Pages

..::sahabat pena::..

26 December 2009

duhai hati

salam..
huh..terasa lame gak xupdate blog..mmg xde masa, bz ngn kuliah jer.. insyaAllah after final nk try start balik mnulis kat blog nih.. berkongsi ilmu dn cerita2 yg bermanfaat..

sesungguhnya seperti ini lah kehidupan..adakalanya rasa semuanya dh ok dan sempurna..tp sbnrnya tidak..adakah kerana manusia ini kurg bersyukur, ataupn mmg manusia itu tak mngerti apa2..arghh..
hidup ini jgk terlalu bnyak persoalan yg kdg2 tidak pernah habis terjawab... sungguh, ia sgt menyakiti.. tp itulah realiti..realiti yang jarang dihargai..

duhai hati,
Tuhan itu tidak pernah menzalimi,
Malah Dia sangat mengerti segala sesuatu,
Tapi mengapa kita harus menzalimi diri sendiri??
Sedangkan hidup itu terlalu banyak pilihan,,
Yang tidak terjangka oleh akal fikiran..

Penaku,
MZ_27791

27 October 2009

Biar bunga bicara....

Biar bunga bicara,
Di atas daun jingga,
Tentang hati yang terbuka..
Di lentera sepi penuh kerinduan,
Di atas sejadah usang nan basah…

Biarkan bunga bicara,
Di atas daun jingga,
Tentang keping-keping hati,
Di malam tanpa suara,
Sambil wajah mengadap bintang nan kelam….

Biar bunga bicara,
Di atas daun jingga,
Tentang ruang-ruang jiwa,
Di daerah jauh tiada nyawa,
Sehingga tiada warna darah nan merah…..

Biar bunga bicara,
Di atas hati kumbang yang datang,
Agar tersentuh,
Lalu mengerti bicara bunga….

Dengarlah bunga bicara,
Sekali saja,
Lalu pergilah,
Pasti bunga tidak kecewa..

Penaku,
MZ_27791

26 September 2009

Buat Adam dari Hawa....

Adam,
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu,
Sesungguhnya aku adalah HAWA,
Teman mu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu,
Aku asalnya dari tulang rusuk mu yang bengkok,
Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan dari mu,
Juga sentiasa mahu tersasar dari landasan kerana aku buruan syaitan.....

Adam,
Maha Suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaum mu di akhir zaman,
Itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusan-Nya,
Jika bilangan kaum mu mengatasi kaumku ,
Nescaya merahlah dunia ini kerana darah manusia,
Kacau bilaulah suasana,
Adam sesama Adam bermusuhan kerana Hawa,
Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil,
Sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya pun,
Jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah,
Yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi lebih dari empat dalam satu masa,...

Adam,
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku,
Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku,
Tapi....aku risau menyaksikan tingkah mu,
Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isteri mu,
Namun....terasa berat pula untukku menyatakan isi perkara ini...

Adam,
Aku tahu bahawa dalam al-quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita,
Kau diberi AMANAH untuk MENDIDIKKU,
Kau diberi TANGGUNGJAWAB untuk MENJAGAKU,
MEMERHATI dan MENGAWASIKU,
Agar sentiasa di dalam REDHO Tuhan,
Tapi Adam..nyata dan rata-rata apa yang terjadi pada kaumku kini,
Aku dan kaumku telah ramai menderhakai mu,
Ramai yang menyimpang dari jalan yang ditetapkan,
Asalnya Allah menghendakiku tinggal tetap dirumah,
Kerana di jalan-jalan,di pasar-pasar,di Bandar-bandar bukan tempatku,
Jika terpaksa keluar,
Seluruh tubuhku mesti ditutup,
Dari hujung rambut hingga hujung kaki,
Tapi....realitinya kini, HAWA telah lebih dari sepatutnya....
Adam,
Mengapa kau biar aku begini????

