Pages

..::sahabat pena::..

Showing posts with label Kisah Sahabat. Show all posts
Showing posts with label Kisah Sahabat. Show all posts

05 November 2014

kerana itu, jangan kita rebah.

dengan nama Allah Yang Maha Kasih Lagi Maha Tinggi SantunNya kepada hamba.




aku tulis ini, hanya buat jiwa-jiwa yg ingin tulus dan ikhlas dalam garisan perjuangan.
dan aku menulis ini juga, adalah untuk menyemangati diriku, agar kaki tetap teguh menempuh badai di jalan risalah ini.

ayuh kita mula menapak,
dengan langkah kecil yang sedang memikul dosa setinggi uhud, mungkin lebih tinggi.
dengan air mata yang awalnya bagai sungai yang deras mengalir dari sumber asalnya.
terasa kerdil, di saat diri berada di tengah bidadari-bidadari dunia yang dipersiapkan Allah untuk menjadi bidadari-bidadari syurga kelak.

aku sama seperti kamu.
di saat cahaya Tuhan menerobos masuk ke dalam rongga jiwa,
dan di saat itu, jahiliyah yang hitam pekat menjadi kelabu, dan akhirnya putih merembeskan pula cahaya.
dan moga cahaya itu tetap berkilau dan terus berkilau,
sehingga Tuhan-ku di atas sana memberikan kita semua syahid pada jalan-Nya.

masihkah engkau ingat, kisah seorang pemuda penjaga api penganut agama majusi itu, seorang sahabat rasulullah yang sedang mencari kebenaran,
jauh dari kota Parsi yang hilang kesucian nasab keturunannya,
dialah Salman al-farisi, yang meredah bukit-bukit, bebatuan, lembah serta padang pasir yang panas,
demi untuk mencari siapakah manusia yang membawa risalah agung itu.
satu hal yang aku pelajari, bahwa tabiat jalan ini tidak datang kepada kita, tetapi kitalah yang harus mendatanginya, dengan jiwa, harta dan jasad.

masihkah engkau ingat, seorang pemuda soleh di hujung kota.
dialah pemuda yang di cinta penduduk langit dan bumi.
dialah pemuda yang paling santun kepada ibunya yang telah uzur.
dah tubuh itu juga yang menggendong ibunya ketika hatinya melonjak-lonjak ingin bertemu kekasih Allah itu.
satu hal juga yang aku pelajari darinya, tentang budi, tentang ketaatan dan akhlak mulia tiada tandingan. bagaimanakah kamu mampu bersabar wahai Uwais Al-Qarni?

masihkah engkau ingat, saudaranya Ali bin Abi Talib..
ketika 17 tahun menyendiri di suatu daerah yang jauh setelah dia mengimani risalah ini, lalu di sana ia bina lapis-lapis generasi, dialah murabbi yang bermurabbikan Allah. lalu bagaimanakah jiwa mu menjadi luas wahai Jaafar bin Abi Talib, di saat engkau harus tetap istiqamah pada jalan Tuhan ini? dan Allah memanggilmu sebagai syahid di Mu'tah?
satu hal lagi yang aku pelajari, bagaimana untuk aku menjaga tarbiyah dzatiyah, agar aku tidak futur pada jalan ini.

maka aku sungguh cemburu.

aku cemburu, bila mana makanan dan pakaian ku masih sempurna pada saban hari yang aku lalui, sedangkan mereka-mereka terdahulu mengikat perut dengan batu untuk menahan lapar yang menggila, dan baju yang lusuh penuh tampalan kerana tak punya apa-apa.

aku cemburu, di saat aku masih mengeluh tidak cukup gaji, sedangkan mereka hanya pulang dengan menangisi diri yang tak punya apa-apa untuk diinfaqkan pada jalan ini.

aku cemburu, bila mana aku masih mempunyai keluarga yang memahami jalan ini, sedangkan Mus'ab tidak pernah goyah ketika melihat ibunya di depan mata seolah-olah membunuh diri perlahan-lahan ketika Mus'ab tetap mempertahankan imannya.

tidakkah kalian cemburu?
tidak cukupkah kisah mereka terdahulu menjadi penyemangat untuk jiwa yang rapuh ini teguh?

jalan kita, belum berdarah ukhti..

MASIH BELUM.

kerana itu, jangan kita rebah.

dan bersabarlah. kerana sabar pada benturan pertama itu Allah ganti dengan syurga.
yakinilah, dan kuatkanlah aku juga meyakininya.
kerana semua ini,
adalah untuk mempersiapkan kita semua kepada sesuatu yang lebih besar di hadapan kelak.

berpautlah pada pohon tarbiyah yang kukuh. yang akarnya menancap kuat dengan tanah milik Allah.



rabu, 05112014, 0515pm.

