Suatu petang nan indah.. ketika hujan merintih2 perlahan dr luar jendela, dan kedinginan pun terasa hingga ke tulang sumsum peritnya.. sy terbaca satu artikel yg di post oleh seorang teman di fb.. tajuknya.. memilih ibu utk si anak.. lebih kurg mcm tu la..
Sy tersenyum sndiri.. tingginya hasrat manusia itu.. dan hasrat itu telah pun kembali kepada fitrah bagaimana Allah menciptakan kita sbgai mnusia.. manusia itu.. ruhnya adlh suci bersih.. pasti di dalam kehidupan mereka.. atau dalam soal jodoh mereka.. inginkan yg terbaik buat diri dan anak2 mereka.. itu wajar, lumrah dan fitrah bagi setiap manusia...
Ini Hawa berkata... mgkin hanya secebis bingkisan dari hati2 kami yg merindukan kedamaian, perlindungan, kasih sayang, bimbingan dan sebuah kehidupan yg diredhai Allah..
Kami juga sepertimu Adam, kami tidak hanya sekadar mimilih seorang suami, tetapi kami juga memilih seorang ayah untuk anak2 kami..
Seorang suami yang mampu membimbing isterinya dan seorang ayah yg bertanggungjwb ke atas didikan agama buat anak2 kami…
Seorang suami dan seorang ayah yang mampu menegur kami, memperbetulkan kekurangan ibadah kami kepada Allah, merancang kehidupan keluarga kami dan melaksanakan hak2 ke atas kami dan keluarganya (mertua kami) dan kedua org tua kami yg masih hidup…
Seorg suami yg mampu melindungi isterinya dan seorg ayah yg layak utk menjadi wali kepada anak perempuan kami agar terjaga nasab keturunan kami…
Kerana jodoh itu merupakan rahsia Allah yg tidak pernah kita ketahui.. doa demi doa kami panjatkan, moga Allah pertemukan kami dengan hamba-Nya yg selayaknya buat kami.. buat anak2 kami, buat cucu2 kami, buat keturunan kami yang sangat ingin kami pelihara itu…
Bukanlah setinggi langit kami meminta agar termakbul segala keinginan.. selagi diri kami masih tidak terjaga dan terpelihara sntiasa di atas landasan keimanan dan agama-Nya… namun kami meminta keadilan buat diri kami iaitu.. keadilan di mana telah Allah janjikan di dalam firman-Nya,
“(lazimnya) perempuan-perempuan Yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki Yang jahat, dan lelaki-lelaki Yang jahat untuk perempuan-perempuan Yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan Yang baik untuk lelaki-lelaki Yang baik, dan lelaki-lelaki Yang baik untuk perempuan-perempuan Yang baik. mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) Yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan Yang mulia.” [An-nur, 24:26]
..pernikahan merupakan kehidupan sepanjang hayat.. dia adalah suami dan isteri hingga hembusan nafas2 yg terakhir.. bukan hanya utk sehari dua, bkn utk seminggu atau setahun dua… tetapi utk selama2nya selagi hayat masih ada hinggalah bertemu kembali di syurga.. insyaAllah..
Pembentukan anak2 yg soleh adalah dari contoh kedua ibu dan ayah yg ideal.. iaitu yg soleh dan solehah.. maka tersangat penting buat kami ataupun anda kaum Adam dalam memilih seorg isteri dan seorg ibu yg baik lg solehah utk bakal anak2 anda…
Sy pernah membaca sebuah kisah.. yg tertulis di dalam buku yg bertajuk “Rumah Cinta Hassan Al-Banna”..
Kisah kehidupan asy-syahid imam Hassan Al-Banna dlm mmbentuk keluarganya.. bagaimana seorg suami dan ayah juga seorang “murabbi” yg sangat sibuk dalam urusan dakwah dan tarbiyah ummat di Mesir suatu ketika dulu, beliau mampu memberikan semaksimal mungkin waktunya utk anak2 dan isteri.. sehingga anak2 juga tidak terlepas dari didikan agama hinggalah mereka menjadi seorg anak2 yg cemerlang dlm kehidupan.. begitu juga bagaimana beliau mendidik isterinya.. sehingga isterinya redha akan syahidnya beliau di medan perjuangan demi memperjuangkan ad-din ini…
Namun masih adakah lelaki2 seperti itu di abad ini??.. pertanyaan itu mungkin sering menjadi tanda Tanya yg besar di dalam hati segelintir dari kami..
