Pages

..::sahabat pena::..

04 April 2010

Kerana dakwah itu cinta..

Dakwah itu cinta,
Kerana dakwah itu cinta,
Aku lakukan apa pun untuknya,
Aku korbankan masa bersenang-senangku untuknya,
Aku sedikitkan masa tidurku untuknya..

Dan kerana dakwah itu cinta,
Aku mendahulukan lebih dari yang lainnya,
Aku biarkan air mata membasahi hari-hariku untuknya,
Aku biarkan darah mengalir banjir di jalan-jalanku untuknya,
Semuanya,
Kerana dakwah itu cinta..

Dan kerana dakwah itu cinta,
Menggapai kemanisannya terasa terlalu jauh,
Perjalanannya penuh dengan ranjau berliku,
Tidak ada bebunga indah mewangi,
Cuma duri kaca yang menusuk kekuatan jiwa ini..

Dan kerana dakwah itu cinta,
Bukanlah semudah itu untuk merasainya,
Kerana sebuah cinta belum tentu terasa,
Belum tentu difahami ertinya,
Kerana dakwah itu cinta,
Amat sedikit yang mengerti ia..

Dan kerana cinta itu tak semudah sangkaan mata,
Terkadang ada yang tersungkur jatuh,
Terkulai lesu dan futur dari medannya,
Terus merangkak dan tidak berdiri lagi,
Itulah yang selalu terjadi,
Sejak akhir-akhir ini..

Wahai para pejuang dakwah ini,
Kita tidaklah sesuatu yang sia-sia terlahir di sini,
Yang hanya melihat dan menunding jari,
Duduk sekadar bergoyang kaki,
Bukanlah juga yang sekadar berkata,
"Dakwah itu cinta"..

Tapi kita,
Adalah pencinta dakwah ini,
Terus berjuang dan berpaksi,
Tegakkan kalimah Ilah dimuka bumi,
Tidak pernah henti,
Hingga diri termakan bumi..

Penaku,
MZ_27791

No comments:

Post a Comment