namun ini bukanlah kerana sudah jenuh dan bosan untuk merasai jalan ini..
bukan kerana ingin kalah tanpa berjuang.. tetapi terkadang Allah menguji..
menghadirkan kejenuhan untuk kita... supaya kita muhasabah kembali diri kita..
apakah diri ini sudah cukup "tajarrud" hanya kepada Allah?
sehingga beban2 di jalan ini terasa seperti air sejuk yang menghilangkan kehausan dikala panas terik..
atau menjadi susu yang segar dan mengenyangkan buat mereka yang kelaparan ketika sudah lelah memikul beban yang tidak pernah berhenti silih berganti?
kerana jalan ini memerlukan keikhlasan.. memerlukan perasaan yang mendambakan syurga Allah..
maka segala apa yang kita tempuhi, baik ia sepahit-pahit rasa.. atau manisnya mampu menaikkan kadar gula dalam darah sekali pun.. itu adalah ujian segaligus rahmat dari Allah..
percayalah ukhti,
mendung tidak semestinya hujan,
begitulah medan ini.. kepayahan dan bebenan tidak semestinya sakit dan menyusahkan..
kerana itu memerlukan keteguhan hati.. di mana hati itu terdidik dengan iman yang mantap dan mengalir dalam amal perbuatan.
suatu saat Allah pasti menampakkan apa yang kita kerjakan.. apa yang kita korbankan secara terang mahupun sembunyi.. segalanya diperlihatkan.. tanpa perlu meminta izin.
sy sangat suka dgn kata-kata as-syahid Sayyid Qutb..
"Jika kita hidup untuk diri sendiri, maka kita akan menjadi orang yang kecil, dan mati sebagai orang kecil, Namun jika kita hidup untuk org lain, maka kita akan menjadi orang besar, dan mati sebagai orang besar juga."
Subhannallah...
sy terfikir2, bahwa sesungguhnya dakwah inilah amal yang paling tepat untuk kita "lebih" bermanfaat untuk org lain dan hidup untuk org lain..
dan segala mehnah di jalan ini.. adalah untuk menjadikan kita sebagai "orang besar".. dgn syarat, jika kita bersabar. jika kita sentiasa membetulkan niat kita.. dan jika kita "bertajarrud" hanya kepada Allah.
kerana untuk menjadi da'i yang sempurna adalah da'i yang bertajarrud dan berpegang dgn Al-Quran dan Sunnah Rasulullah.
mampukah kita?
Princess Mos,
Surabaya.
No comments:
Post a Comment