seorang da'i yang kamu mengakui dirimu itu,

tidak ada comfort zone! 
sy ulangi,
tidak ada comfort zone!


Ketahuilah bahwa kewajiban itu lebih banyak daripada waktu terluang, maka bantulah saudaramu untuk menggunakan waktunya dengan sebaik-baiknya dan jika engkau punya tugas selesaikanlah segera.
[As-syahid Imam Hasan Al-Banna]


Muhasabahlah! kenapa kita masih berada di jalan ini ukhti/ akhi...


Princess Mos,
Kota Pahlawan, Surabaya.



03 April 2013

“Syurga” buatan akhwats..


in the name of Allah..the most gracious, the most merciful..





Tanya saja seluruh mahluk di bumi, “siapa nak masuk syurga??
Pasti ada pelbagai jawapan dan reaksi..
Ada yang senyum manis sambil pandangan matanya terbayang2 akan keindahan syurga,
Ada yang senyum kelat sambil hatinya tertanya2.. “layakkah aku?” tetapi penuh mengharap..
Ada yang girang gembira berekspresi.. “saya nak!! Saya nak!!” sambil melompat2..
Ada yang slow jer jawab.. “saya nak….” Tapi kelihatan tak percaya diri dan matanya mula berkaca-kaca..
Ada yang Cuma diam dan tak bersemangat lansung.. malah perkataan syurga seperti angin lalu dan dia mendengarkannya tanpa kegairahan..
Ada yang lansung mengalirkan air mata, lansung mengungkapkan segala dosa2 dan kelemahannya..
Ada yang terlalu percaya bahwa dia akan masuk syurga dengan amal yang dilakukannya..

Begitulah.. dan begitulah…

Sy ingin mengutip kembali sebuah hadis,

Barangsiapa yang takut kepada Allah, tentu dia tidak akan maju mundur. Barangsiapa yang tidak maju mundur tentu akan sampai ke tempat tujuan. Ketahuilah , bahwa barang dagangan Allah itu mahal. Ketahuilah, bahwa barang dagangan Allah itu adalah syurga” 
[HR. Tirmidzi dan Al-Hakim]

Syurga itu mahal.

Beberapa hari lepas, Alhamdulillah Allah memberi kesempatan utk merasai “Syurga” buatan akhwats..
Di sebuah villa yang cukup lumayan mewah,. Dan kedatangan kami di sambut oleh bidadari berbaju hijau, putih dan krim.. segalanya sungguh indah sekali..

Tetapi bukan itulah matlamat saya menulis post ini, melainkan adalah utk menceritakan kepada dunia bahwa “tapisan” dan “usaha” utk ke syurga itu sendiri.. dan cukuplah perumpamaan ini dijadikan sebagai ibrah(pengajaran) yg mengesankan di dalam hati semua org dan sy terutamanya.. insyaAllah…


Bbrapa hari sebelum hari kejadian…….

Semua akhwat telah dimaklumi tentang nama2 ahli syurga.. ada 3 syurga iaitu syurga Naim, syurga ‘Adn, dan syurga Ma’wa..
Ahli2 syurga akan menempati syurga yang di mana namanya telah ditetapkan di dalam syurga apa…
Dan sy telah menjadi ahli kepada syurga Ma’wa.. dan kami akhwats dipisahkn mengikut syurga masing2..
Setelah itu, di dalam program Syurga ini.. hanya boleh menggunakan baju berwarna hijau, krim dan putih.. atau baju/jubah yang berwarna lembut sahaja…

Sebelum ini, setiap kali kami menghadiri katibah, daurah malah HAMKA.. biasalah akhwat.. baju pasti kalau tak jubah hitam, tudung hitam.. atau baju yg berwarna gelap…  tetapi kali ini berbeza sehinggakan ramai diantara kami yg mgkin mengeluh dan tak puas hati dengan ciri2 warna baju yg boleh digunakan…
Sehingga ada yang cakap, “kalau bagitahu awal2 kan boleh beli baju kat Tanah Abang (sebuah pusat membeli belah yg terkenal di Jakarta), yela.. tak semua org ada baju warna hijau.. memandangkn ada je org yang tak suka lansung warna hijau..” bla..bla..

Dan ade jgk beberapa akhwat yg tidak mengikuti persyaratan warna baju tersebut..
Memandangkan sy sangat2 menyukai warna merah… dan salah satu dari warna di syurga ada warna merah.. sy pun complain.. “knp tak boleh pakai baju warna merah, kan kat syurga ada warna merah??” hehe..

Namun dari semua ini, sy mempelajari suatu hal, yaitu tentang sebuah ketaatan.

Syurga itu mahal.. sy ulangi.. Syurga itu MAHAL…

Ia tak semudah mencari baju berwarna hijau, putih, dan krim utk memasukinya.. kalau kita merasa bhwa mencari warna baju itu adalah susah.. atau mnyusahkan..

