Pages

..::sahabat pena::..

04 May 2011

Selamat tinggal cintaku!

Bibir mengukir senyum,
Bahagianya terasa,
Di dalam hati..
Ketika “dia” pergi…
Meninggalkanku sendiri bersama cinta Ilahi..

Kemudian, sesungguhnya Tuhanmu (mengampuni) bagi orang-orang yang mengerjakan kesalahan karena kebodohannya, kemudian mereka bertaubat sesudah itu dan memperbaiki (dirinya), sesungguhnya Tuhanmu sesudah itu benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” [An-Nahl, 16:119]




Beberapa tahun yang lalu.. sebelum aku mengenal tarbiyah pernuh kasih sayang dari Allah ini.. Hidupku mungkin sama seperti yang lainnya.. terlalu banyak hal yang mengotori diri.. dan itu adalah masa jahiliyahku.. masa jahiliyah yang mungkin terulang kembali disaat aku down dalam mujahadah panjang ini…
Namun, Allah itu Maha Pengampun.. Ketika aku merasakan sedikit tersasar dari landasa
n mujahadah ini.. Aku segera kembali kepada Allah.. memohon ampun di atas kelalaian dan dosa2ku..

Dan Allah itu… Maha Mengetahui segala sesuatu di balik hatiku…

Sebenarnya…
Jahiliyah itu ibarat racun yang memakan diri..

Jika dulu, ketika kita mengkaji sirah para Nabi.. kita dapat meng”list”kan jahiliyah di zaman mereka.. kita nampak jahiliyah itu..

Tp skrg…

Apakah kita sedar dan Nampak jahiliyah itu berada bersama-sama dengan kita??? Apakah kita pernah mengkaji jahiliyah itu seperti mana kita mengkaji dan mengetahui jahiliyah di zamannya para Nabi??

Tidak.

Kita sekadar membiarkan saja perkataan Jahiliyah itu di dalam buku-buku sirah agama.. sebagai tanda adanya zaman jahiliyah suatu ketika duhulu…

Itulah fenomena yang berlaku.. hingga saat ini.. manusia2 di luar sana hanya mengetahui.. jahiliyah itu adalah.. suatu zaman yang ada sebelum kedatangan islam.

Sedangkan jahiliyah itu sedang hidup bersama2 mereka hingga saat ini di semua zaman…

Dan siang juga malam mereka bersama2 dengan jahiliyah itu..

Jahiliyah yg kita kenal adalah sebuah zaman yang teruk…

Teruk dari segi akhlaknya, hidupnya.. apatah lagi agamanya…

Dan itu… sedang tumbuh bak cendawan selepas hujan pada saat ini..

Pernahkah kita sedar?

~~bibir mengukir senyum.. namun air liur yang ditelan terasa amat2 pahit..


JAHILIYAH??

Apa yang dimaksudkan dengan jahiliyah? [di sini sy tidak sertakan skema jawapan di dalam buku teks. Ok!]


Jahiliyah itu sebenarnya adalah segala sesuatu yang tidak membawa manfaat kepada islam, itu adalah jahiliyah.

Anda setuju? [Jika tidak, boleh sertakan komen di bawah. Terima kasih.]

Sebenarnya sy nak share tentang beberapa perkara.. InsyaAllah.

Pernahkah antum (baca: anda) mendengar suatu nama?

Namanya berbunyi “SAYONARA JAHILIYAH”.

Pernahkah antum mendengarkannya? Di mana2?

Jika belum..

Insya Allah, sy akan cuba memperdengarkannya untuk antum.. :)

Sayonara Jahiliyah.. huh! Bunyinyer macam best je kan.. ringan je nak sebut.. macam cerita jepun la pulak..

Dalam kepala antum mungkin dah terbayang2 tangan orang melambai2 selamat tinggal..

Namun.. bukan semudah itu.. tak semudah lambaian tangan dan ucapan selamat tinggal..

Ia susah..! Perlu mujahadah! Penuh dengan linangan air mata!

Kenapa? Kerana…

Jahiliyah itu adalah segala perkara2 yg kita suka.. tetapi Allah tidak menyukainya.. Allah tidak meredhainya.. itulah Jahiliyah..

