Pages

..::sahabat pena::..

03 April 2013

“Syurga” buatan akhwats..


in the name of Allah..the most gracious, the most merciful..





Tanya saja seluruh mahluk di bumi, “siapa nak masuk syurga??
Pasti ada pelbagai jawapan dan reaksi..
Ada yang senyum manis sambil pandangan matanya terbayang2 akan keindahan syurga,
Ada yang senyum kelat sambil hatinya tertanya2.. “layakkah aku?” tetapi penuh mengharap..
Ada yang girang gembira berekspresi.. “saya nak!! Saya nak!!” sambil melompat2..
Ada yang slow jer jawab.. “saya nak….” Tapi kelihatan tak percaya diri dan matanya mula berkaca-kaca..
Ada yang Cuma diam dan tak bersemangat lansung.. malah perkataan syurga seperti angin lalu dan dia mendengarkannya tanpa kegairahan..
Ada yang lansung mengalirkan air mata, lansung mengungkapkan segala dosa2 dan kelemahannya..
Ada yang terlalu percaya bahwa dia akan masuk syurga dengan amal yang dilakukannya..

Begitulah.. dan begitulah…

Sy ingin mengutip kembali sebuah hadis,

Barangsiapa yang takut kepada Allah, tentu dia tidak akan maju mundur. Barangsiapa yang tidak maju mundur tentu akan sampai ke tempat tujuan. Ketahuilah , bahwa barang dagangan Allah itu mahal. Ketahuilah, bahwa barang dagangan Allah itu adalah syurga” 
[HR. Tirmidzi dan Al-Hakim]

Syurga itu mahal.

Beberapa hari lepas, Alhamdulillah Allah memberi kesempatan utk merasai “Syurga” buatan akhwats..
Di sebuah villa yang cukup lumayan mewah,. Dan kedatangan kami di sambut oleh bidadari berbaju hijau, putih dan krim.. segalanya sungguh indah sekali..

Tetapi bukan itulah matlamat saya menulis post ini, melainkan adalah utk menceritakan kepada dunia bahwa “tapisan” dan “usaha” utk ke syurga itu sendiri.. dan cukuplah perumpamaan ini dijadikan sebagai ibrah(pengajaran) yg mengesankan di dalam hati semua org dan sy terutamanya.. insyaAllah…


Bbrapa hari sebelum hari kejadian…….

Semua akhwat telah dimaklumi tentang nama2 ahli syurga.. ada 3 syurga iaitu syurga Naim, syurga ‘Adn, dan syurga Ma’wa..
Ahli2 syurga akan menempati syurga yang di mana namanya telah ditetapkan di dalam syurga apa…
Dan sy telah menjadi ahli kepada syurga Ma’wa.. dan kami akhwats dipisahkn mengikut syurga masing2..
Setelah itu, di dalam program Syurga ini.. hanya boleh menggunakan baju berwarna hijau, krim dan putih.. atau baju/jubah yang berwarna lembut sahaja…

Sebelum ini, setiap kali kami menghadiri katibah, daurah malah HAMKA.. biasalah akhwat.. baju pasti kalau tak jubah hitam, tudung hitam.. atau baju yg berwarna gelap…  tetapi kali ini berbeza sehinggakan ramai diantara kami yg mgkin mengeluh dan tak puas hati dengan ciri2 warna baju yg boleh digunakan…
Sehingga ada yang cakap, “kalau bagitahu awal2 kan boleh beli baju kat Tanah Abang (sebuah pusat membeli belah yg terkenal di Jakarta), yela.. tak semua org ada baju warna hijau.. memandangkn ada je org yang tak suka lansung warna hijau..” bla..bla..

Dan ade jgk beberapa akhwat yg tidak mengikuti persyaratan warna baju tersebut..
Memandangkan sy sangat2 menyukai warna merah… dan salah satu dari warna di syurga ada warna merah.. sy pun complain.. “knp tak boleh pakai baju warna merah, kan kat syurga ada warna merah??” hehe..

Namun dari semua ini, sy mempelajari suatu hal, yaitu tentang sebuah ketaatan.

Syurga itu mahal.. sy ulangi.. Syurga itu MAHAL…

Ia tak semudah mencari baju berwarna hijau, putih, dan krim utk memasukinya.. kalau kita merasa bhwa mencari warna baju itu adalah susah.. atau mnyusahkan..