Aku jadi ibu,
Aku jadi guru itu sudah tentu katamu,
Aku ibu dan guru kepada anak-anak mu,
Tapi sekarang diwaktu yang sama,
Aku kehadapan menguruskan hal negara,
Aku ke hutan memikul senjata,
Padahal kau duduk bersahaja,
Ada di antara kau yang menganggur tidak bekerja,
Tetapi kaumku,
Kainnya tinggi menyingsing paha mengamankan negara,
Apakah sudah hilang kasih suci mu terhadapku???

Adam,
Marahkah kau jika ku katakan andainya HAWA terpesong,
Maka Adam yang patut dipersalahkan!!!!
Kenapa???
Mengapa begitu Adam???
Ya, ramai orang kata jika anak jahat, itu kerna ibu dan ayah tidak pandai mendidik,
Jika murid bodoh salah kan guru tidak pandai mengajar.....

Adam,
Kau selalu berkata HAWA memang degil kerana tidak mahu mendengar kata...
Adam...seharusnya kau tanya dirimu ,
Apakah didikan mu terhadapku sama seperti didikan Baginda Rasullah SAW terhadap isteri-isterinya???
Adakah Adam melayani HAWA sama seperi psikologi Baginda kepada mereka???
Adakah akhlak Adam-adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum hawa???

Adam,
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmum mu,
Aku adalah pengikut-pengikut mu,
Kerana kau adalah ketua,
Jika kau benar maka benarlah aku,
Jika kau lalai maka lalailah aku,
Kau punya kelebihan akal,
Manakala aku punya kelebihan nafsu,
Akal mu Sembilan nafsu mu satu,
Aku....akalku satu nafsuku beribu,
Dan itu Adam,
Pimpinlah tanganku kerana aku sering lupa dan lalai,
Sering aku tergelincir di tolak sorong oleh nafsuku serta kuncu-kuncunya,
Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah,
Perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuham mu agar menerangi hidupku,
Tiupkanlah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah...

Adam,
Andainya aku masih lalai dengan kerenahnya sendiri,
Masih segan mengikut langkah para sahabat,
Makin gentar mencegah mungkar,
Maka kita tunggu dan lihatlah,
Dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah,
Malulah engkau Adam,
Malulah pada diri engkau sendiri,
Dan pada Tuhan mu...yang engkau agungkan itu.......

13 June 2009


Tazkirah hati


jom..
kita cerita2 tentang hati..
Hati merupakan organ penting dalam tubuh manusia..
Allah juga telah berfirman;-
"Dan sungguh, akan Kami isi neraka Jahanam banyak dari kalangan jin dan manusia.
mereka memiliki hati, tetapi tidak dipergunakannya utk memahami (ayat2 Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda2 kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak digunakan untuk mendengar (ayat2 Allah) ..mereka seperti haiwan ternak,bahkan lebih sesat lagi.mereka itulah orang2 yg lengah.."surah 7;179

Lalu apakah lagi alasan kita yang tidak pernah berhenti mengotorkan hati??
Tidak penat kah?
kesianilah sebuah hati itu..kerna ia sering rapuh..sering berbolak-balik,seperti air yg sedang menggelegak..
maka,berhentilah menyiksa sebuah hati..
jika kamu bukanlah orang yang menzalimi diri sendiri...
fiman Allah;-
"sesungguhnya orang2 mukmin yg sebenarnya adalah mereka yang beriman kpd Allah dan rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu2, dan mereka berjihad dengan harta dan jiwanya di jalan Allah..Mereka itulah org2 yg benar.." surah 49;15

Allah juga telah berfirman,wahai org2 mukmin...berjihadlah kamu dgn harta dan jiwamu...maka tidakkah kamu terfikir bahawa jiwa itu adalah seluruh hati kamu...
..kerna jalan menuju syurga itu bukanlah jalan2 yang dihiasi dengan mawar mewangi,ataupun jalan2 yang dihiasi dgn batu2 yg berwarna-warni mahuoun pasir2 yg halus..namun jalan menuju syurga itu adlh jalan2 yg penuh dgn duri2,lopak2,mahupun apa saja bentuk kesakitan yg tidak mampu terbayar kecuali dgn nikmat syurga yg kekal abadi,...
lalu,..sucikan dan ikhlaskanlah hatimu...

Penaku,
MZ_27791