Pages

..::sahabat pena::..

26 June 2010

Surat cinta untuk jiwaku..

~~petang2 sangat boring xtau nk buat ape... berjalan2 dr blog ke blog.. baca artikel dr artikel hingga segala mcm bentuk mcm karya hasil tulisan manusia..

entah, knp tetibe hati sy tersinggah sebentar bila mmbaca surat peringatan utk diri ini...

meh, nk kongsi dgn awk semua eh..:)

Surat ini kutujukan untuk diriku sendiri serta sahabat-sahabat tercintaku yang insyaAllah tetap mencintai Allah dan RasulNya di atas segalanya, kerana hanya cinta itu yang dapat mengalahkan segalanya, cinta hakiki yang membuat manusia melihat segalanya dari sudut pandangan yang berbeza, lebih bermakna dan indah.

Surat ini kutujukan untuk hatiku dan hati sahabat-sahabat tercintaku yang kerap kali terisi oleh cinta selain dariNya, yang mudah sekali terlena oleh indahnya dunia, yang terkadang melakukan segalanya bukan keranaNya, lalu di ruang hatinya yang kelam merasa senang jika dilihat dan dipuji orang, entah di mana keikhlasannya.

Maka saat merasakan kekecewaan dan kelelahan kerana perkara yang dilakukan tidak sepenuhnya berlandaskan keikhlasan, padahal Allah tidak pernah menanyakan hasil. Dia akan melihat kesungguhan dalam berproses.

Surat ini kutujukan pula untuk jiwaku serta jiwa sahabat-sahabat tercintaku yang mulai lelah menapaki jalanNya ketika seringkali mengeluh, merasa dibebani bahkan terpaksa untuk menjalankan tugas yang sangat mulia. Padahal tiada kesakitan, kelelahan serta kepayahan yang dirasakan oleh seorang hamba melainkan Allah akan mengampuni dosa-dosanya.

Surat ini kutujukan untuk roh-ku dan roh sahabat-sahabat tercintaku yang mulai terkikis oleh dunia yang menipu, serta membiarkan fitrahnya tertutup oleh maksiat yang dinikmati, lalu di manakah kejujuran diletakkan? Dan kini terabailah sudah nurani yang bersih, saat ibadah hanyalah sebagai rutin belaka, saat jasmani dan fikiran disibukkan oleh dunia, saat wajah menampakkan kebahagiaan yang penuh kepalsuan.

Cuba lihat disana! Hatimu menangis dan meranakah?
Surat ini kutujukan untuk diriku dan diri sahabat-sahabat tercintaku yang sombong, yang terkadang bangga pada dirinya sendiri. Sungguh tiada satupun yang membuat kita lebih di hadapanNya selain ketakwaan.

Padahal kita menyedari bahawa tiap-tiap jiwa akan merasakan mati, namun kita masih bergulat terus dengan kefanaan. Surat ini kutujukan untuk hatiku dan hati sahabat-sahabat tercintaku yang mulai mati, saat tiada getar ketika asma Allah disebut, saat tiada sesal ketika kebaikan berlalu begitu sahaja, saat tiada rasa takut padaNya ketika maksiat dilakukan, dan tiada merasa berdosa ketika menzalimi diri sendiri dan orang lain.

Akhirnya surat ini kutujukan untuk jiwa yang masih memiliki cahaya meskipun sedikit, jangan biarkan cahaya itu padam. Maka terus kumpulkan cahaya itu hingga ia dapat menerangi wajah-wajah di sekeliling, memberikan keindahan Islam yang sesungguhnya hanya dengan kekuatan dariNya

"Ya..Allah yang maha membolak-balikkan hati, tetapkan hati ini pada agamaMU, pada taat kepadaMu dan dakwah di jalanMu "


Wallahualam bisshawab Semoga dapat membangkitkan iman yang sedang mati atau jalan di tempat, berdiam diri tanpa ada sesuatu amalanpun yang dapat dikerjakan. Kembalikan semangat itu sahabat- sahabat tercintaku.. ... Ada Allah dan orang-orang beriman yang selalu menemani di kala hati "lelah".


jom kite same2 ambik apa yg baik dari hasil karya penyejuk hati ini.. :)

off~~

14 June 2010

Sebuah perjalanan panjang..




bagaimana khabar iman hari ini?? dan.. bagaimana dengan hati??

semoga Allah bg ketetapan pada hati kita ...untuk terus menyusuri jalan dakwah ini..

walau terkadang.. fitnahan.. hujatan.. cacian.. dan makian.. seringkali mewarnai perjalanan panjang ini.. dan raga, jiwa, harta dan air mata telah kita persembahkan di jalan ini..
hingga terkadang..
...