Begitulah Allah nak mngajarkan kita, jika kamu tidak diuji atau disusahkan dengan hal2 yang membawa ketaatan kamu kepada Allah.. jadi, jangan bermimpi kamu akan masuk syurga…

Syurga itu cuma sebuah medium. Di mana medium itu menjadi tempat dimana kita akn berjumpa dgn wajah Allah.. tidak ada hal yang lebih besar dan tidak ada hal yang lebih dicita2kn oleh setiap org yang telah beramal dan melakukan ketaatan kpd Allah di bumi ini melainkan utk bertemu dengan Allah..

Syurga itu tidak memperhitungkan amalmu.. tetapi ia adalah dari amalmu yang membuahkan ketaatan sehingga kamu redha terhadap Allah, dan Allah redha terhadap kamu…dan Allah memasukkn kamu ke dalam syurgaNya dengan rahmat dan kasih sayangNya..


Bercerita tentang syurga, hati yang kering akan terasa basah.. kerana penuh dengan hal-hal yang menambahkan keimanan..

Tetapi ia bukanlah sekadar bayangan.. syurga Allah adalah utk orang2 yg all out melakukan ketaatan. Bukanlah buat orang2 yang bermalas-malasan, dan juga bukanlah buat orang yg sudah merasakan dirinya telah all out dalam beramal.. bukan ukhti.. sy ulangi.. bukan..

Tetapi syurga itu adalah buat orang2 yg telah mewakafkan hidupnya utk berjuang menegakkan agama Allah, orang2 yang sudah tidak ada yg lebih dia cintai selain Allah dan Rasul-Nya, orang2 yg bersedia melepaskan dirinya dari kesenangan hidup dunia dan segala keinginannya, dan orang2 yang tidak mahu menjadikan hidup sekadar untuk menikmati godaan dunia yg hina ini dgn sgala ragamnya…[kutipan dari buku Fathi Yakan]

Begitulah.. dan begitulah..

Pelajarilah dari orang2 yg lebih dulu sebelum kamu..

Yang telah Allah janjikan syurga utknya… mereka tidak ada waktu rehat, tidak berselimut di atas tempat tidur sendiri setiap malam.. mereka keluar.. berpergian.. semata2 utk menyahut seruan Allah.. krn ad-deen ini harus didengar, dirasa, disentuh oleh seluruh bangsa manusia..  tetapi knp ketika sampai kepada generasi kita.. kita mendiamkannya??

Syahadatul haq ini menjadi pekasam di dalam buku usrah.. tarbiyah dirasakan apabila bersusah payah ketika menghabiskan mutabaah di dalam program, dakwah dirasakan indah ketika melihat bilangan akhwat semakin ramai.. walaupun sebenarnya dimata Allah itu tak bernilai apapun.. nauzubillahiminzalik..

Betullah… ketika Allah berfirman:

Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik. 
[QS. Al-Hadid]

Dimanakah keseriusan kita? Perlukah lagi kita untuk merasa selesa, bermain2.. ??
Bilakah lagi kita untuk kusyuk mengingati Allah? Kerana ini bekal kita.. yang kita kata jalan ini sumpah panjang..

Kita kata, kita cinta pada Allah.. tapi hati kita tak kusyuk.. perbuatan kita tak menunjukkn kekusyukkan hati kita.. kita buruk siku terhadap Allah.. terhadap dakwah ini setelah kita kata kita menyerahkan segalanya untuk Allah.. utk dakwah.. tetapi kita masih bersenang2 dan merasa selesa..?

Muhasabahlah.

Mungkin kita masih belum layak, hatta untuk mencium bau syurga saja tidak mampu apatah lagi utk menjejakkan kaki kedalamnya..

Syurga itu mahal.. sy ulangi.. syurga itu MAHAL..

ia menuntut segalanya dari dirimu.. darah, harta, masa, fikiran, hati…kehidupan seluruhnya.. juga iradah qawiyyah (kemahuan yang kuat)..

agar kamu tidak menjadi orang2 yg rugi.. kerana Allah itu bisa.. Allah itu bisa menggantikan kita kepada kaum yg lain.. yg lebih mahu all out membeban risalah ini..


Luka dan bisa ku bawa berlari,
Berlari,
Hingga hilang pedih perih,
Aku mahu hidup seribu tahun lagi,
Untuk all out demi dakwah ini!!


Wuallahu’alam.


Jazakumullah khairan katsiraa akhwats... 



Princess Mos,
Kota Pahlawan, Surabaya. Indonesia. 


18 March 2013

hamba pendosa!

in the name of Allah..the most gracious, the most merciful..






di bumi ini,
ada manusia yg hidup untuk dunia,
ada manusia yg hidup untuk akhirat,
ada manusia yg hidup kosong,
ada juga manusia yg hidup tetapi tidak mengerti apa fungsi hidup..


manusia yg hidup utk dunia, mereka seakan2 sibuk dengan pelbagai urusan, 
terkadang tidak ada waktu utk tuhan,
harta, pangkat, wanita, menjadi suatu hal yg wajib mereka ada, yang wajib mereka nikmati..
kata mereka "hidup cuma satu kali, enjoyyyyy broo..!" 
ah, itu cuma bualan pasaran...