17 February 2011

Dia dikatakan seperti Rasulullah..



bismillahirahmannirrahim..


alhamdulillah.. syukur ke atas segala nikmat yg telah Allah berikan kpd diri ini.. nikmat yg tak terbeli.. iaitu nikmat iman dan islam..

sekadar ingin lagi berkongsi sedikit dr pmbacaan sy.. insyaAllah..

mungkin sudah biase di dengar nama seorang hamba Allah ini di telinga korg.. dan hamba Allah ini sangat2 mmbuatkn sy jatuh cinta.. org kata beliau sangat mirip dengan Rasulullah saw.. korg rasa2 sape ek??

jom kita bersharing2 tntg beliau.. :)

beliau merupa anak seorg khalifah, khalifah yg pernah memegang pemerintahan islam selepas permergian Rasulullah saw.. khalifah yg sangat tegas dan berani.. iaitu.. khalifah umar al-khattab..

beliau pernah ingin pergi berperang ketika umur beliau 13tahun.. huhu ..[kalau kite la umur time tu, mesti tgh sibuk2 main guli depan umah kot.].. wktu tu perang badar, beliau nk ikut ayahnya sama2 pergi berperang.. tetapi beliau tidak di izinkan krn umurnya yg tidak mencukupi utk pergi berperang.. sedihnyer.. :(

beliau adalh org yg sangat sygkan Rasulullah.. dan beliau sgt mengikuti jejak langkah rasulullah.. bertapa tingginya kecintaan dan kesetiaan beliau kepada rasulullah.. ade satu kisah, yg mungkin korg dh pernah dgr..

suatu hari, dia pernah ternampak rasulullah bersama untanya berjalan di suatu tempat.. dan kemudian untanya berpusing dua kali tanpa diperintah penunggangnya (rasulullah) kemudian barulah rasulullah turun dan solat dua rakaat..

suatu ketika beliau (Ibnu Umar) ni pun melalui jalan yg sama, beliau memusingkan untanya dua kali kemudian turun dan solat dua rakaat.. sama seperti yg telah di lakukan rasulullah..

betapa taat dan setianya beliau.. segala perbuatan rasulullah dia ikuti.. dan saidatina 'Aisyah juga mengaguminya.. dan berkata "Tidak seorang pun yg ittiba' kepada rasulullah melebihi ittiba'nya ibnu Umar."

wah, beruntungnya menjadi seperti beliau..
dan sewaktu zamannya.. org2 beriman juga berdoa kepada Allah dgn doa..
" Ya Allah, jangan Engkau panggil Ibnu Umar selama aku masih hidup, agar aku bisa mencontohinya, krn aku tidak melihat org lain yg serupa dgn rasulullah selain dia."

Beliau jgk adlh org yg sangat jujur dn berterus terang.. jika org2 bertanya kepadanya tntg sesuatu perkara atau fatwa, jika beliau tidak mengetahui akn perkara itu.. maka beliau akan menjawab tidak tahu..
bertapa jujur dan terus terangnya beliau.. cuba kita tgk la diri kita.. kadang2 kita sush utk berterus terang atau jujur dgn ssuatu perkara...
contoh, bile org tnya kita tntg smething.. yg pd hakikatnya kita x tahu pun benda tu.. tp, krn ego xnk terasa malu.. dn takut org ckp kite nih bodoh sbb benda tu pun xtau.. kita snggup utk tidak berterus trg dan bercakap jujur yg sebenarnya kita tak tahu pun perkara tu.. insaf2 la buat mereka2 yg suka berperangai seperti itu.. menyakitkan taw tak.. hehe

beliau juga pernah di lantik utk menjadi seorg hakim oleh khalifah Utsman ra. tetapi beliau menolak jawatan itu.. atas alasan yg sgt munasabah..

nih share sikit tntg hakim2 nih.. hakim nih terbahagi kepada 3 macam golongn..