LELAH.. dan jenuh.. menghampiri setiap jejak perjuangan mengharungi jalan ini...


"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar." [at-Taubah: 111]

..saudaraku..

mari tanyakan pada hati kita.. layakkah kita mengeluh dalam mengharungi jalan ini?
.. krn hakikatnya.. komitmen adlh sebuah totalitas perjuangan..

dakwah ini..

ada atau tidaknya kita di sana, dakwah tetap diperjuangkan..

namun..

apakah syurgaNya tdk bgitu mengiurkan untukmu?


...saudaraku..

mari kita lihat sejenak..

potret sebuah negeri... di mana perjuangan, pengorbanan, tak kenal kata LELAH..

PALESTINA!!!


perjuangan..

pengorbanan..

dan takbir..

membaharu menggetarkan musuh-musuh Allah..!

jiwa..

nyawa..

..dan air mata yg mulai terevaporasi telah mereka persembahkan..

lebih.. lebih dari yg kita persembahkan..

semuanya demi tegaknya Islam di muka bumi..! dan mnyelamatkan bumi para Anbiya'..
semua berlumba2.. menjemput seni kematian yg paling indah..
dan sesungguhnya mereka tidak MATI..!!! mereka hidup di sisi-Nya..

bagaimana dgn kita??

karya apa yg kita sudah persembahkn utk dakwah ini?...

..teruslah ISTIQAMAH dalam meniti perjalanan panjang penuh kemanisan ini..


10 June 2010

mimpi dan impian..??


~~berkongsi sedikit tntg sebuah pertanyaan yg ditnyakan oleh seorg murabbi kpd sy.. soalan ini dtnya kpd semua ahli usrah sy jgk..


tentang mimpi..

ada yg mengatakan bahwa, kita seharusnya bermimpi... tp, mimpi yg sperti apakah itu?? mimpi ini sebenarnya membuat rmai org berjaya dalam kehidupannya.. krn dia berani bermimpi..

tp sy juga tertnya2.. mimpi dan impian itu samakah?? pada sy mimpi dan impian merupakan sesuatu yg berbeza..

sy memberi jwpn kpd persoalan mimpi itu td.. "ukhty, jujur sy katakn, sy selalu bermimpi yg buruk2.. [..dlm tidur sy].. krn itu sy tak mampu mnyatakn mimpi sy.. tp sy punya impian.. mimpi dan impian tak sma kn??"..

sbnrnya sy adalah org yg sgt takut bermimpi.. krn mimpi sy slalu membuat sy merasakn tak nak mimpi lg.. bg sy, mimpi adalah sebuah mainan tidur sebenarnya.. dan ia datang menjengah kita ketika otak kita terlalu banyak memikirkan tntg hal itu..

sy selalu tersedar dari tidur krn mimpi sy yg sy sendiri takuti.. tetapi sblmnya itu sy lnsung tak memikirkn tntg mimpi itu.. sma skali tidak.. cuma, nth knp mimpi selalu tidak membahagiakan tidur sy..

bagi sy, bila org bertnya.. tntg mimpi sy, dan sudah setakat mna tercapai mimpi2 sy itu ?.. sy pasti tak mampu utk menjawabnya.. krn sebuah perkataan yg paling sesuai utk pertnyaan sperti ini.. adlh apabila mereka bertnya tentang impian sy.. yup, pasti sy mampu menjwbnya.. krn sy pnya bnyk impian.. dan sy pasti kalian jga mempunyai bnyk impian seperti sy.. :]

wuallahu'alam..

07 June 2010

Berenanglah di samudera iman..