manusia yg hidup utk akhirat, mereka seakan tawadhu', zuhud.. ya, memang itulah mereka,
namun terkadang hak utk dunianya diabaikan,
sedangkan dunia ini ladang amal,
kata mereka "akhirat itu lebih penting"..
contohi saja bagaimana Rasulullah dengan amalnya di dunia,
atau yang lebih dekat lagi.. Imam Hasan Al-basri.. ulama' kaya tapi zuhud,
dunia tidak dijadikan musuh, tetapi sebagai alat utk menjadikan beliau lebih mengenal Allah...
terkadang kemiskinan bisa membuatkan sempitnya hati..
krn akhirat itu, mahukan keseimbangan..

manusia yg hidup kosong juga ada alasan mereka yg tersendri,
mereka putus harapan dengan dunia dan akhirat mereka,
kata mereka "hidup segan, mati tak mahu.." ini parah..
tiada impian, tiada juga amal, itulah mereka..

dan yang satu ini,
manusia yg paling tidak aku mengerti,
mereka hidup, tetapi tidak mengerti apa fungsi hidup..
kata mereka "jalani saja apa adanya..pasrah!".. erm..

hellooo... janganlah dunia menjadi obsesimu, janganlah akhirat menjadikan kamu takut merancang kehidupan, seimbanglah! 
hidup ini perlukan perancangan, perlu ada matlamat... dan akhirnya kembali kepada Allah semuanya.
hidup perlu usaha keras, ada kerja dunia yg harus di selesaikan, ada kerja akhirat juga yg tidak boleh sepele di abaikan...

hiduplah utk memberi manfaat kpd diri sendiri DAHULU dan orang lain.. 
krn terkadang kita terlalu sibuk menguruskan hal iman dan amal org lain, tetapi diri kita?
maka keseimbangan menjadi guide utk kita...

telah ramai manusia terdahulu yg telah membuktikannya,
mereka telah menghadap Allah dengan keikhlasan seluruh manusia sejagat raya ini,
krn mereka telah ikhlas dgn hidup mereka,
sumpah aku telah cemburu dengan keikhlasan itu!


ya Allah, Engkaulah Tuhan yg telah mengizinkan nadi ini berdenyut dan Engkaulah yg telah meminjamkan udara utk kami bernafas tanpa bayaran,
Engkaulah yang telah menjadikan fungsi pancaindera ini bisa mengenal warna dan isi dunia, bisa menyapa dan merasa.. 
ya Allah, tuntunlah kami.
keluarkanlah kami dari belenggu dosa dan maksiat ini,
sucikanlah kami dari noda dan kekotoran kejahilan kami,
sungguh, lemahnya kami tidak mampu utk melawan nafsu kami sendri,
kami membenarkan dengan mudahnya janji-janji syaitan kepadaMu meraja ke atas diri kami,
kami membiarkan dunia memperdayakan kami,
ya Allah, ampunilah kezaliman kami ke atas-Mu dan ke atas diri kami sendiri..
ampunilah kami...


ya Allah, taatkanlah aku seperti mana isi dunia ini taat pada-Mu... 



Princess Mos,

Kota Pahlawan.


28 February 2013

Daerah terpencil itu..

in the name of Allah..the most gracious, the most merciful..






aku mencoba untuk menghaluskan,
rasa hati yang keras,
tak terbaca oleh manusia sejagat raya,
tak tertulis dengan selaut tinta,
cuma rasa berbeda,
terkandung makna sama...

dari utara ke selatan,
dari daratan ke dasar lautan,
dari pelosok benua,
kaki kecil ini melangkah,
tangan kecil menadah,
mata kecil mencoba membaca isi dunia,
sarat derita,
berat makna,
tetapi ia tidak meluka,
malah bisa kita peluk bersama,
seerat-eratnya...

di sana...
daerah terpencil itu mengajarkan aku,
bahwa bahagia itu ada jika kita mahukan ia,
bahwa bahagia itu ada jika kita menerima apa adanya,
kerana.. kesulitan itu cuma pelajaran untuk menjadi yg hebat dan berbeda..

di sana...
aku melihat sesuatu yang tak pernah aku lihat oleh mata kecilku,
aku merasa sesuatu yang tak pernah aku rasa oleh deria rasaku,
semuanya.... benar-benar membuat aku rindu,
dan akhirnya telah aku mencintai daerah terpencil itu sewajarnya...


sampai ketemu lagi..

daerah berwarna hijau..penyejuk mata, penenang hati...


Princess mos,

Kota Pahlawan.


08 January 2013

Fajar Memerah..

in the name of Allah..the most gracious, the most merciful..






"Barangsiapa berpagi-pagi dan akhirat menjadi obsesi terbesarnya, maka Allah akan menghimpunkan seluruh kebutuhannya untuknya dan menjadikan kekayaan ada di dalam hatinya. Lalu dunia akan mendatanginya dengan menunduk. Dan barangsiapa yang menjadi dunia obsesi utamanya, maka Allah akan membuyarkan impiannya, dan menjadikan kemiskinan di depan matanya dan dunia tidak akan mendatanginya kecuali apa yang sudah ditetapkan untuknya." -HR. Tirmidzi



kini aku dan kamu semua sudah melangkah ketahun yang baru.. hari yang baru.. dan disetiap lembar hari-hari itu telah Allah atur rezeki, nikmat, musibah, jodoh untuk kita semua. bertapa telitinya Allah kepada kita semua. sudahkah kita bersyukur??

bersyukur itu tidaklah hanya pada lafaz pujian2 kepada-Nya, tetapi ia disertakan dengan amal atau tindakkan yg menunjukkan kesyukuran kita terhadap nikmat2 Allah..

