Pages

..::sahabat pena::..

30 May 2010

Erti sebuah rasa sakit...

~~"terima kasih"~~

khas utk semua yg bnyk membantu sy...

buat ibu dan ayah terutamanya.. terima kasih sangat2..

buat yg membantu sy dari segi kewangan, fizikal dan mental.. terima kasih yg tidak terhingga.. hnya Allah saja yg mampu membalas budi baik kalian..

akhirnya sy belajar dari erti sebuah perjuangan.. malah perjuangan ini tidaklah seberapa.. cuma, terasa letih utk melaluinya.. terima kasih buat sahabat2 yg memberi kekuatan dan semngat yg tidak pernah henti... terima kasih...

sesungguhnya.. segala itu milik Allah.. apa saja yg ada di dunia ini.. segalanya telah Allah atur dengan perancangan Nya yg Maha Hebat itu..

seketika Dia memberi saya merasai kesakitan.. tetapi cukup membuat sy belajar dari kesakitan itu.. cuma seminggu.. Allah tarik nikmat sihat.. Dia uji dgn demam berdarah n kuman yg serang di perut(tipes).. cukup membuatkan sy rase diri ini sebenarnye tidak ada daya apa pun.. hnya Allah saja yg berkuasa.. Dialah yg mampu melakukan apapun.. menguji hambaNya dengan cara apa pun.. supaya kita bersyukur dan berfikir tentang nikmat2nya.. Ampunilah hamba ya Allah... atas kelalaiku menjaga amanah yg telah Kau pinjamkan sementera buatku...


seminggu seperti sebuah perjalanan mimpi buruk buat sy.. sgt buruk.. dan ketika itu hnya kematian yg sy rsekan mendekat.. keletihan demi keletihan.. Hnya Allah yg mngetahui nya...
teringat akan ibu dan ayah.. cari duit utk rawatan sy di hospital.. dengan keadaan mereka yg jauh.. sedikit pun tidak dapat menjenguk sy di hospital.. sy betul2 pasrah ketika itu.. cuma doa mereka yg sy harap2kn.. agar sy cepat sembuh.. dan keluar dari hospital yg biayanya.. sgt la mahal.. memandangkan ibu dan ayah inginkn yg terbaik buat sy.. sy akur.. ibu dan ayah juga sggup.. sy jd kuat semula.. sy berjuang utk terus melawan sakit.. walaupn dalam keadaan sgt putus asa bila tahu trombosit darah sy semakin menurun dan tak mmpu nak mkn krn tak ade slera..

tp, di sebalik kejadian ini.. ada hikmah yg sy sendiri tidak tahu.. Allah uji dengan ujian yg sy rse sgt buruk dan dtg serentak.. sedangkan di sebalik ujian ini.. ada yg terbaik Allah janjikan buat sy.. Allah perlapangkan rezeki.. Allah permudahkan urusan ibu dan ayah.. terima kasih buat yg menyumbang utk biaya perubatan sy yg bernilai "rp 4 juta lebih" tu.. kalau mengharap duit biasiswa.. mgkin tidak termampu utk membyr tu semua.. terima kasih sekali lg utk yg prihatin..

