Pages

..::sahabat pena::..

14 December 2011

Dalam ikatan perasaan..


[kredit]


perasaan itu adalah rasa..

ia dari dalam.. sangat dalam.

dan kehidupan ini..

menuntut kita utk sangat merasai..

biarpun ia hambar, mungkin juga sangat tawar..

namun itulah...

tarbiyah.


kata murabbiku.. "tarbiyah ini bukanlah rasa yang selalu indah.."

dan aku mengiakannya..

krn memang benar... 

mungkin kata mereka yg hanya terbuai dgn keasyikan angan2 di dalam tarbiyah ini..

akan merasakan segalanya indah-indah saja...

tetapi...

sememangnya tarbiyah itu adalah bentuk-bentuk ujian..

dan ia tidaklah selalunya indah....

karena,

aku tidak akan mampu memahami ini semua jika aku tidak menghadirkan hatiku dgn ikhlas dalam memahaminya,

aku tidak akan dapat merasai nikmatnya tidak ada harta sedikit pun jika bukan kerana tarbiyah ini yang mengajarkan aku erti berbagi,

malah.. aku mungkin tidak akan dapat merasai hangatnya berada dalam ikatan perasaan ini jika bukan kerana tarbiyah ini yang mengajarkan aku erti mencintai mereka sepenuh hati,

iya.. segalanya kerana perasaan ini..

kerana rasa yang selalu menguatkan keyakinanku,

kerana rasa yang selalu membuatkan aku berani berbuat,

dan ia adalah tarbiyah buat diriku!


ramai orang bertanya...

"apa yang kamu dapatkn dari tarbiyah ini?"

"apa yang kamu fahami dari tarbiyah ini?"

....aku tersenyum.

kerana aku mendapatkan segalanya di dalam tarbiyah ini..

aku mendapatkan diriku sebagai seorang muslim yang sebenar.


muslimnya aku bukanlah sebuah keturunan,

muslimnya aku bukanlah kerana catatan kad pengenalan,

muslimnya aku bukanlah kerana aku tertutup dengan hijabku,

tetapi muslimnya aku adalah kerana aku faham bahwa islam itu bukanlah keturunan, ia bukan dari kad pengenalan dan bukan juga krn hijab yang menutupi seluruh tubuhku...


sekali lagi ingin aku tekankan..

perasaan inilah yang telah membangun iman ku...

krn itulah asas utk aku dan kamu memahami tarbiyah ini..

lebih halus dan mendalam.


mohon doanya. :)



Princess Mos,

Surabaya.


......






04 December 2011

Sudah berlalu waktu tidur..

[Kredit]



bismillah..

post ini tak mampu utk aku rangkumkan mnjadi pendek.. krn memang ia agak sikit panjang.

dan aku mnggunakan bahasa diri "aku" utk lebih mesra kunonnye..


....

alhamdulillah.. segala puji bagi Allah.. yang masih mengizinkan aku utk merasai dengan perasaan ini .. bernafas dgn ruh ini..

sungguh, aku tidak pernah menyesal sedikit pun.. malah amat2 sangat bahagia dengan "kehidupan" yg Allah berikan pada aku kini..

Allah telah mengajarkan aku.. malah kita semua dengan firman2-Nya..

dan butalah mata hati bg mereka yg sengaja buat tidak peduli..


suka aku ingatkan pada diri.. memujuk2 hati..

bahwa jalan ini sgt panjang..

dan sememangnya aku tidak ada waktu utk rehat..

krn syurgalah tempat rehat yg paling hakiki...

allahumma'amin...


.... telah lama aku berada di jalan ini.. hampir saja 6 tahun..

sungguh tak terasa.. ia satu tempoh masa yg agak lama bg org2 yg dhaif seperti aku..

dan ia adlh masa yg sgt sekejap bg org2 yg menjiwai dgn seikhlas2nya jalan ini..

namun, lama atau sekejap kita di jalan ini..

seriusly, tak menjanjikan pun kita hebat di mata Allah..


alhamdulillah, aku panjatkan lg rasa syukur dan puji-pujian yg sebesar2nya pd Dia..

krn Dia tlh menghadirkan jasad dan perasaanku di jalan yg lurus tiada bengkok ini di usiaku yg masih terlalu muda..

walaupun aku sgt stress bile org ckp aku matured.. huhu..[hakikatnya masih hingusan lg]

tp tak mengapalah..

kerana memang tarbiyah ini telah membuatkan aku berfikir lebih tua melebihi usiaku..

krn memang seharusnya begitu..

krn dakwah ini memerlukan "ghulam" yg logam.

bkn nenek-nenek yg dah minum susu anlene..[sekiranya ade nenek2 yg mmbaca, maaf, ssungguhnya anda juga diperlukan di dlm sistem 'hidup' ini. huhu]

begitulah tarbiyah mengajarkan kita,

dari tak mampu berbuat sehingga mampu berbuat, malah lebih luar biasa lg..

sumpah! aku tak pernah t'fikir pun yg aku akan berada selama ini di jalan ini..

aku tak pernah t'fikir pun utk aku kenal mereka2 itu kalau bkn krn tarbiyah ini..

aku tak pernah terfikir pun akan punya adik2 yg melebihi usiaku..

dulu, aku hanya fikir.. aku nak tarik adik2 yg baru tumbuh gigi susu..

yg baru nak celik mata melihat dunia ini dgn kaca mata islam,

namun.. perancangan Allah lebih hebat..