Allah menjadikan malam untuk istirehat, dan Allah menjadikan siang untuk kita semua bekerja mencari rezeki dibumi Allah yang luas ini.. tetapi terkadang kita terlupa untuk menunjukkan kesyukuran kita dengan bersungguh-sungguh memulakan hidup dengan penuh semangat... kita telah berlemah longlai dipagi hari dengan tidur kembali selepas subuh.. begitukah ummat islam? muhasabah buat diri ini.

orang yang bahagia itu..
apabila dia bangun saja dari tidur, dia akan mengatakan..
"apakah yang akan aku sumbangkan kepada dunia, bukanlah apa yang aku inginkan dari dunia.."

merekalah orang2 yg besar jiwanya, akan menjadi plus2 bila diniatkan lillahita'ala..

makna hidup adalah pada memberi. itulah pepatah pujangga tak lapok dek zaman. memang benar, saya mengakui fakta itu. bagi seorang da'i, itulah obsesinya.. dan segala pemberian itu adalah utk bekalan akhirat.
tak lepas dari syariat.

masihkah kita ingat? ciri2 terakhir dalam 10 muwasofat tarbiyah itu adalah bermanfaat utk orang lain.

da'i itu hidup untuk orang lain. bukanlah hanya untuk dirinya sendiri. apakah mampu untuk seorang da'i memberi qudwah dan menyampaikan ad-deen yang telah kita 'izzah ini kepada rakyat jelata jikaaaa kita masih duduk berdiam diri tanpa melakukan apapun?

kita sudah terlalu lena dan lemau bak biskut empat segi dicelup air teh.. tak sedap.

kita terlalu selesaaaa dan sambil lewaaa. 

sedangkan sunatullah kepada manusia ini.. sunatullah kepada kemenangan islam ini.. memerlukan orang2 yang serius dan bersungguh2 melaksanakan syahadatul haq itu.

pak cik Hassan al-Banna pernah berkata,
"kewajipan kita lebih banyak dari waktu yang kita ada, oleh itu bantulah saudaramu tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudaramu mempunyai tugasnya sendiri, maka ringkaskanlah pelaksanaannya."

eh, nak goyang2 kaki dulu lah.. boleh tak?

Allah berikan nikmat hidup tak sampai sehari ni. nak sia2kn lagi ke? 

betul ke Allah bagi kita hidup tak sampai sehari? 

betul la, ingat saya tipu ke? meh kita sama2 tadabur surah as-sajadah ayat 4-5:

"Allah lah yang menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas 'Arsy. Tidak ada bagi kamu selain dari padaNya seorang penolongpun dan tidak (pula) seorang pemberi syafa'at. Maka apakah kamu tidak memperhatikan? Dia mengatur urusan dari langit ke bumi, kemudian (urusan) itu naik kepadaNya dalam satu hari yang kadarnya adalah seribu tahun menurut perhitunganmu."

kita hidup pun tak sampai seribu tahun kan?

cuma 63 tahun rata2 mengikut usianya Rasulullah..

sebentar. sekejap. singkat.

maka perlu manfaatkan sebaiknya. selamat beramal. 


Princess Mos,

Surabaya kota pahlawan.




05 December 2012

badar ke dua?


in the name of Allah..the most gracious, the most merciful..





di sana ada jiwaku,

di sana ada darahku,

di sana ada hidupku,

di sana ada saudaraku,

di sana ada gazaku..

bumi penuh barakah.. bumi di dalamnya ada hati org-org yang tawakal,

penuh pengharapan hanya kpd Allah azza wa jalla..


mungkinkah di akhir zaman ini,

wujudnya badar ke dua?

yakni, mereka berjihad bukan saja dengan harta mereka, kekuatan mereka.. atau dengan perintah kewajiban berperang di jalan Allah semata...

tetapi dengan jiwa hamba.... mereka sahut gagah,

itulah badar,

Ahlinya penghuni-penghuni syurga belaka..


mungkinkah di akhir zaman ini,

wujudnya badar ke dua?

mungkinkah kita tergolong dalam barisannya?

punyakah lagi kita jiwa hamba, setelah dunia meraja dalam jiwa??

layakkah kita di gelar ahlul badar?


di bumi gaza itu,

ada jutaan jiwa yang syahid tanpa peralatan perang,

ada jutaan jiwa yang syahid tanpa kekuatan fizik,
mereka wanita,
mereka anak-anak kecil,

namun.. tawakal mereka luar biasa!


mungkinkah di akhir zaman ini,

wujudnya badar ke dua

Palestina, aku datang!