sahabatku, belajarlah utk menghargai wktu sihat kita sebelum dtgnya waktu sakit.. sesungguhnya kesihatan itu adlh amanah Allah yg perlu kita jaga sebaiknya utk kehidupan kita.. dakwah kita.. dan utk mereka2 yg menyayangi kita... dan yg kita sayangi tentunya...

~~~~~~~~~~~~~~

bila anda sakit.. berjuanglah utk sembuh.. kita bukanlah seorang insan lemah.. kita mampu.. Allah tidak akan menguji hambaNya melebihi kemampuan kita.. jadi, bersyukurlah bila anda di uji.. ujian itulah yg mengajar anda utk menjadi lebih dewasa dalam melalui hidup ini.. sekali pun anda kecewa dan terasa lemah saat itu.. itu normal.. sebenarnya anda kuat.. anda mampu.. lebih mampu dari apa yg anda fikirkan...

"terima kasih Ya Allah... aku bersyukur.. Kau memberikan aku jalan.. memberikan aku kesempatan utk merasai sekali lagi nikmat sihat yg sgt berharga ini.. akan aku jaga sebaiknya.. utk org2 yg aku cintai.. utk dakwah ini.. utk agama Mu.."

"...aku bukan pecundang.. gara2 kesakitan dan ujian.. malah aku adalah pejuang.. yg bertahan dalam kesakitan dan ujian.."

.."terima kasih ya Allah.. kerana Kau memberikan aku ruh yg baru.. hati yg baru.. yg terus bersemangat utk hidup berjuang.. dan tidak lesu dari medan juang penuh makna ini..."

belajarlah duhai Mutiah...

belajarlah.. sungguh hidup mu itu adalah sebuah impian yg hanya dirimu yg mampu menjadikan impian itu menjadi kenyataan.. dan ia menjadi sebuah kebahagiaan yg kau tunggu2 sekian lama menjengah hidup mu...

bangkitlah duhai Mutiah.. dari kelemahan2 yg mengurung jiwa mu.. bebaskan lah ia.. bebaskan lah... kau harus bebas dari tersiksa oleh kelemahan jiwa...

sakit itu tidak seberapa.. tidak sesakit Sumaiyyah.. tidak sehebat itu ujian buat mu berbanding sumaiyyah duhai Mutiah... maka bersabarlah..

~~Aku sedari bahawa tidak ada satu musibah pun yg ditimpakan Allah kepadaku kecuali musibah itu telah menimpa orang2 sebelumku...~~

terakhirnya..

buat ibu dan ayah, buat akhwat2 indonesia dan malaysia yg dah bnyk membantu.. buat ikhwah yg juga bnyk mmbantu.. buat sahabat2 yg memahami keadaan ini.. buat yg bnyak mnyumbang biaya hospital.. syukran jazilan buat antum semua.. moga Allah membalasnya dengan balasan yg sebaik2nya buat kalian.. terima kasih atas doa dan semangat yg tidak terhingga..

Hanya Allah yg mengetahui bertapa terhutang budinya sy.. tidak mampu juga utk sy mengatakannya...

moga hikmah ini.. menjadi pelajaran dan pengajaran buat kita semua.. wuallahu'alam...

terus mengharap doa kalian~~~

16 May 2010

Di jalan dakwah ini,..


Sering kali kita tertanya, mampukah kita untuk terus istiqamah di jalan dakwah ini.. menghabiskan segala usia.. bknlah usia yg tersisa utk dakwah ini?? mampukah wahai sahabatku?? Memang benar, kita tidak mengetahui bagaimanakah kehidupan kita setelah ini.. hari2 yg mendatang bknlah berada ditangan kita yg sesungguhnya… Allah lah yg lebih mngetahui segala sesuatu itu.. sperti mana takdir kita hidup di muka bumi Allah ini.. Mgkin saja esok.. atau satu saat nnti.. kita futur dari jln dakwah ini.. nauzubillah! .. tp itulah kita.. Allah mngetahui segalanya.. moga kita tergolong dikalangan orang2 yg sentiasa Allah limpahkan sinar iman dan hidayah yg sgt berharga tanpa mampu terbeli itu…

Sahabat seperjuanganku sekalian,…

Mgkin bknlh sy saja yg merasa terkadang lemah di jalan dakwah ini.. kita manusia biasa.. iman kita itu bknlah seperti imannya Rasulullah.. kekasih Allah yg sangat hebat itu.. sedangkan Rasulullah jga sempat “down”, apatah lg kita ini?.. Rasulullah juga manusia biasa.. Cuma, tahap baginda “down” itu, tidaklah se“down” seperti kita ini.. ya, dakwah adalah satu perjalanan yg panjang.. dakwah adalah kerja berat.. dakwah tak semudah yg kita bayangkan.. dakwah itu.. dakwah ini.. ya.. dakwah tak mungkin akan dipikul oleh seseorang yg lemah dan cepat “down”.. btul x??

