Pages

..::sahabat pena::..

07 June 2010

Berenanglah di samudera iman..



"berarak sebuah raga.. terlakar sebuah cinta.."


adakah di antara kalian yg tau ape mksud di sebalik kata2 di atas..? ..hidup dan hakikat.. sebuah perjuangan yg terasa ingin mereka tahu.. bahawa utk ape "mnjadi sseorg" yg hnya duduk terdiam.. raganya membisu.. bungkam.. ??


tadahan laungan suara.. adakalanya ia tidak pernah berisi apa2.. tidak ada yg memahami..
jeritan kaku.. bkn yg terus bisu tanpa suara..

biarkan mereka berkata apa pun!! kita jalani saja hidup ini dgn rasa bahagia yg teramatnya.. walaupun di sebalik itu.. cukup.. dn sgt cukup buat kita rsa kecewa..


sahabatku yg teramat disayangi..


sebuah kegagalan yg sudah biasa terdengar dari puluhan.. malah mgkin ratusan suara..
keluhan.. demi keluhan yg merosak jiwa2 kalian.. air mata yg terbiar tumpah tanpa seharusnya..

duhai sahabat2ku..

waktumu yg berlalu pasti tidak akan pernah kembali..
walau sesaat... knp dibazirkan ia.. sehingga ia meratah segala kesucian2 hati yg selama ini kamu pelihara..??

fahamilah duhai sahabat2 ku..
ketika Allah menghendaki.. pasti akan terjadi.. dan begitulah sebaliknya..

berenanglah di samudera iman.. pasti kamu akan mendapat ketenangan yang abadi..


apabila kita meletakkan iman dalam tingkat teratas di hati kita.. ia pasti memberikan kesan yg baik dalam setiap tingkah laku kita.. atau apapun yg kita sedang kerjakan..


apabila iman itu terkalah oleh nafsu.. maka, ia akan menghancurkan segala apa yg pada mulanya baik.. akan mnjd tidak baik..

duhai sahabat2ku yg teramat sy kasihi..


suatu hari pernah ade yg mmbuat perumpamaan sebatang pokok kelapa kpd sy..
pokok kelapa itu, apabila jarang dipukul angin kuat, ia akan menjadi lemah.. dan dengan mudah daun2nya gugur atau batangnya patah apabila sesekali dipukul angin kuat..

tp cuba kita lihat, sebatang pokok kelapa yg selalu dipukul angin kuat, ia pasti sudah biasa dan lebih bertahan dari pokok yg jarang dipukul angin kuat.. dan mungkin agak sukar utk patah dan rosak..

dan di sini...


begitulah kehidupan kita.. apabila kita ditimpa ujian.. semakin berat ujian yg kita lalui.. semakin tabah dan cekal sbnrnye kita.. berbanding dengan org yg jarang diberikan ujian.. mgkin bila diberi ujian yg berat sedikit.. pasti dia akan bnyk mengeluh.. dan mgkin jgk akan gagal mengawal diri sehingga tersungkur jatuh krn merasakn tidak punya daya lagi..

lumrah kejadian manusia.. kita selalu dengar.. " Allah timpakan musibah.. atau Allah bagi ujian pada kita.. krn Dia sayangkan kita..".. pada sy, mmg betullah.. kadang2, kita sbgai hamba slalu terlupa.. bila susah, baru ingat Dia.. wktu senang.. lupa Dia.. sedangkan, Dialah yg memberikan segala kebahagiaan yg tiada tandingannya buat kita..


kadang2, kita tersalah mnggunakan kebahagiaan yg diberikanNya.. kita hidup berfoya2.. dengan segala apa yg membawa kpd kemurkaan Allah pada kita.. knp kah??

fikirkanlah duhai sahabatku,


perkirakanlah di mana sudah kamu habiskan usia muda mu.. sesungguhnya, di akhirat nnti, kita akan ditanya, dan pasti ditnya.. "di manakah kamu habiskan usia muda mu itu??"..


apakah yang akn kalian jawab??


adakah kalian akan menjawab, shopping bersama kwn2?? adakah kalian akn menjwb, dating bersama kekasih?? adakah kalian akn mnjawab, hnya tidur dan diam sepanjang masa?? ataupun adakah kalian akn menjawab, " aku sedang merancang sesuatu dalam kemenangan menegakkan islam di muka bumi Allah ini" ??.. atau.. apakah ada jwpn2 yg lainnya..?


buat sahabatku,.. hari ini kamu kecewa, sebab kamu rasa gagal dalam hubungan cinta kamu sesama manusia yg tak selayaknya buat kamu..

tidak mengapa sahabatku,..


kembalilah pada Allah, pemberi sebuah cinta yg tiada tandingannya itu.. Dia pasti menerima kamu.. lupakan kekecewaan kamu.. sesungguhnya.. yg terbaik buat kehidupan kamu pasti ada setelah ini.. setelah kamu cuba meraih cinta Allah yg tidak pernah kering utk disirami ke dalam hati hamba2Nya yg mencari dan menginginkannya..


sahabatku,
ingtlah.. jgn kamu smpai berlama2 dalam tangisan dan kesedihan.. krn syaitan amat mnyukai org2 yg lemah.. org2 yg tidak berusaha melawan kesedihan2 mereka..

berenanglah di samudera iman.. pasti kamu akan menemukan kebahagiaan yg abadi..


"(Ingatlah) ketika kamu lari dan tidak menoleh kepada seseorangpun, sedang Rasul yang berada di antara kawan-kawanmu yang lain memanggil kamu, karena itu Allah menimpakan atas kamu kesedihan atas kesedihan, supaya kamu jangan bersedih hati terhadap apa yang luput dari pada kamu dan terhadap apa yang menimpa kamu. Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." [3:153]


No comments:

Post a Comment