Pages

..::sahabat pena::..

19 July 2010

Duhai Adik..

Duhai adik,
Kau mekar bak berbunga mawar,
Menguntum rekah memerah,
Seindah puspawarna cerah..

Duhai adik,
Mahkotamu termahal kira,
Terjaga kukuh di atas bara-bara durja,
Yang gemar meratah,
Jika dirimu mudah menyerah..

Duhai adik,
Jiwamu rapuh terduga,
Dibalik rona-rona wajah,
Di setiap untaian kata terluah,
Dirimu sebenarnya indah,
Seindah kuntuman mawar merah..

Duhai adik,
Tanah ini pernah kering tak basah,
Tandus merekah,
Segala isinya berdarah,
Sehingga terkubur segala resah,
Di balik air mata lelah..

Duhai adik,
Ayuh!
Bangun!
Bangun dari duduk menyerah,
Terkalah oleh kekecewaan yang tak pernah sudah,
Ayuh...
Berpapah tanganlah walau lelah,
Kerana perjuangan ini takkan pernah kalah..


penaku,
mz

No comments:

Post a Comment