**utk syurga itu perlu jihad... Ayuh!


princess mos

30 November 2012

kerja jiwa..




ini soal cinta..

cinta sebagai sebuah kata kerja.. ia di dasari dgn iman.. membuahkan amal.. melahirkan ketenangan, menciptakan barakah di dalam perjalanan...

sungguh terkesan dengan bait seorang syahid ..

"nahnu nuqaatil an naas bil hubb" (Kita menaklukan manusia dengan cinta). -IHAB.

cinta yang menguatkan. cinta yang membasahkan. cinta yang melembutkan..

dan segala itu sebuah kata kerja.

ingin ku kutip kata-kata Salim A.Fillah dlm bukunya 'Menyimak Kicau Merajut Makna.'

bahwa..

Cinta adalah kata kerja. Lakukanlah kerja jiwa dan raga untuk mencintainya. Karena cinta adalah kata kerja, maka mata airnya adalah niat yang baik dari hati yang tulus. Alirannya adalah kerja yang terus-menerus...

sesungguhnya hati yang goyah, kosong dengan cinta, tidak akan bisa merasai manisnya perjuangan ini..

dengan Allah ada hubungannya.. dengan manusia juga begitu..

ia bukanlah sebuah kata-kata berbentuk tulisan..

kerana da'i itu lebih sibuk menulis manusia secara nyata berbanding mengolah tulisan menjadi indah..

cinta itu adlh sebuah kata kerja.. maka ia perlukan pergerakkan.. perlukan sentuhan.. dan memaknai realiti setelah melakukan..

jiwa yang lembut memerlukan cinta yang tulus.. yang ikhlas buat sang yang di cintai..

ia mengalir bersama akhlak terpuji... tidak sekali dibuat-buat..

begitulah cinta... 

ada org menjadi buta kerananya.. malah ada yang semakin celik mengenal tuhannya..

tergantung bagaimana individu itu memperlakukannya...

itulah cinta..

moga cinta kita menjadi isti'ab dan himmah aliyyah yang meningkatkan hamasah di jalan ini.



Princess mos.


05 November 2012

Rabithah hati..




dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

salam penuh rindu buat kekasih Allah.. Muhammad s.a.w..

moga Allah meredhai kita semua...

banyak hal yang ingin sy sentuh.. memang seharusnya jiwa ini peka.. bahwa kehidupan yang sedang di jalani ini memerlukan penghayatn bersama iman dan ketaatan...

terlalu banyak hal yg berlaku di dalam kehidupan, tarbiyah diri, dan dakwah.. semuanya menuntut diri ini utk memberikan komitmen yang sgt berganda2 setiap satunya..

dan sy terfikir.. bahwa, memang harus seorang jundi taat pada qiyadahnya.. walaupn hati memberontak. kerana itulah tarbiyah. tapi memang sukar utk memahami.. kerana jundi dan qiyadah itu cuma manusia,.. ada perasaan dan akal.. juga keegoan..

jauh sekali ingin mensamakn dia dan dia.. atau mereka dengan mereka.. kerana yg sy fahami di jalan ini.. adalah proses adaptasi bukan perbandingan yang membuatkan rasa kesal itu wujud...

semua itu tentang ukhwah.. ukhwah yang di mana di dalamnya ada iman.. dan rasa ubudiyah kepada Allah..
ia bukanlah hanya perasaan sayang dan suka.. bukan juga terlalu caringnya kita pada dia.. tp, ia adalah ibadah juga janji kita pada Allah..

dulu, kita berangan2... bila tengok akhwat seantero dunia.. mereka ada RI yang hidup dengan ruh iman.. kita bercita-cita memiliki apa yg mereka miliki... alasannya, kita nak di tarbiyah di dalam RI itu bersama2 akhwat kita... kita bangga kita ada RI.. kita... kita.. dan kita...

tp benarlah.. angan-angan akan hanya menjadi bayangan.. ia tidak dapat dirancang.. kerana ini adalah dunia realiti/nyata, perlukan praktik bukan cuma teori...

sudah menjadi sunnatullah jika setiap apa yg dilakukan orang2 yg mengimani Allah itu pasti ada hadaf yg jelas. biar pun ia hanya sekecil2 perkara..

tp sygnya, sekarang ini.. banyak hal yang kita lakukan hanyalah utk memenuhi tanzim, wasilah dan sebagainya.. kita tidak letakkan itu semua sebagai tarbiyah.. kita penuhi tanpa kita tahu tujuan dan matlamatnya... antara qiyadah dan jundi saling menyalahkan.. sedangkan, masing2 sedang ditarbiyah oleh Allah...