Jadi sahabatku yg dikasihi Allah dan dicintai nabi..

Di manakah kita? Masihkah berdiri tertatih-tatih memegang tongkat sakti kononnya?.. jika kehilangan tongkat itu.. maka tersungkur dan terhembam jatuhlah kita?? Itukah kita? Bilakah lagi kita ingin bersedia menggunakan segala aset pinjaman Allah buat kita selama ini?? esok kah? Lusa kah? Minggu depan kah? Atau setahun akan datang kah?? Atau…….. tidak menggunakan ia sama sekali… sungguh ia merugikan!!

Ikhwah wa akhwat Fillah..

Sungguh pun jalan dakwah ini panjang dan penuh ranjau berliku.. sehinggakan memerlukan pengorbanan yang tidak terjangkau oleh akal fikiran kita selama ini.. percayalah bahawa ia tidak pernah membuang waktu mu.. tidak pernah memendekkan usia utkmu menikmati kesenangan yang Allah sediakan untukmu, tidak pernah membuatkan kamu lapar dan dahaga, tidak pernah membuatkan kamu tidak cukup tidur.. dan dakwah itu tidak pernah mendera kamu.., tp kamulah yg mendera diri kamu sendiri krn tidak melakukan dakwah itu.. kerana kamu sudah tahu.. kamu tahu tanggungjawab kamu.. tp kamu tidak melakukannya.. sy pasti.. kamu akan terasa terbeban dengan apa yg kamu ketahui.. percayalah… maka timbullah rasa terdera jauh di sudut hati kamu..

Sahabatku,

Kadangkala kita ingin saja tertawa, kadangkala kita ingin saja menangis melihat keadaan umat hari ini.. kerosakan akhlak merata-rata.. agama islam kita diperlekeh dan dicanang di sana sini.. sedangkan kita hanya marah.. tetapi lansung tidak bertindak apa2, memikirkannya juga tidak.. Seperti itukah kita? .. [muhasabahlah kembali dirimu]..

Wahai para pejuang yang masih tegak berdiri di medan ini,

Bukalah selapangnya hati dan fikiranmu, lihatlah dunia ini.. lihatlah! Adakah kita sedang berada dalam kegagalan?? Atau masih ada sisa dan harapan kemenangankah buat kita?? .. Allah lah yg menjadi saksi.. lalu bangkitlah, gunakan segala apa yg kamu ada.. sebelum kamu kehilangannya..

Bersabarlah, sesungguhnya Allah menilai niatmu dan usahamu.. di awal, di pertengahan.. dan di akhir.. maka beruntunglah kamu.. wuallahualam.. :]

“Dan Demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan Yang lurus), Kami jadikan kamu (Wahai umat Muhammad) satu umat Yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang Yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang Yang benar dan Yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang Yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (Sebenarnya kiblat kamu ialah Kaabah) dan tiadalah Kami jadikan kiblat Yang Engkau mengadapnya dahulu itu (Wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah Yang benar-benar mengikut Rasul serta membenarkannya dan siapa pula Yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya) dan Sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat) itu adalah amat berat (untuk diterima) kecuali kepada orang-orang Yang telah diberikan Allah petunjuk hidayah dan Allah tidak akan menghilangkan (bukti) iman kamu. Sesungguhnya Allah amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya kepada orang-orang (yang beriman).” [2:143]


30 April 2010

Air mata cinta...?


aduh... air mata cinta ?? sahabatku, kamu mengalirkan air mata ini krn cinta?? knp??

jgn sia2kn ia sahabatku.. jgn kamu bazirkan ia.. ia akan hnya merugikan kamu.. knp tidak air mata itu kamu simpan saja?? utk kamu menangisi dosa2 kamu?? ketika kamu memohon taubat kepada Dia yg seharusnya lebih kamu cintai??

sahabatku, sesungguhnya kamu tidak rugi apa pun kehilangan dia itu.. tidak rugi sahabatku,.. malah yg menjadi kerugian kpd kamu apabila kamu terus bersamanya.. sedangkan, hati kamu terus-menerus disakiti olehnya.. dan kamu hanya mampu menangis! itu sgt merugikan!

duhai sahabatku...

bukalah mata kamu yg indah itu.. lihatlah bahawa ada yg lebih menyintai kamu! Dia..Dia lah yg lebih menyintai kamu.. kamu harus sedar itu!