Siapa yang senang untuk meninggalkan apa yg kita suka dan sayang? Siapa yg tak sedih jika kehilangan sesuatu yang kita sayang? Semua orang sedih kot! Bukan antum saja.. saya juga sedih untuk meninggalkan atau kehilangan sesuatu yg sy syg..

Tp, itulah jahiliyah.. jahiliyah yang seharusnya kita tinggalkan dengan mujahadah yg sebenar2nya!

Hanya kerana takut kepada azab Allah..

Buat pengetahuan antum semua..

Jahiliyah itu sentiasa ada disekeliling kita.. dan mungkin sedang berada bersama2 di dalam hidup kita..

Jahiliyah itu bukan saja membunuh, mencuri bahkan berzina.. itu hanyalah penafsiran sempit tentang jahiliyah..

Sedangkan jahiliyah itu lebih halus dan luas dari itu..

“Masa lapang yang tidak digunakan untuk kerja2 islam juga adalah jahiliyah”…

Bertapa jahiliyah itu sering menghantui hidup kita..

Ia akan datang kembali ketika hati kita dibiarkan sunyi tanpa ayat2 cinta dari-Nya,

Ketika jasad kita menganggur tanpa melakukan amanah2 dari-Nya,

Ketika ruh kita terkulai lesu tanpa semangat untuk mencapai redha-Nya,

Ketika pekerjaan kita tidak ikhlas hanya untuk-Nya..

Dan bermacam2 rasa yang ada.. lalu membuatkan kita jauh dari-Nya..

Lalu syaitan pun terus menyusun rapi segala agendanya,

Membisikkan ke telinga kita.. memandu jasad kita..

Dan akhirnya kita tumpas di tangannya..

Jahiliyah pun menari2 kembali dihadapan kita..

Kita pun turut menyertai rentak2 tarian itu.. penuh gembira..

Akhirnya.. dosa2lah yang menjadi habuan dari jahiliyah yg kita lakukan….

Selalunya itulah yang terjadi… kita membiarkan jahiliyah terbeban dibahu kita..

Tidak melepaskan sepenuhnya.. membuang ia sepenuhnya..

Ibarat dua orang yg sedang mendaki gunung…

Manusia A membawa barang yang banyak tetapi tidak diperlukan.. dan manusia B membawa barang sekadar yg perlu..

Agak2nya yg mana lebih mudah untuk mendaki??

Manusia A ke manusia B??

Jika mengikut logik akal kita.. pastilah manusia B. sebab dia bawa barang yang perlu saja.

Itulah sebuah anologi dalam kehidupan ini..

Dalam kita nak melalui hidup ini.. apabila kita sibuk kepada hal2 yg tidak diperlukan untuk islam (baca: jahiliyah), maka hidup ini akan terasa berat dan susah.. seperti manusia A yg naik gunung tu tadi la.. dia akan terasa susah untuk mendaki, sebab banyak sangat barang yg tak perlu dia bawa bersama.

Apabila kita membawa jahiliyah bersama2.. maka akan terasa susahlah..

Sungguh Jahiliyah itu menyusahkan!

Namun masih ada manusia2 yang menyenangi jahiliyah itu.. itulah fitrah kehidupan.

Di atas dunia ini hanya ada dua perkara yg berlawan hingga hari kiamat.

Iaitu,

HAQ dan BATIL.

Yang batil itu adalah jahiliyah.. dan yang haq itu adalah islam…

Jika antum ingin memilih yg haq, maka haruslah meninggalkan yang batil..

Kerana pilihan kita adalah SYURGA ataupun NERAKA. Satu saja diantaranya.

Setiap mukmin tidak cukup sekadar untuk mengaku bahawa dia beriman dengan Allah dan rasulNya saja, bahkan menjadi kewajipannya untuk membentuk diri dan kehidupannya dengan manhaj islam. Dia mestilah meninggalkan jahiliyah secara total. Ini adalah krn islam tidak menerima sebarang percampuran antara keduanya.

Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.” [Al-Baqarah, 2:208]

Bagaimanakah untuk meninggalkan jahiliyah??