Allah menghadirkan akhwat dan mad'u disekeliling kita bukanlah utk menunjukkan kitalah yang paling baik dan yg paling benar... tetapi dengan merekalah kita dapat mencermin siapa diri kita... sudahkah kita mensantuni mereka dengan akhlak yang baik?

mereka akhwat kita.. mereka juga mad'u kita... terkadang sy terhairan sendiri.. sesama akhwat seperti singa kelaparan, tetapi apabila bertemu dgn mad'u BARU...istilahnya pijak semut pun tak mati..

apakah kamu mengira bahwa dengan proses yang panjang ini telah mengebalkan hati akhwat kita.. sehingga mereka tidak di santuni, alasannya konon.. kita nak mereka terima kita seadanya... sehingga kita biarkan sifat kita yang harus diterima seadanya oleh akhwat seRI atau segerabak di jalan dakwah ini membuatkan kita berakhlak dengan buruk sekali..

oh ukhtiku.. bukan begitulah cara santun seorang da'i...

akhwat kita tidak perfect segalanya.. TIDAK ukhti.. kerana mereka pun sedang beradaptasi dengan proses tarbiyah yang tidak pernah berhenti ini...

segalanya sangat menuntut kesabaran dan berlapang dada.. dan ia bukanlah kata2 setelah kita mengeluh kepenatan... sungguh tak mudah.. kerana ini janji Allah buat mereka yang percaya bahwa masalah ukhwah, RI, dakwah, organisasi dan segala yang melibatkan ramai orang itu adalah tarbiyah directly dari Allah...

jadi tidak hairanlah jika ada orang2 yang terluka, ternangis, termarah, terbenci, malah yang lebih hebat lg.. adalah terfutur di jalan dakwah ini..

kerana kita MANUSIA.. MANUSIA.. MANUSIA... tolong ingat itu..


ukhti.. fahamilah. bahwa mereka, yang bersama2 kamu menyertai jalan ini sama-sama sedang berkorban memberikan apa yang dia ada kepadamu.. agar kamu dapat merasai sejuknya ukhwah ini..
jika kamu terus menutup dirimu utk di santuni, nanti yang terlihat hanyalah kecuaian2 atau aib yang dilakukan oleh akhwat kita...

sesungguhnya, di antara kita semua saling mengerti bahwa.. kamu sedang melawan dirimu utk meninggalkan segala jahiliyah yang selama ini membelenggu dirimu..

sesungguhnya, di antara kita semua saling mengerti bahwa.. kamu sedang mengikhlaskan harta, tenaga, perasaan dan dirimu utk diinfakkan di jalan ini...

sesungguhnya, di antara kita semua saling mengerti bahwa.. kamu sedang bersedih kerana mad'u yang cuba kamu dekati tidak mahu menerima dirimu utk di dakwahi..

sesungguhnya, di antara kita semua saling mengerti bahwa.. kamu sedang menghadapi masalah hebat kerana keluargamu tidak menerima perubahanmu..

sesungguhnya, di antara kita semua saling mengerti bahwa.. kamu sedang berusaha utk memberi yang terbaik utk seluruh manusia.. dan yang paling penting yang terbaik yang ingin kamu persembahkan di hadapan wajah Allah kelak...

di sinilah letaknya percaya kita.. 'izzah kita kepada islam yang sedang kita bawa..

di sinilah doa rabithah menjadi tunjangan.. mengikat hati yang terurai.. mencantum cinta yang lesu terpisah, membasah rindu yang kering... semua dengan tujuan kepada Allah.. hanya kepada Allah..

ukhti, ingatlah.. Allah mampu melakukan apa saja untuk memenangkan islam ini.. tetapi rugilah di saat Allah memberikan kemenangan itu kita sedang berburuk sangka dengan sesama...

adakah mungkin kerana itu Allah belum memberikan kemenangan buat kita???

fikir-fikirkanlah..

"Di janjikan sebuah rumah di tengah2 syurga utk sesiapa yg menahan dirinya dari berdebat walaupun dia berada di pihak yang benar." -Rasulullah saw.. Sesungguhnya menjaga hubungan lebih baik dari menyakiti hati saudara mu.



Princess Mos,
Surabaya.

Tarbiyah untuk ummah.




16 October 2012

Allah itu jaga kita..




Allah itu jaga kita..

di saat kita ketakutan, cemas, hilang.. Allah lah yg setia menjaga kita..

tamparan buat diriku yg sering kali alpa.. lupa.. terus berdosa..

ternyata aku tidak menjaga Allah..

ku teringat bait-bait dari lisan tulus Rasulullah..

ketika itu Abbas Abdullah bin Abbas berada di belakang nabi.. lalu nabi bersabda.. terdengar oleh dia..

"Nak, aku ajarkan kepadamu beberapa patah kata, jagalah Allah, niscaya Dia akan menjagamu, jagalah Allah, niscaya Dia akan sentiasa bersamamu.."

telapak tanganku menelekup wajah, malu pada Allah kerana aku tak bisa menjaga Dia di hatiku..

aku kurang bersyukur.. mujur ada yang sudi mengingatkan aku..

terima kasih untuk itu..

kerana Dia.. kita terlindung dari petaka, sedangkan Allah bisa lakukan apa saja kerana dosa kita pada Dia..

terkadang aku hilang memahami makna tawakal,

aku terlindung di balik kekaburan pertolongan manusia..

sedang dia cuma perantara..

dan Allah-lah yang berkuasa!


selalu Allah ajarkan aku sesuatu.. selalu Allah menutup aibku..

Allah ingin menjaga kita,

kerana kita milik Dia...



Pinces Mos. (seperti sebutan anak kecik)..
Surabaya.




07 October 2012

Perjalanan dari dunia..