berhentilah menangis sahabatku.. kamu bknlh seorang yg diciptakn lemah tiada daya, Allah hanya sedang menguji kamu.. bangkitlah.. kesat air mata kamu itu..

jika Allah memisahkan kamu dengan apa yg kamu cintai.. percayalh bahawa ada yg lebih baik dari itu yg akan Allah berikan utk kamu.. kamu percayakan dgn janji2 Allah?? Dia xkan pernah memungkiri janji Nya,.. dan janji Allah itu adalah buat org2 yg sabar dan redha...

dan ingtlh, segala di dunia ini adalah pinjaman buat kamu, kamu tidak memiliki apapun.. jd knp kamu harus bersedih oleh krn perkara yg sia-sia, percuma!! ..dia bkn milik kamu.. krn kamu sendiri tidak memiliki diri kamu.. kalian itu milik Allah.. kita milik Allah!

..janganlah menangis lg... biarkan dia pergi meninggalkn kamu.. sungguh ia tidak merugikan kamu sedikit pun.. percayalah.. Allah itu Maha Adil sahabatku.. Dia lebih mengetahui apa yg terbaik buatmu.. sedang kamu tidak mengetahui apa pun...


air mata cinta,

biarkanlah ia mengalir untuk Rabb mu,

bkn utk dia,

bkn utk apapun,

krn air mata itu sangat berharga,

ia adalah senjata,

ia mahal utk dibazirkan percuma,

jangan biarkan ia kering sia-sia,

sehingga ia tidak lg tersisa...!!

Surat Wanita Terbuka Jurnalis Wanita Kristian Untuk Wanita Muslim


Banyak perempuan barat berharap dapat menyelamatkan diri mereka dari belenggu kebudayaan barat, yang telah merendahkan martabat dan mengeksploitasi diri mereka.

Menurut mereka, Islam adalah satu-satunya alternatif untuk menyelamatkan diri. Tidak mengherankan kalau banyak perempuan barat berpindah ke agama Islam, setelah menyadari bahwa cara Islam menjaga kehormatan perempuan, meninggikan martabat dan penghormatan terhadap kemanusiaan mereka.


Kisah berpindahnya wanita barat ke dalam agama Islam sangat banyak. Dalam artikel ini adalah cuplikan dari surat penulis Kristen terkenal Joanna Francis, di mana ia bercerita tentang situasi dan keadaan tragis perempuan di barat, juga ungkapan terima kasihnya kepada perempuan Muslim. Kesaksian tersebut ia tuliskan dalam surat yang dikirimkan kepada orang-orang yang ia sebut sebagai "saudara Muslim".

Surat tersebut diterjemahkan dari situs: tribes.tribe.net, dan diterbitkan oleh beberapa situs Arab.
Joanna Francis menulis :


Surat kepada seorang perempuan muslim yang berpindah dari agama Kristen


Sejak awal ketika Zionis mendeklarasikan "perang melawan teror", dunia Islam adalah tema utama yang dibahas oleh setiap rumah di Amerika. Saya melihat pembantaian, kematian dan kehancuran yang terjadi di Lebanon. Selain itu, saya juga melihat sesuatu yang lain: Saya melihat kalian.

Saya tidak bisa tidak memperhatikan bahwa hampir setiap wanita yang saya lihat tersebut dalam keadaan menunggu kelahiran bayi atau selalu dikelilingi oleh anak-anak. Saya bisa melihat bahwa meskipun perempuan ini berpakaian sederhana, kecantikan mereka masih bersinar melalui pakaian yang mereka pakai. Tapi saya tidak hanya melihat keindahan tersebut dari luar. Saya juga merasakan sesuatu yang aneh dari cara berpakaian mereka, yaitu rasa iri dari dalam diri saya.

Saya tidak bisa tidak mengagumi martabat kalian, keindahan, kesopanan, dan semua itu memancarkan kebahagiaan dari diri kalian. Ya, ini aneh, tapi saya sadar, bahkan di bawah pemboman yang terus menerus, kalian masih tampak lebih bahagia daripada kami, karena kalian masih hidup di alam kehidupan perempuan. Perempuan yang hidup dari zaman dahulu kala, dari awal alam semesta. Di Barat, perempuan juga mengikuti pola hidup seperti ini pada tahun 60-an, ketika kita juga berada dalam peperangan. Tapi saat kami terlibat peperangan dengan amunisi yang tidak nyata, dengan penipuan yang licik dan pembusukan moral.