Begitulah Allah nak mngajarkan kita, jika kamu tidak diuji atau disusahkan dengan hal2 yang membawa ketaatan kamu kepada Allah.. jadi, jangan bermimpi kamu akan masuk syurga…

Syurga itu cuma sebuah medium. Di mana medium itu menjadi tempat dimana kita akn berjumpa dgn wajah Allah.. tidak ada hal yang lebih besar dan tidak ada hal yang lebih dicita2kn oleh setiap org yang telah beramal dan melakukan ketaatan kpd Allah di bumi ini melainkan utk bertemu dengan Allah..

Syurga itu tidak memperhitungkan amalmu.. tetapi ia adalah dari amalmu yang membuahkan ketaatan sehingga kamu redha terhadap Allah, dan Allah redha terhadap kamu…dan Allah memasukkn kamu ke dalam syurgaNya dengan rahmat dan kasih sayangNya..


Bercerita tentang syurga, hati yang kering akan terasa basah.. kerana penuh dengan hal-hal yang menambahkan keimanan..

Tetapi ia bukanlah sekadar bayangan.. syurga Allah adalah utk orang2 yg all out melakukan ketaatan. Bukanlah buat orang2 yang bermalas-malasan, dan juga bukanlah buat orang yg sudah merasakan dirinya telah all out dalam beramal.. bukan ukhti.. sy ulangi.. bukan..

Tetapi syurga itu adalah buat orang2 yg telah mewakafkan hidupnya utk berjuang menegakkan agama Allah, orang2 yang sudah tidak ada yg lebih dia cintai selain Allah dan Rasul-Nya, orang2 yg bersedia melepaskan dirinya dari kesenangan hidup dunia dan segala keinginannya, dan orang2 yang tidak mahu menjadikan hidup sekadar untuk menikmati godaan dunia yg hina ini dgn sgala ragamnya…[kutipan dari buku Fathi Yakan]

Begitulah.. dan begitulah..

Pelajarilah dari orang2 yg lebih dulu sebelum kamu..

Yang telah Allah janjikan syurga utknya… mereka tidak ada waktu rehat, tidak berselimut di atas tempat tidur sendiri setiap malam.. mereka keluar.. berpergian.. semata2 utk menyahut seruan Allah.. krn ad-deen ini harus didengar, dirasa, disentuh oleh seluruh bangsa manusia..  tetapi knp ketika sampai kepada generasi kita.. kita mendiamkannya??

Syahadatul haq ini menjadi pekasam di dalam buku usrah.. tarbiyah dirasakan apabila bersusah payah ketika menghabiskan mutabaah di dalam program, dakwah dirasakan indah ketika melihat bilangan akhwat semakin ramai.. walaupun sebenarnya dimata Allah itu tak bernilai apapun.. nauzubillahiminzalik..

Betullah… ketika Allah berfirman:

Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik. 
[QS. Al-Hadid]

Dimanakah keseriusan kita? Perlukah lagi kita untuk merasa selesa, bermain2.. ??
Bilakah lagi kita untuk kusyuk mengingati Allah? Kerana ini bekal kita.. yang kita kata jalan ini sumpah panjang..

Kita kata, kita cinta pada Allah.. tapi hati kita tak kusyuk.. perbuatan kita tak menunjukkn kekusyukkan hati kita.. kita buruk siku terhadap Allah.. terhadap dakwah ini setelah kita kata kita menyerahkan segalanya untuk Allah.. utk dakwah.. tetapi kita masih bersenang2 dan merasa selesa..?

Muhasabahlah.

Mungkin kita masih belum layak, hatta untuk mencium bau syurga saja tidak mampu apatah lagi utk menjejakkan kaki kedalamnya..

Syurga itu mahal.. sy ulangi.. syurga itu MAHAL..

ia menuntut segalanya dari dirimu.. darah, harta, masa, fikiran, hati…kehidupan seluruhnya.. juga iradah qawiyyah (kemahuan yang kuat)..

agar kamu tidak menjadi orang2 yg rugi.. kerana Allah itu bisa.. Allah itu bisa menggantikan kita kepada kaum yg lain.. yg lebih mahu all out membeban risalah ini..


Luka dan bisa ku bawa berlari,
Berlari,
Hingga hilang pedih perih,
Aku mahu hidup seribu tahun lagi,
Untuk all out demi dakwah ini!!


Wuallahu’alam.


Jazakumullah khairan katsiraa akhwats... 



Princess Mos,
Kota Pahlawan, Surabaya. Indonesia. 


No comments:

Post a Comment