Sebuah firman Tuhanku..

"..Wa tazawwaduu, fa inna khaira zaadit taqwa..."

ada makna tersirat dalam kalimah ini..

bahwa manusia memiliki dua bentuk perjalanan. yakni,

perjalanan di dunia DAN perjalanan dari dunia..

berbeza kan??

perjalanan di dunia memerlukan bekal, baik berbentuk makanan, minuman, harta, kenderaan dan sebagainya..
sementara perjalanan dari dunia juga memerlukan bekal.. dan bekal itu adalah dengan mengenal Allah, mencintai Allah, berpaling dari selain Allah. semua itu sudah terhimpun dalam sebuah kata "TAQWA"..

manakah yg lebih penting???

dalam tafsir Ar Raazi, di sebutkan lima perbandingan antara keduanya..

pertama, perbekalan dalam perjalanan di dunia, akan menyelamatkan kita dari penderitaan yg belum tentu terjadi. TAPI, perbekalan utk perjalanan dari dunia, akan menyelamatkan kita dari penderitaan yg pasti terjadi.

kedua, perbekalan dlm perjalanan di dunia, setidaknya akan menyelamatkan kita dari kesulitan sementara. TAPI, perbekalan utk perjalanan dari dunia, akan menyelamatkan kita dari kesulitan yg tiada habisnya.

ketiga, perbekalan dlm perjalanan di dunia akan menghantarkan kita pada kenikmatan dan pada saat yg sama mgkin saja kita juga akan mengalami rsa sakit, keletihan dan kepayahan. SEMENTARA, perbekalan utk perjalanan dari dunia akan membuatkan kita terlepas dari marabahaya apapun dan terlindung dari kebinasaan yg sia2..

keempat, perbekalan dlm perjalanan di dunia memiliki karakter bhwa kita akan melepaskan dan meninggalkan sesuatu dlm perjalanan. SEMENTARA, perbekalan utk perjalanan dari dunia, memiliki karakter kita akan lebih bnyk menerima dan semakin lebih dekat dgn tujuan.

kelima, perbekalan dlm perjalanan di dunia akan mengantarkan kita pada kepuasan syahwat dan hawa nafsu. SEMENTARA, perbekalan utk perjalanan dari dunia, akan semakin membawa kita pd kesucian dan kemuliaan..

krn itulah.. khairu zaadit taqwa..

ayuh!



sumber: Buku Beginilah jalan dakwah mengajarkan kami.

Princess Mos,
Surabaya.


02 October 2012

sebuah pujian...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

ku awali tulisanku dari beberapa rangkap puisi ini...

duhai kamu,
kamu tahu apa itu pujian?
yang apabila pujian itu menyapa.
kedudukan menjadi sanjungan,
dadanya membusung,
senang dan bersenandung,
lalu berenang di lautan khayalan karena kelazatan yang menenggelamkan...

duhai kamu,
ku teringat firman tuhanku,
"janganlah kamu mensucikan dirimu sendiri"(an-najm: 32)
namun kamu,
tak tersedar olehnya, 
amal-amal telah menjadi debu-debu merosakkan...

duhai kamu,
orang jahil itu sering kalah dengan kebodohan sanjungan,
mereka bangga dengan sok tawadhu',
seakan-akan manusia buta menafsirkan,
keujuban yang tercela itu...


malulah para da'i yang tidak ikhlas! yang menjadikan hujahnya, fikrahnya, amalannya sebagai bualan yang suka didengarkan oleh dirinya sendiri...

aku sgt suka akan realiti perasaan di jalan ini... kerana mereka2 yg mengolah perasaan mereka adalah org yg telah faham apa itu ikhlas dan redha..

namun, benar... da'i bukanlah malaikat.. da'i bukanlah nabi yang maksum.. da'i hanya manusia biasa yg sedang belajar utk ikhlas dalam beramal..

jadi tak mustahil.. dan tak pelik jika kita lihat akhwat kita tinggi diri.. egois.. walaupun level tarbiyah mereka sudah tinggi mengalahkan kita...

maka.. ikhlas itu harus dijaga.. 

apapun level dia.. di mana pun dia berada.. besar atau pun kecil mehnahnya... semuanya adalah DIRI KAMU SENDIRI! 

kerana jalan ini tiada pujian,

tiada sanjungan, 

tiada kedudukan,

yang ada hanyalah siapa yang mahu beramal dgn seikhlas2nya saja!

kamu? aku? atau Allah gantikan saja kita dengan kaum yang lain?

jagalah keikhlasan!




Princess Mos,

Surabaya.