Orang-orang Amerika, bukan saja berperang dengan jet atau tank, tetapi juga dengan keberadaan Hollywood. Mereka ingin menembak kalian seperti saat dengan "amunisi yang sesungguhnya", setelah mereka menghancurkan infrastruktur lengkap negara kalian. Saya tidak ingin ini terjadi pada kalian. Kalian akan merasa terhina, sama seperti yang kami rasakan. Kalian dapat menghindari hal ini, jika kalian mendengarkan orang-orang dari kami yang telah menderita kerugian serius dari pengaruh merusak mereka.

Karena semua produksi di Hollywood, yang kalian lihat, adalah dusta, distorsi realitas, perdukunan. Mereka menyuarakan bahwa seks bebas tidak berbahaya karena mereka berusaha menghancurkan tatanan moral masyarakat, yang kemudian menyiarkan program-program beracun mereka.


Mereka akan mencoba merayu kalian dengan film dan klip yang menarik, yang salah satunya menggambarkan kami, orang Amerika, bahagia dan puas, bangga dengan pakaian yang nampak seperti perempuan murahan dan puas bahwa kita tidak memiliki keluarga. Sebagian besar dari kami tidak bahagia, percayalah.

Jutaan orang dari masyarakat kami sedang diobati dengan antidepresan, membenci pekerjaan mereka, dan menangis pada malam hari karena orang-orang yang mengatakan bahwa mereka mencintai kami, kemudian setelah mengeksploitasi kami kemudian membuang kami. Mereka ingin menghancurkan keluarga kalian dan meyakinkan kalian untuk memiliki lebih sedikit anak-anak. Mereka menyuarakan itu semua dengan menyajikan tipu muslihat yang menunjukkan bahwa perkawinan adalah suatu bentuk perbudakan, kutukan, terlalu sederhana dan kuno. Mereka ingin kalian mempermalukan diri kalian sendiri dan kehilangan iman. Mereka terdengar seperti Iblis dan kisah tipu muslihatnya kepada Hawa (istri Adam).


Saya percaya bahwa kalian seperti batu mulia, seperti emas murni. Beberapa dari kami telah ditipu dan diajak bertanya tentang nilai kemurnian kalian. Kesucian wanita yang sangat berharga mereka tanamkan pada pikiran kami bahwa itu semua murahan. Tapi percayalah, tidak ada yang dapat menggantikan kesempatan untuk melihat dalam cermin dan melihat kemurnian, keluguan dan harga diri, kecuali ketika melihat kalian.


Gaya ala barat dirancang untuk meyakinkan kalian bahwa hal yang paling berharga dari kalian adalah seksualitas. Tapi, anehnya, gaun kalian indah dan kerudung lebih seksi daripada mode-mode ala barat, karena pakaian kalian membungkus aura misteri dan menunjukkan kesadaran dan kepercayaan diri.


Seksualitas perempuan dilindungi dari mata yang tidak layak, karena itu semua hanya boleh untuk orang yang begitu mencintai dan menghormati kalian, yang menikahi kalian. Dan karena laki-laki kalian adalah orang-orang jantan, mereka layak mendapatkan wanita yang lebih, tidak ada kekurangan dan terbaik, yaitu kalian.

Orang-orang diantara kami kini tidak lagi ingin bersih. Mereka tidak mengenali mutiara yang sangat berharga dalam diri mereka. Bukannya memilih tampilan yang anggun, mereka justru memilih mutiara yang palsu yang akan mereka campakkan pada suatu saat nanti.


Hal yang paling berharga bagi kalian adalah inner beauty (kecantikan dari dalam), Namun, saya melihat bahwa beberapa perempuan muslim bertindak secara gegabah dan mencoba segala cara untuk meniru barat, bahkan itu terjadi pada mereka yang memakai jilbab. Mengapa mereka meniru wanita-wanita yang menyesal karena martabat mereka yang hilang, atau mereka yang akan segera kehilangan itu semua? Yang tidak ada kompensasi atas semua penyesalan tersebut.


Kalian adalah berlian yang sempurna, jangan biarkan mereka menipu kalian dan mengubah kalian menjadi batu-batu. Semua yang kalian lihat di majalah mode Barat dan saluran TV, adalah dusta. Jaringan mereka adalah jaringan setan.


