Kedua telapak ini menutup rapat wajah,
Tasbih masih keras seiring denyut nadi,
Ketika darah mengalir tanpa henti,
Setitik demi setitik air jernih menyembah bumi...
Gempita seakan memberi isyarat paling ngeri dalam coretan sejarah ini,
Semuanya bertebaran lari sendiri-sendiri,
Ketika tulang belulang tidak teguh lagi menggendong kalimah Ilahi,
Segalanya hancur rata tanpa erti..
aduh,
Aku yang tersangsi menjadi saksi,
Kau seenaknya menuduh diri ini,
Bertubi-tubi,
Akan sebuah kealpaan menyebarkan risalah nabi..
Ini amanahku?
Apa ini amanah mu?
Perjalanan terus berduri,
Terus sepi,
Kau pergi membawa sebuah hati,
Tanpa aku sedari...
Cahaya hening membangkit langit pagi,
Mentari seakan mahu berpesan lagi,
Pada diri,
Tentang bumi yang akan mati,
Sesaat nanti..
ayuh!
Siapa rela sendiri?
Menghitung pasir-pasir sakti,
Di sebuah tanah sahara nan sunyi..
Kerana aku insan yang belum mengerti!
Buatmu INSAN.
dari,
Princess Mos, 27791,
Dlm bilik.
No comments:
Post a Comment