26 September 2012

Da'i Instant !





hidup di atas bumi Allah ini memerlukan perasaan rendah diri terhadap Allah, Dia-lah Pencipta yang Maha Tinggi.. dan tiada yang lebih tinggi dari-Nya..

ingin ku sentuh langit,
tangan ku tak sampai,
tapi dari beningnya langit itu,
turunnya rezeki yang menyejukkan,
dan rezeki itu menghidupkan segala di bumi,
hebatlah Gusti Allah tak terkalahkan..!

masihkah hamba ini tidak bersyukur??



sy bersyukur kerana Alllah masih menghadirkan lagi perasaan ini utk memaknai hidup.. tarbiyah.. juga jalan dakwah ini. di mana di jalan ini, ramai yang telah gugur syahid, tetapi mereka tetap hidup di hati org mukmin sejagat raya..

dari tulisan ini, bukan bererti hebatnya tarbiyah yg telah aku resap menjadi darah, tetapi inilah sebuah perasaan, di mana perasaan ku ini sudah lama aku biarkan ia terumbang-ambing tanpa ruh tarbiyah.. dan sedikit lagi bisa futur kerana penyakit-penyakit para da'i itu.. nauzubillahi minzalik..

ikhwah wa akhwat..
jalan ini nyata.. ia bukan angan2 yang bisa tercapai tanpa usaha.. dan usaha tanpa redha Allah seperti air teh tanpa gula.. ia bisa menjadi tawar, atau pahit kerana memang rasa teh itu...

maka redha Allah yang terpenting dalam setiap hal yang kita lakukan..

namun, tidak hanya seorang manusia biasa (mksud org ammah yg tidak berada dlm dakwah dan tarbiyah).. tetapi da'i seperti kita juga.. terkadang kurg utk berusaha mencari redha Allah sebelum apa pun yang kita lakukan..

alhamdulillah, Allah telah menegurku melalui lisan seorg insan.. dan dia benar2 buat sy berfikir.. bahwa manusia ini memang betul2 mahu semuanya "INSTANT"..

dan kerana itu.. yang sakit tidak sembuh, yang bnyk msalah tidak selesai2, yang miskin terus miskin, dan yang senang tidak pernah tenang...

ataupun.. yang mendakwahi tidak bisa menyentuh hati...

kerana.. setiap apa yang mereka lakukan adalah tanpa perasaan ubudiyyah terhadap Allah..

sy bg satu anologi.. seorang hamba Allah yang sakit.. hari2 dia bergantung dengan ubat.. baginya dia percaya ubat itu akan menyembuhkannya.. walaupun mengambil masa yg lama..

tetapi hari berganti hari dia tetap juga tidak sembuh,.. dan akhirnya dia tukar kepada ubat yg lain.. dan mempersalahkan ubat itu tidak sesuai dan tidak dapat mngubati penyakitnya...

nah.. itulah kesalahan yang paling besar kita terhadap Allah, sehingga Allah tak memberi kesembuhan kepada penyakit yang kita alami...

pertama, sbb kita yakin ubat itu yg menyembuhkan, bukannya Allah.

kedua, kita mengeluh sebab tak juga sembuh2.

ketiga, kita tak punya perasaan ubudiyyah dalam menyembuhkan penyakit kita...

....krik..krik..

itulah yang biasa kita lakukan.. dalam apa pun yang kita lakukan.. hatta dalam melepas sisa2 buangan dari perut ini juga kita jarang2 sekali mengucapkan "alhamdulillah ya Allah kerana telah mengizinkan lagi utk aku mmbuang "sisa" yang mgkin boleh menjadi penyakit ini".. tp yg kita akn lakukan adlh, cpt2 cuci dan pergi kelegaan begitu saja...


dalam hidup ini.. ada tiga hal besar yang perlu kita maknai... supaya Allah redha pada kita.. terkadang hal yang remeh lagi enteng ini tidak kita pandang walau hanya dgn sebelah mata... tetapi hal yang besar2, kita sibuk dan terkejar untuk melakukan..

ia... memang seharusnya para da'i itu tidak memasukkan batu2 yg kecil terlebih dahulu ke dalam balang/botol sebelum memasukkan batu2 yg besar...(sekadar anologi)

tetapi.. dari hal yg kecil itu terkadang lebih bermakna dari hal yang besar tetapi belum tentu muntij utk kita dahulukan..

bukan salahnya org jika diri sendiri tidak punya adab terhadap Allah.. bukan krn akhwat atau jemaah knp kita masih belum meningkat dalam kefahaman dalam memahami dakwah dan tarbiyah ini...

tetapi kerana kita.. yang telah berusaha bermati-mati kunonnyer.. tp.. keredhaan Allah dari hal bersyukur, tidak mengeluh, dan perasaan ubudiyyah itu lah yang menenggelamkan kita sehingga kita penat, krn Allah di dalam hati dan kehidupan kita tidak di jadikan sebaik2 pegantung..

itulah.. da'i INSTANT! yang mahukan semuanya cepat.. tarbiyah nak cepat meningkat, semua nak cepat.. tanpa kita sedar, kita lupa akan redha Allah utk melajukan kita di jalan ini...

jadi tidak mustahillah kita seorang da'i itu lelah dalam melakukan perjalanan panjang ini.. da'i itu bisa futur 360 darjah..

oh Allah.. selamatkan kami. bukan da'i instant yang aku mahukan.. tetapi da'i yang duduk, berdiri, baring, berguling, berlari selama apapun tetap dalam redha-Mu..



doakan saya.. supaya sy dapat menyantuni anak2 yatim ini dgn baik. :)

sedang praktikal di Yayasan Al Madinah Surabaya.

Princess Mos.