Pages

..::sahabat pena::..

06 March 2010

aku masih bertahan...

pada dia yang selalu aku sakiti, maafkan aku.. maafkan aku kerana terlalu banyak melukai hatimu, terlalu banyak memuntahkan keluh yang tidak pernah henti ini,.. sungguh bukan niatku,. selalu aku merasa kosong.. hilang dari kebisingan,. terfikir sendiri tentang dosa-dosa yang sering aku lakukan.. berulang-ulang.. ya Allah.. ampunilah aku..

di saat hatiku sedang berbolak-balik ini, aku sangat memerlukan Mu ya Allah, supaya aku terus bertahan, bertahan dari terus melakukan apa yang tidak seharusnya aku lakukan..

ya Allah, bagiku.. kehidupan ini bukanlah sebuah garis lurus.. tp ia adalah seperti lautan luas, yang bergelora ganas.. sering kali aku terbawa-bawa oleh khayalan dan hanyut sehingga terdampar di pulau yang mengerikan... terlepas dari tali Mu yang mengikat diri selama ini... ampunilah aku ya Rahim..

di saat aku ingin melepaskan segala rasa tidak senang ini, aku sangat berharap Kau sentiasa ada di sini..walaupun aku tahu yang Kau sentiasa ada bersama ku... tidak berganjak.. sentiasa menemani.. tapi mengapa aku tidak sedar tentang hakikat itu?? aku tetap menyusahkan orang lain, menyakiti orang lain.. ampunilah aku ya Rahman.. pada dia maafkan aku...

aku masih bertahan, moga Kau sentiasa memberikan aku kekuatan tiada henti.. diri ini terasa sangat lemah, suara ini tiada terdengar lagi.. ampunilah aku atas segala keluhan tiada pinta ini..

penaku,
MZ_27791

No comments:

Post a Comment