Pages

..::sahabat pena::..

16 May 2010

Di jalan dakwah ini,..


Sering kali kita tertanya, mampukah kita untuk terus istiqamah di jalan dakwah ini.. menghabiskan segala usia.. bknlah usia yg tersisa utk dakwah ini?? mampukah wahai sahabatku?? Memang benar, kita tidak mengetahui bagaimanakah kehidupan kita setelah ini.. hari2 yg mendatang bknlah berada ditangan kita yg sesungguhnya… Allah lah yg lebih mngetahui segala sesuatu itu.. sperti mana takdir kita hidup di muka bumi Allah ini.. Mgkin saja esok.. atau satu saat nnti.. kita futur dari jln dakwah ini.. nauzubillah! .. tp itulah kita.. Allah mngetahui segalanya.. moga kita tergolong dikalangan orang2 yg sentiasa Allah limpahkan sinar iman dan hidayah yg sgt berharga tanpa mampu terbeli itu…

Sahabat seperjuanganku sekalian,…

Mgkin bknlh sy saja yg merasa terkadang lemah di jalan dakwah ini.. kita manusia biasa.. iman kita itu bknlah seperti imannya Rasulullah.. kekasih Allah yg sangat hebat itu.. sedangkan Rasulullah jga sempat “down”, apatah lg kita ini?.. Rasulullah juga manusia biasa.. Cuma, tahap baginda “down” itu, tidaklah se“down” seperti kita ini.. ya, dakwah adalah satu perjalanan yg panjang.. dakwah adalah kerja berat.. dakwah tak semudah yg kita bayangkan.. dakwah itu.. dakwah ini.. ya.. dakwah tak mungkin akan dipikul oleh seseorang yg lemah dan cepat “down”.. btul x??

Jadi sahabatku yg dikasihi Allah dan dicintai nabi..

Di manakah kita? Masihkah berdiri tertatih-tatih memegang tongkat sakti kononnya?.. jika kehilangan tongkat itu.. maka tersungkur dan terhembam jatuhlah kita?? Itukah kita? Bilakah lagi kita ingin bersedia menggunakan segala aset pinjaman Allah buat kita selama ini?? esok kah? Lusa kah? Minggu depan kah? Atau setahun akan datang kah?? Atau…….. tidak menggunakan ia sama sekali… sungguh ia merugikan!!

Ikhwah wa akhwat Fillah..

Sungguh pun jalan dakwah ini panjang dan penuh ranjau berliku.. sehinggakan memerlukan pengorbanan yang tidak terjangkau oleh akal fikiran kita selama ini.. percayalah bahawa ia tidak pernah membuang waktu mu.. tidak pernah memendekkan usia utkmu menikmati kesenangan yang Allah sediakan untukmu, tidak pernah membuatkan kamu lapar dan dahaga, tidak pernah membuatkan kamu tidak cukup tidur.. dan dakwah itu tidak pernah mendera kamu.., tp kamulah yg mendera diri kamu sendiri krn tidak melakukan dakwah itu.. kerana kamu sudah tahu.. kamu tahu tanggungjawab kamu.. tp kamu tidak melakukannya.. sy pasti.. kamu akan terasa terbeban dengan apa yg kamu ketahui.. percayalah… maka timbullah rasa terdera jauh di sudut hati kamu..

Sahabatku,

Kadangkala kita ingin saja tertawa, kadangkala kita ingin saja menangis melihat keadaan umat hari ini.. kerosakan akhlak merata-rata.. agama islam kita diperlekeh dan dicanang di sana sini.. sedangkan kita hanya marah.. tetapi lansung tidak bertindak apa2, memikirkannya juga tidak.. Seperti itukah kita? .. [muhasabahlah kembali dirimu]..

Wahai para pejuang yang masih tegak berdiri di medan ini,

Bukalah selapangnya hati dan fikiranmu, lihatlah dunia ini.. lihatlah! Adakah kita sedang berada dalam kegagalan?? Atau masih ada sisa dan harapan kemenangankah buat kita?? .. Allah lah yg menjadi saksi.. lalu bangkitlah, gunakan segala apa yg kamu ada.. sebelum kamu kehilangannya..

Bersabarlah, sesungguhnya Allah menilai niatmu dan usahamu.. di awal, di pertengahan.. dan di akhir.. maka beruntunglah kamu.. wuallahualam.. :]

“Dan Demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan Yang lurus), Kami jadikan kamu (Wahai umat Muhammad) satu umat Yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang Yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang Yang benar dan Yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang Yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (Sebenarnya kiblat kamu ialah Kaabah) dan tiadalah Kami jadikan kiblat Yang Engkau mengadapnya dahulu itu (Wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah Yang benar-benar mengikut Rasul serta membenarkannya dan siapa pula Yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya) dan Sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat) itu adalah amat berat (untuk diterima) kecuali kepada orang-orang Yang telah diberikan Allah petunjuk hidayah dan Allah tidak akan menghilangkan (bukti) iman kamu. Sesungguhnya Allah amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya kepada orang-orang (yang beriman).” [2:143]


No comments:

Post a Comment