Pages

..::sahabat pena::..

04 April 2012

fantasi bisa berwarna warni..

[kredit]


dengan basmallah aku memulakan penulisanku yg sekian lama membeku..

bukan kerana jari jemari ini kaku.. tp krn kurangnya waktu untuk aku titipkan beberapa pesan buat diriku dan dirimu yang di cintai Allah dan di rindui nabi selalu...

sudah beberapa hari aku membawa diriku jauh.. dari medan realiti ke fantasi.. dan dari fantasi ke medan realiti kembali..

akhirnya ku temui imanku di tengah perjalanan mencari hamasah yang sempat memudar sejak akhir2 ini..

kata seorg akhwat pdku.. ketika aku meluahkan segala keluh kesah di dada,.. seakan2 aku down, tp berpura2 tegar..

katanya.. "ada baiknya kamu selamatkan diri kamu dulu sblm kamu hancur krn sibuk ingin menyelamatkan diri org lain."

tp itu bukan sifatku... diri sendiri bukan keutamaanku ..

namun, realiti akan mengalahkan fantasi.. walau apa pun, sedaya mana pun aku bertahan.. aku tetap manusia biasa yg harus mencari kembali hatiku, hamasahku, imanku,.. untuk aku terus kuat dlm mghadapi mehnah dan ujian di jalan sumpah panjang ini....

fantasi bisa berwarna warni..

namun realiti, kadang kala kita harus menerima satu warna saja.. dan mungkin ia tak seindah yang kita inginkan..
dan mungkin juga ia lebih indah dari apa yg kita bayangkan...

dari perjalanan aku mencari iman dan hamasahku ini..

sumpah, tawakal pada Allah menjadi kuncinya.. biar apa org kata..

aku tetap percaya, aku punya cara tersendiri untuk menghadapi realiti hidup ini....

aku tidak perlukan banyak org untuk mengerti.. kerana setiap manusia punya sisi privacy tersendiri...

punya cara utk menyedapkan hati..

itu lah aku... dan mgkin buat banyak org keliru...

tp tak mengapa, di dunia ini.. tak semua perkara perlu jawapan.. ada saatnya diam itu adalah jawapan yang kita inginkan..

dan semua benda kita tidak boleh mgharapkan semua org faham.. krn batas simpati dan empati kita ada hadnya...

dan aku seringkali cuba utk belajar.. cuba untuk percaya.. bahwa satu masa nnti, Allah akan tunjuk kuasa-Nya..

dan kuasa-Nya tidak mampu di tahan, di halang.. oleh mahluk mana pun terutama manusia...

thanks Allah..

selalu Dia kuatkan aku.


"Wahai golongan jin dan manusia, jika kamu sanggup menembus (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusnya kecuali dengan kekuatan.
[surah Ar-Rahman, 55:33]



Princess Mos,
Daerah ini.


........

No comments:

Post a Comment