Allah kurniakan aku adik2 yg dah tumbuh gigi kekal pun.. siap ada taring lg.. huhu..

siap boleh bg nama gigi aku ape.. [sebab mereka adlh bakal dentist dn doktor sakit umum]..

tp itulah..tarbiyah yg menguatkan aku utk berhadapan dgn mereka..

amat2 la sgt mustahil utk aku.. kalau bukan krn tarbiyah Allah ini..

utk aku membawa mereka.. dan mereka mendgrkan taujihat2 ku yg "ntah ape2 itu"...

tp Allah-lah tempat aku bergantung..

itulah ujian buat diri aku..

dulu.. aku sgt tidak yakin.. krn aku tidak sekufu dgn mereka..

krn di dalam memilih mad'u pun... perlu jgk utk kita mencari org2 yg sekufu (sama) dgn kita..[kata seorg ustaz tu]..

mksud aku tidak sekufu itu..

aku hanyalah seorang bakal kaunselor/ustazah jiwa..hehe.. dan mereka adlh bakal2 doktor..

sudah tentu ia sgt berbeza.. dari cara hidup, belajar, fikiran, pengalaman.. dan masa...

dan aku.. pernah sedikit berputus asa utk memahami cara mereka..

wlupun ramai je akhwat2 yg ambik medic.. dan aku boleh je tanye itu ini tentang life mereka utk lebih memahami mad'u-mad'u ku..

tp ternyata ia tidak semudah yg aku fikirkan..

aku tidak mampu memahami nya juga.. malah aku pernah rasa terpaksa utk memahami mereka..

namun, aku sangat yakin dgn kewajiban syahadah ini..

biar apa pun, dan siapa pun mereka.. [wlupun aku sgt rasa rendah diri..] dgn usia ku..

mereka tetap mad'u ku..

krn aku tidak ada pilihan...

hanya mereka yg ada.. kekurangan mad'u di setiap kawasan kadang2 boleh menyebabkan seseorg yg bersemangat mcm aku ni berpotensi utk mngalami stress berat.. hehehe

tp itulah hakikatnya..

aku percaya.. ketika sharing dgn mereka2 yg punya hamasah dan hadaf (tujuan) yg sama..

mereka juga ada masalah2 yg lebih kurg sama..

kawasan kekurangan mad'u tp byk penggerak,

kawasan ada mad'u banyak tp tak cukup penggerak,

kawasan tak ada ikhwah dan akhwat ,tp yg ada kita seorang je.. lame2 leh futur jgk ni,

kawasan terpaksa berebut adik2 dgn jemaah yg lain,

masalah ukhwah dgn ikhwah dan akhwat sendiri sehingga melambatkan gerak kerja kita,

dan bermacam2 mehnah yg lain...


memang benarlah,

tarbiyah ini betul2 mengajarkan kita erti sabar yg besar..

ketika mehnah2 di dalam dkwah kita sering kali mmbuatkan kita down yg teramatnya..

01 December 2011

Masalah dalaman!

[Kredit]



bismillah..

sering kali dgn nama Allah sy mnulis ini.. atau apa pun kerja2 yg sy lakukan..

"bacalah dengan (menyebut) nama Tuhan mu yang Menciptakan..." [surah al-'Alaq: 1]

moga setiap apa yg kita lakukan, Allah redha.. dan ia menjadi pahala buat amal2 itu..


terasa lama tak mnulis post yg membangun ruhi..

mungkin ruhi sy yg agak mngendur sejak akhir2 ini.. istighfar..

...............

alhamdulillah..

jumaat yg cerah..yg membawa berjuta makna buat diri...

kehidupan yg baru utk hari ini..

dan hari ini.. selalunya adalah hari yg di nanti2 utk mengakhiri kehidupan ini.. :)


Maha Besar Allah..

yang selalu menenangkan hati ini.. ketika gelisah menggulungi hati..

ketika air mata bercucuran menyembah bumi.. Allah lah tempat bergantung paling hakiki..

sememangnya inilah kehidupan.. inilah jalan panjang yang Allah nak kita faham..

dan org2 yang tidak berada di jalan yang panjang ini.. tidak akan pernah memahami hakikat yg sebenarnya..

krn di jalan ini..

Allah ajarkan kita pengorbanan,

Allah ajarkan kita kasih sayang dan cinta,

Allah ajarkan kita rasa rindu,

Allah ajarkan kita kesabaran,

dan segala macam bentuk akhlak untuk menjadikan diri ini sebagai seorang individu muslim yang sejati..


namun, sejauh mana kita menerima tarbiyah ini dengan hati?

mmg.. kita tak boleh utk mnjadi manusia "selfish" di jalan ini.. krn itu bkn akhlak kita..

dan krn itu, segalanya utk kebaikan hubungan sesama kita...

pasti akan ada yg mengalah..

pasti akan ada yg cuba mngerti... memahami...