Saya akan membuka rahasia, kalau-kalau kalian penasaran: seks sebelum nikah begitu lumrah buat kami . Kami telah mempercayakan tubuh kami untuk laki-laki, di mana kami saling mencintai, percaya bahwa itu akan memaksa mereka untuk mencintai dan menikah dengan kami, sama seperti yang kami lihat di TV. Tetapi keyakinan keyakinan kami itu menjadi hal yang tidak menyenangkan! Ironis memang, kami hanya bisa membuang emosi kami. Hal tersebut membuat kami menangis.


Berbicara sebagai seorang wanita seorang wanita, saya pikir Kalian mengerti saya. Sebagai seorang wanita yang dapat benar-benar memahami apa yang ada dalam hati wanita lain.


Kami rasa semua benar-benar sama. Ras, agama atau kebangsaan tidak penting bagi kami. Hati wanita akan tetap sama di mana-mana. Kita semua ingin dicintai. Ini adalah yang kita rasakan sebagai hal terbaik. Kita dapat menghargai keluarga kita, menciptakan kenyamanan dan memberikan kekuatan kepada manusia-manusia yang kita cintai. Tapi kami perempuan Amerika telah tertipu, percaya bahwa kami akan bahagia, mempunyai karier, rumah sendiri, di mana seperti kalian dapat hidup sendiri, dan kebebasan untuk memberikan cinta kepada orang yang kami pilih.


Tapi ternyata apa yang kami dapat bukan kebebasan. Dan bukan pula cinta. Hanya di atas perkawinanlah, perempuan dapat damai penuh kasih sayang.


Kami diam-diam mengagumi dan iri hati pada kalian, walaupun beberapa dari kami tidak menyadari hal ini. Tolong, jangan kalian merendahkan kami dan tidak berpikir bahwa kami menikmati keadaan seperti itu. Ini bukan kesalahan kami. Sebagian besar dari kami tidak memiliki ayah yang seharusnya melindungi kami ketika kami masih muda karena keluarga kami sudah hancur. Kalian tahu siapa yang ada di balik konspirasi ini?


Jangan tertipu, saudara perempuanku. Jangan biarkan mereka memperlakukan hal itu pada Kalian. Tetaplah lugu dan murni. Kami wanita Kristen perlu melihat apa yang benar dalam kehidupan seorang wanita. Kami membutuhkan kalian untuk membantu sebagai tauladan buat kami, karena kami telah tersesat. Kami ingin kembali ke kemurnian yang kalian miliki.


Ingat: Kalian tidak dapat menekan pasta gigi untuk kembali ke dalam tabung. Jadi lindungilah kehormatan kalian! Dan saya berharap bahwa Kalian akan menerima saran ini, yang saya beritahukan kepada kalian, dalam semangat persahabatan, rasa hormat dan kagum.

Dari kakakmu-orang Kristen dengan penuh rasa cinta.


Joanna Francis -

wartawan (USA)
[muslimdaily.net]

copy-paste http://www.facebook.com/notes/hafizuddin-pirus/cherish-idea-anissa-istanto-surat-wanita-terbuka-jurnalis-wanita-kristian-untuk-/388831472169

29 April 2010

Ayat-ayat cinta....



"Allah menjanjikan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, (akan beroleh) Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka kekal di dalamnya dan beroleh tempat-tempat yang baik di dalam "Syurga Adn" serta keredaan dari Allah yang lebih besar kemuliaannya; (balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar." (9:72)


" .....(Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu." (4:32)


"(Allah melakukan yang demikian) supaya Dia memasukkan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; dengan keadaan kekal mereka di dalamnya, serta menghapuskan dosa-dosa mereka dan adalah yang demikian itu pada sisi Allah merupakan kejayaan yang besar (untuk mereka);" (48:5)


"Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan yang Islam dan orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman dan orang-orang lelaki yang taat serta orang-orang perempuan yang taat dan orang-orang lelaki yang benar serta orang-orang perempuan yang benar, dan orang-orang lelaki yang sabar serta orang-orang perempuan yang sabar dan orang-orang lelaki yang merendah diri (kepada Allah) serta orang-orang perempuan yang merendah diri (kepada Allah) dan orang-orang lelaki yang bersedekah serta orang-orang perempuan yang bersedekah dan orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar. " (33:35)