"berarak sebuah raga.. terlakar sebuah cinta.."


adakah di antara kalian yg tau ape mksud di sebalik kata2 di atas..? ..hidup dan hakikat.. sebuah perjuangan yg terasa ingin mereka tahu.. bahawa utk ape "mnjadi sseorg" yg hnya duduk terdiam.. raganya membisu.. bungkam.. ??


tadahan laungan suara.. adakalanya ia tidak pernah berisi apa2.. tidak ada yg memahami..
jeritan kaku.. bkn yg terus bisu tanpa suara..

biarkan mereka berkata apa pun!! kita jalani saja hidup ini dgn rasa bahagia yg teramatnya.. walaupun di sebalik itu.. cukup.. dn sgt cukup buat kita rsa kecewa..


sahabatku yg teramat disayangi..


sebuah kegagalan yg sudah biasa terdengar dari puluhan.. malah mgkin ratusan suara..
keluhan.. demi keluhan yg merosak jiwa2 kalian.. air mata yg terbiar tumpah tanpa seharusnya..

duhai sahabat2ku..

waktumu yg berlalu pasti tidak akan pernah kembali..
walau sesaat... knp dibazirkan ia.. sehingga ia meratah segala kesucian2 hati yg selama ini kamu pelihara..??

fahamilah duhai sahabat2 ku..
ketika Allah menghendaki.. pasti akan terjadi.. dan begitulah sebaliknya..

berenanglah di samudera iman.. pasti kamu akan mendapat ketenangan yang abadi..


apabila kita meletakkan iman dalam tingkat teratas di hati kita.. ia pasti memberikan kesan yg baik dalam setiap tingkah laku kita.. atau apapun yg kita sedang kerjakan..


apabila iman itu terkalah oleh nafsu.. maka, ia akan menghancurkan segala apa yg pada mulanya baik.. akan mnjd tidak baik..

duhai sahabat2ku yg teramat sy kasihi..


suatu hari pernah ade yg mmbuat perumpamaan sebatang pokok kelapa kpd sy..
pokok kelapa itu, apabila jarang dipukul angin kuat, ia akan menjadi lemah.. dan dengan mudah daun2nya gugur atau batangnya patah apabila sesekali dipukul angin kuat..

tp cuba kita lihat, sebatang pokok kelapa yg selalu dipukul angin kuat, ia pasti sudah biasa dan lebih bertahan dari pokok yg jarang dipukul angin kuat.. dan mungkin agak sukar utk patah dan rosak..

dan di sini...


begitulah kehidupan kita.. apabila kita ditimpa ujian.. semakin berat ujian yg kita lalui.. semakin tabah dan cekal sbnrnye kita.. berbanding dengan org yg jarang diberikan ujian.. mgkin bila diberi ujian yg berat sedikit.. pasti dia akan bnyk mengeluh.. dan mgkin jgk akan gagal mengawal diri sehingga tersungkur jatuh krn merasakn tidak punya daya lagi..

lumrah kejadian manusia.. kita selalu dengar.. " Allah timpakan musibah.. atau Allah bagi ujian pada kita.. krn Dia sayangkan kita..".. pada sy, mmg betullah.. kadang2, kita sbgai hamba slalu terlupa.. bila susah, baru ingat Dia.. wktu senang.. lupa Dia.. sedangkan, Dialah yg memberikan segala kebahagiaan yg tiada tandingannya buat kita..


kadang2, kita tersalah mnggunakan kebahagiaan yg diberikanNya.. kita hidup berfoya2.. dengan segala apa yg membawa kpd kemurkaan Allah pada kita.. knp kah??

fikirkanlah duhai sahabatku,


perkirakanlah di mana sudah kamu habiskan usia muda mu.. sesungguhnya, di akhirat nnti, kita akan ditanya, dan pasti ditnya.. "di manakah kamu habiskan usia muda mu itu??"..


apakah yang akn kalian jawab??


adakah kalian akan menjawab, shopping bersama kwn2?? adakah kalian akn menjwb, dating bersama kekasih?? adakah kalian akn mnjawab, hnya tidur dan diam sepanjang masa?? ataupun adakah kalian akn menjawab, " aku sedang merancang sesuatu dalam kemenangan menegakkan islam di muka bumi Allah ini" ??.. atau.. apakah ada jwpn2 yg lainnya..?


buat sahabatku,.. hari ini kamu kecewa, sebab kamu rasa gagal dalam hubungan cinta kamu sesama manusia yg tak selayaknya buat kamu..

tidak mengapa sahabatku,..


kembalilah pada Allah, pemberi sebuah cinta yg tiada tandingannya itu.. Dia pasti menerima kamu.. lupakan kekecewaan kamu.. sesungguhnya.. yg terbaik buat kehidupan kamu pasti ada setelah ini.. setelah kamu cuba meraih cinta Allah yg tidak pernah kering utk disirami ke dalam hati hamba2Nya yg mencari dan menginginkannya..


sahabatku,
ingtlah.. jgn kamu smpai berlama2 dalam tangisan dan kesedihan.. krn syaitan amat mnyukai org2 yg lemah.. org2 yg tidak berusaha melawan kesedihan2 mereka..

berenanglah di samudera iman.. pasti kamu akan menemukan kebahagiaan yg abadi..


