Pages

..::sahabat pena::..

30 January 2012

Diam.

[kredit]


telus..

namun kadang ia tak tembus..

ke dalam.

dan akhirnya meletus..

pecah.

membuak-buak hingga tak tahu bagaimana..

untuk aku luah,

kerana sudah berdarah,

merah..


ingin aku serah,

ia tak mudah..

ingin pasrah,

namun aku rasa susah..


diam.

dalam tangis,

terkadang lebih indah.


"Segala puji Allah yang telah menghilangkan kesedihan dari kami. Sungguh, 
Tuhan kami benar-benar Maha Pengampun, Maha mensyukuri." [ Surah Fathir, 35:34]



Princess Mos,
surabaya.

..........

26 January 2012

kerana aku hanya seorang bunda...

Tak jumpe gambar pompuan plak..hihi [kredit]


ingin sy tekankan terlebih dahulu.. bahwa sy belum ada anak lg.. ok? :)

tp sy sudah menjadi bunda.. dalam erti kata yg lain..

mak kpd ank2 usrah sy.. huhu.

...memang berat tanggungjwb ini sy rasakan.

seberat tanggungjwb seorang ibu kepada anak kndungnya..

tanggungjwb yg besar.. walaupun sy tidak merasai sakitnya melahirkan mereka..

tp ternyata, membesarkan mereka dgn iman dan islam itu lebih sakit dari melahirkan mereka secara zahir..

ia tak semudah yg kita bygkan..

mgkin anak2 itu terlahir dr progrm tajmi' yg sama..

tp ingin sy tekankan lg..

bahwa mereka adalah MANUSIA YG BERBEZA!!...

dan mereka memerlukan sentuhan yg berbeza dari tangan seorang bunda..

dan ia bgku.. bukanlah suatu yg mudah..

masing-masing ada ulah, sifat, pndapat,.. dan pelbagai tingkah yg cukup mmbuatkan kita pening kepala.

namun terkadang ia menjadi hiburan yg mmbahagiakan kita..

sgt bahagia..! sehingga kita rasa tidak mahu melepaskan mereka pergi meninggalkan kita..

sedaya upaya kita menjaga mereka.. seperti menatang minyak yg penuh.. agar tercukuplah keperluan mereka..

kerana dakwah ini adalah perjalanan yg sgt panjang.. ia memerlukan bekal yg banyak..banyak dan banyak..

begitu jgk diri sy.. krn sy juga sperti mereka.. yg sama2 akan merentasi dan melewati jalan ini..

menggenggam tangan mereka agar tidak terlepas.. agar tidak tersasar dari jalan yang lurus...

namun, ia bukan mudah..

bukan krn sy merasakan ia susah.. dan tidak mahu berfikir ia mudah.

tp itulah realiti.. kenyataan.. bahkan hakikat yg perlu kita terima.. kerana ia merupakan sunnatullah di jalan dakwah ini...

17 January 2012

Warna.

[kredit]


cinta menurutku tak berwarna

ia menjadi jingga sebagai mana kau memaknainya

ia pun menjadi kuning, biru dan merah

sebagaimana kau menginginkannya

cinta bagiku tak ubahnya kumpulan narasi

tentang kejujuran dan keberanian

tentang kemarahan dan kasih sayang

cinta adalah lukisan yang unik dan tak terkatakan

sebab ia menenggelamkan kita

pada angan-angan dan mimpi yang abadi

dan cintaku padamu

adalah surga yang tak bisa kumasuki

jika tanpamu



by: Asma Nadia (Penulis Buku)


..............

09 January 2012

Percikan!



ia terasa di hati.

dalam dan mengguris.

bagai percikan api.

terima kasih.



Princess Mos,
Surabaya.



........

05 January 2012

embun-embun hidayah-Mu yang sejuk itu..

[kredit]


bismillah..

sudah masuk pun 2012..

cepat sungguh masa berlalu.. dekat sungguh ajalku..

alhamdulillah.. alhamdulillah.. alhamdulillah.. krn aku dan mereka masih tetap bergandingan di jalan ini.

jalan perjuangan Rasulullah dan para sahabat tempuhi..

jalan di mana di antara kami saling mendoakan walau terpisah benua dan lautan.. 

malah tidak pernah saling mengenal..

alhamdulillah..

inilah nikmat2 Allah yang telah mengalahkan azab2-Nya..

dan kesabaran menjadi kuncinya..

ketaatan menjadi pegangan yang menguatkan..

di saat iman luntur dari kain hati yang lusuh dan memburuk...


aku tahu..

utk melahirkan mereka yang faham akan dakwah ini memerlukan tempoh masa yang panjang..

namun ada yg sebentar saja..

dan ia tidak menentu.. krn manusia itu sungguh berbeza sekali sifat dan wataknya..

dan ditengah2 perjalanan panjang ini entah berapa kali aku down..

entah berapa kali aku berfikir untuk berhenti..

namun, syukur ya Allah..

krn Kau masih mahu memujukku..

melindungiku..

membasahiku..

dengan embun-embun hidayah-Mu yang sejuk itu..


ya.. memang perlu aku mendoakn mereka dalam sepi dan kedinginan malam..

atau dalam tangisan yg sungguh mnyebalkan..

krn pada Allah tempat mengadu segala resah.


kata murabbi ku..

"kita tidak ada apa2nya kalau bukan krn doa kita.."

aku hadam bait2 itu..

ya.. sesungguhnya memang salah diri ini.

sombong pada Allah..

angkuh dengan kekerdilan diri..

malas utk berdoa..

sedangkan doa itulah senjata orang-orang mukmin...


ya Allah,

hadirkanlah hati kami..

dan satukanlah ia..

dekatkanlah dengan sedekatnya..

agar ia tidak terlerai di saat mehnah di dalam dakwah ini menyapa kami..

kembalikan aku.


"Tidak ada doa mereka selain ucapan: "Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebih-lebihan dalam urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami, dan tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."  [ali-imran: 147]


Princess Mos,
Surabaya.