~~~~~ sesungguhnya ayat-ayat ini pengubat jiwa..


28 April 2010

Resah..




~~..sy xtau knp sy resah.. tp itulh yg sy rsekan sejak akhir2 nih.. mgkin terlalu bnyk fikir kot.. sbb tu jd mcm nih sgt.. yela, kdg2 tu kite nih nk sgt jaga hati org.. nk wat yg terbaik utk lain.. tp kite lupa dgn diri sndiri... sbnrnye xnk pun org phm diri yg xde pape sgt nih.. tp, ckup la skdr mghormati prinsip sy yg ade nih.. sy mnusia biase.. xmmpu utk memenuhi kehendak semua org.. sy jgk ade kehidupan.. dn sy sgt rindukn ketenangan dlm kehidupan sy... sekali je peluang.. utk sy rse sdikit je ketenangan nih..~~ mgkin lah slh sy xmemerhatikan kamu.. tp, ye.. sy cuma ada dua mata.. satu hati... , dua mata ini telah cukup letih utk menilai.. satu hati ini sudah cukup jemu menafsir.. bagilah sy ruang utk bebas smentara sy pnye wktu sikit lg nih..
maaf,... sy xmmpu teruskan lagi.. ~~ :'(



ya Allah..


resahnya hatiku...

kuatkan aku ya Allah.. berikan aku sedikit saja kesabaran..

aku mohon..

:'(

aku ingin terus bertahan.. menjadi yg terbaik utk setiap insan..

siapa pun dia..

siapa pun mereka...

teguhkan aku..

~~~

ya Allah............pada Mu aku berserah diri..

tidak terhitung dosa ini..

ampunilah aku...

..jgn biarkan aku tersungkur lesu dari medan Mu..

ya Allah...

aku sangat bergantung harap.........

~~~

21 April 2010

Bingkisan doa dariku untuk Mu...


Ya Allah,
Mampukah aku menjadi seorang perempuan yang kuat hatinya?
Mampukah aku ingin menjadi bidadari terindah syurga?
Menjadi yang solehah di dunia??..
Sedangkan aku sangat ingin menjadi seperti itu…

Kuatkanlah aku ya Rabb,
Jauhkanlah aku dari kemaksiatan hati yang sentiasa memujuk jiwa,
Ampunilah dosa-dosa ku ya Allah,
Sungguh, cinta Mu terlalu agung lagi berharga buat diri ini..

Aku percaya,
Disetiap kesunyianku,
Kau menemaniku….
Disetiap kegelisahanku,
Kau memujukku…
Sepenuh cinta tiada henti Kau hamparkan padaku…

Kau mencintaiku,
Seperti mana aku melapangkan tirai hatiku untuk mencintai Mu ya Allah..

Ya Rabbana,
Jauhkanlah aku dari kesepian yang menyendiri,
Berikanlah aku seladang hamparan tabah untuk melalui hidup ini,
Supaya hati ku tidak pernah sepi dari bisikan cinta Mu yang syahdu menyiram bunga hati..


Kau hiasilah malam-malam ku,
Saat aku berdiri dan terbaring lesu,
Saat air mata membanjir lalu melimpah dari empangan kalbu,
Saat hati ku berkecamuk hebat tiada tara menahan rindu,
Kau hiasilah malam-malam ku,
Dengan pengabdian diri pemecah sunyi itu..

Ya Allah,
Jika aku pergi dengan berjuta kelalaian,
Sehingga ia tidak mampu tergaris lagi di antara kedua ufuk itu,
Kau ingatilah aku,
Dengan ujian dan cubaan,
Kerana aku tahu,
Dan Kau juga tahu,
Hamba Mu yang lemah tiada daya ini,
Sering mengharap pada Mu,
Ketika hatinya diselubungi syahdu…

Penaku,
MZ_27791