"(Ingatlah) ketika kamu lari dan tidak menoleh kepada seseorangpun, sedang Rasul yang berada di antara kawan-kawanmu yang lain memanggil kamu, karena itu Allah menimpakan atas kamu kesedihan atas kesedihan, supaya kamu jangan bersedih hati terhadap apa yang luput dari pada kamu dan terhadap apa yang menimpa kamu. Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." [3:153]


05 June 2010

Munasyaroh Palestin.. di Surabaya, Indonesia..

6 jun 2010...

buat pertama kali sy join munasyaroh Palestin kat surabaya.. sangat bersemangat.. sebelum ni ade jgk munasyaroh Palestin kat surabaya... tp tak dapat nk join coz time tu ada janji nk wat asggment ngn kawan.. tp kali nih.. dgn kepenatan yg sgt terasa coz mlm td ade program jurusan kat kampus smpai kul 3pagi.. sy gagahkan jgk nak join munasyarah.. sebenarnye badan blm la sihat sgt... tp dah tak peduli lah.. semangat nk demo nih dah terlebih plak.. hee..:]

dari rumah pukul 7.45pg... ambik masa stgh jam jgk perjalanan naik moto ngn ahli usrah nk gi tempat munasyaroh.. tak tau la nama tempat tu ape.. tp, yg penting dekat ngn Tunjungan Plaza, Surabaya.. dan berdepan dgn tugu nih..



sampai2 tgk org ramai dah membanjiri kwsn tu.. sume la ikhwah dan akhwat.. dari baby smpai org tua.. yg penting sume semangat... ~~ade perkara yg terjd agak sdikit memalukan sy jgk.. adakah krn terlalu smngt.. hehe. smpai terjatuh dari moto.. wktu nk turun.. sy naik moto ngn ukhti Erika.. die tak dpt nk imbang badan wktu sy turun.. sekali ngn die jatuh bersama sy dan motornye.. [sori ye ukh..]..ramai gak yg tgk.. tp wat muka xmalu je.. hehe

sungguh sy sgt bersemangat .. tgk semangat ramai org jgk.. walau hnye demo.. dan hnya sekadar simbul utk mengutuk tindakan Israel terhadap rakyat Palestin.. tp, sy rsekan seperti nak gi perang je.. [sungguh, hati memang nak pergi!!..]..

tak tau la pukul brp diorg suruh wat barisan.. kelihatan dah bnyk polis2 menjaga.. org2 PKS pun ade yg jd guard..




