Pages

..::sahabat pena::..

02 October 2012

sebuah pujian...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

ku awali tulisanku dari beberapa rangkap puisi ini...

duhai kamu,
kamu tahu apa itu pujian?
yang apabila pujian itu menyapa.
kedudukan menjadi sanjungan,
dadanya membusung,
senang dan bersenandung,
lalu berenang di lautan khayalan karena kelazatan yang menenggelamkan...

duhai kamu,
ku teringat firman tuhanku,
"janganlah kamu mensucikan dirimu sendiri"(an-najm: 32)
namun kamu,
tak tersedar olehnya, 
amal-amal telah menjadi debu-debu merosakkan...

duhai kamu,
orang jahil itu sering kalah dengan kebodohan sanjungan,
mereka bangga dengan sok tawadhu',
seakan-akan manusia buta menafsirkan,
keujuban yang tercela itu...


malulah para da'i yang tidak ikhlas! yang menjadikan hujahnya, fikrahnya, amalannya sebagai bualan yang suka didengarkan oleh dirinya sendiri...

aku sgt suka akan realiti perasaan di jalan ini... kerana mereka2 yg mengolah perasaan mereka adalah org yg telah faham apa itu ikhlas dan redha..

namun, benar... da'i bukanlah malaikat.. da'i bukanlah nabi yang maksum.. da'i hanya manusia biasa yg sedang belajar utk ikhlas dalam beramal..

jadi tak mustahil.. dan tak pelik jika kita lihat akhwat kita tinggi diri.. egois.. walaupun level tarbiyah mereka sudah tinggi mengalahkan kita...

maka.. ikhlas itu harus dijaga.. 

apapun level dia.. di mana pun dia berada.. besar atau pun kecil mehnahnya... semuanya adalah DIRI KAMU SENDIRI! 

kerana jalan ini tiada pujian,

tiada sanjungan, 

tiada kedudukan,

yang ada hanyalah siapa yang mahu beramal dgn seikhlas2nya saja!

kamu? aku? atau Allah gantikan saja kita dengan kaum yang lain?

jagalah keikhlasan!




Princess Mos,

Surabaya.






No comments:

Post a Comment