Pages

..::sahabat pena::..

11 February 2010

Hampirilah Dia dengan sepenuh cinta..


Sahabat, suatu ketika engkau dapati dirimu sedang kehausan, kerongkong yg kering amat menyiksa diri seolah berada di tengah lautan pasir yg tandus.. hampir saja tubuh mu lemah tak tahan menahannya. Tanpa disedari, engkau bangkit untk mencari minum. ketika air itu menyentuh kerongkongmu, apa yg dirasakan?? Nikmat, bukan? knp? kerana engkau sgt memerlukannya! krn saat itu, engkau sgt memerlukan air utk melepaskan dahaga..

seperti itulh bile kita beribadah kpd Allah.. kita akan rasa nikmat apabila memerlukan Dia.. krnNya, lahirlah rasa CINTA. CINTA terasa nikmat apabila kesetiaannya teruji, Itulah rahsia disebalik ujian yg diberikan-Nya.. agar kita berlari mendekati-Nya.. lebih dekat dan semakin dekat sehingga kita dan Dia tak berjarak...

Untuk mencapai darjat kedekatan hamba pada tuhannya perlulah proses duhai sahabatku.. Ibarat mendaki gunung yang tinggi, juram yg curam ataupun tgga yg tinggi di mana puncaknya adalah tujuan. Untuk menaiki dari satu anak tgga ke satu ank tgga yg lainnya, kita memerlukan energi yg luar biasa. Menuntut seluruh fikiran, segenap jiwa dan setulus hati. Itulah keikhlasan , sifat tertinngi seorg hamba utk memperoleh darjat tertinngi yg bernama taqwa..

" Sesungguhnya org yg paling mulia diantara kamu di sisi Allah ialah org yg paling bertaqwa di antara kamu" [49:13]

Sahabatku, sesungguhnya kecintaan seorang mukmin pada tuhannya tergambar jelas ketika ia menghadapi ujian Allah. Seseorg yg mencintai Allah akan sentiasa percaya bahawa di sebalik cubaan itu ada rahsia hikmah yg hendak di berikan-Nya. Itulah keindah seorg mukmin sejati yang hanya di berikan pada mseorg mukmin yg sejati..

"Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi org2 yg kusyu'. Iaitu org2 yg meyakini bahawa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahawa mereka akan kembali kepada-Nya" [2:45-46]

Sesungguhnya sahabatku, Allah beserta org2 yg sabar, maka bersabarlah dengan kesabaran yg baik. Bagaimana sabar yg baik itu?? dan apa makna dari sabar yg sesungguhnya??

Sabar adalah sikap tenang seseorg dalam mghadapi sesuatu permasalahan di mana ia dpt menahan dirinya, tabah menghadapinya, tetap istiqamah dalam beribadah kpd Rabb-Nya, membetulkan dgn teliti apa yg menjadi penyebab terjadinya masalah dengan usaha semaksimal mgkin... kemudian hasil dari upaya dn ikhtiar itu di serahkan kpd Allah...

Sahabatku, mari bersabar dalam menghadapi taqwa. Sungguh, dia amat syg pada kita..

Hampirilah Dia dengan sepenuh CINTA...

Penaku,
MZ_27791

No comments:

Post a Comment