kite org pun disuruh beratur.. coz nk gi berarak.. tak tau la brp kilometer.. coz tak ingt lansung penat.. semangat lebih mndahului penat tu.. Alhamdulillah dapat tempat barisan dpn sekali bahagian perempuan.. sy cuma pegang bendera PKS.. sarah pegang bendera Palestin, n k.long pegang sepanduk..




~~~~~~~~



di belakang simbul kapal Mavi Marmara yg dibawa oleh seorg tukang beca.. barisan perempuan [akhwat]..berjalan sambil mengibarkan bendera, menaikkan sepanduk.. ikhwah melaungkan takbir,. sgt mendetak ke jantung ini.. jika sy berpeluang utk bersama berjihad di Palestin adalah menjadi cita2 sy dan mungkin juga kalian semua... berjihad melawan tentera Zionis Israel Laknatullah!! tu..

laungan demi laungan..

"Free.. free.. Palestine!.."

"Israel.. Go To Hell!!.."

"Palestin.. bebaskan!.."

"Israel Laknatullah!.."


kami terus berjalan berarakan dengan nasyid2 yg membangkitkn semangat JIHAD kami..
melaungkan kebebasan palestin..






~~dah berpusing berjalan melaungkan anti keganasan yg di lakukan oleh tntera zionis... kami di suruh plak berkumpul di tmpat mula2 nk berarak td.. dapat plak duduk btul2 depan tangga stage.. bunyi speaker sgt mendetak jantung.. tp, sy dh tak peduli.. krn terlalu smngt.. Allahuakbar!!..

bermulalah acara rasmi di stage.. Nasyid Merah Saga, Gelombang Keadilan, dan bberapa nasyid2 yg lain dinyanyikan bersama.. sungguh kuat suara2 ikhwah yg sgt bersemangat menyanyiknnya di ats stage.. kami juga turut bersemangat!!

~~waktu nih lah wartawan mengerumuni kami.. mula2 sebelum demo kami yg perempuan tutup muka ngn tisu.. tp, di suruh buka.. "bagi yg berada di barisan depan, sila jgn tutup muka!".. [dgn malu sendiri kami mnanggalkan tisu itu..hehee..]ni lah suasana di depan stage..






setelah mnyanyikan nasyid2 yg membangkit semngat kami.. kami di sajikan pula dengan pengisian tntg misi bantuan LL4G ke Gaza oleh seorg ketua Biro wanita PKS..



setelah itu acara.. mnunjukkan bgaimana Zionis mnyerang kapal Mavi Marmara yg dipersmbahkan oleh ikhwah2.. simbul kapal Mavi Marmara yg dibuat pada beca di bawa kedepan stage..

memang hancur la kapal tu dikerja diorg.. hehee.. tgk la..


~~sebenarnye sy ade ambik video kat part nih.. tp xreti la nk upload kat blog.. so pict pun jadi la.. yg sgt ganas gak Israel mnyerang kapal Mavi Marmara ni.. ya Allah..

~~~
Pengisian seterusnya oleh... ketua PKS..


wktu pengisian ketua PKS ni lah sgt2 mnyentuh hati sy.. beliau menyebutkan tiga nama relawan Turkey yg syahid wktu Zionis mnyerang Mavi Marmara.. dan kami melaungkan takbir sebanyak tiga kali utk stiap mereka.. Allahuakbar!..Allahuakbar!..Allahuakbar!..

sungguh, waktu nih, terasa nk sgt gi Gaza.. nk SYAHID jgk!!

selain itu jgk kami dihidangkan dengan sebuah sajak yg sangat membangkit jiwa oleh mas'ul kami student Malaysia.. yaitu Akhi Ervan.. laungan sajaknya sgt2 bersemangat!! sehingga suaranya serak apabila melaungkan takbir..

~~sy ambil jgk videonya.. cuma tak reti nk upload.. [siapa2 yg tau blh tlg ajarkan caranya.. syukran.]..

akhir sekali kami menutup acara dgn doa.. utk seluruh saudara kita yg berada di Palestina..
bagi mereka yg syahid.. kami berbangga dengan keberanian mu.. moga kami di izinkan utk menyusul syahid bersama.. bagi yg masih hidup.. moga Allah melindungi kalian.. Amin..

ini sajalah yg mampu sy sampaikan buat santapan rohani dan jiwa-jiwa jihad kita..
jom kita sama2 berjuang menyelamatkan dan menghentikan kekejaman Zionis di Gaza, Palestina.. Jihad!!.. Jihad fisabilillah!!.. Allahuakbar!!

Wuallahu'alam..


jom!!.. free.. free.. Palestine!!

"Tidaklah sama antara mukmin yang duduk (yang tidak ikut berperang) yang tidak mempunyai 'uzur dengan orang-orang yang berjihad di jalan Allah dengan harta mereka dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang-orang yang duduk satu derajat. Kepada masing-masing mereka Allah menjanjikan pahala yang baik (surga) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjihad atas orang yang duduk dengan pahala yang besar," [4:95]

04 June 2010

Aku yg tersilap menghitung kehidupan..


Aku yg tersilap menghitung kehidupan..

berlayar jauh..

menerobos hingga tiada hujungnya..

berfikir..

sedang hati meronta-ronta tersiksa melihat jiwa-jiwa mereka,

tersiat-siat gadai tiada erti,

merobek-robek jasad tulus suci..


aku berhenti..

terkedu..

melihat titisan darah yang tidak pernah henti menitis ke bumi,

air mata yang tidak pernah kering meratapi,

jeritan yang tidak pernah didengar apatah lagi dimengerti!


Gaza..
Tanah air ku tercinta di khianati...