Bertaubatlah!

Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah taubatnya; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” [An-Nisa’, 4:17]


**syarat2 taubat:
- tinggalkan jahiliyah.
-menyesalkan akan dosa/jahiliyah yang dilakukan.
-berjanji tidak mengulangi dosa/jahiliyah tersebut.


Akhi wa ukhti fillah..

Masih belum terlambat untuk kita memohon taubat dari Allah.. atas dosa/jahiliyah yg kita lakukan samaada dalam keadaan sedar mahupun tidak..

Dan di jalan yang panjang dan lama ini… kita sering terlupa… kita sering mengambilkan ringan akan jahiliyah2 kecil yang ada.. namun pada hakikatnya.. jahiliyah itulah yang sebenarnya melambatkan dakwah kita.. menyusahkan kita untuk terus melaju menggerakkan bahtera dakwah ini..


Jangan biarkan hati kita kotor dengan karat2 jahiliyah tanpa cepat2 membersihkannya..
Krn karat2 jahiliyah itu akan merapuhkan besi yang pada awalnya kukuh dan kuat menjadi hancur berlubang2…


Kembalilah kepada Allah..
Krn pada Allah-lah tempat kita memohon taufik dan hidayah…


Selamat tinggal cintaku.. [ cinta kepada dunia yang melelahkan! ]


Wuallahu’alam…

Princess Mos, 27791

5 comments:

  1. salam adik princess mos;)
    rindu antunna sume yg hebat2 ni!smge ana diberi ksmpatan utk merasai hebatnya tarbiyah antunna disana..insyAllah^^

    ReplyDelete
  2. satu coretan yang baik menyusuk hati...tahniah mutiah! coretan yang bertul betul menyentuh hati akcik yang semakin tersasar dalam dunia perjuang yang telah lama pakcik tinggalkan...tapi kita sama sama berjuang atas dasar yang sama cuma berbeza cara teruskan dengan coretan yang baik! -Pakcik fizi-

    ReplyDelete
  3. salam..

    bukan mudah nak hapuskan terus semua kejahiliahan dalam hati kan..
    namun kerana itu kita kena setiap hati perbaharui niat dan menambah amal..biar tiada lagi ruang buat jahiliah. mungkin..

    "Perkara yg paling ku sesali dlm sehari ialah apabila terbenamnya matahari,umurku berkurang tetapi amalku tidak bertmbah."-Abdullah ibnu Mas'ud r.a.-

    -bandung-

    ReplyDelete
  4. k.Ijan : rindu ukhti2 di sana.. sangat2 rindu nak turun jakarta :) tarbiyah antunna di sana juga hebat.. dan org2 hebat di sanalah yg telah bnyk mmbantu kami di sini dengan izin Allah.. :)
    doakan kami ye (^___^)



    mohd: pakcik,

    "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman." [3:139]

    jgnlah pernah meninggalkan jalan ini.. jalan penuh perjuangan krn Allah. buat hati2 mereka yg ikhlas..



    liyana: wslm. ni k.liyana bandung ke?? :) jazakillah kak, betullah ape yg akak katakan tu.. kite mmg kena selalu perbaharui niat.. dan tingkatkan amal.. insyaAllah, jahiliyah nak msuk line pun sush.. hehe.. :)

    sentiasa muhasabah diri..

    bile2 pun Allah boleh ambil balik nyawa kite..

    "dan setiap org itu akan bangkit di hadapan Allah kelak dengan ape yg dia niatkan di saat dia mati."

    semoga kita tidak tergolong di antara org2 yg merugi.. nauzubillahiminzalik..

    ReplyDelete
  5. nice~btol kak..bukan senang mok tinggalkan cinta tok..cinta pada dunia..huhu

    boleh kmk jdikan tok kesimpulan bgi entri kmk??kmk da buat sal sayonara jahiliah..tp tuka skit 'bon voyage jahiliah'^^ tp lom da kesimpulan just overall kisah penjalanan menuju kjayaan yg diceritakan melalui ayt2 dr surah annass-->alfill
    http://islam-addeen.blogspot.com/2011/04/bon-voyage-jahiliah3.html

    ReplyDelete