Pages

..::sahabat pena::..

07 November 2010

Nikah, sebuah perjanjian dengan Allah..

~~bismillahirahmannirrahim..

terasa seruntun malu menyerbu.. tetapi ingin juga sy kongsikan tentang beberapa perkara.. ini mungkin cerita tentang hati, mungkin juga tentang hidup, atau mungkin juga tentang masa depan..

ada yg bertanya kepada diri ini, "kamu tidak punya teman lelaki, special boyfriend or sgala mcm yg itu..??".. ~~sy tersenyum.. biasalah tu kalau org bertnya..[ kata hati sy..]

tp sejak akhir2 ini, setiap kali sy menemui seseorg, yg mgkin baru mngenali sy.. tak kira di mana.. lecture sy, or ketika sy di bank krn beberapa urusn td pun.. ada yg bertnya.. "awk sudah bernikah? or awk sudh berkeluarga?" .. sy tersenyum lg dgn pertanyaan itu.. dn dihati hati sy mnjawab.. ~~sampai jodoh pasti sy menikah, walaupun pada saat ini sy blm bertemu lg dgn jodoh yg sesuai buat sy..:)

~~perlukah utk ada special boyfriend? or istilah org tgh bercinta.. iaitu kekasih hati??
hmm.. sy rasa tidak perlu,. itulah yg sering sy jawab setelah sy mengetahui hakikat cinta di sisi kaca mata islam, bukan di sisi kaca mata sy sbgai seorang manusia yg punya kehendak..

"kamu tak terasa sunyi tak ada boyfriend?".. kdg2 pertanyaan itu melampau sy rasakn. ttapi, bg org yg sudah biasa, pertanyaan itu normal.. dan jawapan sy utk soalan itu, sy tidak pernah terasa sunyi, krn telah ada beberapa perkara yg mengisi segala kesunyian sy.

"kamu tidak pernah ingin rasa dicintai dan mencintai seseorg??".. sy tersenyum lagi.. sungguh tidak pernah hati ini ingin menipu, krn cinta adalah sebuah anugerah, dan ia sebuah perasaan yg fitrah bg setiap manusia. cuma, bukan utk sy labuhkan cinta ini kepada org yg salah, atau orang yg tidak berhak utk memiliki cinta sy.. cinta itu harus dilabuhkan kena pada tempatnya..

"kalau macam tu, sampai bila hendak menunggu sehingga kamu mampu utk menyintai seseorang?".. ~~bila sampai waktunya, stelah sy bersedia dan ada komitmen utk menikah, dan ada seseorg yg juga berkomitmen yg besar utk menikahi sy.. pasti akan sy buka hati sy utk menerima dan menyintainya.. dan itupun setelah dia menjadi suami yg sah di sisi Allah buat sy..



~~jadilah kamu diantara orang2 yg bebas dr virus merah jambu, krn ia mengotorkan hati, ia akan merosakan hati seperti kanser. jika tidak dicegah, maka ia akan merebak dan terus merebak. krn itulah mencegah lebih baik dari mengubati~~~

Nikah itu ibadah.. bukan sekadar memenuhi tuntutan.. nikah adalah janjimu dengan Allah, dengan keluarga pasangan, dengan pasangan yg kamu nikahi dan dengan kehidupan kamu sepanjang hayat. Ia memerlukan kesediaan luar biasa. Bukan sekadar kesediaan utk membuka hati memberi cinta dan kasih sayang, tetapi kesediaan utk bertanggungjawab ke atas sebuah pernikahan dan sebuah kehidupan.. dan di dalam kesediaan menerima pasangan itu tidak kalah penting juga adalah kesediaan menerima agamanya.

sy pernah mendengar, ketika sy mghadiri satu majlis ilmu, bahawa seorang muslim yg belum bernikah mempunyai satu amanah yg sgt berat ketika dia bersaksi bahwa tiada Tuhan selain Allah, dan Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Dan ia merupakan kesaksian pertama yg pasti ada bg setiap muslim yg blm menikah. Namun bg setiap muslim yg telah menikah, maka bertambahlah satu lagi kesaksian yg berat, iaitu setelah seorang muslim itu melafazkan akad nikah. Krn kesaksian akad nikah merupakan perjanjian dengan Allah, samalah seperti mana kamu mengucapkan dua kalimah syahadah.

Setiap muslim menganuti agama islam adalah untuk seumur hidup, begitulah juga bagi setiap pasangan yang menikah, pasti pernikahan itu juga,adalah untuk seumur hidup..

Di sini sy ingin menekankan bahawa, cinta yg satu adalah cinta yg bersih lagi terjaga sepanjang hidupnya.. yang tidak dikotori oleh hawa nafsu semata-mata.

Bagaimanakah cinta yg dikotori hawa nafsu itu??

Dan itulah cinta yang tidak berlandaskan syariat dan keredhaan Allah.

Bagaimana utk memiliki cinta yg berlandaskan syariat dan keredhaan Allah?

~Menikahlah kamu.~


Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. [ Ar-Ruum:21]


~Ketika kamu memilih pasangan, pilih dan nilailah pasangan kamu menurut penilai Allah, bukan penilaian manusia..~

..Barakallahulakuma..



Penuh Dgn Cinta,

Princess Mos, 27791







3 comments:

  1. coretan yang menarik dan menggegar hati...

    ReplyDelete
  2. syukran.. semoga mmberi mnfaat kepada yg mmbaca..

    ReplyDelete
  3. coretan yd dpt memberi kesegaran (refresh) matlamat dan hala tuju seorang muslim mukmin.

    moga kita dpt elak dari d jangkiti virus merah jambu. bg yg sudah terkena,moga dpt mengubatinya..

    ReplyDelete