Dr video yg sgt indah, kata2 yg sgt menyentuh lubuk hati..trime ksih krn mnyedarkan diri yg sering lalai dn terleka ini...
Wahai kakakku,
Kenapakah lemah sungguh kaum hawa itu?
Asyik bertemankan tangis dan sendu sahaja.....
Wahai adikku,
Bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan sendunya,
Tetapi disitulah wahai adikku,
KEKUATAN bisa meleburkan ego seorang lelaki..
Menjadi izzah yang paling gah..
Bahkan lebih gah dari egonya seorang lelaki..
Kerana sendu rayunya,
Musa A.S terselamat dari kekejaman Firaun..
Duhai adikku,
Lembut wanita itu bukan lemah..
Tetapi senjata..
Namun wahai kakakku,
Wanita itu fitnah dunia..
Pernahkah adikku dengar..
Pesanan Ilahi pada hambaNya?
''Wahai lelaki-lelaki yang beriman,tundukkanlah pandanganmu,
dan tutupkanlah auratmu..''
Cuba adik nilai,
Pada siapa terlebih dahulu Allah dahulukan pesanannya?
PADA HAMBA YANG BERGELAR AR-RIJAL..
Kerana andai si lelaki menjaga pandangannya,
Maka tidak mungkin terlihat akan wanita yang menjadi
fitnah pada dirinya...
Dan,tidaklah Allah lupakan pesanan buat wanita..
Agar memelihara auratnya..
Kerana disitulah kehormatannya..
Bukan fitnah semata-mata,
jikalau arrijal dan annisa' sama-sama mematuhi pesanan Ilahi itu..
Sesungguhnya wanita yang beriman yang solehah itu lebih baik
dari ribuan lelaki yang soleh...
Tetapi kakakku,
Kenapa wanita itu menjadi peragaaan?
Tidakkah mereka merasa malu?
Wahai adikku sayang...
AL-HAYA'(sifat malu)
Ada dalam diri setiap insan..
Wujudnya seiring dengan nafas insani..
Dan AL-HAYA' itulah pakaian iman..
Pada diri wanita itu indah al-haya' sebagai pembenteng diri..
Namun...
bila al-haya' itu lebur,
imannya runtuh..
Kenapakah mereka merelakan diri menjadi peragaan?
Kerana mereka sebenarnya PARANOID..
Merasakan diri belum cukup menarik..
Mereka sebenarnya yang kalah dari segi psikologi..
Namun adikku,
Wanita soleh itu pasti melindungi diri mereka
dari perbuatan murahan itu..
Wahai adikku,
1001 keindahan penciptaan wanita..
Pandai-pandailah dikau menilai..
Antara permata dan debu-debu kilauan pasir..
Wahai adikku,
Janganlah adik gusar..
Tatkala tiada lelaki yang hadir memetikmu..
Dan janganlah engkau sekali-kali merendahkan dirimu..
menggugurkan diri..menyembah tanah..
Sedangkan engkau sebenarnya ,
Telah Allah jadikan begitu tinggi martabatmu...
No comments:
Post a Comment