1. hakim yg memutuskan perkara tidak berdasar ilmu, maka dia akn masuk neraka.
2. hakim yg memutuskan perkara dgn semahunya saja, maka dia akn masuk neraka.
3. dan hakim yg memutuskn perkara dgn berijtihaj dan hasil ijtihajnya tepat, maka dia tidak mndapat apa2, tidak mndapat dosa juga tidk mndapat pahala.

bertapa sebenarnya berat amanah seorg hakim nih.. bagi sape2 yg nk jadi hakim tu... fikir2kn lah.. skrg anda sudh tahu..
seorg yg teguh iman seperti Ibnu Umar juga xsggup utk memegang jawatan hakim krn 3 macam perkara nih... apatah lg org2 biase mcm kita.. yg mgkin iman masih terumbang-ambing enth seperti ape.. tup..tup.. nk jadi hakim.. berhati2 lah... jadi hakim boleh.. tetapi jadilah hakim seperti golongn yg ketiga.

beliau juga terkenal dgn seorg yg zuhud dan dermawan.. sekali pun beliau mempunyai harta kekayaan... tetapi beliau tidak pernah hidup bermewah-mewahan dgn harta yg beliau miliki..
kedermawaannya ditujukan kepada org2 miskin dan anak2 yatim.. org2 miskin sgt mengenali beliau.. setiap hari org2 miskin akn menunggu di tempat beliau lalu dan apabila beliau lalu di tempat itu.. org2 miskin pn mengerumuninya seperti kawanan lebah yg mengerumuni bunga utk mngmbil sari madunya..

sedangkan kita?? jauh sekali.. ya Allah.. ke manakah harta benda kita.. ? di telan dn di habiskan utk keperluan sendiri kah? jom.. same2 kita perbaiki dn mensucikan harta2 kita.. [mcm bnyk sgt la plak bunyi die.. :P ]

latihkanlah dirimu utk lebih banyak memberi.. :)


tak ade motif, sekadar gambar hiasan.


em, satu lagi yg menarik perhatian sy tntg Ibnu Umar ini.. sangat terkena kot pada diri sendiri..
nak jadi cerita suatu hari ada seorg sahabat beliau mendatangi beliau dan mmbawa ubat mujarab dari Iraq, beliau bertanya kepada sahabatnya.
"untuk apakah ubat ini?" lalu sahabatnya mnjawab.
"untuk melancarkan pencernaan." lalu Ibnu Umar menjawab.
"Selama 40 thn ini aku blm pernah mkn sampai kenyang".. :)

pang!! tertampar kot sy.. hehe

see, tidak pernah mkn sampai kenyang selama 40 thn. bkn krn beliau miskin. tetapi krn sifat zuhud yg ada pdnya..
kita?? hmm.. xyah cakap org lain la.. diri sndiri nih.. klu mkn.. dh xingat dunia kot.. bkn mkn sbb perlu, tp mkn sbb nafsu.. isy3.. itulah kite, kdg2, bile mkn smpai rse nk termuntah2 n sendawa bnyk kali baru nk stop.. tu pun klu stop.. ade plak jenis org, yg klu mkn.. berapa minit leps mkn.. smbung lagi dgn mkn benda len.. sedangkn perut kenyang sgt dh pun.. dh smpai xlarat nk bngun pun ade.. isy3..

sbnrnye bile dh bnyk sgt mkn nih, akan wat kite jadi malas utk bergerak.. n bile malas nk bergerak.. bnyk la keje2 yg akn tertangguh.. mula la kita bermalas2..
ade plak stgh org, die xmkn bnyk2, tp die mkn mknan yg mahal2 tp sikit.. tu pun same jgk dua kali lima.. even xmkn smpai kenyang pun, tetapi tetp jgk ade unsur membazir ye kat situ.. :)

so, skrg, mari kite mencontohi Ibnu Umar. mkn sekadar perlu. bkn mkn utk kenyang saja..[nasihat pd diri sndiri..hehe]

sbnrnye bnyk sgt sifat2 dan akhlak2 terpuji Abdullah bin Umar nih.. xlarat nk cite.. tapi nih la yg basic2 yg perlu kita tahu dn amalkan..

kita kata kita cinta rasulullah.. tetapi knp tidak utk kita mengikuti sunnah dan akhlak baginda.. serta kenapa tidak kita mencontohi sahabat2 baginda yg insyaAllah direct dpt tarbiyah dari rasulullah sndiri.. mereka lah generasi Al-quran yg harus kita contohi..
walaupun kita tak kan mmpu mnjadi generasi al-quran sperti sahabat2 baginda.. tetapi.. kita boleh berusaha utk mmbentuk diri menjadi seperti mereka.. insyaAllah..

sekadar sharing pendek dari sy.. mgkin byk juga kekurangan yg tak tertampung.. moga2 ade serba sedikit ibrah yg boleh kita ambil sebagai panduan dalam ingin membentuk sahsiah diri dgn akhlak terpuji..

jika ada yg kurg, ampun maaf, sy budak baru belajar.. :)

wuallahu'alam..


sumber: 60 Sirah sahabat Nabi-karya Khalid Muhammad Khalid.


Princess Mos, 27791