Pages

..::sahabat pena::..

09 January 2014

jalan ini bukanlah jalan kita sendiri..

in the name of Allah..the most gracious, the most merciful..





tiada cahaya yang Allah pancarkan ke dalam dada manusia,
kalaulah bukan untuk menerangkan apa yang gelap dan apa yang keliru,
dan dari cahaya itu,
manusia mampu berjalan dengan laju mahupun perlahan-lahan menuju Allah,
baik dengan rasa ringan mahupun berat,
keikhlasannya pasti akan membawanya bertemu dengan wajah Allah,
di sebuah pasar yang di nanti-nanti olehnya.
di sana... di akhirat yg abadi.

141211,
kamar kecilku.


di luar jendela, hujan masih mahu membasah bumi. Najla terdiam seketika merenung jauh air hujan yang tanpa henti membasah bumi sambil menghirup kopi panasnya perlahan-lahan.

"Naj, awak tengok apa tu? jauh termenung ye?" tegur farah yang tiba-tiba saja masuk bilik.

"Terkejut saya awak ni." Najla sambil tangannya mengurut-ngurut dada. Farah cuma tergelak kecil. Najla memang lemah semangat orangnya.

"Apa yang awak menungkan tu Naj? Sehari ni awak tak turun makan, tak keluar. selalu mesti awak tak duduk rumah pun. Sibuk ke sana ke mari. Awak ok ke?" Ujar Farah. Kedengaran Najla menghembus nafas kuat seolah-olah mengeluh. Matanya masih tetap memandang ke luar jendela.

"Saya ok je Farah, cuma rasa tak sihat sikit je. hmm... orang rumah ni semua pergi mana, keluar ke?" Najla berusaha mengalihkan perbualan. Farah hanya menggelengkan kepala.

"Aina keluar, Farhah balik. Katanya ibunya tak sihat. Atikah dan Aliya usrah kot." 

"Owh, awak tak ada plan apa2 ke hari ni?" Soal Najla lagi.

"Saya nak berehat. Letih." Ujar Farah sambil menunjukkan mimik wajahnya keletihan. Suasana bilik itu sepi seketika. 

"Farah, pernah tak dalam hidup awak, awak rasa nak pergi jauh, sangat jauh dari semua orang?" Tiba-tiba Najla bersuara menanyakan soalan itu.

"Kenapa awak tanya macam tu? Awak ada masalah dengan siapa?" Farah tertanya-tanya dengan soalan pelik Najla.

"Tak adalah. saya tak ada masalah dengan sesiapa pun. Malah tak mahupun mencari masalah. cuma kadang-kadang saya rasa macam nak pergi jauh dari semua orang." Najla melanjutkan kata-katanya.

"Tak salah pun kalau kita nak pergi jauh Naj. Asalkan kita tak menjauhkan diri kita dari Allah." 

"Saya rasa letih dengan kerja-kerja yang saya buat. Saya tahu, mungkin saya kurang ikhlas. Tapi mulut saya selalu cakap, insyaAllah saya ikhlas. tapi hakikatnya, saya dah jenuh, dan saya dah bosan dengan apa yg saya buat." Keluh Najla.

"Kadang-kadang memang Allah akan hadirkan kejenuhan tu, untuk membersihkan kita. Tak salah untuk seorang dai seperti kita berehat sebentar untuk kembalikan rasa tu, tetapi bukanlah untuk bermalasan-malasan setelah kita berehat. Rehat kita adalah untuk muhasabah." Ujar Farah penuh berhati-hati.

"Tapi, kenapa manusia ni.. maksud saya, bila nampak someone tu down sikit, terus cakap macam-macam. cakap tarbiyah dia tak cukup lagi lah, mutabaah tak settle lagi lah, buat benda lagha lah atau mungkin mereka akan cakap.. malaslah tu. huhu." Najla seolah-olah mengeluarkan isi hati.

"Manusia memang suka assume berbanding ask.. Tapi kita tahu siapa diri kita kan Naj. Atau mungkin itu cuma perasaan kita je, sedangkan mereka tak cakap apa-apa pun. Husnuzhon lah." Ujar Farah lembut.

"Saya tak mahu jadi orang yang tersungkur dari jalan ni. Saya tahu, syurga adalah tempat rehat kita yang abadi. Cuma kita manusia biasa. Kadang-kadang saya rasa saya buat hanya nak memenuhi kehendak orang, kehendak akhwat dan kehendak jemaah." Keluh Najla lagi.

"Istighfar Naj. Jalan ini memang akan meminta segalanya dari diri kita, fikiran, tenaga, harta, masa, bahkan suatu saat nanti darah juga. Tidak ada perkerjaan atau perjuangan yang tidak melelahkan. Perbaikilah imanmu, dan perbaharuilah niat dan keikhlasanmu. Tidak ada amal kebaikan yang hambanya lakukan dengan ikhlas melainkan amal-amal itu terhitung sebagai pahala untuknya." 

"Kadang-kadangkan... saya rasa tak sabar nak bertemu Allah. Tapi saya malu, sebab saya tak bersungguh-sungguh pun buat kerja. Saya masih lagi manja, masih lagi bermain-main. Masih lagi buat dosa." 

Farah memeluk erat tubuh Najla. Menenangkan.


********

kadang-kadang,
kita seperti hampir tersungkur dari jalan ini,
tetapi jalan ini bukanlah jalan kita sendiri,
kita ada mereka, 
manusia-manusia yang masih kuat imannya, mantap pendiriannya,
izinkanlah mereka menarik tangan kita sekuatnya,
agar tak jatuh ke lubang neraka,
tak jauh dari Pencipta syurga.

Jalan ini memerlukan manusia yang faham dan setia,
yang faham kenapa perlu setia,
dan yang setia kerana dia faham akan tujuannya.

jalan ini akan menapis, 
tapisan itu akan terus menapis,
dan kita akan terus tertapis,
walau kamu sudah faham betul tujuannya,
kerana selagi ruh mu tidak diangkat mengadap Tuhanmu,
masih belum ada jaminan untuk kamu tidak akan tersungkur,
sehebat apa pun kamu.
Tolong ingat itu.

Cuma itu.

saya perlukan antum untuk tarik tangan saya, dan tampar saya supaya saya tersedar. Plizzz... 


Princess Mos,
090114
Puncak Alam.


No comments:

Post a Comment