Mungkin ada di antara kami yang hanya memilih calon suami atas dasar sekadar utk memenuhi kecukupan kehidupan.. ada di antara kami yang memilih calon suami atas dasar kesempurnaan paras rupa, ada juga di antara kami yg memilih calon suami atas dasar biasa2 saja.. namun, ada juga di antara kami yang memilih calon suami atas dasar kesefahaman akidah islam dalam memperjuangankan kefahaman dakwah dan tarbiyah kami dan juga utk memberikan didikan yg sewajarnya utk anak2 kami….
Dan begitulah macam2 keinginan kami dalam memilih “Imam” bg sebuah pelayaran panjang kehidupan kami….
Dirimu dan diriku adalah “murabbi” kepada anak2.. kitalah yg mencetak mereka.. bersama2.. bukanlah hanya seorang suami atau ayah saja yg berperanan dalam membentuk keluarga sakinah.. tetapi seorang isteri dan ibu-lah yang juga akan membantu dalam pembentukan keluarga sakinah itu…
Inilah hak2 kami.. juga hak2 anda utk memilih pasangan hidup juga ayah atau ibu kepada anak2 yang bakal kita corak dengan acuan keimanan dan akhlak yg terpuji…
“Jika aku memilihmu kerena hartamu, maka harta itu akan habis seiring berjalannya waktu, jika aku memilihmu kerana paras rupa dan kekuatanmu, ia akan memudar seiring usia tua yang menjengah hidupmu perlahan-lahan, jika aku memilihmu kerana keturunan yang dibangga-bangga, maka hinalah aku, dan jika aku memilihmu kerana iman dan agamamu, maka akulah hamba yang tidak akan pernah berhenti menguntai zikir-zikir syukur pada yg Maha Esa..”
Wuallahualam…
Princess Mos, 27791
very well said adik matang (:
ReplyDeletemaka jom kita persiapkan diri kita ke arah baitul duat, kerna pemilihan 'ayah' kpd anak2 bukan hanya pd paras rupa dan harta, tp iAllah lebih dr itu kan?? maka usahanya perlu berganda dlm persiapan itu =p
Salam..ukhti,a simple question untuk enti. Bagaimana pula sekiranya memilih pasangan yang berlainan fikrah jemaah? :)
ReplyDeletequmfaanzir: jazakillah kak.. insyaAllah.. tarbiyah itu lah yg telah mematangkan kita kan kak?? tarbiyah itu juga yg telah mmbuatkan sy dan mereka2 semua berfikir tntg hakikat hidup ini.. tabiyah itu juga yg telah mmbuat hidup ini penuh dgn matlamat.. shingga matlamat ke arah baitul duat itu mmg harus untuk kita memikirkan secara lebih teliti dan berhati2...
ReplyDeletekrn kita ada matlamat utk islam.. utk mnggapai redha Allah.. itu yg paling penting dn paling utama... utk ke arah itu, persiapan total mutabaah amal dan berbagai persiapan lain sgt2 perlu diterapkan dr skrg.. bkn bile nk dkt kawin nk fikirkan.. hehe.. :)
ape2 pn.. akak kna melangkah kedepan dulu, xsabar mnunggu nasi minyak mu terhidu dr daerah ini.. =p
Ibnu Abbas As-Syakirin: wslm.. terima kasih utk pertanya itu.
ReplyDeleteana ingin bertanya kpd enta kembali..
bagaimanakah bentuk fikrah jemaah yg enta fahami sehingga bakal calon isteri yg akan enta nikahi itu tidak mampu utk enta pimpin ke jalan menuju redha Allah???
bg ana, tidak ada masalah utk kita memilih pasangan yg mungkin berbeza "fikrah jemaah"..
walaupun berbeza jemaah, matlamat yg utama kita adlh tetap sama.. mmbawa mereka kepada Allah.. bkn kepada jemaah.. itu yg perlu kita fahami..
jemaah itu adalah sebuah wajihah utk kita menggerakkan roda dakwah..
