Pages

..::sahabat pena::..

14 June 2011

Janji itu telah dekat !




" janji itu telah dekat, sedang hati kebanyakkan manusia tertuju kepada hiburan dan cinta kepada dunia telah mengendalikannya.."


bait kata ini telah sy kutip dr sebuah buku karangan Muhammad Ahmad ar-Rasyid..

terkedu seketika..

di saat inilah yg sy rasakan..

di sana sini sy melihat bahwa islam telah naik sedikit demi sedikit.. mungkin bkn saja sy yg melihat kenyataan itu..

mesir, yaman, syria,.. dan bnyk lg negara2 di seluruh dunia sedang bangkit utk menegakkan semula khilafah islam ini..

mungkin saja.. berapa detik lagi janji itu akan menebar bumi..

sungguh, kemenangan yg di janjikan Allah utk islam itu pasti..

sama ada.. di tangan kita ataupun generasi penerus dkwah ini..


12 June 2011

Khayalan ini telah berakhir !

bismillahirahmannirahim..


aku tuliskan entry kali ini khas buat seseorang  yang telah aku mengenalinya dan telah aku menyayanginya krn Allah.. moga hati kita akan terus bertemu.. untuk sama2 menjaga dan memelihara sinar hidayah yang telah memancar di seluruh penjuru hati...


selamat datang.. selamat kembali.. ke jalan yang diredhai Allah dan di cintai oleh orang2 yang saling berkasih sayang di medan perjuangan Rasulullah kekasih Allah...

sesungguhnya, hidayah yang menyentuh hati manusia ibarat air hujan yang membasahi bumi..

ia menjernihkan hati.. dari karat2 kekotoran jahiliyah menjadi embun dingin di subuh hari...

bertapa terasa indahnya.. jika cahaya itu menerobos menyapa hati.. semoga Allah membimbing kita di sepanjang pencarian ini...


05 June 2011

R.I.N.D.U





bismillahirahmannirahim...


ya Allah.. Kau pimpinlah aku..

kemurkaan-Mu adalah ketakutanku..

cinta-Mu dambaanku..

rindu-Mu tasbihku..


aku yakin, bahwa Kau telah menjaga hatiku.. hingga ke hari ini..

walaupun Kau tahu belesungkawa yang terbuku di hati saban waktu,

dan jagad raya-Mu memahami akan rinduku,

pada insan itu..


aku tahu,

biarpun bibirku menafikan segala gundah itu,

tidakkah Kau ingin aku keluar dari belenggu dosa ini?

ya Tuhanku...


ya Allah,

aku bukan pecundang..

ketika jiwaku goyah,

hatiku parah!




Princess Mos, 27791

9.09 PM




off.

03 June 2011

K.H.A.B.A.R_G.E.M.B.I.R.A !

subhannalllah..

terasa ingin menangis.. sangat2.. ya Rabb.. terima kasih atas segala nikmatmu..

ketika hatiku diam mengkaku.. rindu akan blog ini..

tup.. tup.. Kau mengizinkan aku lagi utk terus menulis di sini.. Alhamdulillah..

bahagianya rasa.. terasa ruh utk mnulis di sini hidup kembali..

mungkin sy agak kurg bersabar utk menunggu blog ni ok..

ya Allah.. terima kasih akan nikmatmu yg tidak terhingga ini... amin.. amin.. ya Rabb...


mcm mana nk keluar dari semak samun ni???!


malam td..

tadabbur sikit dgn ahli rumah surah Asy-Syarh.. surah feveret sy..

mmg sgt mengenalah dgn situasi sy..

jom, kita sama2 tadabur sikit ayat nih..



bismillahirahmannirahim.. [Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.]


Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (Muhammad) ?,


dan Kami pun telah menurunkan bebanmu darimu,


yang memberatkan belakangmu,


dan Kami tinggikan sebutan (nama)mu bagimu,


Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan,


sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.


Maka apabila engkau telah selesai (dari suatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yg lain),


dan hanya kpd Tuhamnmulah engkau berharap. [Asy-Syarh, 91:1-8]



23 May 2011

Dinding langit menuntun cintamu..

telahku susun cinta ini.. buat Dia yang Maha Satu !

telahku akui rasa ini.. dari balik jiwa yang pasrah hanya pada-Mu ya Rabb..


terima kasih akan cinta hakiki-Mu yang mengalir bersama darah ini.. dan berdenyut bersama nadi ini..


kadang-kadang, ada di antara hati-hati kami yang mengeluh kerana kurangnya rasa cinta krn-Mu,

mungkin hati kami masih bergelumang dengan noda jahiliyah yang kaku..

lalu kami di uji, sehingga kadang-kadang ada di antara kami yang putus harapnya pada-Mu..


lalu tubuh kami melesu, dan hati kami pun layu..


bukan saja bunga di taman yang mengharapkan siraman air agar ia tumbuh mekar mewangi,

namun hati dan jiwa kami juga perlukan siraman itu..




siraman cinta dari ruh-ruh hamba-Mu yang selalu rindu akan sapaan-Mu tika malam menyepi dan sendiri...

