Pages

..::sahabat pena::..

09 February 2010

jika Dia menjemputku...

terima kasih ya Allah... kerana Kau telah mengizinkan aku utk merasakn kehidupn lagi hari ini... sungguh, tidak dapat aku ucapkan dengan kata-kata indah sekali pun atas nikmat Mu yg tidak terhitung banyaknya itu..

ya Allah.. mengapakah diri ini lemah, sedangkan aku merasa bahawa Kau sentiasa dekat denganku,.. aku merasakan kedatangan Mu dalam setiap inci denyutan nadiku Ya Allah... namun mengapakah aku masih lemah seperti ini??

ya Allah, aku merindukan kedamaian, jauh dari kesibukan dunia yang tidak terungkap lagi skrg ini.. aku rindukan kasih sayang, yg mungkin tidak ada sesiapa pun yg mampu memberikannya kpd ku melainkan Mu ya Allah..

ya Allah, setiap kali aku bangun dari tidurku yg lena.. aku terfikir2.. suatu masa nanti aku tidak akan bangun lagi seperti hari ini.. mungkin, aku hanya mendengar suara2 insan yg aku sayang mmbangunkn aku..dn berkata.."muti'ah, bangun lah..dh subuh nih..".. ya Allah itu pasti terjadi.. suatu waktu nanti yg tidak ada siapa pun yg mengetahuinya.. aku sendiri tidak mengetahuinya ya Allah.. walaupun itu aku...yg akan pergi selamanya meninggalkan mereka...
mungkin saja, sesaat selepas ini, aku akan pergi buat selamanya.. tanpa ada apa2 yg aku bawa mengadap Mu Sang Kekasih ku yang amat aku cintai tiada hujungnya...

ya Allah, hinanya diri ini.. bukankah aku perlu utk mempersembahkan segalanya yg terindah utk-Mu demi membuktikan segenap cintaku yg tiada penghujung ini?? walaupun aku tahu tidaklah Engkau mengharapkannya... kerana siapalah aku di pandangan mata Mu..

jika suatu saat nanti Kau mengambil kembali segala apa yg telah Kau pinjamkan utkku buat sementara ini.. aku memohon dan meminta sangat ya Allah.. agar tika itu, syahidlah yg menjadi penghujung hela nafas terakhirku.. aku tidak mahu pergi percuma, tidak mahu pergi meninggalkan mereka dalam keadaan hutangku terhadap-Mu yg tidak lunas tertunai, aku tidak mahu pergi meninggalkan mereka, selagi hati-hati mereka tidak bersamaku utk syahid di jalan menuju -Mu.. ya Allah, aku tidak mahu pergi meninggalkan mereka selagi amanahku belum terlaksana di muka bumi ini.. dengarkan aku ya Allah.. hamba-Mu yg merindukan kedamaian..

penaku,
MZ_27791

No comments:

Post a Comment