mmg menjadi kepentingan juga bg kita utk memilih org yg "sefaham" dgn apa yg kita bawa dlm dakwah ini..
namun ia bknlah menjadi penghalang utk kita menolak atau tidak memilih pasangan kerana alasan dia berbeza fikrah jemaah dgn kita..
back to our aim.. dakwah yg kita bawa.. islam yg kita bawa utk mereka.. adlah utk menambahkan kecintaan mereka kepada Allah.. bkn kpd jemaah..
ketika enta telah memilih calon yg mgkin berbeza fikrah jemaah, ia tidak menjadi masalah.. jika di awalnya kita telah men"setting" niat dan matlamat kita ikhlas krn Allah..
ana tidak arif tntg hal ini.. insyaAllah, enta boleh bertanya kpd mereka yg lebih arif tntg perkara ini.. hnya ini yg dpt ana kongsikan.. afwan.
syukran ukhti atas pandangan dan komentar dari enti.jawapan enti hampir sama berlegar diruang minda ana ini.antara perkara yang menyebabkan perpecahan Islam salah satunya bila taksub dengan jemaah apabila berintima' dgn jemaah yang dibawa sbg wadah untuk menuju kepada mardhatillah.
ReplyDeleteisu berbeza pendapat dikalangan jemaah yg ada dewasa kini tidak menjadi masalah.walhal ianya sendiri menjadi satu rahmat sebenarnya.
ana seringkali bertembung dgn permasalahan ini.bukan setakat dlm hal yang membincangkan tentang bait al-muslim semata-mata tetapi juga berkait dgn uslub,manhaj dan lain2 berkaitan seringkali menjadi pertembungan yang dingin di antara jemaah.
sifirnya mudah,masing2 ingin mempertahankan pendapat dan jemaah yang diintima' kan...
ana jawab soalan enti,pertamanya kita kena berbalik/merujuk semua arkanun baiah yang telah digariskan oleh Assyahid Imam Hasan al-Banna yg mana pertama sekalinya yg diletakkan oleh beliau ialah al-Fahmu iaitu faham...bila mana kita faham barulah kita punyai matlamat yang jelas..bagi ana kita perlu menggabungkan diri kita ke dalam jemaah yang betul2 menghampiri kepada kesyumulan jemaah itu sendiri..ana yakin,semua jemaah yg ada di dunia ini tidak syumul...pasti ada lompangnya,tp menjadi kewajipan untuk berada dengan jemaah yg menghampiri ciri kesyumulan untuk membawa Islam yang syumul.ana syorkan enti merujuk kitab Maza ya'ni intima'i lil islam karangan Almarhum Ust Fathi Yakan,rasanya enti pasti tahu tokoh ikhwan muslimin ini :)
alamak,lari sedikit dari persoalan enti..straight 2 the point..ana setuju dgn pandangan enti mengatakan bhw tak semestinya tidak memilih org yg 'sefaham' itu akan menjadi penghalang kepada gerakan dakwah yg dibawa.ana ambil contoh,ana minat dengan politik tetapi bakal calon ana pula tak minat dengan politik.mungkin akan berlaku permasalahan disitu sekiranya memasuki alam perkahwinan nanti..bila ana nak bergerak dalam siasah,zaujah tak suka,tak rasa senang,sering ditinggalkan.mungkin akan menimbulkan byk permasalahan yg lain jika tidak ditangani dgn sebetulnya. Apa yang penting memberi ilmu kepada bakal zaujah itu penting untuk mendapat titik persefahaman kerana sememangnya matlamat utama kita adalah untuk meraih redha ilahi(mcm kcb la plak..he)..mendapat calon zauj yang sudah 'sefaham' dgn fikrah kita adalah satu BONUS untuk memudahkan gerakerja Islam selepas itu..manakala mendapat calon zauj yg berbeza fikrah dgn kita bukanlah satu penghalang tapi si suami harus untuk memberi kefahaman kepada zaujahnya dalam masa yg sama melaksanakan gerakerja Islam....apa2pun saling faham-memahami serta berlapang dada di antara suami dan zaujah dalam memberi pendapat,pandangan dan apa jua tindakan akan menghasilkan keluarga yg sakinah,mawaddah,wa rahmat..insyaAllah... ;)