20 May 2011

Untuk dakwah ini menderu laju...

alhamdulillah...


walaupun blog nih ade masalah ckit setting die.. sy pun xtau knp.. tp xpe la... janji boleh tulis smething jgk kat sini.. alhamdulillah.. :)


dari semalam nk update.. xdpt2.. agak sedih jgk.. smpai terngadu kat seseorg.. "aku xleh update blog.. wuaaa!!'

hari nih bkn nk balas dendam ke ape.. tp nk tulis puas2.. :) segala rasa, gumbira, happy, dan bahagia.. huhu.. same la tu kan??

ok, sy dh merapu..

skrg.. 8.55 WIB (wktu indonesia barat) housemate sume termasuklh sy.. duk sibuk3 menggeledah umah.. sbb?

esok kami dah nk pindah ke istana baru.. eh, istana ke? xde la.. teratak baru je.. :)

Alhamdulillah.. Allah telah mempermudahkan segala urusan kami..

Alhamdulillah..

rumah baru, bi'ah yg baru, semngat baru, cita2 baru dan impian baru.. :)


dan tarbiyah yg baru lg utk Rumah Islam yg bakal kami bina ini.. (baca: maksud bina di sini adalah membentuk)


semoga Allah kuatkan hati kami..

untuk sentiasa..

"berpesan-pesan kepada kebenaran, dan berpesan-pesan kepada kesabaran." [Surah Al-'Asr, 103:3]


insyaAllah..

18 May 2011

Kita ingin melahirkan Du'at..

Melahirkan??


sebuah kata yg biasa di sebut2 ketika seorang ibu mengandung ingin melahirkan seorang atau dua atau tiga lagi "khalifah" di muka bumi ini...


kita biasa mendengar kata itu..


biasa mendengar impian seorang ibu.. atau impian seorang gadis seperti aku.. untuk melahirkan seorang anak yg soleh dan comel.. betul x? hehe


namun, pernahkah kita bertanya atau tertanya pd diri kita...


"mampukah aku melahirkan seorang du'at dari rahimku ini..??"

:)


aku termengu seketika.. di saat aku menginginkn dan bercita2 utk membawa mereka.. adik2 itu kepada Allah..


di mana satu saat nanti mereka mampu menjadi seorang du'at demi memikul beban dakwah ini...

15 May 2011

Dan kau-lah Murabbi..

bismillahirahmannirahim..


Allahu..


terima kasih untuk segala rasa ini ya Allah..


telah Kau pimpin hatiku menuju jalan-Mu..


jalan yang dirindui oleh mereka yang mendambakan syurga-Mu...


dan aku... sama seperti mereka, syurga-Mu menjadi matlamat utama dan cita2ku...

amin... amin.. ya Rabb'alamin..


08 May 2011

Bertemu kasih di kota Epal..

amma ba'du..


tengah menunggu jam masuk kelas yg seterusnya.. ~~


nak update blog ni kejap..


banyak perkara yg nk di sharekan bersama..


tentang perjalanan hidup ini, tarbiyah ini.. dan kasih sayang ini..



perjalanan yang masih jauh...

Inspirasi Hatiku..

Kasih kaulah inspirasiku

Bila sendirian fikiranku buntu
Mengingati dirimu
Dikau tiada lagi di sisiku
Hatiku sayu bertambah pilu

Kasih kau inspirasiku
Kau mengajarku erti kehidupan ini
Takkan ku lupakan nasihatmu
Kerna ianya berguna untukku

Seringkali aku berdoa pada-Nya
Agar tabah menyusuri hidup ini
Ya Allah berilah ku kekuatan
Untuk tempuhi dugaan yang mencabar

04 May 2011

Selamat tinggal cintaku!

Bibir mengukir senyum,
Bahagianya terasa,
Di dalam hati..
Ketika “dia” pergi…
Meninggalkanku sendiri bersama cinta Ilahi..

Kemudian, sesungguhnya Tuhanmu (mengampuni) bagi orang-orang yang mengerjakan kesalahan karena kebodohannya, kemudian mereka bertaubat sesudah itu dan memperbaiki (dirinya), sesungguhnya Tuhanmu sesudah itu benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” [An-Nahl, 16:119]




Beberapa tahun yang lalu.. sebelum aku mengenal tarbiyah pernuh kasih sayang dari Allah ini.. Hidupku mungkin sama seperti yang lainnya.. terlalu banyak hal yang mengotori diri.. dan itu adalah masa jahiliyahku.. masa jahiliyah yang mungkin terulang kembali disaat aku down dalam mujahadah panjang ini…

28 April 2011

Dan semesta pun bertasbih...


Dan semesta pun bertasbih..

alunannya menggamit hatiku,

dalam.

pandangan ku menghiba,

manik-manik itu gugur lagi,

Dia memujukku,

dan semesta pun bertasbih..

aku terdiam kaku,

membisu.

dan semesta pun bertasbih lagi..

bersama itu nafasku tidak tertahan,

gelisah.

hanya Dia yang mengerti rasa itu,

gempita pun membingit,

mencengkam,

dan semesta pun bertasbih..

mengesat manik-manik itu,

perlahan.

dan malam ini..

segala rasa itu telah pergi,

jauh,

dan semesta pun bertasbih dengan ku....!




Princess Mos, 27791
Dlm Bilik.
10.36WIB.
Surabaya.

24 April 2011

Kisah tentang luka...

amma ba'du..


Alhamdulillah.. segala rasa kecintaan ku untuk yang Maha Pencinta.. dan titipan rindu buat Sang Kekasih Allah tiada pernah ada hujungnya.. insyaAllah..


dalam setiap derapan langkah, dan bebutiran titis keringat yg telah berjuta-juta gugur menghumban ke bumi..segalanya tidak akan pernah mematikan langkahku, azamku juga impian ku.. mungkin juga impian kita semua..

16 April 2011

Di dalam musibah ada hikmah..

Syukur tiada tara aku panjatkan kepada Allah.. Tuhan yg telah menciptakan segala sesuatu yg berada di langit dan di bumi ini..

Tidak aku sangka2 akan ujian mu yg sedikit.. yg mungkin ada ketika aku rindu akan ujian itu.. dan kini, ia telah menjengahku.. dan menghiburkanku juga.. :)

Di dalam musibah ada hikmah..
Aku percaya akan satu hal itu…

Mungkin hanya kehilangan satu benda yg sgt kecil tp berguna.. xmngapa.. Allah mengatur kehilangan itu sebagai ketetapan terindah buatku.. :)

10 April 2011

..Buah-buah iman itu..?

utk Allah.. dan kerana Allah.. aku mulai hariku, langkahku, hidupku, lisanku dan mungkin juga tulisanku..


rindu yang tidak pernah kering buat junjungan besar kita Rasulullah saw...


dan kerena dakwah baginda.. hari ini aku mengenali Allah, mengetahui tujuan hidup, dan memahami akan tuntutan amanah dari Allah sebagai seorang hamba-Nya yg bernafas di jagat raya ini..



benarlah.. tarbiyah itu telah mengajarkanku.. erti menyemai buah keimanan dari pepohon yang menjulang tinggi ke langit..

09 April 2011

Sebuah pesan buat kalian..

ku tuju khas bait2 kata ini buat jiwa2 mereka yg aku rindu kerana Allah.. yg aku cinta kerana Allah.. dan yg aku sayangi kerana Allah...


mgkin minggu ini.. lutut2 kita tidak bisa bertemu.. namun, aku sangat yakin dgn satu hal.. bahwa, insyaAllah.. hati-hati kita telah bertemu terlebih dahulu sebelum lutut2 kita bertemu... :)


sebuah pesan buat kalian..

jaga iman dan amal selalu.. perbaharuilah niat dalam setiap amal dan langkahmu menuju sesuatu.. moga2 redha dan rahmat Allah terletak di situ... (:

08 April 2011

Zikir-zikir mereka..


Monolog aku sendiri,

di saat segalanya menyepi,

ku lihat,

negeri langit juga hitam memekat,

bintang-bintang tiada,

dan cengkerik pun berdialog dgn ku,

seolah-olah aku mengerti benar akan bahasa mereka,

ku cuba memahami,

dari butir-butir rasa itu,

satu persatu,

dan akhirnya ku tahu,

aku malu padanya,

kerna..

aku tidak sehebat mereka,

zikir-zikir mereka,

tidak pernah berhenti,

untuk-Nya,

Allahu Rabbi...



Princess Mos, 27791
1.03am, Surabaya.

06 April 2011

..Memilih Ayah untuk si Putera dan Puteri hati...


Suatu petang nan indah.. ketika hujan merintih2 perlahan dr luar jendela, dan kedinginan pun terasa hingga ke tulang sumsum peritnya.. sy terbaca satu artikel yg di post oleh seorang teman di fb.. tajuknya.. memilih ibu utk si anak.. lebih kurg mcm tu la..

Sy tersenyum sndiri.. tingginya hasrat manusia itu.. dan hasrat itu telah pun kembali kepada fitrah bagaimana Allah menciptakan kita sbgai mnusia.. manusia itu.. ruhnya adlh suci bersih.. pasti di dalam kehidupan mereka.. atau dalam soal jodoh mereka.. inginkan yg terbaik buat diri dan anak2 mereka.. itu wajar, lumrah dan fitrah bagi setiap manusia...